Thursday, 20 October 2016

Hang Sampah

Aku tak kesah sangat kalau ruang tamu sepah or bilik sepah or whatever tapi jangan dapur sepah, esp sinki. Dulu masa aku mula2 kawin, aku selalu bengkek dengan si Chemba. Dia kalau basuh pinggan bukan kesah sisa makanan tu dah clear blom dari sinki. Itu kalau basuh pinggan la. Kalau tak basuh pinggan memang belambak pinggan kotor. Since dah ketahuan aku ni memang bukan wife misali lagi lemah gemalai makanya aku amik besen, aku campak dalam tu semua yang tak cuci. Pandai2 la dia basuh sendiri. Kalau lama sangat terbiar, aku masuk tong sampah je biarlah pinggan mahal pun.


  • Ble la baca aku ni jenis macamana psiko orangnya. Lately pula aku selalu nampak sampah dalam sinki. Kadang2 kulit kopok la, kadang biji epal la... op kos la aku hanginnnn. Bila aku bising kat si Chemba, dia kata dia tak buat. Abis, siapa buat!!!!?? Rupanya yang kecik tu yanh buat! Kemana tumpah kuah kalau bukan ke nasik! Benar sungguh anak adih! Dia ingat agaknya sinki tu tong sampah kot.


Wednesday, 19 October 2016

Succumb To Treadmill

Tadaaaaa... Finally sampai juga treadmill yang ahkak laki bini idam2kan. Makanya goodbye la gym membership.

Ini rega mendalah ni dekat Lazada. Rega yang sama juga dekat Jusco tapi kamiorang tak beli dengan rega ini, lebih kurang RM700 jugaklah penjimatan kitaorang sebab now tengah offer. Kalau beli through website vito or pergi sendiri ke kedai deme dekat The Garden Mid Valley.. dapat la rega RM2888. Kitaorang dapat free equipment mat brand Kettler yang kononnya berega RM200++. Kalau Klang Valley, free delivery. Delivery deme memang efficien. Janji rabu, rabu la deme sampai.

Tuesday, 18 October 2016

Family Portrait

Main lukis-lukis dengan si Hannah, si Hannah bilang itu adih, Hannah dan mamme. Hahaha.. Finally dia tau nama dia Hannah.

Monday, 17 October 2016

Empty Table Empty Heart

Amacam? Kemas tak bilik hakak? Pemandangan gini hanya boleh dilihat sekali kot setahun, time audit. Kerja gomen ni macam2 jenis audit ada. Audit tambah baik, audit saja2 cari salah orang, audit kecantikan. So hakak berkemas op kos la audit kecantikan kan. Cumanya bukan kecantikan muka je.

Meja kalau kosong dan kemas memang nampak macam best kan, tapi kalau meja hakak sentiasa macam tu hakak rasa cam tak best. Rasa macam something missing dan macam tadak kerja je.. Hahaha. Kalau keja gomen, orang terlebih efisyen ni selalu jadi mangsa kau tau! Sikit2 nnt kau je yang kena petik buat itu ini. Tips nya, kerja memang kena efisyen tapi tak yah over sangat. Berpada2 sudah! Bos memang tak peduli punya, bukan kompeni bapak dia pun. Kalau dapat staff yang deliver, siapa yang tak suka kan. Hati senang oke! Bagi orang tu kerja lebih, bukan dia rugi nak bayar tambahan gaji pun. Yang paling selamat those yang suam2 kuku je buat kerja. Suh buat kerja x perform, buat pening pala bos je so tak bagi dia kerja banyak. Silap2 gaji yang suam2 kuku tu tinggi lagi dari gaji yang rajin. Hujung tahun dapat cemerlang juga kalaupun tak cemerlang mana sebab kecemerlangan kat gomen ni ikut angka giliran oke. Be it ko perform sampai tahap petala langit pun tiap2 taun.. Sekali dalam 3 4 or 5 taun je kot ble dapat. Apa2 pun, itu semua dunia. Yang penting kerja dengan ikhlas dan bagilah perkhidmatan setimpal dengan gaji yang kome terima. Oke!

Sunday, 16 October 2016

Treadmill Quest

Semalaman menanggung gelora hati nak beli treadmill, makanya hari ni kitaorang ke Mid Valley lagi. Pegi la Aibi. Da habis runding semua, masa nak place order tu rupanya tadak stok. Sakit hati ! Demi nak juga treadmill, kitaorg ke Fitness Concept. Mostly treadmill dia semua bulky. Then demi nak juga, try search kot2 dekat The Garden ada. Yesss!! Thank god memang ada!!!

