Wednesday, 14 January 2015

Cuti Free Tadak Makna Rupanya!

Day 4, ini gambaq masa g cuci luka kat klinik semalam. As of gambaq ni ditangkap tangan aku masih steady tapi lepas cuci aku memang rasa cam nak je pisahkan tangan dari badan sebab sakit. Now baru aku paham why the doc bagi aku mc lama sangat sampai 4 hari. Sakit siuttt!!!

Misi yang buat dressing semalam tak sebaik misi the previous day, habis semua kulit tu dikopaknya. Memang sakit la oiii!!! Sampaikan nak uruskan si kecik pun cam nak nangis. Semalam tido memang langsung tak lena sebab sakit gila. Si kecik plak time2 gini la nak peluk bagai. Satu hari ni masih sakit & cuma boleh guna sebla tangan jek. Now.. taip pun merangkak sebab guna sebla tangan T_T

Monday, 12 January 2015

4 Hari Cuti Free!!!!

Now inilah kejadian tangan aku, berbalut! Pagi tadi alkisahnya aku g kerja macam biasa sebab masih boleh tahan sakit walaupun tangan dah berair2 sebab lepuh2 tu makin kembang. Sebagai pekerja yang berjanji untuk berjasa kepada rakyat, aku siap masuk meeting lagi sebab sekarang ni jabatan kitaorang sibuk dengan pembaikan premis2 yang terlibat banjir. Pagi tu oke tapi tengahari tu dah start perit2 sebab ada kulit yang dah start terkupas. Makanya aku putuskan untuk jenguk klinik kesihatan on the way home..

Masuk2 jek doktor muka ketat. Dah la doktor tu cam bouncer, badan besar. Dia tanya napa aku tak g klinik awal? Baru jek labuhkan munggung, doktor suh aku ikut dia ke bilik dressing. Dia tinggalkan aku kat situ lepas bagi arahan dekat staff bilik tu, tak lama kendian ada misi datang bawak kad aku dengan MC 4 hari... wow!!!! cuti freeeeeee

Sunday, 11 January 2015

Masak Tangan!

Inila rupanya kalau masak tangan sendiri! Huhu.. ini semua gara2 nak masak nasik tomato la nih. As of now masih boleh tahan lagi sakitnya. Tapi rupa dah makin huduh sebab lepuh2 dah start penuh dengan air.

Kiranya ini pengalam pertama la masak tangan sendirik T_T Alkisahnya goreng ayam, sebab x sabar sangat nak ayam tu masak aku pun tenyeh2 la ayam tu dalam minyak yang tengah menggelegak. Skalik sudip terpeleot sikit makanya memercik la minyak yang agak banyak ke tangan. Masa kena tu masih boleh tahan lagi sakitnya, but as the night progressing.. rasa la jugak berdenyut.

Friday, 9 January 2015

Bahagian Pinjaman Perumahan Lembab!

Hanya kerana nak berjimat duit sekengkang kera my asben decide nak beli rumah guna pinjaman dengan Bahagian Pinjamam Perumahan. Daripada nak jimat sebab boleh dapat balik 10% yang kitaorang bayar tuk deposit, sudahnya sama jek kalau pinjam dengan bank sebab 1st, urusan akan ambil masa laaaaaammmaaa gila pig! Kalau pinjam dengan bank the urusan maybe lebih senang dan cepat tapi kalau dengan BPP, +la 6 bulan or setahun or lebih maybe compare to pinjam dengan bank. So masa yang panjang tu telah membuatkan peminjam kerugian sebab terpaksa bayar sewa rumah etc.

Masa yang panjang tu juga confirm2 akan membuatkan si peminjam di denda kerana lewat cam kitaorang yang kalau dikira2 denda dah nak masuk RM7 k. Now dah nak masuk setengah tahun dari tarikh SNP, bayangkan berapa rugi dah. Aku rasa ada possibility akan melebih 6 bulan, kalau tengok pada speed BPP.

