Tuesday, 16 September 2014

London : The View From The Shard



Hari ni ahkak nak review building kat London yang kitaorang visit 30 April 2014, The Shard aka Shard Of Glass or Shard Bridge Tower. Kalau kome pegi London before 1 Februari 2013, kome memang idakla dapat nak nengok pemandangan kota London dari sini sebab bangunan ni cuma siap dibina pada November 2012 dan open deck yang depa panggil The View From The Shard start in operation masa 1 Februari 2013.

Dengan ketinggian 309 meter kata si wiki, bangunan ni terletak di 32 London Bridge Street, London SE1 9SG, UK berhampiran dengan City Hall. Across the sungai yekla Tower Of London. Kata si wiki juga, this building adalah bangunan tertinggi diseluruh European Union yang terdiri daripada 28 buah negara termasuk UK, France, Germany, Ireland, Italy etc. So, we've been there... yeayyyy! Itupun selepas membayar £ 49.90 or lebey kurang RM279.84 hengget untuk 2 orang barulah kitaorang dapat naik ke atas.

Ahkak beli tiket online dekat www.the-shard.com & boleh pilih masa untuk naik tapi masa berada di atas tu is unlimited.  Kitaorang pilih naik kol 7- 7.30 sebab nak nengok sunset. Kat atas tu takde apa2 pun, solely hanya observation deck kaca. It offers 360 view of London.

Below are some of pictures yang kitaorang ambil masa melawat tu. Kitaorang ke sini naik London Big Bus. Kalau nak naik tube bole la turun dekat London Bridge Station. Masa 30hb April tu tube2 depa semua mogok. Nasib baik la Jubilee line yang connect dengan Waterloo Station in operation, so dapatlah kitaorang balik hotel dengan gumbira.

Nak datang sini lagi tak?

Hmm.. rasanya cukupla once in a life time experience sebab London itself takla cantik sangat pemandangannya. Tapi kalau free, memang ahkak nak le pegi lagi... ahahahaha

The Shardddd!!! view from London Big Bus
Dadde yang eksaited
Kat dalam
Punck The Shard
Balik2 view ini
Yang ramai dekat atas ni yekla eksekutif2
Hannah pun eksaited
Bosan la mamme. I nak rangkak jap

Monday, 15 September 2014

80cm Baby

Hari ni bawak si kecik g check-up kat klinik kesihatan. As of today berat dah cecah 8.9 kg & panjang 80cm. Kalau ikut geraf, weight masih normal walaupun di bawah berat ideal tapi panjang dia atas paras ideal. Kiranya anak ahkak ni panjang dan kurus ler. Siyan dia... suh makan tanak. Sebok belari ke hulu ke hilir.Paling tak tahan, kalau bagi makan makanan khas tuk dia.. dia tanak. Yang dimaunya apa yang kita makan, terutamanya eskrem dan spegeti oke! So anak emak!

Sunday, 14 September 2014

London : The Story Of London Eye

Hari ni saja la nak review pasal London Eye. Nama benda alah ni Londo Eye pun dia, Millenium Wheel pun dia, The EDF Energy London pun dia jugak. Apsal banyak sangat nama, aku pun tak paham. Masa kitaorang pegi ari tu nama dia The EDF London Eye tapi yang terkini depa panggil London Eye jek.

Dengan ketinggian 135 m & diameter 120m, masa mula dibina 1999 kononnya this is the tallest ferris wheel ever erected until Star Of Nanchang, China surpassed the height pada tahun 2006. Walaupun now ferris wheel yang tertinggi adalah High Roller di Las Vegas tapi up to now London Eye adalah masih pemegang rekod di seluruh Eropah. Ada 32 spacious capsul berbentuk ovoidal dengan berat 10 tonnes dan boleh memuatkan 25 orang dalam 1 masa. 32 kapsul ni merujuk kepada borough atau district yang ada di London katanya.

London Eye ni terletak di South Bank of the River Thames, London, Borough of Lambeth, UK antara Westminster Bridge & Hungerford Bridge. Tak jauh dari Big Ben. Kalau nak ke sini boleh la naik tube, turun dekat Waterloo Station. Kalau rajin nak jalan, dari Westminster Station dan lambeth North Station pun boleh akses kemari. Selain kedai jual souvenier, The London Dungeon & London Sealife Aquarium juga terletak dikawasan yang sama whilst kalau nak ke Big Ben @Parliament house, cross jek la sungai through Westminster Bridge.

