Saturday 31 July 2021

Steam The Pot

See the picture, membuktikan betapa gemar kami pada steamboat. Sebenarnya sebab malas masak.. tu je. Hahahaha.. masa makan memang la sedap tak ingat dunia tapi lepas tu menyesal sakit perut sebab pedas sangat. Dah tahu perut ada hernia & gastrik nak makan macam orang sihat. Padan la muka kan 🐒

Friday 30 July 2021

Meeting Masak Meeting

Sejak masuk opis baru ni boleh kata almost hari2 aku ada meeting. Rasanya dalam sebulan tu ada la 2 or 3 hari je tak de meeting. Kalau dekat rumah, kena la fullfill tanggungjawab suri rumah kan. Perut pun kerap bergendang lapar je memanjang. So macam ni la kedaannya.. sambil meeting sambil masak. Hahaha… nak idup kan.. terpaksa la berinovasi.

Saturday 24 July 2021

Pengalaman Cucuk Vaksin

Tibalah hari yang dijadualkan untuk cucuk vaksin selepas kejayaan bertarung untuk mendapatkan slot vaksin AZ bulan mei lepas. Appointment aku jam 9 pagi so pukul 6.30 aku bangun. Semalam badan kurang sihat so aku tidur awal dan tak dan nak prepare tuk pagi ni. Dalam jam 8.15 aku keluar rumah. Aku pakai baju double layer supaya senang nak selak time cucuk nanti. Lepas tu kata laki aku jangan lupa bawak pen. 

Aku naik grab je.. dari rumah ke WTC tambang RM17.. hohoiii. Sampai WTC, dari drop off tu dah ada dah line untuk q dan petugas jaga. Yang penting kena tunjuk apps mySejahtera. Mula2 sampai ada petugas bgtau line mana nak masuk, petugas next akan cek profil samada ko update ke tak.. kalau nak senang update siap2 hari nak vaksin tu & refresh. Next pula ada pertugas yang akan cek dan sahkan tarikh app.. aku nak cakap ya.. memang ramai petugasnya oke. Sepanjang nak masuk tu dah ada line disediakan untuk 1st dose & 2nd dose. Ikut je tanda arah yang disediakan. Untuk yang 1st dose macam aku, kena ke tingkat 4 naik escalator. Sampai atas tu make sure station betul as per maklumat dlm MyS. Ada 3 station dan aku punya yang 1st. Sampai waiting area ko akan kena bagi borang untuk isi dan tunggu dekat seat yang ada disediakan sampai nombor naik. Bila nombor dah naik, boleh bergerak ke vaccination area in grup. 

Dekat vaccinaction area, ada 4 station kena lalu. 1st registration.. satu kaunter akan process 2 orang at the same time. Ada banyak kaunter, no worries. Kat situ kena bagi Ic dan dia akan tanya ko ada alergik or sakit ke. Next, assessment.. ada doktor yang akan buat assessment & chop borang yang  diisi tadi. Lepas tu baru boleh bergerak ke vaccination room. Kat dalam vaccinaction room tu ada nurse yang akan buat injection. Dia akan bgtau dan tunjuk berapa ml vaksin yang akan dicucuk. Pas inject ko kena bergerak ke resting area di tingkat 3. Sampai2 je ada petugas yang akan collect borang yang dah isi tadi. Kat situ ada seat disediakan dan ada petugas yang akan bagi kad dan slip. Ko akan isi nama dan no ic dekat card tu, then kena salin maklumat yang ada dalam slip ke dalam kad yang dah diberi. 

Lepas isi, petugas akan bagi short taklimat untuk next vaccination which is dalam 9 ke 12 minggu.. maklumat akan di update dalam MyS secara automatik dalam seminggu. Before dibenarkan keluar, petugas akan return borang & check MyS untuk make sure MyS ko da updated ke 1st dose sebab kalau tak, tak boleh keluar. Petugas tu pesan kad dan borang jangan skali-kali hilang.. kalauo tak nanti tak boleh ambik 2nd dose sebab both document tu kena bawak masa amik next dose.

