Showing posts with label Girl Talk. Show all posts
Showing posts with label Girl Talk. Show all posts

Friday 23 October 2015

Shawl Shawl


Apa matcam? Sun tak aku? Akakakakaka.. munta! Sila abaikan my double chin oke.

Tak ingat sejak bila aku bergiat pakai shawl ni tapi aku ingat shawl pertama aku brand Real Hijab yang aku bili dengan harga RM100 untuk 5 or 6 helai. Tu pun masa offer.. kalau tak memang tak hengen la aku nak beli sebab pada aku paling mahal limit yang aku letak untuk tudung cuma RM30.. lebih dari tu memang tak beli. Tak kira la Faridah ke Sarah ke, as long lebih RM30 memang aku pangkah.

Shawl brand RH ni memang panjang. Masa mula2 pakai hampir jugak la kecewa sebab tak reti nak gayakan dan shawl ni panjang sangat sampai cam pakai tudung labuh. Then aku mula cari shawl yang lebih pendek tapi masih gak tak de gaya yang aku rasa seswai dengan aku, infact jadi menyusahkan pula nak lilit2. Bila tengok dekat You Tube, tak ble paham camana dorang ajar.  Due to training makes perfect, last2 pandai juga aku pakai...ahaks. Now da jumpa la gaya paling senang dan cepat pakai shawl. Tak yah fikir sangat nak lilit macamana.. itu yang penting. Dan labuh kat dada, belakang n bahagian dalam. Tahula kan shawl ni nipis so kena make sure bahagian dalam agak panjang. Cara pakai? Tak sampai seminit pun. Takyah nak beli instant bagai. Macamana? Lengkali aku share.. ahakss

Tuesday 20 October 2015

Natural Sun Block Eco The Face Shop

Last2 terbeli juga sunblock. SPF 50 oke! kalau tebakar juga kulit dek mentari tak tahu la aku nak kata apa. I bought this one due to my putih, si Mera kematian aircond. Memang bengkek aku ngan Nissan ni. AKu pakai si putih LC da 7 tahun lebih oke! Aircond dah la sejuk, tak pernah pun ploblem. Unlike si Mera, ini dah kali ke 2 aircond dia problem. Before ni da pernah kena tukar kipas, next pulak kena tukar the whole cooling coil. Sabar je la.

Back to this product. It is a sunscreen so what do you expect pun kan. This one yang natural, tadak color. Masa ni ada offer, buy 1 free 1. I paid RM47.90 sen for two boxes so ok la kan. TFC ada offer sunblock yang ada color tapi amik natural pun ok pada aku. I just want it for my make up base. Oily tak? ada sikit kot, ala2 cam pakai moisturizer la.

Friday 16 October 2015

Shocking Lip From Tony Moly


Inila lipstik yang aku duk idam2 lama dah. Baru la ni mampu beli.. huhu. So, how is it? I like it! Op kos la kena like kan since RM79.90 aku da selamat sedekah kat Tony Moly. But really, I like it. Bila da beli baru tau rupanya tis lipstik one has to wear before going to bed. Unik oke!

This product dalam bentuk liquid. Apply to the lips, wallah! It stain ur lips. Tak de rasa cam ada weight like wearing lipstick. How long it last? Kalau minum air, cepat la tanggal compare to if ur lips remain kering. This product tahan agak lama juga la. Kalau hilang pun, still leave trace of color yang sekata on the lips.
Tadaaaa

Thursday 15 October 2015

Damyang Bamboo 99% From The Face Shop

Oke, yang ni tak tau nak kata apa. This buy menjadikan my collection yang pada awalnya cuma satu now dah jadik 4. So pasni boleh la melembab sampai muntah! It is ok, takpe, sebab i really like this product. Tak oily dan boleh pakai the wholebody dari hujung rambut sampai hujung kaki. Masa beli ni ada offer actually, buy 2 free 1. One for the price of RM25.99 sen, still ok la.

Tuesday 13 October 2015

Pure Eco Snail Moisture Gel From Tony Moly

Cuba ko bayangkan ko penyek siput babi dan amik all its slime dan lumur ke muka. So yes, ini adalah slimey2 siput babi, 90% pure oke! Ngeri kan dengar. Tapi actually idok la ada apa pun. This product baunya harum. Bila pakai tu rasa cam best jek sebab sejuk.

