Sunday, 14 December 2014

Hape Baru

Last Friday lepas semua urusan dekat JPN selesai, aku sempat singgah dekat Berjaya Times Square. Hajat hati nak ambil pakej U-Mobile & henpon Sony. Skalik tadak. Oke! Aku dengan kechiwa menapak ke Lowyat bersama si tecit. Skalik ada booth Oppo tengah wat promotion. Alkisahnya aku ada terbekanan nak beli satu model Oppo ni, N1 sebab kamera dia 13M pixel & boleh rotate. So, gambaq selfie ka.. wefie ka.. 13Mp.

Promot2..last2 aku beli! Oke...

Kamera memang santik. Op kos la puas hati, nama pun 13Mp kann! Ada banyak juga features yang menarik kat hape ni cam theme. Theme dia ko takyah susah2 g donlod market ke or mana ke.. klik jek apps theme yang pre-installed, pilih la mana2 ko suka. Cam screen lock kat bawah ni, kalau nak unlock ko kena swipe basketball tu masuk dalam gol. Kiut!


Pastu kalau nak auto incorporate dengan weather pun boleh or pilih mana2 jenis weather yang kita suka tuk add dekat theme cam kat bawah ni. Yang 1st tu ahkak pilih berawan, yang 2nd pilih dandelion berterbangan. Ada salji, ribut & hujan. Yang ni semua pre-installed.



Selain tu, ahkak juga berkenan dengan feature "gesture" yang membolehkan kita aksess apps masa screen lock. Tak yah susah2 buka pun screen lock tu, all i have to do is swipe bentuk bulat dekat screen so the camera akan on, swipe tiga segi flash on. Dengan hanya swipe jek boleh terus call orang yang kita nak, control music apps etc. Aku paling suka part dia oto call orang tu bila kita swipe.. berguna incase of emergency.

Feel masa guna? aku prefer galaxy mega aku lagi tapi N1 ni pun agak menarik jugak.

Saturday, 13 December 2014

U Know It Is December!


December!!! My favorite month of the year, as always. As always juga, aku akan ke Pvillion untuk meninjau2 decoration Christmas. Kalau masa bujang dulu aku akan ambil cuti semata2 untuk g tangkap gambar decoration. My favorite of kos la Rudolph the red nose reindeer... tapi malangnya this year tadak Rudolph. Yang ada cumalah bear dan dwarfs.. huhu

Friday, 12 December 2014

Hilang Kad Pengenalan : 5 Kali???!!!!!!!

Hari ni dah masuk hari ke empat since aku report kehilangan ic. Rerasa macam dah agak lama.. so aku decide nak hangkut si tecit ke JPN. Jarak dari JPN ke opis aku tak jauh pun, malangnya on my 1st attempt aku sesat kejap. Lagi malang bila akhirnya aku berjaya sampai ke JPN selepas jenuh mencari parking yang jauh nun di hujung hutan kot, baru la sedar yang purse aku tertinggal kat opis. Uwaaaaaa... rasa marah sangat dengan diri sendiri waktu tu.

Since hari ni je la peluang yang sesuai untuk aku setttlekan, aku gagahkan juga kembali ke opis ambil purse & balik semula ke JPN. Ahamdulillah , dapat parking betul2 depan JPN. Sampai kaunter, terus amek no. Alhamdulillah juga ada 18 orang je lagi no. before mine.

Kali ni tak tunggu lama sangat, dalam 20 minit je. Office tu kata since this is my 5th times kehilangan, JPN perlu buka fail siasatan  & i wont be able to apply for new ic selama sebulan T_T. Next kena isi 2 borang, 1 borang untuk permohonan cabutan kad pengenalan & 1 lg x ingat. Pastu kena photostat report polis & kena attach gambar. Nasib baik ada kiosk tuk potostat dan bergambar dalam tu so.. tak la letih nak menapak mencarik.

Lepas da selesai, officer tu bawa aku dan si tecit ke bahagian penguatkuasaan untuk soal siasat kehilangan. Aku tak la kena marah sebab malang tak diminta aku kehilangan kali ni. Macam2 officer bahagian penguatkuasaan tu soal. Dia tanya pasal family, nama suma adik beradik, tempat tinggal etc. Pastu dia tanya history pasal kad pengenalan sebelum2 ni. Last soalan dia, dia tanya adakah aku setuju yg kehilangan kali ni adalah disebabkan oleh kecuaian diri sendiri which of course la aku tak setuju.

