Saturday, 1 October 2016

Saturday Sunway Lagoon

Hari ni kami kemari lagi untuk kali kelimanya setelah bergelar pemegang annual pas, makanya entry ticket to date cost us RM36+ sorang.. weee. Cumanya kali ni kami tak mandi langsung sebab si Hannah pun cam tak berminat.. selamat! selamat! Aktiviti kami hari ni cuma berjalan atas jambatan gantung sepanjang 426m katanya.

Surf Beach
Suspension Bridge
Volcano
Vuvuzela
It look so entertaining from above. If you are going to try to walk on this jambatan gantung, better start from end yang paling dekat dengan pintu masuk utama since untuk naik kat situ tangganya cuma 3 tingkat while kalau naik dari end yang dekat dengan 2nd gate... 5 6 tingkat tinggi tanganya which is tiring kalau nak dipanjat.

Takut tak? At the beginning not so scary tapi in the middle gagar la juga especially when it is windy. Udoh kaki geletar, kena turun pulok 5 6 tingkat... arghhh!!! Dari situn, kitaorg exit the park & g SP lunch. Lama tak makan McD... so ini hari kami ke McD. Baru le tau bangunan yang kami nampak dari wave pool tu yek la SP dan we can enjoy Sunway Lagoon view from restaurant. Nice!

Thursday, 29 September 2016

Sakit Jantung?

Tadi tengahari aku cam gigil, ingatkan lapar. Baru jek nak turun g beli makan... bos lama ahkak datang. Borak2, habis borak2 tu dah rasa cam nak pitam dah sebab lapar tahap gaban. Pas da makan baru la ilang geletar. Petang ni masa maghrib rasa cam lain macam. Bila duk rehat, cam ble dengarlah degupan jantung tu kuat dari biasa.

Saspen juga bila cek blood pressure, tetiba muncul tanda pelik2 kat mesin tu. Bila cek booklet, katanya jantung tak teratur whislt blood pressure reading showed bacaan optimum below 120/ below 80 which is still witihn tolarence 120-90/ 80/ 60. Tak pernah2 ni.. sakit jantung ke ahkak? Adoii la risau. Sampai ke nak tido masih rasa dada berdegup kuat. Terdegar2 la bunyi tu.. tak macam biasa

Tuesday, 27 September 2016

Abam Valet

Sapa habang kat atas tu? Bukan, bukan retis. Bukan la juga siapa2 tapi habang ni la yang jaga valet parking dekat PPUKM. Hari ni hakak ada appointement dekat fisio, since tadi hakak gatai nak merayap p Putra Mall makan tepanyaki lagi untuk kesekian kalinya makanya parking public dah penuh sebab hakak sampai time orang pun balik lunch.

Fikir punya fikir, bagi je la keta dekat abang valet ni. Rate parking RM10 untuk 1 jam pertama, pastu RM1 setiap jam berikutnya. Kalau kome bercadang nak parking lama, elok sangat amik valet parking ni sebab lepas 5 jam park kome akan dicaj flat rate parking RM10  walhal kalau valet parking baru RM15 maksimum sehari.

Hakak hari ni app dekat fisio, jam 3. Sampai2 je kena g kaunter registration, collect kad tuk g fisio. Pastu letak kad tu dekat kaunter dekat bilik fisio & tunggu la sampai nama kena panggil. Udoh nama kena panggil, g pulak kat dalam area fisio tu jumpa trainer. Pas tanya khabar bagai, g la masuk bilik tuk sesi fisio. Hari ni buat 2 excercise, 1st letak bola kat celah kangang then kepit. Sengal peha dibuatnya.. nampak sangat tak pernah eksesais. Pastu kena senaman hangkat punggung. Next senaman tarik kaki ke dada pastu habis. Actually trainer suh hakak cycling tapi hakak kata hakak lawa sangat hari ni pakai baju kurung, kang tesangkut pulak kain hakak kat cycle... makanya hakak dibenarkan terlepas. Hahahah. Pas habis sesi, amik next date appointment dekat trainer, mintak time slip then balik g kaunter registration tadi tuk register next appointment.

Monday, 26 September 2016

Tudung Buat Si Pemalas


Amacam, sun tak hakak? Hahahah. Bukan la samada hakak sun ke tidak yang hakak nak kongsi, yang hakak nak story cuma pasal tudung pevret hakak ni. Hakak memang malas gila kalau tang iron. Demi nak mengatasi kemalasan, hakak sampai sanggup beli iron besar, iron kecik sekeciknya, iron berat, iron ringan.. iron steam pun hader. Tapi tak bekesan. Sudahnya hakak rasa elok la kalau hakak beli je tudung yang tak payah iron langsung tapi selesa dan sun bila dipakai.

