Tak sampai setahun lagi nak jejak siri 40. Masa budak dulu aku selalu bayangkan orang 40 ni dah tuha sangat.. Ahakssss!!
Memandangkan nak masuk series 40 kena la jaga kulit muka. Kalau tak by the time ko 50 da nampak cam 60 plak 😝 Skincare ye, bukan makeup! Makeup tuk cover imperfections dan enhance appearance kita tapi skincare as the name implied is a care for your skin. Aku since beberapa tahun lepas memang dah mula amalkan skincare routine. So ini kali aku share apa rutin skincare aku. Kulit aku jenis kering.. al maklumlah semakin tinggi usia semakin hilang le minyak dan kelembapan kulit ko kak.. bertabah je la. So apa-apa pun mesti mula dengan cuci muka la kan.
So ini antara pencuci muka yang aku guna. Yang brand The Face Shop tu dah 2 tahun lebih aku pakai dan memang a must have dalam rutin aku. Jenis serum infused oil cleanser. Yang tu memang terbaikkkk dan sangat recommended sebab dia 2 in 1. Ble buat makeup remover dan cuci muka. Biasa kalau korean skincare routine dia akan suggest buat double cleansing meaning ko pakai 2 pencuci muka dan salah satu oil base dan next one water base. Pada aku yang dah mengamalkan rutin ni double cleansing memang sangat puas hati la. Pencuci muka yang second pakai la apa yang sesuai tuk korang. Macam aku, as long it is non drying aku ok je since kulit aku tak la sensitif sangat.. alhamdulillah boleh guna almost apa saja brand pencuci muka. Now aku guna Cethapil. Sometimes aku guna Oxy tu kalau tetiba cik jerawat datang melawat. Biasa aku buat double cleansing untuk malam dan pagi aku pakai Cetaphil tu je sebab time bangun tidur muka bersih.. tak de apa sangat nak cuci unlike waktu siang which ko da tepek macam-macam kat muka kan so memang kena cuci bersih-bersih.
Dah cuci muka bersih-bersih, ini barang wajib tepek... toner la op kos. Ini antara brand yang aku pakai.. SK11 takde dalam gambar plak. Since mengandung ni, aku stop semua yang lain dan guna yang Clarins tu je. Mana yang best? Yang Cosmoderm tu cam menyengat sikit.. Lancome tonique confort tu takde efek apa sangat pada kulit aku, SK11 ok2 je... yang Pink By Pure Beauty tu best dan kulit rasa lembut lepas pakai tapi yang aku recommend Clarins yang 2 tu. Yang dengan alovera tuk kulit kering ya rabbi dan yang dengan camomile pula tuk normal ke dry skin. Apsal banyak sangat? Tah leeee labu.. aku pun tak ble nak jawab. Ahaksss!! Aku pakai toner ni pagi dan malam. Kalau kulit aku naik jerawat skali skala.. malam lepas cuci muka aku tepek toner je dan tak pakai apa-apa dah lepas tu. 2 3 hari tu inshaAllah jerawat reda dan beransur hilang.
Lepas toner kena pakai essence pula so macam aku kata tadi la.. since mengandung ni aku guna brand Clarins je. Al kisahnya aku dapat free yang Clarins tu.. hehehe. Yang Loreal tu ok jugak.. yang SK11 tu aku perasan takde la jadi toing toing pun muka aku. Pastu kalau aku pakai time berpanas mentari, tunggu je la jerawat datang. Tak tahu la napa muka orang elok je toing toing.. aku dah pakai masuk 2nd botol tapi tak nampak hasil.
Lepas essence tepek pula serum. Aku memang suka pakai Clinelle tu.. kadang-kadang aku pakai yang biru tuk hydration. Malangnya serum ni payah sket nak sustain beli sebab mahal. Yang Clinelle tu 20ml dengan range harga dari RM50+ ke RM70+ gak kat Watson. Yang Clarins tu memang aku suka sangat tapi now dah terlalu mahal. Dulu RM245 je sebotol yang 50ml sekarang dah RM335 😭😭 Tapi kalau pakai memang sangat puas hati. Aku gagahkan juga beli time mengandung supaya muka V shape konon dan tak kembang padahal semua tu bergantung pada hormon ko la kot samada kembang ke tidak masa mengandung ni.. ahahaha. Dulu masa mengandung si tecit muka tak kembang mana pun.. idung je mekar sket. Tapi kali ni masuk 7 bulan alhamdulillah masih macam biasa hidung aku.
Habis serum, tepek la moisturizer diikuti dengan sun block. Since mengandung ni aku stop pakai sun block.. aku bergantung pada spf moisturizer dengan cushion je. Sebelum ni lepas tepek sun block aku tepek blur cream Pink By Pure Beauty. Lepas tu tepek cushion foundation. Sapu lipstik then buh sket lipstik kat pipi.. habis citer. Since area atas mata aku tone agak gelap sket berbanding kulit muka, aku tak bubuh apa2 kat mata & guna la kaler gelap semula jadi mata aku tu as eyeshadow. Ahakss.. Cuma kalau muka sembab sket.. aku sapu la sket eyeshadow dengan eye liner.
Aku bukan jenis yang makeup sangat orangnya. Aku suka nampak neutral tapi since mengandung ni kulit jadi cam tak stabil. Ada masa kering, ada masa jerawat melawat.. kadang-kadang aku ditch cushion dan pakai foundation dewy smooth by Maybelline. Pastu lalukan bedak sket kat muka bagi nampak matte. Sebelum mengandung, semua jenis foundation dan keturunan dia termasuk BB ke, CC ke, DD except cushion type dan bedak memang musuh ketat muka aku. Memang tak seswaiiii tapi time mengandung jerawat naik so aku sapu bedak sket nak bagi jerawat tu cepat sket kering dan meninggalkan muka aku. Mana muka aku? Ini la muka aku tu 😝 Ini muka pakai full skincare dan finishing dengan Pink by Pure Beauty blur krim saja dan muka orang preggy oke.. takde fon-dai-sion or cu-sion dan lain-lain. Walaupun tak la semulus kulit telur tapi tidak la segerutu permukaan bulan kan.. ahaksss