Makanya sesi aku berakhir kat situ je while untuk kes Hannah, kena bawa ke bahagian kelahiran & bukan dekat bahagian kad pengenalan. Maybe sebab dia punya tu my kid kot. 

Lagi sebulan baru ble apply kad pengenalan T_T 

Thursday, 11 December 2014

Best Burger In Town - Own Made Burger


Trust me, tak yah susah2 ke Burger Byte ke, Burger Bakaq ka... this berger ado kat umah i. Sodap & lajat oke! Miahahaha.. Sekarang aku gila coleslow.. sikit2 nak makan coleslow.. padahal sebelum ni nak munta makan kobis!

Wednesday, 10 December 2014

Penawar Kaki Busuk Nak Mamf!

Kalau rerasa kaki kamu busuk nak mampus, try la guna bedak ni. kompom selesai! Dulu aku pun macam kamu, kaki busuk nak mampus! Jenuh dah beli produk2 tuk menghilangkan bau kaki, dari yang murah sampai yang mahal gila tapi semua tak berkesan. Jangankan spray, bedak, cream.. semua aku dah cuba. Kalau pakai sandal, boleh la tahan. Tu pun sampai satu masa sampai sandal tu pun kena buang gara2 busuk yang tak dapat dihialngkan walaupun dah buh detol bagai.

Aku 'derita' dari zaman sekolah. Aku memang avoid sangat p tempat2 yang memerlukan aku buka kasut or sandal aku. Masa kerja, banyak pakai heels. Malangnya gara2 bau kaki, aku cuma boleh pakai 1 heels tu paling lama 6 bulan & biasanya 4 bulan aku dah buang. Dah tua-tua ni aku suka sangat pakai boots, bayangkan betapa terkurungnya kaki aku. Boleh kata pakai selipar or heels tu dah jarang2 sangat dah sekarang ni especially lepas bersalin sebab aku selalu sakit kaki. Kasut kerja, kasut berjimba.. semua boots. Boots plak bukan senang nak carik replacement kalau dah rosak or perlu dibuang sebab BUSUK! So, aku desperate sangat nak cari penawar.

One day aku try pakai bedak ni, buh lam stokin & sarung. 1st day pakai da dapat rasa bau kaki aku cam light2. Aku teruskan, a week after aku dah tak bau dah kaki aku.. aku continue pakai every morning before sarung boots.Tah bila aku sedar yang kaki aku dah tak berbau walaupun aku tak buh bedak ni dah. Stokin aku pun dah boleh recycle pakai 2 hari oke! Tapi yang ni jarang amat la aku buat... miahahaha. Walaupun stokin aku masih bau wangi, aku tukar jugak.

So, for those yang mengalami kebusukan kaki melapau.. try la. Inshaallah selesai masalah kamu.

Tuesday, 9 December 2014

London : Emirates Air Line Is a Cable Car?

Another review of London. Emirates Air Line aka Cable Car adalah antara new attraction in London. The service opened on 28 June 2012, memang baru lagi la. Cable car ni ble transport orang dari Greenwich Peninsular crossing above River Thames ke Royal Dock Station. Jarak perjalanan adalah sepanjang 1km dan akan mengambil masa dalam 5 ke 10 minit bergantung pada waktu. Bukan setakat untuk tarikan pelancong tapi they used it untuk transport harian antara 2 station. Both station ni near tube dan DLR station, which is another mean of train line di London selain tube. Kalau Greenwich Peninsulardekat dengan North Greenwich Station on Jubilee Line, Royal Dock Station pula berdekatan dengan Royal Victoria On DLR line. Kalau nak tahu lebih lanjut, lawat le website www.tfl.gov.uk/modes/emirates-air-line..

Kalau nak naik ni boleh guna Octopus card, ala2 Touch N Go or beli jek tiket. Tapi kalau ada Octopus Card lebih murah. For say, single ticket will cost £4.40 yet kalau guna Octopus Card hanya £3.30. Kalau duit depa memang tak terasa tapi kalau duit kita £1 tu dalam 5 hengget lebey oke! The best part, masa mula2 naik kitaorang dapat 1 flight & tak share dengan orang lain. Masa balik tu ramai org so kenala share dengan orang lain.