Price? expensive dari Aibi tapi ok la. Beli? beli!

Saturday, 15 October 2016

Nasi Ambeng Mid Valley


Cadangan asalnya nak joging tapi si chemba nak mandi bagai la pula. Si hannah pun mandi.. Last2 dah pukul 8.30 pagi.. dah paneh la nak joging. Sudah la malas nak joging, diajaknya lagi ke Mid Valley sarapan dekat our favorite spot. Sekalinya tutup pulak kopitiam tu for renovation katanya... Puiii!! Last2 g makan dekat food court. Tertawan dengan display menu nasik ambeng, order la satu cam kat atas tu. Sedap? Op kos la tak la sesedap mana.

Lepas sarapan sesaje gatei gi lalu depan Celebrity Fitness. VIP membership RM200/ 2 person instead of for one?!!. VIP means ble pergi mana2 CF outlet locally & internationally. All I have to pay RM176 + RM176 + RM200 untuk 1st month. Goda2 si Chemba.. Tak berjaya la pulak. Atas alasan if weols g berchenta dekat gym mana pula weols nak campak si Hannah. Oke, logik la juga. One of reason juga, Walaupun MV tu dekat je dengan rumah si Chemba cakap he dont think bini dia ni sanggup nak bertarung cari parking. Oke, logik lagi. Makanya tak de harapan la nak sign up. Tiba-tiba, tah macamana terpergi dekat kedai Aibi.. Tergoda pula nak beli treadmill. Malangnya ci Chemba tak bawa kad, konon nak balik g amik & patah balik MV. Tapi all the way from home to MV jem gila.. Complete standstill wa sakap lu. Tak tahu la mana la dorg ni berbondong2 nak pegi. Sudahnya esok je la kitaorg sampaikan hajat nak beli treadmill.

Friday, 14 October 2016

Hari Bahasa Melayu

Doktor hari tu kata maybe lack of simulation yang menyebabkan she unable to understand BM. One of yang doktor cadang is untuk weols introduce hari BM dekat rumah. Dah buat?'op kos la belum. Ahaksss.

Tadi pagi ahkak ada 2 sesi appointment dekat PPUKM. I asked my boss kalau takde hal apa di ofis that need me to be there, I nak cuti. My boss said takpe la, u go to ur appointment then if u have nothing important nak buat at home nanti petang u bole masuk opis. I have nothing to do at the office actually, no pending work yet my bos tak kasik cuti oke! That is how important the sight of me to his eyes... hahahahahahaha.

Ok, 1st appointment dekat fisio la op kos. Hari ni buat 2 senaman je. 1st buh tali kat kaki then stretch pastu nek beskal. Op kos la all hanya ble start lepas sesi tuam belakang dengan hot pack. Biasanya hot pack dia xde la panas sangat but kali ni cam panas gila la plak. Terbakar kulit mak! Pas habis sesi fisio, g pulak speech theraphy unit. After long awaiting, i was told officer yang nak cek my voice tu ada meeting la pulak so I kena datang semula at 12.

At 12, jumpa la therapist. Buat interview sikit, the therapist said my voice sounded ok and asked if I ever lost my voice again within the period after I lost it previously. Since my answer is no, I was released from the session. Therapist kata I do have enlarge tonsil and my doctor will decide on that. I just hope it wont involve surgery. Huhu

Thursday, 13 October 2016

Mata

As of today, inilah status mata gue. Overall merah darah tu da almost hilang dan ada sikit je lagi. So, what do I think cause this?

Doktor kata berdarah ni bukanlah something yang sangat luar biasa. It may happen in daily life if terhantuk, tergosok, bersin kuat dan letih contohnya. Doktor kata unless saiz membesar, pandangan kabur or sakit.. Tak perlu risau & it will go away dalam a week or two. Mine hilang in one week. Rasanya it happen sebab letih dan tak cukup tidur sebab lately I overused my body dan tidur pun tak cukup sebab jaga every one hour masa Hannah demam days before.

I hope this will be first and last this happened, and wont be a sign of anything serius... InshaAllah.. Aamin.

Wednesday, 12 October 2016

Scarlet Heart I Heart


Now terjebak dengan cerita Scarlet Heart Ryeo ni, an adaptation of a chinese novel. Cerita ni ada 20 episod, main at the same day & time tayangan di Korea. Now dah episod 15.