Same function as Damyang Bamboo yang aku beli dari The Face Shop, cuma yang itu bambo dan yang ini siput babs. While yang it murah, this one cost RM49.90 per bottle. Beza tak masa pakai? beza la juga. Yang buat rasa lagi beza tu sebab yang ni mahal!

Apa function? op kos le melembab. Sesuai la for those yang duduk dalam aircond yang udaranya kering.

Monday 12 October 2015

Red Musk Body Shop Perfume


Before beli si Katy, aku aktuali berkenan dengan pepium Body Shop ni, Red Musk EDP. Promoter Body Shop tu kata this one tak contain bunga langsung and a blend of pepper; middle note is cinnamon; base notes are tobacco and musk. It smell soft tapi keras cam perfume lelaki and they promoted this product as unisex. In term of bau, memang la aku sangat suka sebab bau lembut tapi ada juga cam bau perfume lelaki. Cuma aku tak berkenan rega dia. RM159 untuk 60ml.

Saturday 10 October 2015

Katy Perry Perfume - Royal Revolution


Masa jalan-jalan cari hal dekat Jusco tadi, terserempak pula dengan Katy Perry. Adoiii.. habis duit dibuat si Katy ni.. uwaaaaa.

Si Katy ni kena jual murah tadi, RM148 je sebotol instead of RM 270 harga asal. Memang now aku tengah cari perfume pun to replace previous perfume aku si Issey Miakey. I used to be pengguna tegar CK Jadore tapi since si Jado ni sebotol ntah berapa da rega sekarang ni.. huhu. Aku rasa RM 4 or 5 ratus dah agaknya yang 100ml so kompom la tak mampu. Since si Issey pun sama gak, dalam RM 400+ so.. memang tidak la.

This one Royal Revolution. Bau sedap tak? Bau lembut flowery. Kata si http://www.fragrantica.com, a website of information of a perfume "The composition is floral and slightly fruity. The top notes include aromas of red pomegranate and pink freesia. Jasmine and orange flower are enriched with sandalwood in the heart, while the base includes unusually mystical notes of blackthorn with addition of vanilla orchid, leather and skin musk"

For me, I like it cuma a bit dissapoint sebab bau dia tak kuat. Kalau ala2 cam tak pakai pepume, bek beli pepume murah sebotol RM12 hegget for 15ml kat Jalan TAR. Wangi, macam2 bau ada dan yang pastinya jimat duit. Nasib baik le RM148 jek.. ok la. Ok..

Friday 9 October 2015

Best Foundation Ever!!!

Sebelum
Selepas
Si Kate
Sejak mula pandai pakai mekap since 15 tahun dahulu, macam-macam produk aku dah cuba. Murah mahal.. semua ada tapi none yang aku menjadi pengguna tegar. Kejap pakai Maybelline, kejap Loreal, kejap SK11, kejap Clarin, kejap Body Shop dan banyak lagi la tapi none yang membuat aku rasa nak keep on beli the product untill I met Kate, awal tahun ni.

This one, a product of Japan claimed to be powderless foundation. Liquid tapi akan bertukar ala2 pakai bedak in 15 sec. This product solve my problem dan hide kehuduhan  kulit gue in mere second. Pueh ati! Cuma tak puas hati tang harga jek. Sebotol kecik gini rega biasa RM78 oke! Uwaaaaaa..

I am wearing OC-D.. yang ni natural. Ada 6 kaler kalau tak silap. Sapu sikit jek, my skin transform jadik putih dan natural gitue. Tak nampak berminyak tapi tak nampak juga la muka ala2 tepek bedak tebal. This foundation juga tahan agak lama. So, memang pueh hati la.

Friday 2 October 2015

Elianto - Brilliant Riche Lip Colour

Amacam? Cungg kan aku.. ahahahakssss. Ini adalah hasil merembat di elianto. Aktuali this is my second buy. Masa mula2 terjebak, beli yang kaler merah dengan rega RM30++, skalik pegi tadi da ada offer plak buy 2 for RM50. Choiii!



Nak dijadikan cerita, aku beli lipstik ni for replacement lipstik tony moly yang aku berkenan sangat tapi reganya RM79.90 oke. Huhu. Back to lipstik elianto ni, Brilliant Riche Lip Colour No. 5. Amoi yang jual tu kata this lipstik is kiss proof. Kiss2 it wont transfer and will last long. Plus it give you matte finish.

