Aktiviti hari ni? pindah hotel oke! PINDAH! Hopefully hotel hari ni memberi pengalaman manis pada cuti-cuti Melaka kali ni, tak macam semalam. Kau tahu macamana aku mandi? Aku sanggup mandi kat tempat toilet tu daripada jejak kaki dalam shower dia. Yhakkkk thuiii!!! geli gile
Makanya before kol 11 kitaorang cek it out baby! Pastu singgah ke Mahkota Parade. Destinasi pertama, g kedai spek mata RM68 hengget kat GF. Kedai tu nama dia 68c.. frame korea2 memang banyak le kat kedai tu.. wa pun apa lagi... op kos la rembat 1. Lepas tu p lunch dekat food court. Lepas lunch dah tak tahu nak buat apa.. tak pasal-pasal tersinggah dekat bowling & termain satu game kat bowling. Pemenang?? Ahkak!!! Hahahahaha... juara tertahan yang berjaya mengalahkan laki ahkak! Menang by 9 markah je.. tak tahu acaner ble menang.. kuikuikui.. bertahun dah tak main bowling dow! Pas main bowling.. p pula game center. Dari Daytona, basketball ke game pukul2 ni kitaorang hentam main. Siap bawak si Hannah pulak tu.. hahahahah
Pas letih main, g cek in hotel dekat Taipan Boutique Hotel. Thank god, a beautiful and clean hotel! Lepas qada' mandi bersih-bersih, dalam kol 5 siap-siap ke Klebang. Since malam ni ada sambutan tahun baru di Klebang, memang meriah sangat la dekat situn. Jem nya memang bikin panas mongong, ditambah pula hari hujan apa pun tak buli. Nasib baik dapat park depan gerai.. tapau makan lam keta je la aktiviti kitaorang sementara tunggu hujan teduh. Merasa la makan beger, coconut shake dengan benda alah ijau tu.. nama apa dah.. adoiii lupa!
Finally hujan teduh juga.. sempat la main layang-layang kejap. Kat situn meriah gila, esp dekat area Dataran 1 Malaysia tu sempena persediaan nak menyambut malam tahun baru malam ni. Ada gerai-gerai bagai..meriah. Nak tunggu sampai ke malam memang tidak laa.. Dalam jam 8 lebih lepas penat dah meronda, nak makan pun sampai dah tak larat. My sis sekeluarga g makan dekat Melantak Steak House while kitaorg balik otel tapau asam pedas dekat bawah hotel.
Dan kol 12... merasa la juga tengok bunga api kat Melaka walaupun ahkak sorang je yang menikmati sebab yang 2 orang tu dah gugur di alam mimpi.. ahakasss