Tuesday 20 July 2021

Selamat Hari Raya Haji

Cadangan asal hari ni tak nak pun masak apa-apa.. konon makan KFC je. Tapi bila teringat dalam peti ada daging dan ada sepeket kerisik & sikit nasi himpit lebihan raya aidilfitri, lepas la nak buat menu raya paling senang yektu rendang. Mana tak senang.. ko blend je semua bahan masak bagi rasa sedap, masuk daging.. masuk pressure cooker.. 25 minit siappp! Pastu ada pula kulit popia & sardin, tambah menu lagi. Tengok lagi ada pula lobak, kacang panjang, santan, udang kering dan ikan bilis.. lepas oii bikin lontong tak cukup bahan dengan sambal bilis.. so inilah hasilnya.. menu raya kami. Nak kasi feel raya harus la pakai baju raya & tangkap gambar kann!!

Friday 16 July 2021

Berdiri Sendiri

Anak aku ni actually pandai dah duduk tapi dia macam malas nak duduk. Bila di bagi duduk tahan kejap je, lepas tu dia tiarap balik. Sebelum ni dah kuasai pose merangkak tapi bila nak gerak dia tiarap & gerak macam orang swimming.. kelakar tengok dia especially bila dia laju-laju nak kejar his dad. Berdiri pun dah boleh, kalau kami berdirikan tapi tadi aku tengok dia dah pandai berpaut dan berdiri sendiri. Malangnya tak sempat plak nak tangkap video. Pecubaan kali kedua ni dia tak berjaya sebab badan jauh dari sofa.. last2 jatuh.. hahaha

Saturday 26 June 2021

Pengalaman Beli Laptop Online Part 4

Akhirnya laptop yang aku tunggu sampai jua. Alhamdulillah sebab aku tak kena scam.. itu yang paling aku bersyukur. Kalau tak mesti phobia nak beli melalui Shopee ;) ye ke? Kenapa aku nak sangat juga beli laptop ni? Antara sebabnya op kos la harga yang affordable.. bawah RM3k. Memang la mahal, tapi kalau compare dengan brand dan model lain ada yang cecah RM5k ke atas pun ada untuk model macam ni yang flip type, ada privacy shutter, ada pen boleh lukis2, 14", ringan, fast loading, laju.. memang berbaloi la penantian aku rasanya.. ahaksss

Thursday 24 June 2021

Durian Kanghai



Ini namanya durian kanghai.. 1st time aku cuba memang jatuh cinta. Isi jenis yang kecik tapi biji dia memang la memang kecik amat. Orang kata ini durian popcorn.. rega dekat Grab RM100 tuk 600gram. Mahal ke murah? Durian memang le mahal tapi samada harga yang aku bayar ni berbaloi ke tak aku tak sure sebab aku bukan penggemar durian tegar so tak tahu harga or jenis.. hahahaha

Friday 18 June 2021

Pengalaman Beli Laptop Online Part 3

Walaupun hati sakit at least I know i was not being cheated by the seller. Seller tu ketawa masa aku bagitau aku dapat ink instead of laptop. Bingai! Dia pun x percaya agaknya di telah menipu aku. Rupanya packing salah dan tertukar dengan orang lain. Memang bingai la kan.. benda mahal kot. Bukan seringgit dua.. sakit hati aku x hilang lagi. Dahla sepanjang PKP ni pagi petang meeting.. aduh stress!

Thursday 17 June 2021

Pengalaman Beli Laptop Online Part 2

Ok. Ingatkan hari ni dapatlah laptop yang aku duk tunggu-tunggu bila tengok status parcel updated to out for delivery. Tak sangka benda paling worst happen for the first time semenjak jadi pembeli tegar Shopee. Ini kali pertama aku buat pembelian mahal dengan harga RM2600. Siapa sangka hari ni juga kali pertama aku tak tahu nak cakap samada kena scam ke apa ni. Tengok la apa yang aku terima.. macam babi!

Inilah benda yang aku terima! Pagi tadi asben aku tanya ok ke order laptop through Shopee. Aku dengan eksyen dan kompidennya kata ok tu... sbb tengok rating kedai ok & kedai pun ada physical shop. Bila J&T call ada parcel, eksaited la suh laki aku ambik. Bila dia sampai umah dia kata ringannya. Aku yang tak tengok lagi rupa parcel tu dengan penuh yakin lagi kata, memang la ringan.. laptop tu ringan. Sekali aku tengok bungkusan yang sampai.. apa pasal pula nipis semacam. Tak macam rupa ada laptop dalam tu..ya rabbi sakitnya hati aku bila aku buka. Baru je nak install Autocad untuk check drawing malam ni. Adoii panasss hati aku!!!