Masa kitaorg g tu, ahkak dah siap2 beli tiket online di website http://www.londoneye.com/ dengan harga £45.92 untuk dua orang. Kiranya kalau conveert ke RM dalam RM250 la untuk dua orang. Nasib la kat London, kalau kat Mesia rega ini haremmm memang tak naik la ahkak. Ada banyak jenis tiket yang depa jual. Ada combination dengan cruise dan ada pula combine dengan attraction such as Madamme Tussauds dan London Dungeon etc. Pilih le ikut mana kome suka.

Berbaloi? Ok laaaa. Dapat le nengok London dari atas walaupun pemandangan London itself idak la lawa mana pun kalau dibanding dengan Paris, Tokyo or Seoul. Since ferris wheel ni one and only di tengah2 kota London, ok la! Once in a life time experience.

Hungerford Bridge/ Golden Jubilee Bridge, jambatan pejalan kaki
Si Big Ben

Saturday, 13 September 2014

Weekend Date With dadde

As of today genaplah umur si kecil 1 tahun 3 bulan. Biasanya hujung2 minggu kitaorang akan bawa dia keluar bejalan. Kat area umah ahkak tu macam2 ado, sukati le nak pilih aktiviti apa. Kedai2 jangan cakap la.. ko cakap yo kodai apa.. semua hado. Pija Hut, Dominos, Tutti Fruity, Old Town, Wang SoLo, Upin & Ipin, Kayu Nasi Kandaq, Satay Station, Murni Dicovery, Burger Bakaq, Burger Bit.. itu antara kedai2 makan yang ada. Kedai2 lain jangan cakap, even kedai tayar & bengkel pun ada. Itu kalau nak g kedai, kalau nak g beriadah.. boleh la g tasik.

Kitaorang? Op kos le selalu pilih yang indoor aka kedai2 bosa yang ada ekon bosa macam mid valley ke.. Jusco ke.. janji sejuk.. miahahahaha. Tapi hari ni bawak si kecik g 'beriadah' dekat pasar tani, tepi tasik. Kira beradah la jugak kan kalau jalan hujung ke hujung. Balik umah mengketedarah macama2 yang di beli kat pasar tadi... hihihi

Friday, 12 September 2014

Kereta Pun Pandai Merajuk

Pagi tadi ahkak keluar awal macam biasa.. skalik jem la pulop. Stress tol.. subuh2 kot ahkak keluar tu. Sapa la ngiong g aksiden time2 gini ni. Kalau kena drive ala kura2 sapa yang tak stress, sampaikan kereta ahkak pun merajuk. Biasanya kat meter tunjuk oil usage 9.5 L boleh pegi 100 KM tapi hari ni sebab jem dia kata 9.6L baru boleh g 100 KM. Alololololo buchuk2 machem!!

Wednesday, 10 September 2014

Aktiviti Ibu2 Tak Berkesudahan

Antara rutin malam harian ahkak sebagai seorang suri dan ibu yekla menyediakan kelengkapan anak untuk esok hari dan pelbagai lagi rutin lain. Salah satu dari rutin ahkak jugak yeklah mengemas rumah sebelum tidur sebab kalau bangun tidur ahkak nampak rumah bersepah, samada rasa nak sepak dan buang barang yang bersepah or tidur balik. Ahkak bukanlah clean maniac, cukup la sekadar ruang tamu ahkak kosong as it is dan all the stuffs back to its places. In fact, ahkak seoeang yang suka buat sepah dan pemalas nak kemas mengemas nih.

Since ahkak ada mixed-up ideology about cleanliness makanya ahkak fikir ahkak kena buat something about it. So I started dengan introducing penjagaan minima antaranya penggunaan karpet atau tikar yang mampu untuk sembunyikan sementara kekotoran terutamanya rambut. Ahkak sungguh alargik kalau nampak rambut nih. Even kat lantai yang kaler gelap pun my eyes can still able to detect adanya rambut. Since ahkak ni a fan of carpet makanya kenalah invest vakum yang mudah digunakan. I vacuumed my house two or three times a week, or sometimes selang sehari oke! Kerajinan ini adalah kerana ahkak punya vakum jenis yang ble sorong2 macam penyapu so tadak hal kalau nak vakum every jam pun. Just sorong n tarik saja. Easier compar to guna vakm yang biasa, tak kosa ahkak nak tolak hos sungguh2.

Next, aplikasi penyamaran dan penyembunyan barang di tempat terbuka like penggunan kotak or simpan suma barang2 dalam lemari. Semua buku2 ahkak yang dah ala2 library tu ahkak buh kat open rack tapi ahkak susun dalam kotak. Makanya setiap kali ahkak ambil dan baca, campak je dalam mana2 kotak. Tadak sapa tau sepah macamana dalam tu. Same goes to mainan my doter.. suma in a box. Even baju dan barang2 lain pun kebanyakannya dalam kotak or rak yang boleh hide those things.

