Thursday 21 September 2017

Genting Aku Datang

Akhirnya tiba juga hari yang ditunggu-tunggu. Hari bercuti ke genting. Macam havoc je kan, sekali genting je.. hahaha. But antara banyak-banyaj tempat kat Malaysia, genting is one of my favorite place. Top 5 kot sebab sejuk + ada mall + ada theme park. Ada lagi tempat tinggi lain kat Malaysia ni yang juga sejuk macam kundasang ranau, Bukit Tinggi dan Cameron Highland tapi deme tadak mall dan theme park. Kau tahu kan aku ni hantu mall dan theme park! Dan sejuk! Sebab tu tiap kali plan nak g singapore, terbeli tiket p seoul dengan alasab seoul sejuk. Hahahahaha

Kol 4.30 thump print terus gerak naik sebab malam ni kitaorang tidur genting. Yeayyyy... nak book hotel kat genting time weekend jangan mimpi la. Either penuh atau mahal. Kalau weekdays ble dapat bilik basic RM60 je sebilik kat First World Hotel. Tapi aku amik bilik yang up sket, RM80 semalam. Yang up sket tu ada kettle bagai dan flat tv, yang basic tu tadak ye. Dan kalau nak tahu this is teh World Largest Hotel ye.. banyak gila bilik. Last time aku duduk kena yang jauh dari lift, masak nak jalan tapi kali ni alhamdulillah sebab bilik selang 5 pintu je dari lift

Masa naik tadi jalan clear, weather bagus. Alih2 lagi 2 km nak sampai atas angin kuat diikuti hujan dan kabus tebal. Harem tak nampak apa sebab kabus memang tebal sangat. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Cek ini sangat mudah sebab ble guna mesin, cek out pun macam tu juga. Nasib kitaorang baik kali ni sebab bilik yang aku book tu dekat Tower 3 which is blok baru. A bit far from the mall dan attaraction tapi ok la. Belum lagi labuh punggung dekat tilam, aku terus capai periuk bagai. Periuk oke! Tapi bukan lah periuk besar pun.. hahaha. Yang ala2 kettel je pun tapi ble masak. Aku buat sardin goreng sebab nak makan dengan roti. Gila kau nak makan kat bawah time2 gaji belum keluar ni, kompom2 menangis nak bayar.

Lepas makan, memula ingat nak keluar terus tapi dah dekat sangat maghrib. Orang time awal muharram p masjid kau pula p berhibur... hahahaha. Sapa kata p berhibur boleh lupa diri? ahaksss. Pas settle doa awal dan akhir tahun dan solat maghrib semua2, kitaorang pun memulakan explorasi. So ini yekla pemandangan yang kau nampak while on the way dari hotel ke mall.. masih kekal seperti sebelum ni.

Kalau dulu ada indoor theme park, now dah tak de dah, dan dah been replaced oleh shopping complex yang quite big juga, Sky Avenue. Rasanya baru tahun ni kot buka dan kedai pun masih belum fully occupied lagi. Aku rasa ini sempena pembinaan Fox Theme Park la kot, they expect bigger crowd sebab international park la katakan.


 Kat sini memang banyak tempat makan tapi kau tak tahu nak makan apa sebab kau muslim. Kau tahu kan main attaraction di sini yekla casino so this is not a place for us la kiranya. Banyak gila tempat makan, malangnya non halal. Kat bawah ni, bukan main lagi tulis Malaysia Food Street tapi non-halal. KFC? dulu ada sekarang dah tadak. McD? Kononnya ada tapi tak nampak bayang.. huhu

Dan kat sini, expect la rega makanan dia almost double rega makanan di bawah. Tadi aku beli nasi ayam tuk Hannah, nak menangis oi keluar duit RM20++ tuk nasik yang dah la tak sedap.. ada hati tak mau bagi sup dan chili.

Wednesday 20 September 2017

Toys R Us Bankrap?

Baru-baru ni terbaca somewhere kat news Toys R Us filing for bankruptcy. Omo! Jadi teda la dapat beli menan lepas ni.. teda la boleh guna ini kad tuk beli menan murah???