Memula tengok promo rasa macam tak best la ni kot sebab hero tak encom sangat walaupun aku suka gak hero tu. Pastu bila baca synopsis drama ni version china yang pernah main somewhere tahun 2011 & 2014 kot, hero tu cam kejam sangat la pulak. Tapi bila tertengok, menengok dan tengok... akhirnya ahkak jatuh kinta sebab -

1. Jalan cerita best. Sedikit berbeza dari novel dan garapan drama versi china.
Versi Cina Bu Bu Jing Xin
2. Best tengok all the princes.

3. Kisah perjalanan hidup hero which is 4th prince Wang So best. He was portrayed as someone yang kejam tapi actually dia ada soft side. Dia cuma kurang kasih sayang since his mother buang dia dari kecil. Part masa dia turunkan hujan memang win.

4. IU comel. Aktress yang bawa watak pembantu raja merangkap kekasih lama raja pun lawa. Ada Seohyun, Girls Generation. Adik 8th prince, princess apa ntah nama dia pun lawa. Mak si Wang So pun lawa. Hahahaha

5. Abang si Wang So, Wang Yo selaku penjahat yang gilak tahkta memang jahat dan bikin panas.

6. Watak raja pun best. Deep & ada soft side as father. Kisah cinta dia dengan pembantu raja yekla sad T_T. Raja cakap dia anggap Hae Soo macam anak since kekasih dia pun anggap Hae Soo macam anak. Raja rupanya tahu si Hae Soo bukan datang dari zaman dia, sama juga macam Ji Mong.. one of orang kepercayaan raja yang baik dengan Wang So.

7. Watak Crown Price paling kesian. Tak minat langsung pun jadi raja tapi kena paksa. Then mati kena bunuh T_T

8. OST best2! Try listen to these tracks
   - For You (Exo Chen, Xiumin & Baekhyun). Baekhyun belakon as 10th prince
   - Loco & Punch, Say Yes
   - Can You Hear My Heart (Epik High, Lee Hi)
   - Be With You (Akdong Musician)
   - Goodbye (Lim Doo Hyuk)

9. Mak Si Wang So & Wang Yo, maharani yang kejam dan benci sangat dengan anak sendiri tapi sangat mencintai raja. Love story.

10. 8th prince pun kesian. Mula2 baik tapi sebab cinta dengan si Hae Soo terhalang terus bertukar 360. Dia salahkan his mom & sis sebab terlalu bebankan dia sampai jadi who he is now.

11.Adik pompuan 8th Prince memang bikin geram. Sanggup naya abang sendiri. Part dia kena reject oleh abang si Wang So tu sangat win.

12. Kisah cinta 10th prince & her wife pun best.

Tuesday, 11 October 2016

Audit Audit

Hari ni satu hari sesi audit di Putrajaya. Kononnya program start kol 9.. haremmm!!! kol 11.30 kot baru start. Aku memang alergik betul kalau orang tak punctual, be it siapa pun kau.

Nasib baik site si Chemba dekat je dengan tempat ahkak audit. Makanya selamat la pegi dan balik tak yah drive. Hari ni hari kenyang sedunia. Aku kalau g dengan my boss, semua dia belanja la. Mula-mula makan dekat kedai mamak. Dari mamak, beralih pulak ke kantin. Sudahnya perut aku dah macam nak meletup.

Monday, 10 October 2016

Hari Yang Panjang

Hari ni hari yang agak panjang bagi aku. Sibuk sebab audit yang tak pasal-pasal tu la tapi yang lebih terasa dengan kesibukan tu is my feet. Rasa kaki dah sampai mengigil. Mana tidaknya, turun naik kehulu ke hilir. KEjar nak siapkan report lagi. Thank god, selesai juga before 4.30 tadi. So balik rumah boleh urut kaki. Mine is this one..


Beli dah lama, pas bersalin kot. Rasanya tak mahal pun compare to mesin2 urut yang sampai 2 3 k. Tapi this one memang superb! Berbaloi2. Kalau kaki tak sakit ko urut, memang tak best. Tapi kalau kau sakit kaki & urut guna model ni... baik terus wa sakap lu! Tak bulky dan sangat best kalau urut kaki. Kalau g urut kat kerusi Gintell yang gabak tu, dia squeeze ala2 mahu tak mahu je kan tapi this one... perghh!!!

