Monday, 17 October 2016

Empty Table Empty Heart

Amacam? Kemas tak bilik hakak? Pemandangan gini hanya boleh dilihat sekali kot setahun, time audit. Kerja gomen ni macam2 jenis audit ada. Audit tambah baik, audit saja2 cari salah orang, audit kecantikan. So hakak berkemas op kos la audit kecantikan kan. Cumanya bukan kecantikan muka je.

Meja kalau kosong dan kemas memang nampak macam best kan, tapi kalau meja hakak sentiasa macam tu hakak rasa cam tak best. Rasa macam something missing dan macam tadak kerja je.. Hahaha. Kalau keja gomen, orang terlebih efisyen ni selalu jadi mangsa kau tau! Sikit2 nnt kau je yang kena petik buat itu ini. Tips nya, kerja memang kena efisyen tapi tak yah over sangat. Berpada2 sudah! Bos memang tak peduli punya, bukan kompeni bapak dia pun. Kalau dapat staff yang deliver, siapa yang tak suka kan. Hati senang oke! Bagi orang tu kerja lebih, bukan dia rugi nak bayar tambahan gaji pun. Yang paling selamat those yang suam2 kuku je buat kerja. Suh buat kerja x perform, buat pening pala bos je so tak bagi dia kerja banyak. Silap2 gaji yang suam2 kuku tu tinggi lagi dari gaji yang rajin. Hujung tahun dapat cemerlang juga kalaupun tak cemerlang mana sebab kecemerlangan kat gomen ni ikut angka giliran oke. Be it ko perform sampai tahap petala langit pun tiap2 taun.. Sekali dalam 3 4 or 5 taun je kot ble dapat. Apa2 pun, itu semua dunia. Yang penting kerja dengan ikhlas dan bagilah perkhidmatan setimpal dengan gaji yang kome terima. Oke!