Makanya, hakak jumpa la tudung hakak ni, jenis kain renyuk. Orang kata kain bubble pun tak yah iron, memang tak yah tapi pada hakak shawl bubble tak lawa. Dek kerana kegilaan, hakak ada lebih dari 10 lai tudung ni, macam2 kaler. Rega? kalau p Jalan TAR umang ai mahal. Walaupun idok la semahal tudung Fareeda yang kompom sampai mati pun hakak tak hengen nak beli, tapi RM5 beza selai pun mahal juga. Kalau beli kat Tesco Cheras baru RM10. Kalau beli banyak lagi murah.

Hakak ni kalau tudung, limit paling mahal pun hakak beli RM30. Lebih dari tu memang tidak la. Apa ke gilanya hakak nak spend mahal2 tuk tudung yang saiznya separuh je dari kain baju hakak. Baju hakak pun paling mahal hakak sanggup spend RM50 je, apa ada hal rega tudung nak lebih2 dari rega baju. Kalau cam tu, baik tudung tu buat baju je! Itu hakak la. Kalau kome suka tudung mahal, kome punya suka la kan. Janji bukan hakak yang bayar tudung kome!

Sunday, 25 September 2016

Cooking Day

Hari ni family in  law hakak datang melawat teratak buruk kitorang. Hakak main masak2 la hari ni tapi sebab hakak ni spesis malas makanya masak mee kari je. Sedap sangat mee kari hakak agaknya sampai lupa nak tangkap gambar... hahahaha!

Saturday, 24 September 2016

Dinner Night

Hari ni hakak sekeluarga gi dinner. Bukan la dinner dekat hotel bagai tapi di dewan MPSA Shah Alam. Sepupu laki ahkak kawin. Tema kena pakai hitam & free seating. Sempoi la majlis dia sebab majlis sambut menantu belah laki. Yang huntung tatap si Hannah sebab dapat 3 bekas pop corn & bunga telur gitu.

G makan tu tak la lama mana, tapi sakit hati nak menempuh jem kat federal highway. Time ahkak sibok nak jalan malam, kome pun getek juga menyebok kat jalan tu sampai jem. Tak tau la angkayau manuk ape yang nak di pegi beramai2. Jem masa pegi masih boleh tahan lagi sebab time tu pukul 8 tapi waktu balik jem tu tak ble blah. Da dekat kol 12 kot time tu. Getek banar!!

Friday, 23 September 2016

My Favorite Tepanyaki

Aku memang pantang dengan taugeh. Kalau ada je taugeh dalam mee ke, bihun ke, popia ke... mana2 lah, kompom aku campak tong sampah. Tapi sekarang tidak lagi sejak2 dah pandai makan tepanyaki ni. 1st time try tepanyaki kat KLCC, harem tak sedap! Tapi kedai Tepankyuko dekat Putra Mall ni memang sedap la amat. Itu pasal walau sorang2 aku gagah juga kemari semata2 nak menikmati hidangan kegemaran.

Ada macam2 set, aku suka beef set. Reganya dalam RM15.90 inclusive of GST. Ko ble opt untuk double the beef quantity juga, tambah RM10 cam tu. Or boleh combine like ayam + beef, or prawn + beef.. which one suit you. Set beef ni memang sedap sebab daging tu garing diluar, lembut kat dalam. Kalau ke Putra Mall, singgah2kan lah dekat tingkat 4, dekat area Dubuyo.

Thursday, 22 September 2016

Geng Lamak

Hari ni ahkak melantak dari pagi sampai ke petang kau!

Pagi g Sasana Kijang, makan roti canati. Wa sakap lu roti canai dia sedap! Garing & karinya pun sadap. Kari ble pilih, nak kari ayam or ikan & ada dal juga.

Tengahari, ahkak dengan geng g hantar drawing. Since da dekat time lunch, singgah jap dekat Maju Junction. Kalau dulu buruk, sekarang mall tu dah diupgrade. Yang paling best food court dekat bawah tu. Goreng2 dia sodap dan banyak. Huntung la bebudak Jabatan ahkak yang opisnya kat sini.