Wednesday 16 June 2021

Pengalaman Beli Laptop Online

Aku actually tengah sakit hati ni.. happy tapi sakit hati at the same time. Hari tu aku mencari laptop dengan spesifikasi —> foldable & ada pen. I happened to jumpa this one model from Lenovo, Ideapad Flex 5 yang menepati kehendak dan op kos budget juga. So aku pun place order through Shopee. Aku sebelum tu ada mesej seller tapi seller tak balas. Husnuzon saja, sibuk kot seller tu. Ye lah, authorized Lenovo seller katanya. Pula tu kedai komputer yang quite famous juga. Dua seller aku mesej, both xreply pm aku. Aku think positif, place je order. After few days menunggu, nampak macam seller masih belum sahkan order sebab kalau dah sahkan kita dah tak boleh cancel order tu unless dapat consent seller. A day before last day kena pos barang, aku mesej tanya seller boleh ke fullfill order aku. Xde respond. Haremmm! 

Aku cancel order sebab terjumpa pula this one kedai dalam Shopee juga. Aku pm, ada balas. Stok ada. Kedai fizikal ada & less thn 10km dari rumah. Cantekk!! Tapi seller ni skema sangat. Aku tanya boleh tak self collect. Katanya xboleh. Aku suggest, boleh x kalau aku self collect & seller proceed je hantar courier dummy barang aku tu.. ye lah.. kot2 dia kena audit Shoppee ke apa ke. Tak boleh juga kata seller tu. Bukan ada implikasi kos pun. Aku sungguh harap seller tu cerdik la sket. Bukan apa, dekat je kot. Kalau courier kompom 2 3 hari baru sampai. As aku jangka la, dari collection point di J&T Taman Connought ke J&T Taman Midah 2 hari dah. Ate sampai Salak Selatan nak kena tunggu 2 hari lagi la kot. Itu pun kalau nasib baik. Taman Connought ke Taman Midah tu jalan kaki pun sampai la takat 4km. Pastu nak ke area rumah aku dlm 4km lagi. Maka menunggu la aku dengan penuh sakit hati pada kedai flagship Lenovo dalam Shopee yang tak layan PM aku, pada seller yang  fullfill order aku tapi kurang cerdik dan op kos.. pada J&T. Sabo! Sabo! Sambil2 tu aku berdoa moga2 laptop tu selamat dan tak kena campak2 😭

Tuesday 15 June 2021

Apple TV In The House


Sekarang ni most of the time meeting semuanya dibuat secara online. Lagi pula time PKP ni, aku banyak meeting design so sambil meeting sambil check drawing.. sometimes ada presentation skali. Since line tenet dekat rumah aku ni tak clear sangat, sometimes kena pakai line tepon. Bila pakai line tepon tuk google meet, screen kecik. Nak tengok presentation pun payah so aku decide beli Apple Tv supaya boleh guna function airplay. Dengan airplay, aku boleh share screen 5 inci aku ni menjadi 50 inci.. 10 kali ganda yaw!!

Ingat nak beli adapter je tapi kalau barang epal ni toksah la beli yang tak ori, bikin sakit hati je laging sana sini. Lag tahan lagi, kalau tak compatible sakit hati oi membazir. Nak beli yang ori, merana la dompet. Adapter HDMI ori dlm RM239 oke! Mahal nak manfusss. Fikir punya fikir, aku decide tambah dalam half lagi tuk dapatkan Apple TV. Kebetulan masa tu Machine tengah buat sale. Harga asal dekat RM800, less sampai RM499. Masih mahal tapi lepas consider banyak faktor aku rasa worth it. Walaupun tv aku memang dah amdroid tv tapi guna Apple punya teknologi ni lain maciemm smooth dia. Aku order last friday, hari ni sampai. 

Sunday 13 June 2021

Happy Birthday Kakak



Hari ni kakak dah masuk 8 tahun. Dari semalam dia tagih nak party. Kalau tak PKP boleh la celebrate.. sekarang ni semua kedai toys tutup. Maka kami decide celebrate kecik2 je bertemakan BTS dan McD. Asalnya nak beli kek lain sebab tau dah.. kek lain selain SC memang la tak sedap. Si Chemba kata kalau nak sedap, bila2 pun boleh makan yang sedap so bei la kek BTS yang tak sedap dan mahal tu. Rega? RM120 oder di Grab. Tak sedap sebab manis sangat! 