Masa mula-mula pakai memang best. Tapi bila makan dia start tanggal and left my bibir dengan residue yang tak sekata macam orang bibir kering pakai lipstik which make my bibir jadi compang camping. Hate it! Kalau nak oke, kena sapu lip balm which is tak mencapai matlamat asal aku tuk pakai lipstik yang tak buang masa aku pakai 2 3 lapis dan tahan lama.

Overall, i dont like it! Terpaksa la cari orang untuk sedekah 3 lipstik yang da terbeli tu. Huaaaaaa...

Monday 28 September 2015

Terjebak Korean Product



Tiga kali ke Seoul, tiga kali gak aku tak miss berpeleseran dekat Myeongdong yang memang terkenal dengan kedai kosmetik like The Face Shop, Tony Moly, Holika Holika, Nature Republic, Skinfood, Etude House, Missha, It's Skin, innisfree etc.. tak pernah aku terhengen nak jenguk kedai depa, apa lagi nak try the product. Tapi masa jalan2 dekat Sunway Putra Mall hari tu tersinggah plak dekat Tony Moly. Tercuba pulak snail moisturizer dan lipstik dia, maka terbekenan la pulak. Tapi since cream yang aku berkenan tu sebotol RM49.90 dan lipstik plak RM79.90, maka aku pujuk2 hati g tengok kat kedai lain kot2 ada produk yang lebih kurang sama cam tu. Since dekat Berjaya Times Square ada almost semua brand kosmetik dari korea, aku pun g la lawat setiap kedai dan akhirnya tertawan dengan this product, Damyang Bamboo Moisturizing Cream dengan harga RM25 hengget je sebotol.

Ok tak? Bukan takat ok,tapi suka sangat. Siang malam pagi petang aku tepek. Lembab muka wa cakap lu!

Wednesday 23 September 2015

Review TheFaceShop Cushion Screen Cell

1st impression. I like it.

Lepas guna, not so suka.

Ok. Kenapa tak suka? For my face yang tak selicin artis2 korea dengan pori2 yang besar dan kulit yang agak kering here and there, selain berwarna gelap2 manis.. this product dont suit me. Kalau tengok drama korea, bukan main kilat kan kulit2 dorang. It will happen kalau kulit kome licin bak kulit telur. Tapi kalau kulit kome idok rupe itu macam kulit aku ni, lupakan je lah. Becapuk oke!

This product tak provide full cover. Ala2 cam tepek mosturizer jek walaupun ada color, tak cover sangat the huduhness. Lasting? I am not sure. Aku rasa cam tak last sangat pun. Maybe sebab aku pakai solely dia, tak tepek bedak langsung lepas tu kot.

What about yang positive? The best thing about this product dia ada SPF 50. So, sun sun go away. Selain tu, masa apply rasa best sebab dia dalam bentuk cream tapi apply dengan span. Imagine!

Kesimpulan?

After usage, I dont like it for my skin. I guess the product sesuai for those yang kulit cerah dan licin sebab you'll look macam tak apply anything on ur face, natural and fresh but not for me lah. Apart rom that, produk ni jugak agak mahal oke. Full set RM138 kot yang new packaging, refill RM81. But masa aku beli ada promosi buy 1 free 1 refill. Mine yang nak habiskan stok due to change of packaging, so I got it for RM65.



Wednesday 3 June 2015

A Day Full Of Kate


Ke Mid Valley dapat Kate Of Tokyo, ke Kenanga pula dapat Kate of New York. Bezanya 1 produk kosmetik dan yang 1 lagi handbag. Masa jalan dekat MV, tetiba terlalu depan booth Watson yang tengah buat offer produk brand Kate. Kalau beli RM120 above bole dapat a set of brush. Tergoda ok dengar the offer sebab a set of brush memang la, memang mahal kalau dekat luar. Apa lagi kalau produk Jipun. This Kate brand memang made in Japan, as written on the packaging.

After tu ke Kenanga.. punya sengsara la hai nak parking. Dah la parking dia agak scary.. eeiiii.. so hasilnya dapat la 2 beg brand Kate Spade tuk dijadikan beg susu Hannah.. ayayayayaya

Tuesday 2 June 2015

Hand Bag

I claimed myself bukan kaki handbag. I claimed that I do not buy handbag as much as other pompuan in this planet but girl, was I wrong? Bila tengok2 balik, I have more then 10! Yang tu brand yang biasa2 telinga kita ni dengar, belum masuk beg2 kain yang memang menjadi kegilaan selama ni. Those 10 handbag, all in new condition. Maksud yang paling dekat, jarang sangat2 pakai. Rasanya satu beg tu paling banyak 5 kali pakai then jadi perhiasan semata or, jadi beg susu Hannah chan.