Tengok bodoh tak bodoh dorang ni, boleh dorang bagi cek tendang! Ofis kerajaan bagi cek tendang oke! Bodo x?!! memang bodoh! Bank tendang sebab patutnya ada 3 orang yang sain cek tu instead 2 orang je yang sain. Kenapa aku kata bodoh sangat? Sebab semaklum aku ini bukanla kali pertama BPP bagi orang cek kottt! Come on la! That kind of mistake pun boleh happen ke hahhhh? Aku pun koje gomen juga, kalau bahagian kewangan kitaorang  bab duit ni bukan main detail dorang cek. Nak senarai semak itu ini tapi BPP yang dah urus like berjuta cek kottt.. boleh buat kesilapan cengini?!! Come on la!! Stupid oke!

Pastu dahlah dorang buat silap, tau berapa lama nak dapat new check? 21 hari bekerja like what, 1 bulan oke!! Memang bodo la!!!

Thursday, 8 January 2015

Hujan Salah Tak Hujan Pun Salah!

Gambaq ni cuma gambaq hiasan.. hoho. Lately hujan pagi petang siang malam, stress dow!! Stress sebab rumah pengasuh tadak pouch, rumah aku pun tadak pouch so bila hujan paham2 je lah. Stressssssssssss!!! Tu yang lam umah pun pakai baju ujan tu!

Monday, 5 January 2015

Jangan Nak Tergelak Sangat aihhh!!!

Dulu masa aku kecik2 orang dewasa terutamanye la mak aku suka benor berpesan. Kau tu anak pompuan, perangai kena lemah lembut, malu dan gelak tu jangan terbahak2, nanti takde lelaki nak. Biasa dengar? biasa kan! So aku pun antara yang selalu sangat la kena ceramah pasal "lemah lembut" ni sebab aku jenis yang memang brutal & ensem dari azali. Ahahahahaha!

Kalau dulu2 ye la, kalau zaman sekarang ni bukan kena pesan kat anak pompuan jek.. kat anak laki pun kena pesan gak supaya berperangai lemah lembut & jangan nak tergelak sangat sebab pompuan zaman la ni dah bukan cam zaman dolu2. Contohnya aku, 2 kali plan nak kawen tapi ati tak ke situ sangat sebab ada jek benda yang buat aku berfikir 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15+++++ kali. Sebab? Senang cakap, depa tak memenuhi standard yang aku set untuk jadi suami.. miahahaha. Kelazzz kaw maria!!

Tapi kali ke tiga aku plan nak kawen memang sungguh2 la nak kawen sebab mamat yang menjadi pojaan aku tu berjaya fullfill perkara2 yang aku expect ada pada seorang lelaki idaman malaya.. miahahahahaha!!! Apa yang aku cuba nak sampaikan la ni yekla, zaman dah berubah. Kalau pompuan dulu tak ble demand, tak boleh pilih2 sangat jodoh sebab takut jadi andartu.. la ni ramai dah pompuan yang tak kisah jadi andartu daripada khawin dengan jantan2 yang tak berkualiti langsung tuk dibuat laki. Ok!?

Sunday, 4 January 2015

Before And After

Hari ni nak citer pasal rancangan ala2 Before & After, yang deco2 umah kat Jipun tuh. Cumanya rancangan yang ni idak le masuk tv sebab bukan la hebat mana pun.

Alkisahnya sempena cuti2 tahun baru 2015 hari tu, aku lepak ngan si tecit je berdua sebab dadde dia koje. Pagi tu kitaorang jalan2 Jusco, dalam kol 1 lebih sampai umah si tecit terus tdo. Maka tinggallah si emak ni melayan perasaan sorang2. Bosan2, mula2 try hias sikit2 ruang tamu.. sudahnya... tadaaaaaa! Semua dah kena pindah. Dah la aku ni sakit pinggang & masih ada app dengan fisio, still ada hati jugak nak angkat barang.  Amacam? lapang tak umah aku? Miahahaha. Aku memang suka rumah kosong cam ni. Kalau boleh nak hide semua sekali termasuk la tv, sofa, tilam, meja makan!
Sebelum
Selepas
Pagi tadi plak konon nak g sarapan jek kat Old Town belakang umah, sudahnya lepas sampai ke Ikea dengan anak beranak tak mandi. Hahahahahaha.... lantak kome la kalau kami sekuarga busuk. Yang terhidu kome, bukan kami so no harm pada kami. Hahahaha. Sambil jalan sambil beli.. sauk la kapet kelabu yang rogenye RM49.90 jek kat Ikea. Tadaaaa.. inilah hasilnya. Bantal kuning tu aku beli dekat Viva Home. Ceria oke umah aku, macam2 kaler pun adaaa
Sebelum
Selepas

Friday, 2 January 2015

Hello 2015

So this is how my computer look like at the beginning of the year before all the icon fill up the whole empty space on the desktop as the days progressing. Azam 2015? op kos la tadak! Hahahaha. Maybe nak turunkan berat sikit sebab kaki dah macam tak mampu nak tampung berat gergasi...