Friday 4 June 2021

Mi Stick

Tibalah sudah Mi TV Stick yang aku tungu-tunggu. Dengan penuh eksaited aku pun test dekat tv dan amat berpuas hati dengan performance benda alah ni. Apakah? Actually ini yeklah android box dalam bentuk stick. Kalau android box yang biasa kena pakai hdmi cable tapi yang ini tak payah. Plug terus je dekat hdmi port tv. Tapi kena power using usb. Tujuan utama aku beli yekla untuk pasang dekat kereta. 

Kalau nak cucuk guna cable pun actually boleh. Maka dengan gumbiranya aku pun on dekat kereta dan berjaya. Tapi malangnya bila tolak tuil gear ke D terus keluar amaran.. aduii sakit plak hati kite. Nampaknya kena la beli bypass cable.

Tuesday 1 June 2021

Pagar Adik

Memandangkan adik dah semakin hebat maka aku pun order la pagar ni dari Shoppee. Ngam-ngam je muat delat tilam Ikea tu & saiz ruang tamu aku. Untuk saiz 14 panel, harga dekat Shoppee dalam RM200++ tapi warna yang aku beli ni tak banyak. Mostly kaler pink or biru.. tak ngam dengan nada color rumah aku. Fast delivery dari N9 & siap dapat bola la.

Monday 31 May 2021

Si Merah Dah Tiba



Alhamdulillah urusan membeli kereta dah selesai. Sales Advisor tu bagitau kalau kereta tak keluar hari ni kena tunggu lepas PKP la gamaknya. PKP pula kompom la tak tahu sampai bila. Sejak beranak dua ni rasa cramp sangat naik sedan.. da berbulan intai model keta ni tapi tak konfemkan dengan SA tu tapi bila kaler merah keluar tak fikir panjang dah.. terus konfemkan. Urusan dari booking confirm sampai kereta keluar tak sampai sebulan pun. Keta lama pula tolak dekat adik.. since dia pun dah kerja. Tapi kerja sambilan.. nak beli kereta takut komitmen ada tapi tak ble nak bayar so aku suggest dia sambung bayar je kereta aku yang lagi setahun setengah nak habis. 

Since esok dah start PKP tak tahu sampai bila, hari ni hari terakhir la kami boleh bersiar2. Tak ke mana pun.. bawak budak2 pusing2 je je naik kereta.



Sunday 30 May 2021

Monday 24 May 2021

Sunday 23 May 2021

Friday 21 May 2021

Thursday 20 May 2021

Wednesday 19 May 2021

Tuesday 18 May 2021

Monday 17 May 2021

Projek Ganti Wallpaper


Selesai projek mengganti wallpaper dapur untuk bahagian atas tu.. next nak ganti dekat meja pula. Since nak pindah juga pun nanti, takde la buat renovation. Bertahan je la kejap lagi sampai pindah. Tapi tak nak la nampak huduh so kita buat la sesuatu.. tak giteww??

Sunday 16 May 2021

Saturday 15 May 2021

Raya Ke-3

Memandangkan ketiadaan ayam di rumah ini, maka terbantut la haktiviti merendang. Jengok dalam peti cuma ada udang dan drummet ayamas. Pastu jengok grab apa yang menarik.. tetiba cam nak makan nasi lemak Old Town. Tapi sebungkus kosong yang cuma ada papdom, bilis, sambal dan telur je dah RM12.. baik la masak sendiri. Finally...

Lepas melantak, kenalah buat haktiviti mengeluarkan peluh. Teringat wall paper dapur dah sampai so aku pun ganti la wall paper baru dekat kitchen kabinet yang dah buruk tu. Ingat nak oder wall paper kaler item tapi kena tunggu lama so oder je la apa yang ada.. buruk plak bila dah pasang.. hentam je la

Sedar2 dah dekat pukul 3. Jengok grab lagi apa yang best nak oder. Macam nak makn spaghetti tapi mesti tak sedap.. maka masak la lagi sendiri.. muahaha.. 

Friday 14 May 2021

Raya by MO


Pagi ni sarapan puas2.. lepas tu begambar jap.. mandi2, makan, rilex dan makan lagi.. macam tu lah aktiviti kami hari ni. Last time late check out sampai jam 1 tapi kali ni MO bagi sampai jam 2 petang. Maybe sebab orang tak ramai kot.. tak tahu la. Thanks MO.. we’ll sure to visit again. Since pkp la pkpu la.. tak pegi pun tengok pool & enjoy all the facilities. Even restaurant pun tak boleh dine in. Huhu..