Worth? yes, indeed! dengan harga yang murah & considering this is one in only cable car di London... worth sangattts!
On the way nak ke North Greenwich St
Eksaited
View of The O2

Monday, 8 December 2014

Hilang Ic Lagi Dan Lagi Dan Lagi!!!!!

Hari ni buat kesekian kali aku kehilangan ic lagik. Kali ni ic si tecit pun hilang skali. Huhuhuhuhu... uwaaaaaa

Aku pun tak paham apsal la aku ni pelupas sangat or cuai sangats. Aaarghhhhhhh!!! Stress

Friday, 5 December 2014

Aku, Si E-z & Sogo

Tadi geng rakan sebaya a.k.a si ibu a.k.a si E-z roger.. tanya nak g Sogo tak. Mula2 malas nak pegi, tapi last2 ikut juga menapak. Hajat hati malas nak beli apa.. skali masuk Uniqlo. Apa! T-shirt long sleeve offer Rm39 hengget selai???!!! ok. Angkut 3. Pastu g tengok kasut. Siut! banyak la pulak dorang jual boots. Maybe sebab winter kot. Biasa2 kalau pegi pun memang tak jumpa sangat boots. Kalau ada pun payah2 nak jumpa saiz 41. Ini kali ada banyak oke! Banyak to, I mean lebih dari 10 jenis yang ngam dihati. Ahkak apa lagi, mula2 rembat boots biru Carlo Rino.. pastu rembat plak 1 lagi mid boots. Fuh! jatuh miskin la ahkak macam ni!!!

Apa matcham????
Kalau citer pasal saiz 41 ni, ahkak pun tak paham. Adakah kaki ahkak ni saiz giant ke or apa ke. Masa ahkak ke London hari tu, payah2 nak jumpa saiz ahkak oke! Kat Oxford Street hari tu sampai 3 kedai Aldo ahkak masuk tapi haremmmm takdak saiz ahkak. Or omputeh dah borong semua?!!!!

Thursday, 4 December 2014

My Story Of Harajuku District, Shibuya

Deme ni, time aku nak ke sini deme sume pun yebok juge. Ingatkan ini ramai, tengok2 kat dalam laaagi ramai macam harem. 3 kali datang Tokyo, kali ke tiga baru dapat tembus oke! 

Apa yang ada dekat sini? Harajuku is a district in Shibuya ya sepanjang dari JR Harajuku St sampai la ke Omotesando St. Antara yang famous dekat sini yelah Takeshita Dori.. biasa kalau orang muda macam we olls ni 😛 refer Harajuku, street ni la yang we olls maksudkan. TD ni shopping street for youngsters.. it is just one straight street yang penuh kedai kiri kanannya. Kalau nak tengok cosplay budak2 remaja Tokyo, di sini la tempatnya but sangat sangat sangat crowded.. memang pening! Kalau xde tujuan tak yah la kemari ye. Better go Omotesando cuci mata window shopping. 

Wednesday, 3 December 2014

My Story Of Omotesando, Shibuya

Kalau ke Tokyo, one of must lepak area yekla road between Omotesando Station & Meiji Jingumae Station sepanjang 1km. Kalau nak ke Harajuku, aku prefer turun dekat Omotesando St & jalan sampai la ke Meiji Jingumae St tapi kalau nak lepak2  & ambil angin petang aku prefer ke Harajuku dulu kemudian baru ke sinin.

Apa yang ada dekat sini? shopping? Yes kalau kau kaya, no kalau papa macam aku. Among things yang aku selalu buat disini yekla melepak & people watching. Sepanjang jalan ada place untuk kome melabuhkan munggung + ada free wifi area. Kalau datang time nak masuk maghrib, romintik wa sakap lu esp kalau datang time autumn. Sajuk2 gitu. Most of the building dekat Tokyo ni boleh kata design kotak je tapi kalau nak enjoy view bangunan2 yang lawa, sila la ke mari.Among building yang lawa like bangunan Hugo Boss & Todds ni.
Crowds? Pergh, memang ramai. Kadang tu bersesak-sesak. Tapi pegi mana-mana pun dekat Tokyo, memang sesak tu lah view utama yang kome akan nampak. Kalau kat mesia cengitu, haarammmm la aku nak pegi. Ahahahaksss
Kalau sampai ke mari boleh la singgah dekat Kiddy Land, kedai menan. Macam aku ni, cuma mampu tengok je la sebab menan depa ni memang mahai sunggoh! Tapi kalau nak beli ori Hello Kitty, Gundam, Rillakuma, Doremong or apo2 yo lah yang berasal dari negara matahari terbit ni, invest la sikit kan ;p Kedai ni ada 4 or 5 tingkat kalau tak silap aku. Sume mainan oke!