Mesin ni tak menyakitkan kaki sebab dia cam ada banyak portion span. Tapi grip memang kuat. Boleh free style.. nak urut betis pun tadak hal. Baring, then masuk je kaki dalam ni. Kompom terus baik. Dulu ahkak masa mengandung, jenuh la si Chemba nak urut. Pas dah ada mesin ni, tak lagi. Masa tu ahkak beli dengan mesin urut comey, OTO Cuddle. Yang tu pun berbaloi2 ahkak beli. Guna sampai sekarang. Berapa banyak sesi sakit belakang dan kaki yang dilegakan oleh both machine.

Sunday, 9 October 2016

Terjebak ICSYV3

Bubur Hujan Ikan Bilis, sedap tak kalau ahkak buh resepi nama ini? Vouge gitue kan...  hahahaha. Hari ni duduk umah je. Langsung la takde mood nak keluar. Layan abam kat bawah ni lagi best!


Siapakah? Haaaa..  ini anak bambu Damyang dari Korea.

Ahkak sejak dua tiga menjak ni terjebak tengok cerita I Can See Your Voice Korea. Now dah masuk season 3 ahkak baru nak terjebak. Ahkak suka amat rancangan ni sebab unik. There will be artis jemputan yang akan di invite at every episode untuk teka from beberapa orang yang akan menyanyi miming samada dorang betul miming atau suara sebenar. There will be a team of critics yang akan tolong those artis tuk kenal pasti suara real atau miming. Kalau tak silap, kalau pilihan terakhir artis tu memang actually berbakat makanya dorang menang. Adiah tak sure berapa banyak la.

Yang paling aku suka kalau yang talented tu silap2 suara lebih sedap dari yang dah jadi artis. Contohnya cam abam bambu kat atas nun. Critics siap gelak lagi masa di first buka mulut sebab suara cam ketar sikit. Sekali dia nyanyi lagu Adele dengan power! In real life he is just a normal working guy dekat advertisement company. Yang ni episode dengan I.O.I. Tapi yang paling best group acapella yang paling last sekali, Maytree. Acapella group, suara bass mamat yang belah kiri tu memang best gilak!


Aku tak la fanatik korean artist. Cuma pada aku dalam dunia ni orang kulit hitam dengan orang korea punya suara paling lunak dan merdu. Kalau rasa nak dengar lagu yang merdu, I go for these two.

Saturday, 8 October 2016

Merah Mata Darah

Hari ni ahkak tak ke mana sebab tak selera nak jalan dengan mata merah & hati yang risau. Walaupun doktor kata usoh risau.. op kos la kite risau kan. Mata kite yang merah, bukan mata doktor!  Tak tahu nak kata kurang ke or apa ke. Saiz cam dah lebih besar dari semalam tapi kaler dah tak sepekat semalam. Sakit hape memang takde.. huhu

As Of Today
Yesterday

Friday, 7 October 2016

Hari Malang Dalam Sejarah

Since si tecit masih demam, ahkak masih la kunci alarm at 1 hour interval. Maybe letih sangat, ahkak cam lena pulak. Finally terjaga dengar alarm bunyik. Tengok jam 5.45.. terus la ahkak mandi siap2 bagai. Hari ni hati gatei pulok nak pakai jubah.. amik la masa sket tuk iron. Baru je sarung dengar bunyi krak.. zip rosak! Aarghhhh!! terpaksa tukar baju lain.

Da tu si Hannah pulak jaga.. badan panas lagi. Kena bertarung jap pegang dia while si Chemba bagi ubat bontot. Pastu nak susu bagai.. risau dah kompom lewat hari ni. Terkocoh2 la ahkak ke kereta. Masa lalu sureau heran juga, apsal surau cam kosong & ada acik tu baru nak amik air sembahyang. Selalunya either jemaah masih solat or bersurai masa ahkak lalu tapi hari ni sunyi. Sampai keta, tengok jam..astagaaaaa! Baru kol 5.45 kaaa!! Rupa-rupanya ahkak jaga kol 4.45, bukan5.45. Puiiii!!!