Tapi semalam keluar paper yang Toys R Us mesia tak teribat dalam plan tu. Izit? Really? Chincha???




Tuesday 19 September 2017

KL View From Office

Inilah view dari bangunan baru Jabatan aku. Superb kan! Ini view dari jamban ye. Kalau la aku yang koje kat opis ni silap2 kat jamban saja melepak sebab aku kan memang suka view from tempat tinggi. Ahaksss!

So hari ni aku sambung audit lagi. Malangnya dalam banyak2 penemuan, penemuan aku je yang memang tak boleh elak dari bagi non conformance.. aka NCR. Pastu penemuan aku juga antara yang banyak dalam observation. Apakah? Masa nak closing tadi semua auditor bagi la ucapan masing-masing. Bila sampai turn aku, aku kata tak de apa. Sekali pengarah yang chair meeting tu kata, ha, takde? Ke nak mintak masuk cawangan. Berdekah2 semua orang gelak.. adoiiii.. dah la semua bos2 dan yang urus penempatan pun ada dekat situ.. harapnya  tak berlaku begitu le.. hohoiiiii

Monday 18 September 2017

Audit

Hari ni macam tahun-tahun sudah aku dok terlibat dalam audit kualiti.. kali ni aku audit 'parent cawangan aku, mekanikal. Strategi nya jangan cakap banyak nanti kang tak pasal-pasal kena masuk cawangan. Aku ni since day first dalam servis tak pernah masuk cawangan dan bekerja disekeiling para jurutera mekanikal. 2 cawangan yang aku ditempatkan dari 1st jejak kaki dalam perkhidmatan merupakan cawangan multi disiplin which aku rasa lebih mudah nak bergaul. Ye ke? Ke aku yang ada confident issue sebenarnya?

Saturday 16 September 2017

Wayang Time

 
Hari tu masa shopping dekat SPM aku dapat 4 keping tiket wayang TGV free. So ingatnya nak la p tengok CARS 3 dengan family adik aku. Alih2 tiket tu tak valid rupanya untuk Family Friendly punya tayangan. So beli je la tiket sebab dah alang2 sampai. Nasib baik la murah, RM25 tuk 2 dewasa dan 1 kanak2.

Alhamdulillah jugala percubaan kedua si Hannah masuk pawagam memberangsangkan sebab dia tak buat hal macam masa first time dulu belari keliling pawagam. Itu pun lepas paw kepala superman dengan rega RM31 hengget satu set dengan air & pop corn T_T dah la belum gaji lagi. Nangis la memang!
Lepas tengok wayang, naik pula train. Memang happy sangat la si Hannah. Selama ni tak merasa nak naik sebab aku ngan si Chemba tanak temankan dia dan kali ni auntie dia sudi nak bawa dorang naik.

Lepas train sushi pula, lepas tu shopping.. ayayayayaya

Thursday 14 September 2017

Hari Pasar

Apakah?
Saja je aku tangkap gambar ni. Ini yekla gambar hari pasar kat opis aku. Tiap hari selasa dan khamis yeklah hari pasar opis. Cam pasar tani la kiranya cumanya kat pasar ni tak jual hasil tani as major product. Yang banyak tudung, baju dan makanan.

Wednesday 13 September 2017

KP siut!

Tadi aku sesaja amik test kat facebook, test dia bertajuk apa post terakhir korang dalam perkhidmatan awam.

 Gempak siut result aku... hahahaha. Jangan main- main.. KP tu!
Aminnnnn! Muhahaha

Tuesday 12 September 2017

Ceramah Integriti

Hari ni ada ceramah integriti anjuran opis aku. Antara yang menarik dalam isi cermah orang tu is part bila mana dia kongsi kes2 yang berlaku yang pernah dia handle. Dan salah satu kes tu is tindakan tatatertib atas sebab mengganggu rumah tangga orang. Kecoh terus dewan.. hahaha. Jangan main-main oke.. kes jenayah oke kalau jadi orang ketiga.. haru!