Pastu ahkak menekankan konsep kosong. So ruang tamu ahkak memang sengaja ahkak biarkan kosong sepaya senang anak ahkak berlari kesana kemari. Yang paling penting senang nak vakum. Penggunaan table or any perabut yang menyemak like coffe table semuanya forbidden. Coffe table ahkak either foldable or hide-able.

Antara salah sebab ahkak suka the house yang kitaorang duduk sekarang sebab the unit agak kecil dan rumah ahkak ni bentuk petak. Tadak barrier antara dapur dn living room so it is up to us tuk susun dan plih which saiz yang hendak dibesarkan. So I choose area yang agak sempit dan minima untuk dapur. Senang nak manage, safe masa dan tenaga since ahkak ble stand in on place dan dah ble akses peti ais, dapur gas & preparation area without even have to move my feet. Sinki pun satu langkah je da sampai.. amacam? Minima kan?!

Overall.. ahkak cuma perlu spent less than 8 minutes jek tuk kemas umah every night before going to bed!

Tuesday, 9 September 2014

Lazy Cooker

Now ni ahkak memang berbekal je la ke opis. Hidangan tuk hari ni 2 set nasik lemak for breakfast & lunch. Since pagi ahkak cuma ada around 30-40 minutes je untuk mandi, iron apa yang patut, bersihkan botol2 anak dan pinggan mangkuk, bersiap2 & prepare bubur Hannah so I only do minimal cooking je on the morning. Hannah punya bubuq of kos la fresh, masak pagi2 tu tapi sayur & lauk dah siap2 chop kecil2 dan simpan dalam peti.. then bila nak masak just campak jek dalam kuali.

Untuk bekal, I opt for something yang senang untuk prepare. Biasa ahkak suka prepare sambal. Sambal ni ahkak simpan dalam peti untuk 2 or 3 hari usage. Hari ni menu nasik lemak. Nasik & telur ahkak masak sekali dalam rice cooker dan biarkan panas sampai ke pagi. Sambal ahkak simpan dalam peti while bilis ahkak goreng pagi2. Since ahkak ni idok le gemar kacang goreng & timun so my bekal tak letak le benda2 itu. Petang karang boleh masak nasi dan rebus daging. Bila da empuk potong siap2 dan simpan lam peti. The next day ble goreng & campur baki sambal dalam tu. Sempoiii!! Air rebusan daging tu ble buat sup kalau nak berkuah. The next day mungkin ble masak ayam masak merah guna sambal tu.. hmmmm

Saturday, 6 September 2014

Book Days Out

Hari ni kitaorang g jalan2 cari hal dekat Midvalley. Bila si kecik meragam, ahkak pun bawa la dia g main kat play area depan Aeon Bic yang dulunya Carrefour. Kalau weekdays RM4 untuk 30 minit pertama & RM1 for the subsequent hours tapi weekend the 1st 30 minit kena bayaq RM5, for the subsequent hours RM1. Mula2 tu dia macam takut skalik dah ok, habis semua dia teroka.

Dalam tu ada kereta, ada play house kecik.. boleh kata ada macam2 la jugak walaupun minima.. she is most interested dengan rak yang ada buku2! Oke! Agaknya sebab dekat rumah dia biasa dengan buku makanya buku la yang jadi pilihan. Tak sedar dah main berapa lama, sambil2 tu mamme shopping dekat Bic.The best part dari dalam Bic tu boleh tengok anak main. Time nak check out dadde kena bayar RM10.. huahuahua.. dekat sejam lebih kot!

Agaknya sebab terover sangat main so dia tak dapat nak nap tengahari tu. Apa lagi, meraung2 la dalam kereta macam kena dera. Part ni yang paling mamme & dadde dia tak gemar, bila dia nak tidur tapi tak dapat. She will be like meronta2 n nangis ala2 kena dera. Usually jadi macam ni bila dalam flight. Imagine la macamana kitaorang bertarung masa ke Paris hari tu.. 12 jam kott dalam flight!