Takpa la.. g je la kerja. Kol 6 sampai opis,ingat nak tdo kejap kat keta tapi kang lelap tak dan nak subuh. Makanya ahkak pun naik la opis. Baru je nak makeup pas solat ahkak nampak mata ahkak merah. Merah pekat oke! Sakit ape xde, tapi cam ada pembuluh darah mata yang pecah. Alahaiii.. baru je rasa badan sihat, mata pulak sakit. Serba salah nak cakap kat boss nak keluar ke klinik sebab kalau kira dah masuk 3 kali minggu ni ahkak keluar ke klinik/ hospital je. Serba salah sebab next week nak kena audit so banyak benda nak kena settle.

Luckily ahkak bawa balik siapkan apa yang patut rumah malam rabu tu so tadi tinggal touch up sikit & da ble bagi bos report & slaid taklimat audit.

Hari ni g KK Cheras, doktor kata nothing to worry about unless saiz bertambah, sakit or mata kabur. For now monitor je dulu. Macam semalam, takde ubat apa doktor bagi except ubat tahan sakit untuk sakit pale. Scary oke! I'll share later. Balik dari klinik, singgah lunch dekat Murni Discovery. It cost me RM15 hengget for air ngan nasik lemak pandan yang agak sedap ni. Air kedondong asam boy se jug reganya cuma  RM7++ jek.. mahvelous!!! Nasik lemak ayam pandan tu, ayamnya memang sadap sangat!



Thursday, 6 October 2016

Hannah No Autism

Pagi ni tibalah hari temujanji si Hannah dekat PPUKM. Temujanji ni dah di set beberapa bulan yang lepas, bulan 10 baru lah dapat jumpa doktor dekat Klinik Paediatrik. Ingatkan tak jadilah nak bawa di Hannah sebab dia demam tapi memandangkan si Hannah cergas mergas macam tak demam langsung, kitaorang bawak la jugak.

Asalnya ahkak ingat nak cuti hari ni. Skali baru je nak buka mulut pagi semalam, bos bagitau one of the projek dah masuk audit dalaman. Bos kata kalau tak settle tuk audit, hujung minggu kena datang opis. What!!!?? Nooo!! Bos ni tak kenal siapa ahkak. Apa ada hal ahkak nak kerja sungguh2. Kerja dengan cekap dan pantas, itu ahkak. Ahkak memang benci kalau kena kerja luar waktu kerja. Drag lebih dari 5 minit pun masa kerja ahkak, ahkak tak halalkan! I wont do any good pun. Kalau nak suh ahkak ot, pilih early morning. Thank god bos ahkak ni pun jenis macam ahkak, so.. apa ada hal kami nak drag2 sampai waktu lepas kerja or waktu cuti kannn! Before ke hospital tadi, ahkak dah siapkan everything. Bos pun, op kos la oke kan!

Back to Hannah, we set the appointment sebab risau kot2 la si Hannah ni ada problem delay in speech or autisme due to perkembangan dia in speech tak advance if compare to child her age. Biasa budak pompuan cepat bercakap dan umur 2 tahun dah petah sambung banyak ayat whilst kemahiran bahasa si Hannah started only after she was 2 and i she can only speak in english. Now that she is 3, dah ada sedikit vocab Bahasa Melayu dan dah pandai susun 3 4 patah ayat but still, all in english.

Masa sesi dengan doktor, she cooperated well. Doktor siap ketawa bila dengar her slang yang dah macam mat salleh. 3 test yang doktor buat is saringan autisme. We parents have to answer few question related to her habit and social skills. Pastu fizikal test, reflects test. Then she try to ask Hannah ikut apa yang doktor lukis. The two tests was fine, I was worried about the lukis part. Mula-mula she ikut doktor lukis bulat. Then doktor lukis cross, Hannah boleh lukis garis lurus je & the cross dia da tak mau buat. So I asked her to draw a T and she complied. I didn't realize that she could actually do that sebab before ni I never saw here draw anything except O. Hahahaha

Through her assessment doktor kata she is not autistic. Her BM was poor maybe due to poor simulations by us, parents. So we need to have a BM day where everything must be in BM. Come to think of it, hubby and I decided to just stick with english. Doktor kata maybe sebab banyak sangat tengok tv kartun. Pelik la kan, bahasa penghantar di rumah dan rumah pengasuh & everywhere except tv is BM tapi dia tak pandai cakap Melayu. Anak orang tengok kartun juga kan tapi tak la pula menyerap english sampai jadi mother tounge.

Hannah! Hannah!

I sometimes joke with my husband U confirm ke Hannah tu anak u. I believe she is mine sebab muka dah sama but yours maybe meragukan.. hahahaha.

