Friday, 20 November 2020

Guna Air Fryer Kelen Munoz


Tibalah air fryer yang gwe nanti-nantikan.. gwe place oder rabu, hari ni dah sampai. Kalau orang duk sibuk nak cari air fryer besar, gwe cuma mau yang kecik. Lagi kecik lagi baik. Survey punya survey dalam Shopee tu.. brand Kelen Munoz ni offer antara saiz yang paling kecik dengan kapasiti 2L dan yang paling penting harga RM138.88 tu aku rasa ok la. Masa survey tu fikir-fikir juga, beza harga dengan air fryer jenama Khind yang 7.7L cuma RM100+. Baik amik yang besar. Tapi bila fikir balik, orang kat rumah aku ni 3 orang je dan makan tak la banyak mana so aku decide amik yang kecik.

Dari mana brand Kelen Munoz ni? Kalau tengok website tu macam dari Malaysia, claimed to be internet based  business. Tapi since 'the world is made in China' aku rasa ini barang China jugak la. Kenapa aku berani beli? Selalu kalau barang elektrik aku memang akan beli well established brand sahaja macam Philips, Electrolux dan seangkatan. Tapi kali ni aku try yang local punya la. The good thing is ada warranty 2 tahun, cuma kena tambah sikit la kos. If the brand willing to offer 2 years warranty, aku rasa dorang memang kompiden la dengan barang dorang. That's what I tot la.

Ok ke idok performance air fryer ni? Belum cuba lagi. Aku rasa mana-mana air fryer pun sama je, yang beza cuma fizikal. Air fryer aku ni memang cute sangat dengan kaler merah shining. In term of operation amat senang sebab all you have to do cuma buka tray, masukkan benda yang nak di masak, laraskan suhu dan pusing je timer, done! Nak tarik dan keluarkan tray pun senang.. once ko tarik keluar tray while in operation, dia akan stop sendiri dan resume balik bila ko insert semula the tray. Dalam tu ada main tray dan 1 removabile tray jaring-jaring.. grill tray rasanya 🤪 tak tahu apa nama sebenar benda alah tu.