Cuaca agak panas pagi ni tapi tak kesah sangat sebab aku memang dah ready dengan topi, kipas dan payung skali. Hahahaha.. tengah-tengah santai tu terasa macam nak duduk hotel lagi la. Makanya tiba-tiba terbook pula hotel di Berjaya Times Square aka BTS Hotel. Hahahaha..Dalam jam 12 lebih macam tu kami keluar dari PD.
Sepanjang jalan tu ya rabbi.. jalan menghala masuk ke PD jem! Dalam PD jem, highway hala ke PD jem, highway plus hala je Seremban pun jem mula di Bandar Sri Putra .. semua nak g sambut merdeka di PD ke apa ke ni.. nasib baik la kami dah check out.. tak sanggup oiii jem tak bergerak lagi-lagi di PD tadi. Dia punya jem bukan biashe-biashe.. panjang betul jem!
Lepas puas mengelakkan orang yang berkobar-kobar ke PD tapi tak tahu PD jem nak manfus, kami sampai ke BTS. Tadi gelakkan orang, kali ni gelakkan diri sendiri sebab q check in panjang, reservation dia slow nak manfus dan ada dua kaunter je bukak.
Bilik yang aku book tu bilik Club Premier, patutnya ada spesial counter untuk check in tapi orang kat lobi tu bagitau sekarang semua kena beratur dekat kaunter utama je sebab pekerja dia ramai dah kena buang. Lepas letih beratur, tiba lah kami di bilik. Memang bilik dia besar la op kos.
Part bilik besar tu memang expected la untuk 5 star hotel, lagi-lagi bilik Club tapi yang best tu servis yang kami dapat. Aku book bilik ni dengan harga RM150+ je semalam to begin with. Tengah bergolek-golek ada orang ketuk pintu. Ingatkan apa.. rupanya ada orang hantar buah. Lepas tu sekali lagi kena ketuk.. kali
ni hantar kek pula.
Selain kupon breakfast untuk esok, kami juga diberi kupon untuk cocktail tea time di restoran untuk hari ni dan it is provided for free untuk pelanggan dari bilik Club. Maka dalam jam 6 macam tu kami pun turun la menjenguk ke restoran tuk tengok apakah yang free itu. Kami diberitahu kami boleh boleh minum kopi dan jus sampai pitam selain dihidangkan setray hidangan minum petang. Kopi dia bukan kopi o yang teko tu oke tapi yang dari mesin punya. The best part is, kami dapat 2 tray makanan tu oke! Memang rezeki baby sungguh sebab orang lain dapat 1 tray je pun.. ahaksss
Sudahnya kami keluar dari restoran dengan gelak besar sebab puas melantak tapi damage yang dibayar cuma RM12 ringgit je tuk mee goreng mamak yang si Chemba order extra. Dia punya kenyang bawa sampai ke malam yaww! Jimat duit makan hari ni. Sudahnya laki aku kata, kita tambah satu malam lagi. Setujuuuuuuuuuuu!!!
Begini la rasa bercuti ala-ala makcik kaya.. servisnya memang tip top. Baru berbaloi dengan duit yang orang kaya bayar compare tu kami yang marhaein ni. Tapi kali ni kami kira beruntung la bayar murah tapi dapat servis tiptop. Aku rasa kalau campur harga breakfast dan set cocktail tu kalau diambil separately lebih mahal or sama je dengan harga RM150+ sempena Merdeka Sale 63% yang kami bayar tu. Alhamdulillah.. berbaloi-baloi! Kalau waktu biasa memang tak merasa la kannn..