Menjenguk keluar tingkap, dalam jam 8 tu pantai masih lengang. Dalam jam 9 dah mula ada orang camping. Dengan harga RM109 dapat view pantai.. berbaloi sangat la pada aku. Pagi ni kami tak rajin pula nak ke pantai lagi, tengok dari bilik je la. Tah macamana pula terbook hotel lagi untuk satu malam.. ingat nak extend di sini tapi bila mengenang kena bertarung dengan marhaein kami pilih menginap di bandar dan hotel Pantai Puteri ni masuk dalam list pangkah la nampaknya untuk percutian semasa weekend.
Kami book di Imperial Herritage Hotel pula. Nice sebab ada parking seberang hotel. Since terlalu lapar sangat, kami singgah makan dulu dekat gerai di kawasan dekat belakang parking tu. Masa on the way tadi ingat nak lunch di mana-mana tapi skali kedai banyak yang tutup. Agaknya buka malam la kot. Time nak register check in orang tak ramai tapi malangnya bilik belum ready. So daftar dulu nanti amik kunci saja. Kami ke Dataran Pahlawan untuk mengisi masa. Dalam jam 3 macam tu la baru bilik ready. Berapa jam kami melepak tu banyak damage has been done antaranya terbeli kerusi pantai 2 bijik dekat Sport Direct. Nasib si Chemba sudi belanja.. ahakss. Masa nak amik kunci tu dah ramai orang dah. Nasib dah check in awal. Hotel ni pun nampaknya masuk dalam list kena pangkah tuk percutian di waktu hujung minggu atau cuti umum. Menunggu lift pun sama kesahnya dengan dekat Hotel Pantai Puteri. Adoiiii.. nak turun naik sikit punya payah sebab lift sentiasa penuh sampai kalau nak turun kena naik lift yang ke atas dulu. Kalau tak, sampai sudah asyik penuh je 💩
Inilah view dari bilik kami.. nice view. Harga semalam yang aku bayar tak sampai RM100. Actually memang worth it sebab bilik besar, terjaga dan bersih. Kalau jenis yang tak kisah menunggu lift, duk la sini. Sangat berbaloi sebab dekat dengan Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade selain attractions lain yang ada di area ni. Depan hotel tu actually ble nampak Menara Taming Sari tapi heran sebab tak nampak pula benda alah tu naik turun. Rupanya dalam proses maintenance.. patutlaa.
Petang tu cadangnya nak ke Klebang bawa si tecit main layang-layang.. skali hujan lebat la pulak. Sudahnya kami tidur saja laaaaaa.. heavennnn!!