Sunday 18 June 2023

Legoland Visit



Dalam jam 12 lebih baru kami keluar hotel. Pagi tadi sarapan order grab je. Masa kami keluar tu hujan renyai. Kami ke Damai Seafood Village somewhere dekat area Kampung Sungai Danga untuk lunch dengan family adik aku. Order sotong goreng tepung, sup ayam, kangkung belacan, ayam lemon, udang butter dengan siakap 3 rasa. Semuanya sedap kecuali sotong goreng tepung. Rupa dah macam cucur, isi sotong plak rasa tawar hebeh. Harga kat kedai ni harga standard seafood la kot. Sepinggan besar udang dan sotong dalam RM50. Yang lain tu standard la. 

Kedai makan ni agak luas dan cozy, siap ada pentas dan speaker karaoke kot. Dekat sebelah tu ada kolam pancing. Meriah juga orang memancing dalam hujan renyai. Masa kami sampai kedai baru sangat bukak so kami je yang ada dalam tu.. kedai bukak dalam jam 12.30 sampai tengah malam kalau tak silap aku la. Lepas lunch kami ke Legoland. Dah lama tak melawat kawasan.


Saturday 17 June 2023

Hello Johor



Hari ni kami bergerak ke Johor. Unplanned trip sebab sepatutnya anak buah aku yang hadir lawatan tapak di Pengerang selasa ni tapi sebab dia dah kena tukar makanya aku la yang kena attend. Macam biasa la.. masa packing tu malas betul walaupun excited nak berjalan. Tadi baru selesai pack.. itu pun sumbat je apa yang ada. Kami bertolak agak lewat juga.. dalam tengahari. Personally untuk aku perjalanan ke Johor less stress kalau compare trip ke utara yang memang wajib bertolak subuh kalau tak nak bersesak-sesak di area Tapah, Ipoh dan Menora. Maybe sebab kami ni spesis yang tak biasa jalan jauh dan menempuh jam berjam-jam dalam kereta. 

Alhamdulillah adik tak meragam di jalan sebab sebelum gerak tadi dah makan dan tidur. Dalam jam 6 baru sampai JPO. Lepas makan kami gerak ke hotel Ibis Style. Since aku book last minute, aku dapat harga dekat RM300 semalam tanpa breakfast untuk bilik superior twin room. Agak mahal tapi aku puasa hati dengan kondisi bilik dan hotel secara overall. Yang tak best cuma lokasi hotel tu terletak area rumah kedai yang banyak tapi tak de orang sangat. Area tu macam area asrama foreginer. Masa kami sampai tu dorang tengah bersidai main carrom, ada yang duduk-duduk lepak beramai-ramai sampai buat ko rasa macam berada dekat bangla oi 🀣 Serammmm mak! Nak parking pun takut.. nasib baik hotel ada basement parking.

Sunday 11 June 2023

Hello Again GH



Bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi.. lepas tu gatei naik genting lagi… hahahahahahahaha.. Aku try lagi ajak laki aku naik glass cable car.. tak mau dia. Hahaha.. apa yang aku suka sangat nak naik atas tu? Suka sebab sejuk 🀣 pastu menung duit habis kena paw kakak beli baju ‘aesthetic’ dia.. hahaha

Ingat nak try la masuk theme park semalam tapi kalau beli dekat kaunter harga lebih mahal compare to beli melalui apps. Kalau nak beli melalui apps pula kena beli awal sehari. Apa-apa pun kalau nak book hotel ke or tiket cable car ke or theme park ke, guna la apps Genting.. memang mudah.

Saturday 10 June 2023

Hello GPO & Genting Highland


Hari ni tiber rasa nak pegi tempat sejuk so ke Genting la kami. Memula tu nak pegi GPO je melawat Coach tapi macam biasa la.. kalau tak panjang orang beratur depan kedai tu bukan Coach la. So tukar plan.. nak naik atas dulu la sejuk-sejuk. Sebelum decide naik tu intai dulu line clear tak dekat q cable car. Tengok q untuk beli tiket dekat mesin boleh tahan panjang juga. Masuk apps, rupanya boleh beli tiket dekat apps. Aku ambik tiket express return dengan harga RM30. Ingat nak naik yang kaca, return RM35 je tapi laki aku kata dia seram. Beli tiket dekat apps, bayar then masa nak masuk tu scan je qr code. Since aku ambik yang express, memang terus la kami dapat naik cable car tak yah beratur macam orang lain. Kalau tak silap harga tiket biasa dalam RM18 kot return.. beza RM12 henggat la. Kalau sorang ok, tapi kalau ramai-ramai tu macam rugi la juga ambik yang express. 