Wednesday, 31 December 2014

Kami Appointment!

Kalau di amat-amati, besar dah anak aku ni. Tadi kitaorang both ada appointment, si tecit app cucuk jam 9 pagi & aku ada app dengan fisio jam 8.45. Ke hulu ke hilir la aku nengok nombor sapa naik dulu sebab walaupun app di klinik yang sama tapi di bahagian lain2. Last2 aku decide nak sittle app si tecit dulu & minta fisio tunggu aku.

Hari ni kali terakhir la si tecit cucuk tuk completekan imunisasi. Berat pun dah 9.5kg.. bukan ringan oo! Pas settle app si tecit, teruss la aku menuju ke tempat fisio yang dah lama kot nunggu. Cek2, fisio tu kata belakang ada senget sket. Hmmm.. aku pun malas nak tanya banyak. Kata dia salah satu sebab maybe cara angkat barang, cara duduk.. oke! Sudahnya hari ni kena buat senaman. Sambil2 senaman, sambil2 la si kecik meraung. Asal jek dia nampak fisio tu pegang badan aku, mulala dia meraung... takut sangat la mamme ni di apa2kan. Kesudahannya, 16hb ni kenabagi next app T_T

Monday, 29 December 2014

Walau Hanya Sekadar Setitik Peluh...

Ini adalah antara gambar2 yang aku capture time pack barang2 untuk bantuan banjir. Daripada sebok membuat dosa kering jadi pahlawan papan kunci, lebih baik la berbuat sesuatu. Sungguh aku tak paham orang2 sekarang ni, sick! Especially for those yang sibuk mencaci di alam maya.

Sunday, 28 December 2014

????!!!!

Memula dengar gak suara si tecit ni main kat dalam bilik, tapi tetiba lama lak senyap. Sekali tinjau ini kejadiannya! Dia boleh pulak terlelap dalam posisi ni. Nasib baik la aku sedar, kalau tak mau terhempas ni. Hannah! Hannah!

Thursday, 25 December 2014

Christmas Holiday Bersama Tupin

Alaaaahaiii... just nice la pulak si tecit ni pose. Actually since dia minat sangat tengok Upin & Ipin sebelum2 ni, she gained another nick name, Tupin. Hahaha.... Hari ni 1st time makan dekat kedai Upin Ipin. Kedai ni kat area belakang umah jek.. jalan kaki pun sampai ni.

Menu yang ada op kos laayam goreng yang menjadik kegemaran hero kartun.. then ada la malaysian & western food. So far pada aku average jek, sedap tak tak sedap pun tak la juga. Nak datang lagi tak? For the sake of nak bersantai sambil tengok kartun boleh la tapi kalau datang sebab kebuluq, tak yah la.


Wednesday, 24 December 2014

Gas Habissssssssssssss!!!!!!!!!!

Tetengah masak bubur Hannah pagi semalam, tetiba gas habis. Choiii!! Bikin panasssss. Sudahnya instead of beli gas, aku beli dapur letrik. Puassss hati aku!!!! Masak telur seminit jek, wa sakap luuu

Tuesday, 23 December 2014

Demam Dan CB

Siyan si tecit ni.. masuk hari ni dah 4 hari dia berak2 dan ada masa2 badan dia panas. Walaupun dalam sehari boleh kata 5 6 kali dia yak, dia takde pula menangis or nampak macam sakit. Hmmm...

Sudahnya bawak ke klinik kesihatan dan as expected doktor kata kalau budak2 cirit birit all we can do is wait until it resolve sendiri since si kecik takde pulak apa2 simptom lain & masih aktif seperti biasa. Oklah.. bawak la balik umah dulu!