Petang plak dadde nak g hantar pak su Hannah masuk UiTM tapi dadde taknak bawak mamme sebab dadde kata dia penat sangat & tak larat nak bawak mamme dan Hannah ke I-City.. T_T

Friday, 5 September 2014

Bos Pindah Ahkak Nanges

Pagi tadi ahkak masuk opis cam biasa. Biasa memang ahkak yang buka kunci opis so hari ni pun macam tu jugak la. Duduk jek kat meja tetiba rasa sedih. Tengok la kat fail2 dan surat menyuart ahkak yang bertimbun.. last2 T_T sebab? sebab bos dah pindah. Stat hari ni dia dah xde la kiranya T_T

Sepanjang kerjaya.. op kos la ada ramai bos kan tapi bos ahkak yang pindah ni yeklah my fevret sebab dia perfect dari segi kerjaya & perfect juga dari segi belas kasihan. Kalau bos2 sebelum ni, kat surat yang nak suh buat tindakan tu depa just akan jot u.t a.k.a untuk tindakan, or sila bincang tapi bos ahkak yang sorang ni ko dapat je surat, clear dah dia tulis siap2 nak buat apa dan refer pada siapa. Kalau ko tanya, anytime dia offer jawapan. Kalau staff dia stuck, datang jek pada dia inshaAllah nampak la cahaya. Meeting2 pun dia sendiri akan pegi. Takde la nak suh2 orang bawah. Dan dia adalah baik sangat. Kalau staff yang ada kesulitan contohnya yang ada anak kecil, dia tak arah pun g outstation. Dan paling best, he is a decision-maker, sebab itu idak la banyak hal yang pending & sangkut jek.

Thats why la ahkak soka sangat bos ahkak ni. Dia firm tapi sangat bertimbang rasa. Walaupun dia baik, staff semua takut & hormat pada dia. Sebab he is one of a great leader, not just a bossy boss yang tahunya nak result je. Kalau dapat bekerja dengan seorang leader, ahkak rasa environment kerja akan lebih positif. Contohnya budak2 unit ahkak, bagi kerja laju jek ambil tindakan padahal bos bukan garang pun.

Wednesday, 3 September 2014

Happy Child

Bukan main happy lagi si kecik ni kan.. as of today dia dah berusia 1 tahun 2 bulan 21 hari. Kemahiran? selain dah berjalan dengan laju gila, dia dah makin kurang tergolek walaupun ada juga masa2nya sebab jalan laju & almost macam nak berlari dah dia ni. Selain tu dia memang sangat pandai tengok tv. She wont bother kalau ahkak tak duk sebla da sekarang ni, dia dah pandai bawak diri sendiri so ahkak dapat la mandi dan masak dengan tenang.. as long susu dia ahkak prepare secepat 'kilat' once she wanted it.

Still masih nak mamme tapi she can be by herself watching tv dalam bilik tidur as long dia nampak mamme ada dukuk2 dekat ruang tamu, also watching tv. Kalau mamme buat benda lain like guna lappy or tabby.. siap la dia datang join nak tekan2. Since mamme dah baby proof main bedroom so consider bilik tidur u adalah playround dia yang paling selamat. The whole lantai dah dipenuhi dengan tilam, soft mat dan carpet yang di bawahnya ada tilam nipis sebab anak ahkak ni suka sangat jatuh. Kalau jatuh je mesti kepala kena.. bikin panas!

Ahkak laki bini selalu ketawa & joke kitaorang ni dah ada anak ke sebab tetiba tu hanya kitaorang jek kat living room while si kecik lepak tengok tv lam bilik tanpa mempedulikan ahkak laki bini. Makanya mak ngan ayah dia bergilir2 la dok intai dia buat apa tapi si anak tetap steady. she just sat down & tengok tv dengan penuh khusyuk oke!

Tuesday, 2 September 2014

Progres Jalan-jalan Tokyo Itinerary Part 3

As of today ahkak dah berjaya siapkan 1 hari trip jalan2 Tokyo. Menyiapkan itinerary adalah hobi baru ahkak. Terasa bila buat itinerary tu sangat mengasyikkan & layannnnn. Tang buat itinerary ni ahkak memang dah mahir la kot, bergiat since 2011. Masuk ni dah itinenary ke 7 yang ahkak buat. 2 untuk Seoul, 3 untuk Tokyo, 1 London & 1 Paris. Next itinerary ke Seoul & Hong Kong.. yang ni masih dalam progress.

The best part about preparing ur own itinerary yeklah kita akan rasa 'close' dan familiar dengan geografi dan logistik tempat2 yang nak dikunjungi sebab kita buat semuanya sendiri. Apa yang penting dalam itinenary planning ni 1st kena tahu nak duduk area mana & hotel apa. Next baru boleh prepare itinerary start dengan logistik dari airport ke hotel & ke tempat2 yang nak dikunjungi. kalau yang dua tu dah settle makanya the rest is easy. So the key words here is, survey! Use google search, google map & website2 transporation like train, bus etc

Macam ahkak, ahkak suka naik train je. Be it underground or above ground. Senang & reliable. Kalau Tokyo dan Seoul depa panggil underground train depa "Subway", Paris panggil metro/RER while London panggil tube. Whatever they call.. dekat 4 city ni almost semua tempat pelancongan depa ble akess dengan train so takyah pening2 nak fikir hire orang/ transporation.