Tuesday, 2 December 2014

My Story Of Shibuya Crossing



Gila kan!!??! So many people macam ada keramaian but no! Ini adalah view biasa yang kome akan nampak dekat Shibuya Crossing. Kalau ke Tokyo tapi tak menjejakkan kaki kemari, memang tak lengkap la pelancongan kome tu. Ahaks!

Apakah Shibuya Crossing ni? Selalu kalau dalam Hollywood movie, dorang suka shoot dekat sini untuk menggambarkan Japang. Kata si wiki it is a pedestrian crossing system that stops all vehicular traffic and allows pedestrians to cross an intersection in every direction, including diagonally, at the same time. Dia punya crossing ni dari kiri kanan depan belakang semua boleh cross.  Ini ghopenya kalau kosong.

Lepas je melintas, aku perasan tetiba orang yang ramai yang tadinya gila bebeng ramai yang sama-sama melintas macam dah tak ramai tapi once traffic stop & orang ready nak melintas semula, alih2 berbondong2 semula orang. 3 kali kemari, 3 kali juga aku bingung mana datang yang ramai-ramai ni.

Crossing ni terletak di Shibuya. Kata si wiki juga The name "Shibuya" is also used to refer to the shopping district which surrounds Shibuya Station, one of Tokyo's busiest railway stations. This area is known as one of the fashion centers of Japan, particularly for young people, and as a major nightlife area. Kat sini memang area shopping kiri kanan depan belakang. A mall like Shibuya 109, 109 mens, Shibuya Hikarie etc. Kalau nak jumpa anjing Hachiko yang femes dengan kesetiaan kepada tuanya yang tidak berbelah bagi, kat sini la tempatnya. As overall, Shibuya ni besar kawasannya tapi kalau orang kata g Shibuya tu referring to this area actually, which revolve around Shibuya Station. This station can be reached kalau kome naik JR East, Private Railways & Subways. Antara subway yang ada yekla Ginza, Fukutoshin & Hanzomon.

Where is the best place to enjoy the view? there are cafe like STarbuck or L'Occitane but dont. Pegi mana-mana di seluruh Tokyo adalah sangat ramai orang. By ramai sangat I mean memang banyak gila babeng & bersesak2. We may enjoy the view for free here.

This is a link bridge between Tokyu & Shibuya Mark City, carik je kompom jumpa la tu. Kalau rajin, dah alang-alang berjalan, boleh je kome jalan kaki sampai ke Omotesando  to enjoy architectural view of Tokyo  then terus ke Takeshita Dori, Harajuku.

Monday, 1 December 2014

We'll Never Go To Burger Byte Bandar Sri Permaisuri Again!

Petang tadi lepas shopping barang dapur, c Chemba ajak makan dekat luar. Ok, ahkak pun menurut je la. Mula2 nak makan kwetiau, skalik tak bukak lagi. Since kat situn ada kedai Burger Byte, si Chemba kata moh le kita try Burger Byte. Ok.

Memula masa nak duduk kitaorang nak duduk kat meja panjang. Kerusi dia jenis kerusi berpenyandar so bole la Hannah berdirik2 or duduk2 or baring. Asalnya adik pelayan tu tak bagi sebab reserve katanya padahal kedai baru je pun bukak & macamla kitaorang nak duk situ berjam2 kannnn! Pastu dia kasik, tapi kitaorang tak nak la duk situn sebab da jumpa spot lain. Pelayan tu hantar menu n kata nanti order dekat kaunter ye.

Ok. Faham. Tapi bila tengok menu tak paham. Kita nak la tanya apa yang ada dalam menu tu sebab nama setiap satu menu bukan main canggih tapi maklumat tak lengkap dan gambaq pun tak semua ada. Panggil sampai 6 7 kali kot tak dengar2. Panggil kuat2 suda, lambai pun suda.. Tak tau la bongol ke pekak ke or apa ke. Last2 kitaorang cabut. Budu! Buang masa jek.

Sudahnya balik rumah masak mee goreng sendirik Laaagiii sedapppppp!!! Kannn??!!