Malam plak ahkak g bertemu dengan geng karas dari Labuan. Last jumpa setahun lepas masa hantar my sis ke matriks Labuan. Melantak ka Sushi King.. kanyanggg ku eh! Ingat nak g Tony Ramas, sekalik branch Sunway Pyramid ni ada bar la pulak. Yang kat Midvalley takde, so Sushi pun Sushi la janjik dapat begosip... hahahaha. Lihat saja hasilnya. Ini separuh ja ni, ada lagi... hahahaha

Wednesday, 21 September 2016

Sasasananana Kijang

Kalau nak makan restoran biasa tapi setup ala2 hotel, boleh la gi cafe Sasana Kijang, Bank Negara punya. Tak jauh dari opis ahkak, kalau pegi jalan kaki je. Since hari ni bos takde, ahkak dengan geng g la menapak ke sini.

Macam sedap kan nasik lemak tu... ye, boleh tahan. Reganya cuma RM3.40 je. Nescafe segelas RM1.80. Ada macam-macam menu juga disediakan untuk breakfast. Dari Asian sampai la ke Western. Selain nasi lemak, ahkak melantak roti gak. Hahahahha.. roti 3 keping dengan 3 jem or butter pun RM3.40, sama gak harga kalau makan mee or bihun. Kalau nak makan buah juga ada. Roti canai pun ada. Apa yang takde, ntah! Kome p la tengok sendirik

Tuesday, 20 September 2016

Abam CSI Datang Umah


Apa si Hannah bikin tu?

Petang semalam ada abam CSI datang. Cumanya abam CSI ni tak la belakon dekat cerita CSI yang main dekat AXN tu. Abam ni ankel si Hannah, adik ipar ahkak. Tadi datang umah nak amek sampel cap jari si Hannah untuk tesis katanya. Banyak gak sampel yang kena amik, merasa la si Hannah kena amik cap jari banyak kali.

Mula2 eksaited cam kat gambar tu, bila da banyak kali sangat bosan agaknya. Jenuh ankel dia nak kejar dia... hahahah

Monday, 19 September 2016

Ibuk Hannah!

Semanjak bergelar ibuk patung ni, bukan main lagi si tecit happy. Pagi semalam kitaorang ke Midvalley belikan stoller untuk si doll dekat ToysRUs. Hampir separuh harga stroller sebenar si Hannah oke! Ada ka patut rega stroller patung yang conet jek pun cecah RM60 hengget! Tapi ahkak gagahkan juga beli demi nak lihat si Hannah happy. Memang happy sangat, jenuh la nak nunggu dia menolak stroller dalam Mid Valley tadi... adoiiii la anak!

Paling tak ble blah, boleh pulak dia kejap2 stop nak bagi susu konon dekat baby...

Sunday, 18 September 2016

Bertukar!!!

Inilah rupa dining area ahkak sekarang semenjak menerima frame baru... hahaha. Memandangkan ongkos takde nak buat renovation, I tried to be innovative. Thank god masa si Hannah lahir ahkak sanggup juga mengumpul duit demi nak beli katil convertible. Walau tak pernah dihuni si Hannah, akhirnya katil berjasa jua jadi divider. Sanang rasa hati dapat hang macam2 dekat frame katil tu.. hahahah.

Masa jalan-jalan ke Kaison jumaat lepas, terjumpa frame besau ni. Kalau nak cari frame yang santik2, g Kaison je. Harga pun murah. Sekeping besar tu baru RM27 hengget. 

Saturday, 17 September 2016

Sunway Lagoon Again Again

Hari ni kami menghabiskan masa di sini lagi... Ayayayaya.. Dengan lawatan kali ke 4 ni maka kalau dibanding dengan pembelian single tiket, tiket kitaorang cuma berharga RM45 sorang. Dah huntung sangat dah ahkak ni.. Ahaks.. Yang paling happy tatap la si Hannah chan.


Kalau selalunya kami keluar masuk melalui main gate, kali ni kami try keluar ikut 2nd gate yang situated dekat dengan pool kegemaran si Hannah. Kalau main gate dekat dengan mall, gate yang ini lebih kepada untuk pengunjung yang datang dari arah hotel Sunway Resort. Kalau main gate kena naik 3 tingkat escalator.. Gate yang ini kena naik 5 tingkat escalator baru dapat keluar + 1 tingkat lagi kalau nak naik jambatan flyover ni. Tak la jauh sangat pon tapi letih la juga nak bejalan ke mall. Rail jejantas agak scary sebab takde steel stiffener between kaca yang ahkak nampak, kaca dengan horizontal rail semata walaupun kalau digoyang idokla rasa bergegar pun. Still.. Seram


