Hari ni kami menginap di Sunway Putra Hotel.. 1st timer la ni kiranya. Nice juga hotel ni.. terjaga. Time lunch tadi kami singgah check in dulu.. hahaha. Mentang-mentang hotel ni dekat je dengan area opis. Yang tatap happy of kos la si kecik. Lobi hotel ni dekat atas oke.. bukan dekat gf.
Nak kata aku bayar murah sangat tidaklah pun.. hampir la RM200 juga tanpa breakfast. Tapi since kami tak pernah lagi duduk sini makanya takpe la.. kita cuba try test sebab antara bucket list aku is mencuba semua hotel dalam mall di KL ni.. hahahaha. Hotel ni kalau di Agoda rated 5 star start tapi tak tahu la star sebenarnya berapa. Overall stay, recommended la sebab mall kat bawah. Seberang tu PWTC.. kalau peminat Ariani memang seswaiiii 😛 Public transportation pun mudah so.. sila la cuba duduk di sini.