Monday, 22 December 2014

Johor Premium Outlet : Not For Me

Sekian lama dok dengaq orang sebut2 pasal Johor Premium Outlet aka JPO, makanya last Saturday kitaorang berjaya menyinggahkan diri ke situn. JPO ni terletak di Indrapura, Kulaijaya, Johor. Kalau dari PLUS, amek la exit 253 ke Senai/ Pasir Gudang/ Nusajaya & masuk tol Senai Inbound. Dari tol tu dalam 4 or 5 km sampailah ke JPO.

Kalau di Malaysia, this is the only Premium Outlet aka PO yang ada. Selain Malaysia, PO ni banyak di USA, Jepun, Korea & Canada. Apa yang da dekat JPO? Op kos la kedai!! Bangunan 2 tingkat  ni kununnya ada dalam 130 kedai, mostly designers fashion. Bagi peminat Coach, CK, Guess, Kippling, DKNY, Elle, Armani etc, boleh la berkunjung kemari. Since dah nak dekat Christmas, depa buat sales up to 70%. As for me, mmmm.. takdak satu kedai pun yang menarik since aku ni bukanlah orang kaya2. Ukur baju di badan orang memang la tak mampu kannnn! Ahaksss!!

Apart from tak mampu ada one thing yang ahkak cukup tak gemor dengan designer stuff ni. Part yang mana depa ni suka benor buh logo penuh sepenuh2nya kat barang depa esp hanbag. Paling alergik bila nampak handbag penuh huruf, what they call it.. monogram or something. Tak kira lah beraban harga. Malu dow!! huduh!! Bagi free pun aku memang tak mau punya. 

Back to JPO.. open concept design agak menarik. Tapi since kat Mesia ni panas terik & hujan melimpah ruah.. cam tak seswaiii. Pada aku yang seswaiii kat Mesia ni cuma kadai fully aircond.. hahaha. So not thinking outside the box. Tapi memang kalau g shopping complex tu selesa la sebab u dont have to worry about hujan panas.

Kesimpulannya, will I go again? No! This is not for me. 
 
  
 

Sunday, 21 December 2014

Jalan-jalan KL Johor

Kol 12 gerak dari rumah, kol 7.00 baru la tiba di JB lepas berapa kali berhenti & stop di Johor Premium Outlet. Hajat hati nak ke Danga Bay makan2, skalik yang jumpa hanyalah funfare. So, this is our first family funfare. Berbekalkan RM12, merasa la naik cup berpusing & merry-go-round ni. Poning pala achik oke!

Jalan-jalan Johor KL

Walaupun badan panas & yak dah lebih 3 kali, si tecit masih gembira dan bertenaga. I was worried macamana la nak menempuh perjalanan pulang ke KL. Alhamdulilllah we made it dengan 3 kali stop cuci yak & hari hujan, akhirnya perjalanan 8 jam dari Pasir Gudang ke KL berakhir. Ini la antara pose2 menarik si tecit yang menghiburkan hati kami.

She thought she is not-walking
I'm buying!
Let me adjust! Let me adjust!


Friday, 19 December 2014

Sopping Sopping Jubah

Hari ni aku ke Muadz Textile kat jalan TAR sebab mak aku nak beli jubah la pulak. Katanya nak beli jubah RM29.90, very spesifik oke! So I went there, blur, tangkap2 gambar, whatsapp my sis suh mak pilih. In less than 20 minutes selesai.

Walaupun orang kata barang naik harga, sebenaqnya masih ada lagi option untuk menjimatkan perbelanjaan. Salah satunya kalau nak beli tudung, jubah... boleh le ke kedai Muaz ni. Rasanya kat Jalan TAR saja ada 3 outlet. Selai tudung dalam 5 hengget pun boleh dapat & jubah as low as RM29.90. Maybe kualiti kurang tapi still acceptable.

Monday, 15 December 2014

Aku Sun!

Sebelum
Selepas
Amacam?sun tak ahkak? op kosss la sunnn ba ako ni.. hahahahaha. Sun la sangat.. yang ni cuma hasil guna apps yang ahkak donlod dekat google play jek. Senang sekarang ni, tak yah susah2 nak beli makeup. Kalau rerasa nak bibir pink, pipi gebus, dagu runcing, bulu mata lentiaq.. altered jek guna apps. Suma dia boleh buat. Kalau rerasa nak tery, g la donlod YouCam Makeup & YouCam Perfect...