Before keluar dari SP, tersinggah jap dekat ToysRUs. Nasib baik si Hannah dah tdo time tu, aman la nak cari toys. Hajat kali ni nak belikan anak patung since she never have one. Selalu ahkak belikan plush toys je. Laki ahkak ada gak berbunyi sebab mostly mainan yang ahkak beli takde ciri kegadisan gitu. Apa taknya, ahkak beli basketball net set, set bola lisut, bola2an, train set siap dengan rail, mainan tinju dan seangkatan. Hahaha.. Ahkak buka apa cuma ahkak xbercadang nak jadikan anak ahkak ni terlimit kepada sterotype mainan budak pompuan for permpuan vice versa. Ahkak nak anak ahkak berpeluang untuk explore. See.. Inilah kejadiannya. Punya la dia happy bagi susu si doll, siap dodoi lagu sleep sleep sleep konon.. Hahaha


Friday, 16 September 2016

Geram Hari Malaysia


Banyak kali da nampak gerai jual kopi pirate ni tepi jalan, baru hari ni dapat merasa. Itu pun dapat rasa sikit je sebab si Hannah rampas & tertumpah. Merasa la si kecik kena cubit sebab tumpahkan air dalam kereta. Geram betol!!! Baru je kejap aku toleh ok, skali baru je nak tarik handle pintu da ditumpahkannya. Biasa aku xde la bising sangat kalau tumpah makanan ke air, uang aku marah sebab aku mahu lepas ni dia beringat dan lebih berhati-hati.

Yang ini perisa mocha hazelnut. Rasa ok la, xla sedap amat or xsedap.. Boleh improve. Rega segelas ni RM7 kata si cinta. Hari ni kitaorang meraikan Hari Malaysia dekat Ikea Cheras dan Sunway Putra Mall. Ke Ikea tadi hajatnya nak beli karipap ngan ledge pastu ke SPM semata2 nak makan teppanyaki yang aku suka. Memang teppanyaki dia sedap gila!!

Thursday, 15 September 2016

Jong Suk Ah!!


Kalau kat korea semalam, kat Malaysia baru tamat hari ni dengan nerakhirnya episode hari ini yektu episode 16. Masa mula2 main dulu seronok, in the middle aku dah lost in translation. Nasib baik la sampai episode 16 je, kalau sampai ep 20 matilanak mengarut2 macam drama Doctors.

Thank god juga sebab hero heroin dia lawa. Jong Suk ahhhh... Saranghae!!!!! Hahahaha

Wednesday, 14 September 2016

Low Blood



Ini yekla reading blood pressure aku lepas bacaan kali ke 5. Low blood oke! Kalau ikut pressure yang normal is sys/dys @>120/ >80, mine pula rendah. Apa aku rasa? ok je pun. Xde la pening ke apa. Mesin rosak ke apa ke... Adoiiii! Pastu tu lepas test je habis berbelang2 tangan gue.

Tuesday, 13 September 2016

Pembantu Pejabat

Hari ni pengasuh cuti. Since aku masih tak percaya nak suruh si Chemba yang belum stabil jaga si tecit, makanya seharian la dia dekat pejabat aku jadi pembantu. Malangnya kol 11 da tumbang..  hahaha


Tumbang sebab letih kot berjalan tadi. Ada ke patut kantin kitaorang tutup semua sekali, notis pun tak bagi. Melilau la berjalan sampai je Bank Negara cari makan. Nasib la si tecit memang banyak tenaga, rilek je jalan jauh. Untuk lunch lak terpaksa oder KFC delivery sebab malas nak memikir pasal parking kalau keluar. Oder kol 12.40, kol 3 lebih baru sampai. Lahabau betul! Udohla menu da up harga, ada delivery charges lagi tapi delivery time lama bebenor. Nasib la kesian kat adik delivery tu sebab katanya dia sorang je, yang lain cuti.

Monday, 12 September 2016

Sakit Raya Haji

Semalam dekat kol 3 pagi si Chemba terjaga, katanya dia pening. Pas makan cekelat, tido la dia. Sekali pagi tu dia kata masih pening. Pas abang ipar urut belakang dia, lega la sikit. Da boleh makan. Sekali petang tu dia tidur, bangun2 pening lagi teruk. Nak jalan pun tak dapat, katanya macam oksigen tak sampai kepala. Seround lg abang ipar urut. Alhamdulillah lega. Mak dia da nangis2 da, lagi la aku risau.