So next step doktor set appointment dengan speech therapy.  But before we can send her to therapist, parents kena hadir sesi talk dengan therapist first.

Wednesday, 5 October 2016

Rambang Daging


Inilah kekdahnya bila mata rambang. Berbelah bagi nak masak daging masak kari or masak kicap.. last2 ahkak masak dua-dua. Puas ati!

Tuesday, 4 October 2016

Bawak Jantung Jumpa Doktor

Hari ni rasa cam longlai sangat. Walaupun dada dah kurang berdebar, badan rasa lemah sampai nak angkat tangan pun macam tak bermaya. Pale pulang pening. Sudahnya bagitau bos nak ke klinik. Si Chemba ajak g try Klinik Premier PPUK yang baru beroperasi di area umah since September.

Klinik premier ni dekat area umah kedai. The building a bit isolated & the only parking yang ada cuma internal parking berbumbung so nak parking cam susah sikit sebab limited due to the building sharing dengan kedai2 dan pejabat. Thank god ada parking untuk kami! Memula g registration.. bagi ic. Since ahkak koje gomen makanya free je la. Pas register dia bagi no.. tunggu no naik tuk cek darah ngan pulse dekat kaunter saringan dekat area registration. Pastu baru g bilik doktor, dekat another building. Orangnya tak ramai tapi slow jek nombor gerak.

Before dapat jumpa doktor, kena lagi saringan satu kali dekat bilik misi. Pastu baru la dapek jumpa doktor. Kalau nak g kena ready baju tebal sebab sejuk gilos. Doktor suh buat ecg test. Before ble amik ecg test, kena balik g kaunter registration pastu baru balik g area bilik doktor tuk g bilik ecg. Result esg normal je.. katra doktor semua oke but I need to cut off caffeine intake be it yang biasa or decaffeinated sebab itu antara yang boleh buat degupan jantung laju.

Doktor kata aku kena kurangkan up to 1 intake per week. Gila hape doktor ni! Minuman ruji aku tu. Aku minum kopi/ nescafe sama maca keperluan aku makan nasik. Gila kan kalau tak ble makan nasik!!!

Monday, 3 October 2016

Kurita Amas


While on the way ke Ikea tadi, lalu depan kedai semayang kina. Pullamak! Kurita amas wa sakap lu! Hahaha..

Kalau semalam kitaorang gagal decided patah balik umah je dari bersesak2 kat ikea walapun dah sampai parking, hari ni line clear. Buli la ahkak p beli 3 benda kegemaran ahkak kat Ikea which is karipap, ledge dan cermin lekat. Dalam banyak-banyak barang Ikea..ledge & cermin lekat tu are my favorite. Many idea bulih dibuat with those 2. Ini antaranya, cabinet upgrading. Rak ni asalnya gini..


Inilah hasil final.. amacam, cam mahal x lemari ahkak?!! Ahaksss!! Kos lemari RM200, kos modified dalam RM120. Ini pun kira dah murah la lemari ahkak ni. Biasa kalau kat kedai tak dapek rega RM200 tuk lemari tinggi ini. Asalnya lemari kasut.. now da jadi lemari serbaguna.


Ini pulak another penambah-cantikan (grammar error!) yang ahkak buat dengan cermin ikea.

Tepek dekat rak buku
Tepek dekat jamban

Sunday, 2 October 2016

Ikan derhaka

Apa matcham? menyelerakan tak? Ini antara masakan orang malas yang aku terer buat... ahaks!! Goreng ikan, campak lam air yang mendidih dengan kentang, cili padi, tomato whatever you like. Buh sos tiram sket, sos ikan sket.. sayur-sayuran sket... settle! It taste really good esp kalau ikan tu digioreng garing.

Lepas lunch, gatei nak g Ikea makan karipap. Puiii! punya jem. Makanya even dah sampai pintu nak masuk parking kami kansel la hajat hati nak makan karipap. Ikea Cheras dekat je dengan my house.. 6 7 Km la cam tu whilst Ikea Damansara dalam 20KM++. Tapi tempoh masa nak g kedua Ikea tu bezanya sikit je.. silap2 g Ikea Damansara lagi cepat dari Cheras sebab memang jem nak manfus!

Pengajaran.. kalau nak ke Ikea Cheras g kla early in the moring. Usah le gatei nak g time line.. kompom sakit hati bertarung dengan jem.

