Tuesday, 31 December 2019

Happy 2020 - Staycation @ Dorset Putrajaya



Hari ni kami nak memeriahkan sesi menyambut ambang 2020. Tahun-tahun lain aku tak amik port sangat tapi 2020 ni extra sikit sebab tahun ni la dicanang-canangkan akan berlakunya Wawasan 2020 di Malaysia, ada keta terbang dan pelbagai kecanggihan masa aku masih kanak-kanak ribena dulu. Tapi malangnya, kereta masih tak terbang. Yang canggih pun lebih kepada inovasi.. 

Malam ni kami menginap di Dorsett Putrajaya since tempat tapak pesta lampu tu start dari seberang hotel ni je. My sis pula kelewatan, so dorang duduk jauh dan mahal sket di Zenith Hotel. Tengok je lah muka yang 2 orang tu, punya happy. Aku bawak hero dulu sebab mak ayah dia keje.. maka pergilah kami berpesta lampu. Kawasan pesta lampu tu agak luas so kami jalan mana yang mampu je. Nak g makan pun susah sebab ramai bebenor orang.. padat sampai takde tempat nak duduk. Last-last2 kami duduk dekat kaki lima je mengalas perut. Penat bersesak, kami naik hotel berehat. Adik aku dah nak masuk jam 12 baru sampai.. jem nak mampus katanya. Dekat2 jam 12 tu kami turun semula tuk merasai kemeriahan counting malam tahun baru. Tapi kami duduk luar sket spaya bil dah habis counting nanti boleh berlaju-laju keluar dari situ & tak yah bersesak2 🤩