Since dia tanak g hospital lain selain HUKM, aku tak fikir panjang dah. Kemas barang, terus balik KL & hantar dia ke HUKM. Nasib tak kena tahan lagi. Dari kol 6 lebih, kol 10 malam jugala baru sampai rumah. Malam aku pula yang pening. Lepas seround muntah, aku bawa tdo. Beberapa kali juga aku jatuh sebab pening sangat masa terjaga nak g toilet. Apakahhhhh

Saturday, 10 September 2016

Hannah's Corner

Amacam, ok x? Akhirnya di Hannah ada her own corner hasil mamme menyopping di Ikea Cheras semantara menunggu si cinta kena release dari ward semalam. Sebatang ledge tu reganya RM19.90, panjang 55cm. Kalau ikut dari beli benda alah tu dengan kos almost RM100 untuk 5 batang, lebih berbaloi beli cabinet terus. Baru puas hati nak simpan barang. Sebatang tu pula cuma ble tampung berat maksima 5kg je. Tapi kerana mengenang umah yang bersaiz kecik, kena la jimat ruang.

Friday, 9 September 2016

Cutiiiiii

Hari ni aku masih cuti.. Mati-mati ingat hari ni Khamis.. Aku cuti sebab memikir kang nak g amek si Chemba kalau release dari wad. Kalau ku tahu jumaat, xyah cuti pun xpe sebab rehat lama. Yang huntung tatap si Hannah sebab ble duduk rumah tengok kartun... Hahaha

Thursday, 8 September 2016

Cinta Ku Sakit

Hari ni aku cuti sebab cinta hati aku tetiba jatuh sakit. Aku actually dah siap-siap nak keluar g work pagi tadi. Baru je nak angkat handbag ngan kunci, tetiba si cinta muntah. Masa terjaga tu dia kata dia pening, tapi bila dia stat muntah tu aku decide bawak g emergency. Apa lagi, terus siapkan beg si kecik & hangkut dorang ke HUKM. Makanya dari kol 6.30 pagi sampai dekat kol 3 la juga kami berkeliaran dalam HUKM tu menunggu si Chemba yang kena tahan dekat emergency ward. Nak masuk tak boleh sebab ada budak tecit.

Merata-rata aku ngan si Hannah pergi merayau dalam area HUKM tu. Nasib baik la HUKM tu luas, xcrowded dan banyak kerusi kosong especially dekat klinik pakar di area tingkat 1. Si Hannah pula bertenaga je sepanjang hari. Kol 3 kitaorang balik umah, g mandi & masak tuk si Chemba. Memang la umah aku dekat ngan HUKM, kurang 2km tapi malas nak balik sebab memikior kalau keluar nanti takde parking. Makanya merasa la bayar RM10 henget kos parking sebab da parking lebih 5 jam.


Pas mandi, rehatkan si Hannah & masak, si Chemba kata dia akan kena tahan dekat ward malam ni. Huhu... Siyan si Chemba sorang2 takde orang tunggu. Nak buat macamana.. Da anak kecil lagi & takde sapa nak jaga.

Tuesday, 6 September 2016

Oppo Neo 7No filter

Original oke!
Weak beautification
Medium
Strong
Hari ni ahkak test beauty filter si Neo7. Dari gambar ori sampai ke strong, pada ahkak tak de la nampak beza sangat. Gambar ori pun cantik, dah edit pun cantik & tak nampak edited sangat. Chop! ahkak kata gambar je cantik tau! bukan ahkak yang cantik! muhuhahahahaha

Sunday, 4 September 2016

Yang Yang My Lop!!!


Amacam? Cun x ini 2 worang.. The girl name Zheng Shuang & yang si hero, my lop, si Yang Yang. Now ni i gila pelakon kina, ta maw da tengok Kpop Jpop Tpop Hpop.. Now kita layan cerita dari mainland China. Kalau dulu aku rasa pelakon Taiwan ramai lawa, pas Taiwan tenggelam.. Naik korea pula.. Tp sekarang tidak lagi! Sebab skarang pelakon kina mainland laaaagi lawa.

Ini cerita tajuknya LoveO2O.. Adaptasi novel. I tell u best gilak! A combination of gaming and love story. Kalau biasa serita si heroin terkejar 2 hero, yg ni si hero yang kejar si heroin. So romantik!!!! Cerita ni a drama yang still on going.. Ada 30 episode semuanya. Cerita pasal si Wei Wei, gamers dan pompuan paling cantik dalam kampus tapi low profile. The whole campus dekat her u termasuk dia tergilak2 si Xiao Nai, senior paling encom dalam U. Tapi minat dalam diam jak la. Tapi dalam ramai2 rupanya si Xiao Nai suka si Wei Wei so... Can u bayang romantik isnt it!!!!!