Saturday, 1 October 2016

Saturday Sunway Lagoon

Hari ni kami kemari lagi untuk kali kelimanya setelah bergelar pemegang annual pas, makanya entry ticket to date cost us RM36+ sorang.. weee. Cumanya kali ni kami tak mandi langsung sebab si Hannah pun cam tak berminat.. selamat! selamat! Aktiviti kami hari ni cuma berjalan atas jambatan gantung sepanjang 426m katanya.

Surf Beach
Suspension Bridge
Volcano
Vuvuzela
It look so entertaining from above. If you are going to try to walk on this jambatan gantung, better start from end yang paling dekat dengan pintu masuk utama since untuk naik kat situ tangganya cuma 3 tingkat while kalau naik dari end yang dekat dengan 2nd gate... 5 6 tingkat tinggi tanganya which is tiring kalau nak dipanjat.

Takut tak? At the beginning not so scary tapi in the middle gagar la juga especially when it is windy. Udoh kaki geletar, kena turun pulok 5 6 tingkat... arghhh!!! Dari situn, kitaorg exit the park & g SP lunch. Lama tak makan McD... so ini hari kami ke McD. Baru le tau bangunan yang kami nampak dari wave pool tu yek la SP dan we can enjoy Sunway Lagoon view from restaurant. Nice!

Thursday, 29 September 2016

Sakit Jantung?

Tadi tengahari aku cam gigil, ingatkan lapar. Baru jek nak turun g beli makan... bos lama ahkak datang. Borak2, habis borak2 tu dah rasa cam nak pitam dah sebab lapar tahap gaban. Pas da makan baru la ilang geletar. Petang ni masa maghrib rasa cam lain macam. Bila duk rehat, cam ble dengarlah degupan jantung tu kuat dari biasa.

Saspen juga bila cek blood pressure, tetiba muncul tanda pelik2 kat mesin tu. Bila cek booklet, katanya jantung tak teratur whislt blood pressure reading showed bacaan optimum below 120/ below 80 which is still witihn tolarence 120-90/ 80/ 60. Tak pernah2 ni.. sakit jantung ke ahkak? Adoii la risau. Sampai ke nak tido masih rasa dada berdegup kuat. Terdegar2 la bunyi tu.. tak macam biasa

Tuesday, 27 September 2016

Abam Valet

Sapa habang kat atas tu? Bukan, bukan retis. Bukan la juga siapa2 tapi habang ni la yang jaga valet parking dekat PPUKM. Hari ni hakak ada appointement dekat fisio, since tadi hakak gatai nak merayap p Putra Mall makan tepanyaki lagi untuk kesekian kalinya makanya parking public dah penuh sebab hakak sampai time orang pun balik lunch.

Fikir punya fikir, bagi je la keta dekat abang valet ni. Rate parking RM10 untuk 1 jam pertama, pastu RM1 setiap jam berikutnya. Kalau kome bercadang nak parking lama, elok sangat amik valet parking ni sebab lepas 5 jam park kome akan dicaj flat rate parking RM10  walhal kalau valet parking baru RM15 maksimum sehari.

Hakak hari ni app dekat fisio, jam 3. Sampai2 je kena g kaunter registration, collect kad tuk g fisio. Pastu letak kad tu dekat kaunter dekat bilik fisio & tunggu la sampai nama kena panggil. Udoh nama kena panggil, g pulak kat dalam area fisio tu jumpa trainer. Pas tanya khabar bagai, g la masuk bilik tuk sesi fisio. Hari ni buat 2 excercise, 1st letak bola kat celah kangang then kepit. Sengal peha dibuatnya.. nampak sangat tak pernah eksesais. Pastu kena senaman hangkat punggung. Next senaman tarik kaki ke dada pastu habis. Actually trainer suh hakak cycling tapi hakak kata hakak lawa sangat hari ni pakai baju kurung, kang tesangkut pulak kain hakak kat cycle... makanya hakak dibenarkan terlepas. Hahahah. Pas habis sesi, amik next date appointment dekat trainer, mintak time slip then balik g kaunter registration tadi tuk register next appointment.

Monday, 26 September 2016

Tudung Buat Si Pemalas


Amacam, sun tak hakak? Hahahah. Bukan la samada hakak sun ke tidak yang hakak nak kongsi, yang hakak nak story cuma pasal tudung pevret hakak ni. Hakak memang malas gila kalau tang iron. Demi nak mengatasi kemalasan, hakak sampai sanggup beli iron besar, iron kecik sekeciknya, iron berat, iron ringan.. iron steam pun hader. Tapi tak bekesan. Sudahnya hakak rasa elok la kalau hakak beli je tudung yang tak payah iron langsung tapi selesa dan sun bila dipakai.