Sampai atas tak tahu nak buat apa.. hahaha. Datang nak sejuk je tapi nak keluar tak ble sebab sekarang kalau nak keluar kena ada tiket theme park. Boleh je actually tapi nak kena menapak la sket sampai ke hotel yang ada talking garden tu.. tak ingat nama apa hotel tu. Tengah melepak ada sorang minah ni tegur aku. Dia dari india katanya.. dia tanya aku mana aku beli baju 🀣 sembang la kami pasal kedai baju sampai laki aku pun naik heran.. hahaha.. Seronok juga naik genting sekarang sebab shopping mall dalam tu dah meriah. Uniqlo pun ada oke.. haha. Laki aku plak buat hal ajak tdo genting tiber. Buat hal sungguh kami datang sehelai sepinggang je.. pampers dengan susu adik pun cukup-cukup je. So dalam jam 3 setengah kami turun dan sambung shopping di GPO. Helok ada jual pampers saiz kecik dekat GPO tu cuma susu tak de. Baju aku beli mana yang patut je.. paling mencabar nak cari baju laki aku.. stress mak.. haha. Next kami turun dekat area midhills cari susu. Once dah confirm susu ada, terus la book hotel Geo Resort laki aku sponsor sebab dia buat hal. Kami laki bini memang macam tu.. siapa buat hal dia sponsor.. hahaha.

Lepas check in kami keluar makan. Hotel yang kami duduk malam ni memang hotel yang paling best dekat midhill sebab dia betul-betul dekat area kedai-kedai tu. Seberang hotel banyak tempat makan dan kedai-kedai. Ada watson, kedai barang phone pun ada.. sangat menyelamatkan kami yang datang sehelai sepinggang ni 🀣

Wednesday 7 June 2023

Kerja Cuti-Cuti

Hari ni aku ada site visit dekat Somban while si Chemba pula karang nak gerak outstation ke Kedah makanya pagi ni dia hangkut la geng teman aku pegi Somban. Lepas site visit kami singgah lawat omak jap then pegi makan-makan. Ini kali kami ke Hayyan Huda. Kami ambik set untuk 4 orang dengan rega RM60 per set. Ada daging masak lomak, telur dadar, kangkung belacan, ayam kampung goreng dan sejug air sirap. Kami tambah udang petai dalam RM15 sepinggan. Konyangggg!! Sedap sangat tu boleh la, masak ala kampung tapi omak kata dokek Reston Selara Kampung laie sodap. Next time kito poie oula omak.

Tuesday 6 June 2023

Shangri-la Golden Sand Day 5



Setelah puas mandi mandi, hari ni hari check out. Pagi ni kami tak ambik breakfast sebab malas nak bangun pagi so kami order grab je. Pagi ni juga geng dah tak sanggup nak menghadap pool maka dalam jam 11 lebih kami chek out. Sepanjang beberapa hari kami di sini, hari ni op kos la paling aman sebab bukan hari cuti. Semalam si Chemba dengar receptionist tu berborak kata ada 200 orang check out πŸ˜‚ No wonder la tenang gila je pool petang semalam. Kat pool tadi boleh bilang dengan jari je orang yang ada. 

Kalau nak duduk area Batu Frengghi, hotel ni one of the best sebab dekat dengan tempat makan. Kat seberang jalan ada Petronas, Subway, McD dan ada blok kedai. Kat kiri kanan ni ada gerai-gerai makan gak. Jeruk Pak Ali pun ada tapi kami kali ni bercuti memang tak pegi mana langsung melainkan duduk dalam hotel ni 🀣  Dalam 6.30 petang gak la baru kami sampai area rumah. So esok, kembali la sedar diri kena kerja sebab kalau tak kerja tak boleh cuti-cuti πŸ˜‚πŸ˜‚

Monday 5 June 2023

Shangri-la Golden Sand Part 4


Lepas sarapan kami turun melepak di pantai. Kat pantai ni selain ada watersport activities, boleh juga kalau nak berurut kaki dan badan. Aku ambik pakej urut badan 30 minit, kaki 30 minit dan kepala 30 minit. Total RM140.. urut kaki RM40. Ada opsyen nak urut dalam bilik hotel full package RM150 kata adik urut tu. Yang urut perempuan. Ada katil urut dan kerusi. Kalau tak selesa boleh pilih urut dekat bilik tapi lagi syok urut dekat pantai. Layanzz kena urut sampai tertido lah 🀣

Tukang urut aku tu tak best sangat.. dia urut merata-rata turun naik seluruh badan macam semata nak habiskan masa je πŸ˜‚ Tapi lepas urut rasa lega la juga. Adik urut tu kata kat luar ni semua bawah Kerajaan yektu pantai dan aktiviti sukan air. Dorang sewa dengan kerajaan dan takde apa-apa kaitan dengan hotel pun. Dorang hanya dibenarkan beroperasi sampai 6.30 petang dan ruang urut tu tak boleh di tutup so memang terbuka je la masa ko berurut. Tapi tak payah pun buka baju & dorang tutup dengan tuala masa berurut. Sejam setengah aku lupa diri.. tengok-tengok geng dah beralih mandi ke pool pula. Boleh kata budak-budak ni mandi sampai bosanla sebab asyik-asyik mandi pool 🀣 Petang pun lepak pantai dan mandi pool lagi.. hahaha