Yang Yang... Ai lop u!!!! Aiyakkkkk

At the same time, cerita ni juga ada versi filem.. kalau tak silap drama pakai tajuk Just One Smile Very Alluring while filem pakai tajuk LoveO2O. Both ditayangkan almost the same time kalau tak silap, somewhere August this year. Filem dilakonkan oleh Angelababy & Jing Boran. I yet to watch the film tapi kalau compare, i prefer hero heroin drama sebab lagi lawa walaupun muka depa lebih kurang je. See... Macam seeing double kan si Jing sama Yang Yang. Pada aku si Jing ni more kepada bad boy & manly feature while si Yang Yang more boyish.. awwww
Jing Boran & Angelababy
Oke! Now mana buktinya pelakon2 kina sun? .. see for yourself. Pelakon lelaki aku nampak si Yang Yang jek yang encom.. Definisi lawa di mata aku cam ni la.. mata bulat, dagu runcing you! Kalau lelaki... mata sepet oke, mata bulat oke... tapi most of the time bukan kerana muka tapi more kepada karisma. But Yang Yang, I lop U! Oppsss.. hahaha.

Dilireba
Fan Bing Bing
Guli Nazha
Zhao Li Ying
Zheng Shuang
Angelababy

Saturday, 3 September 2016

Sunway Lagoon Weols Mai Lagi

Since cuti merdeka tu malas nak ke mana, hari ni kitaorang decide ke mari. Makanya as of today, kos kemasukan ahkak sebagai pemegang annual pass jika dicompare dengan pembelian single ticket is RM180/ 3 = RM60 per entry. Lagi banyak kali p lagi turun harga... hahaha. Untong laaaa!


Test power si Neo 7... santik wa sakap lu! Bebaloi-baloi bili tak sampau 6 ratus hengget... Sampai-sampai je, op kos la ke tempat biasa... wave pool. Hari ni heaven sebab orang tak ramai. Tengok je la muka si Hannah, betapa gumbira si tecit tu.

Pas letih mandi, kitaorang makan jap dekat Burger King. On our 2 previous visit, we did not spend a dime on food sebab dah siap2 makan di luar before masuk. Considering the food is expensive compare to if we but outside.. so, no! Kali ni cam terliur pulak padahal bekal nugget ngan fries dari umah banyak lagi. No outside food in Sunway Lagoo oke ;p Pas mandi, malas nak jalan balik so kitaorang naik train & turun dekat the nearest exit point. Hahaha.. letih oke!


Bye.. see you next time... next week maybe? hahahaha. Ooppss! Raya la

Thursday, 1 September 2016

Oto Rino Laring Gologi

Payah benar la nak menyebut nama department ni.. yang selalu dengar E&T, bebelit lidah! So, inilah harinya appointment ahkak di otorinolaringologi PPUKM. Pagi tadi ahkak ke ofis dulu settle mana yang patut. Kol 9.30 katanya appointement, dah setengah jam nunggu nama tak naik2. Rupa-rupanya tempat  appointment tu bilik kat belakng nun, bukan kaunter depan. & they have a separate numbering system for it.. Apa la tak cakap acik kaunter tu.. nasib baik belum telepas no.

Tunggu punya tunggu,hampir kol 12 gak baru dapat masuk bilik doktor walapun ahkak nengok no. ahkak ni no. 6, so ada 5 orang je kot kat nombor sebelum nombor ahkak. Masuk bilik 9, jumpa doktor Zara. Comey doktornya. Doktor kata dia nak tengok dalam tekak, merasa la ahkak masuk hos dalam hidung. Sakit tak? Tak pun cuma bila difikirkan seriau la. Before masuk hos, doktor bius dulu so I wont feel anything.

Thank god miss doktor very good in term of explaining. She said I have a chronic tonsillitis, siap suh ahkak tengok sendiri apa yang terjadi dalam tekak ahkak. Bengkak dan merah oke! Geli!!!! No wonder la sebulan suara ahkak ilang. Apart from tengok anak tekak sendiri, ahkak kena buat voice quality test dan last sekali, kena p speech theraphy oke!

See, rega ubat yang ahkak kena amik.. Rm300 oke! Nasib baik keje gomen, kena bayar RM60 hengget je. Ahkak pun tak paham napa kena bayar sebab kalau gomen patutnya free, tapi ahkak bayar je la.