Monday 11 September 2017

Rendang Daging Korban

 
Hari ni baru la merasa rendang daging korban. Tulang da jadi sup, now isi dia pula. Kalau before jaman ada noxxa, kompem la 2 jam baru lembut rendang aku.. now dah tak yah risau lagi. Infact risau pula terlebih lembut. Aku high pressure 20 minit, then masak atas api lagi 40 minit. Actually boleh je kalau nak masak dalam noxxa. Rasanya 30 minit dah lembut kot then continue je dengan stir fry function sampai kering air. Tapi kali ni aku saja je. Kalau xmasak atas api cam tak feel pulak. Ahaksss!! So inilah hasilnya...

Saturday 9 September 2017

Tren lagi


Wajah gumbira nak ke mana? Op kos la naik tren lagi. Dan op kos la ke Pavilion lagi. Ari tu pegi sini deme ni tak wujud lagi, kali ni meriah pula dengan si rimau kenit ni.



Friday 8 September 2017

Brand Tudung Sendiri

Semalam aku ngan geng ke Kenanga Wholesales. Member tu nak beli tungku tuk asben dia. Jenuh memusing satu bangunan, tak jumpa. Yang kitaorang jumpa tudung plak.. alasan! Muhahahaha

Beli selai RM8, beli 10 lai jadi RM7 je selai. Lepas tawar menawar kitaorang pun beli la 9 lai.. tapi dapat rega RM7 selai sebab aku tak tahu nak pilih kaler apa lagi. Balik umah terus jahit bunga kat tudung. Agaknya kalau aku kuar tudung jenama sendiri ok tak? Ahakssss

Thursday 7 September 2017

Terai Ariani

So ini antara koleksi yang sempat aku sauk masa shopping kat Jakel. Malangnya aku tersalah pilih fabrik. Geram betul la!! Aku ni memang menyampah kalau terbeli fabrik tudung yang kebal iron. Jenh la mengiron tapi tak lut2 walaupun dah guna heat yang paling panas oke!
Nasib baik yang selai ni oke.. kalau tak sampai mati la tak pakai Ariani. Kalau nak beli tudung mahal ni, kena tengok juga fabrik dia baru rasa macam berbaloi. Bukan semua yang mahal sebab fabrik ye. Ada tu kualiti fabrik dia sama je macam fabrik kat pasar malam tapi reganya melangit sebab jenama.

Wednesday 6 September 2017

Ke site kita

Pepagi tadi bos ketuk bilin tanya aku free ke tak. Aku kata aku tadak apa2 hari ni makanya ke Putrajaya la aku di bawanya. Yang geram tu tanak pula dia roger awa2.. makanya berbaju kurung dan kasut tinggi la aku ke site


First time dapat tengok how tangki HDPE been erected. Aku belanja some picture of the inside of the tank.



Tuesday 5 September 2017

Terjebak Ariani

Semalam lepas hantar family my makcik ke hotel, kitaorang singgah la ke Jakel Mall. 1st time oke! Ahaksss! Since ini first time datang, kitaorang pun tak de idea nak park so park la dekat Semua House then jalan kaki ke sinun.

Kenapa g Jakel Mall? Adik aku bagitau Arani ada offer. Aku ni bukanlah peminat tudung branded.. tudung aku mostly bawah RM10.. ahakss. Saje je la pegi tengok kot2 murah sangat. Well.. agak murah la jugak. Tengok punya tengok, terbeli pulak 2 lai. Hahahaha.. rega asal selai RM128, tapi dapat RM40 selai. Oke laaaa..

Monday 4 September 2017

Hello Zoo Negara

For the first time seumur hidup aku jejak kaki ke Zoo Negara.. ahakssss!!! Itu pun sebab nak bawak family makcik pegi lawat zoo.. kalau tak mungkin tak sampai. What surprised me is harga tiket dia. I thought zoo negara, tak la mahal sangat kot. Around RM20 macam tu, logik la. Sekali... amik kaw!!
RM44 dewasa oke dan RM16 kanak-kanak. RM44 tu!!! Zoo Negara Malaysia tuu! Sabar je la aku. Kalau gini rega memang sekali seumur hidup je la aku sampai sini nampaknya. Apa2 pun, enjoyyyy the memories ya!