When comes to hand bag, I was not the type yang bother sangat pasal brand. Paling aku suka beg kain. Tapi bila tengok gegel2 pakai handabag lawa dan bergaya, aku pun nak jugak cam gegel2 sekalian. Then aku pun cuba try test la beli handbag satu, konon kalau beli beg MAHAL mesti rasa cam terdorong nak selalu pakai sebab da melabur banyak. Then, aku balik gak guna handbag kain yang kalau gegel2 or acik2 tengok memang langsung tak bergaya T_T Then beli lagi another handbag, sebab beg yang previously tu cam kecik kot dan tak de tali panjang.. rasional hati dan minda aku. Beli yang besar dan op kos MAHALLL! Pas 2 3 kali pakai, eh! Besar sangat la pulak beg ni. Then revert balik pakai beg kain. Pastu cuba lagi, beli beg kecik sikit, ada tali panjang dan op kos, MAHAL! Pakai 2 3 kali, eh! Kecik sangat beg ni… tak muat banyak barang. Pastu, beg kain la jawabnya.

Tapi cita2 nak berhandbag masih menyala. Ke London, masuk Harrods.. beli handbag Harrods from Harrods itself, 3 bijik! Ok, buy in London mesti nak pakai punya kannn.. kelass kau maria kununnya tapi haremmm!! And the thing keep going on and on and on.. sedar2 da banyak handbag. Hahahaha!

Monday 6 April 2015

How Do My Make-Up Lasts Longer

Ok. I am no make-up artist whatsoever, nor am I a beautician. Kalau dulu2, tak sampai sejam bedak wa da ilang tapi sekarang tidak lagi sejak2 aku belajar dengan incik google how to do shading technique. Shading technique ni basically mengggunakan highlighter & dark shader tuk highlight the feature of your face since not every area of your face area equally colored. Pastu dulu I hated bedak sebab nanti nampak cam tepung gomak. Banyak dah face cream dan bedak yang aku cuba, yang mahal yang murah semuanya tak memuaskan hati tapi bila apply shading, muka nampak lebih umh! Miahahahaha.

But trust me, kol 7 lebih make-up.. kol 4.30 muka aku masih ok2, yang ni time xsolat + malas nak belek muka. Apakah ok2 tu? muhuhahaha.  Pandai2 la kome translate sendirik!

Si cencomots

Monday 15 December 2014

Aku Sun!

Sebelum
Selepas
Amacam?sun tak ahkak? op kosss la sunnn ba ako ni.. hahahahaha. Sun la sangat.. yang ni cuma hasil guna apps yang ahkak donlod dekat google play jek. Senang sekarang ni, tak yah susah2 nak beli makeup. Kalau rerasa nak bibir pink, pipi gebus, dagu runcing, bulu mata lentiaq.. altered jek guna apps. Suma dia boleh buat. Kalau rerasa nak tery, g la donlod YouCam Makeup & YouCam Perfect...

Saturday 8 November 2014

Pengalama Di Slimming Centre : Wrap-Up

Sepatutnya pakej aku habis hari ni tapi gara2 aku malas nak menghabiskan masa di slimming center, so aku halalkan jek la baki yang ada. Trust mu, macaman pun ko karan ur body or bakar ur weight wont come down unless kita jaga pemakanan. As this is not my 1st experience ke slimming centre, rasanya aku dah layak kot bagi nasihat.

Kalau nak kurus, cara terbaik adalah dengan menjaga pemakanan. Tapi sampai sekarang aku masih belum sampai seru untuk menurunkan kembali berat badan yang dah semakin mencanak2 naik ni. Orang kata badan tu mencerminkan diri kita. Part of it, aku setuju! As seorang yang membawa lemak berlebihan, atau lebih tepat lagi seorang yang gemuk. Aku jadi macam kurang aktif. Taunya nak duduk bersenang lenang jek & tak mahu berhaktiviti. I felt like I am moving in a slower pace. It felt so heavy. Nak dikaitkan dengan stress, yang tu aku kurang setuju. I dont think stress cause this to me.

