Kejadian kat atas tu berlaku selepas kejadian di bawah.. masa luch bukan main happy dia ikut aku jalan-jalan skali dah balik opis tengok-tengok dah tumbang.. hahaha. Dulu lagi kelakar masa dia baby.. tengah memanjat kerusi pun boleh tido dengan kaki terkangang satu kat sofa 1 lagi kat lantai. Nasib baik la tak jadi habit sampai ke besar.
Aku jenis kalau tidur memang kena proper. Takde tilam empuk, jarang la aku dapat tidur. Kalau laki aku memang juara.. di mana-mana pun boleh lelap. Duk sofa lelap, duk lantai lelap.. nasib lepas dia operate hidung hari tu ada oke sikit. Kalau tak sokmo lelap. Paling stress kalau dia mengantuk time drive.. rasa nak lepuk je.. hahahahaah