So ini yelah kawasan pintu masuk. Kalau ikut distance dari KL, ble tahan jauh jugak la nak ke mari. Aku rasa maybe jem kot yang buat terasa macam lama je salam keta tadi. Kat sini op kos la ada parking, kalau tak silap dalam RM10 sekali masuk kot. Parking dia dekat demgan kaunter tiket.

Zoo ni nampak macam tak la besar mana. Antara binatang yang aku jumpa is si tapir, rimau gemuk, jirapa, zebra dan burung-burungan. Gajah kami tak lawat tadi. Tiket masuk ke mari bersekali dengan tiket giant panda ye. Kiranya tak payah la beli separate ticket.


Kalau binatang lain berpanas terik dan berlumpur bagai, si panda pula duduk dalam ekon oke! Ada 3 ekor panda dekat sini tapi lupa pulak nama deme. First time tengok giant panda wei! Memang comel la panda ni.

  
So lepas dari zoo, gerak ke Putrajaya pulak. Aku pun actually tak pernah lepak dekat Masjid Merah ni.. dan tak pernah tahu siap ada food court bagai kat sini.. ahaksss



Kalau masa sampai kitaorang gagah berjalan kaki.. masa balik naik tram ka apa ka nama ni. Bukan free ya tuan puan.. sekali naik kena RM5 sorang. So kalau pegi zoo ni siap sedia la duit kocek at least RM100 sorang, plus makan minum dan tiket transportation ni. 
Kiranya bagi aku this is the first and last la kot aku jejak zoo negara.. unless rega tiket jadi RM20 or RM25 paling max.. baru la aku datang

Sunday 3 September 2017

Sampah Malaysia

Balik dari kampung tadi terus ke rumah my sis tuk jumpa my makcik yang datang kl hantar cucu dia. Lepas makan2 & serang my house.. kitaorang kononnya nak pegi tengok projek sungai, blue pool yang launched baru-baru ni. Dengan harapan ada lah light show ka apa ka.. yang blue cuma ini..

Kecewa! Actually dorang buat memang cantik, malangnya malam ni bukan rejeki kitaorang

Nice kan?! Cumanya aku agak kecewa bila nampak ini


Baru je buka, belum apa2 lagi orang kat KL ni dah tunjuk belang dorang. Wawasan dah jadi wawasan 2050, tapi sampah sendiri pun tak reti2 nak buang! In a positive side, maybe la kot orang tu nak 'bgtau kat pengurusan tempat tu tolong la provide tong sampah banyak2.. tapi come on la! Pandai makan minum, pandai la buang sampah. Kalau takde pun tong sampah, apa salahnya jadikan rak motor or keta as tong sampah sementara until jumpa tempat untuk buang. 

Yang urus tempat ni pun satu. Ini Malaysia la! bukan Jepun. Kat Jepun walau payah nak nampak tong sampah, rakyat dia tak buang sampah merata-rata. Tapi ini Malaysia.. yang ramai mentaliti dorang mentaliti 'tuan besar'. Dengan pemikiran bahawa nanti ada la kuli batak tolong buangkan sampah dorang tu. Patut bukan sampah yang kena buang or bakar dekat incenerator.. orang2 yang terer buang sampah ni pun patut kena masuk tong sampah sekali dengan sampah2 dorang tu! Sampah betulll!

Saturday 2 September 2017

Selamat Hari Raya Haji

Salam Hari Raya Haji buat semua muslimin dan muslimat :) Macam biasa la bila Raya Haji, balik kampung laki. Kali ni pula cuti memang panjang, dari 31 hb sanpailah 4hb.. heaven! Thans PM bagi cuti free isnin nanti sempena kecemerlangan atlet2 Malaysia dalam sukan SEA

Hari ni aku dengan Hannah tunggu rumah je sementelaah si Chemba adik beradik balik kampung tengok orang sembelih korban. Aku tak join sebab sekarang ni tak boleh jejak masjid.. hiks. Since semalam pun duk rumah sajo.. petang ni si Chemba bawa jalan makan eskrem McD dekat Jusco.. jadiklaaaa