Antara faktor yang aku rasa menjadi penyebab aku 'menghidap penyakit gemuk' ni sebab metabolisma badan yang dah menurun. Ditambah dengan kesibukan menjaga kebajikan si anak, kadang2 aku main makan jek apa yang ada depan mata. Maka selaju2 boleh sampaikan xsedar dah makan banyak gila... hahaha. Antara sebab yang aku kenalpasti juga adalah faktor kegembiraan dan keselesaan. Selesa dengan badan sendiri dan gembira dengan kehidupan.

Saturday 18 October 2014

Pengalaman Di Slimming Centre - 4th Day

Ok. Hari ni dah hari ke 4. Kalau semalam berat ahkak *6.5kg, hari ni dah jadik *7.3 kg.. hahahaha! Naik oke! Ini mesti gara2 ahkak melantak macam2 semalam. Lapar oke!

Hari ni sama jugak macam semalam, kena karan n hot blanket.

The thing yang ahkak notice dan tak berkenan dekat sini yekla cleanliness. Kalau tengok dari mata kasar memang agak bersih la jugak slimming centre ni tapi yang ahkak agak ragu yekla towel & kain kemban yang depa bagi sebab some tu boleh hidu oke bau badan orang yang dah lekats. Ewwweeee!!

Pengalaman Di Slimming Centre - 4th Day

Ok. Hari ni dah hari ke 4. Kalau semalam berat ahkak *6.5kg, hari ni dah jadik *7.3 kg.. hahahaha! Naik oke! Ini mesti gara2 ahkak melantak macam2 semalam. Lapar oke!

Hari ni sama jugak macam semalam, kena karan n hot blanket.

The thing yang ahkak notice dan tak berkenan dekat sini yekla cleanliness. Kalau tengok dari mata kasar memang agak bersih la jugak slimming centre ni tapi yang ahkak agak ragu yekla towel & kain kemban yang depa bagi sebab some tu boleh hidu oke bau badan orang yang dah lekats. Ewwweeee!!

Friday 17 October 2014

Pengalaman Di Slimming Centre - 3rd Day

Hari ni dah hari ketiga, as of timbang since 1st time

Day 1 : *7.00 kg
Day 2 : *6.5 kg
Day 3 : *6.5 kg

* tu rahsia of course! See.. kurang 500 gram oke! Hari ni ahkak cuma kena karan & kena sarung selimut panas a.k.a hot blanket. One ilmu yang kita kena tahu pasal slimming centre ni, sesi! Kita ada nampak kalau depa iklan ala2 cenggini la " RM799 untuk 40 sesi menguruskan badan". Part ni kena aware & tanya apa maksud depa sebab that 40 sesi yang dorang mention bukanlah ko boleh datang 40 kali. Cam kat slimming center yang ahkak g ni, ahkak memula tu terkejut jugak. Time ahkak kena go through treatment karan, I thought yang tu di kira 1 sesi tapi gegel tu cakap ahkak dah buat 3 sesi ooo!. Sebab dia karan2 kat perut, peha & kaki.. walaupun dibuat dalam masa yang sama yang ni depa kira 3 sesi!

Paham? x paham?

Nasib le!

So kalau nak pegi slimming center, dont let them do the talking. Ask question. Lagi banyak soklan kita, lagi baik. Biaq depa terduduk plak nak layan kita soal.

Saturday 11 October 2014

Pengalaman Di Slimming Centre - 2nd Day

So hari ni 2nd time ahkak masuk ke slimming centre after 1st trial, wednesday hari tu. Hari ni tadak kena ceramah. Masuk2 kena salin baju then terus kena baring dan dipakaikan wayar. Kena karan la, apa lagik. Lepas 20 minit kena karan.. kena suh pindah bilik. Kena suh baring gak kat katip tapi kali ni tilamnya panas. Ahkak kena balut ngan tuala n then blanket panas. 30 minit panas yng xseberapa pun dah x tahan.. x terbayang bagaimana panas api neraka oi! Bepeluh2 ahkak dalam tu. Ada gak la portion2 badan yang rasa cam tebakar.. hoho

Mesin Karan2
Lepas berpeluh2, ahkak mandi & kuar p jalan2 kat Jusco. Petang tu plak adik ahkak jamu makan nasik arab. Fuh! Takde makna g slimming wa cakap lu! Tapi intention ahkak g slimming centre kali ni bukanlah sebab nak slim whatso ever.  Tadak pun dalam plan nak kurus, apa lagi nak g slimming centre bagai. Kalau idaknya sebab pakej dia murah & kedai dekat umah ahkak jek, tak kose le jugak.