"I can forgive, but I cannot forget is only another way of saying I will not forgive. Forgiveness ought to be like a canceled note- torn in two, and burn up, so that it never can be shown against one" - Henry Ward Beecher
Aku terbaca quotation kat atas nih yang mengatakan memberitahu seseorang bahawa dia telah dimaafkan namun tetap tidak dapat untuk melupakan semua yang terjadi adalah cara lain untuk memberitahu seseorang tadi bahawa dia sebenarnya tidak akan pernah dimaafkan?
Mungkin ada benarnya tapi aku kurang setuju! Memaafkan dan melupakan perkara yang berlaku merupakan dua hal yang tak sama. Pada aku, memaafkan seseorang bererti aku sudah tidak marah dengan apa yang terjadi dan telah menerima semuanya dengan fikiran yang terbuka, malah tidak akan mengungkit mahupun menyebut tentang perkara tersebut pada masa depan untuk kebaikan bersama. Melupakan memori pahit pula umpama keadaan sebatang paku yang pernah tertanam ke dinding, walaupun paku tersebut telah dicabut namun lubang yang ditinggalkan tetap meninggalkan bekas. Walaupun ditampal, dinding tadi tidak akan sama seperti asal.
Namun sebenarnya yang telah hilang atau berkurang akibat dari sebuah kesilapan adalah kepercayaan.Dan kepercayaan yang telah hilang adalah sesuatu yang bukan mudah untuk dibina semula. Pada aku, tidak pernah ada perkara yang tidak dapat dimaafkan melainkan bila hilangnya kepercayaan.