Makanya, hakak jumpa la tudung hakak ni, jenis kain renyuk. Orang kata kain bubble pun tak yah iron, memang tak yah tapi pada hakak shawl bubble tak lawa. Dek kerana kegilaan, hakak ada lebih dari 10 lai tudung ni, macam2 kaler. Rega? kalau p Jalan TAR umang ai mahal. Walaupun idok la semahal tudung Fareeda yang kompom sampai mati pun hakak tak hengen nak beli, tapi RM5 beza selai pun mahal juga. Kalau beli kat Tesco Cheras baru RM10. Kalau beli banyak lagi murah.

Hakak ni kalau tudung, limit paling mahal pun hakak beli RM30. Lebih dari tu memang tidak la. Apa ke gilanya hakak nak spend mahal2 tuk tudung yang saiznya separuh je dari kain baju hakak. Baju hakak pun paling mahal hakak sanggup spend RM50 je, apa ada hal rega tudung nak lebih2 dari rega baju. Kalau cam tu, baik tudung tu buat baju je! Itu hakak la. Kalau kome suka tudung mahal, kome punya suka la kan. Janji bukan hakak yang bayar tudung kome!

Sunday, 25 September 2016

Cooking Day

Hari ni family in  law hakak datang melawat teratak buruk kitorang. Hakak main masak2 la hari ni tapi sebab hakak ni spesis malas makanya masak mee kari je. Sedap sangat mee kari hakak agaknya sampai lupa nak tangkap gambar... hahahaha!

Saturday, 24 September 2016

Dinner Night

Hari ni hakak sekeluarga gi dinner. Bukan la dinner dekat hotel bagai tapi di dewan MPSA Shah Alam. Sepupu laki ahkak kawin. Tema kena pakai hitam & free seating. Sempoi la majlis dia sebab majlis sambut menantu belah laki. Yang huntung tatap si Hannah sebab dapat 3 bekas pop corn & bunga telur gitu.

G makan tu tak la lama mana, tapi sakit hati nak menempuh jem kat federal highway. Time ahkak sibok nak jalan malam, kome pun getek juga menyebok kat jalan tu sampai jem. Tak tau la angkayau manuk ape yang nak di pegi beramai2. Jem masa pegi masih boleh tahan lagi sebab time tu pukul 8 tapi waktu balik jem tu tak ble blah. Da dekat kol 12 kot time tu. Getek banar!!

Friday, 23 September 2016

My Favorite Tepanyaki

Aku memang pantang dengan taugeh. Kalau ada je taugeh dalam mee ke, bihun ke, popia ke... mana2 lah, kompom aku campak tong sampah. Tapi sekarang tidak lagi sejak2 dah pandai makan tepanyaki ni. 1st time try tepanyaki kat KLCC, harem tak sedap! Tapi kedai Tepankyuko dekat Putra Mall ni memang sedap la amat. Itu pasal walau sorang2 aku gagah juga kemari semata2 nak menikmati hidangan kegemaran.

Ada macam2 set, aku suka beef set. Reganya dalam RM15.90 inclusive of GST. Ko ble opt untuk double the beef quantity juga, tambah RM10 cam tu. Or boleh combine like ayam + beef, or prawn + beef.. which one suit you. Set beef ni memang sedap sebab daging tu garing diluar, lembut kat dalam. Kalau ke Putra Mall, singgah2kan lah dekat tingkat 4, dekat area Dubuyo.

Thursday, 22 September 2016

Geng Lamak

Hari ni ahkak melantak dari pagi sampai ke petang kau!

Pagi g Sasana Kijang, makan roti canati. Wa sakap lu roti canai dia sedap! Garing & karinya pun sadap. Kari ble pilih, nak kari ayam or ikan & ada dal juga.

Tengahari, ahkak dengan geng g hantar drawing. Since da dekat time lunch, singgah jap dekat Maju Junction. Kalau dulu buruk, sekarang mall tu dah diupgrade. Yang paling best food court dekat bawah tu. Goreng2 dia sodap dan banyak. Huntung la bebudak Jabatan ahkak yang opisnya kat sini.

Malam plak ahkak g bertemu dengan geng karas dari Labuan. Last jumpa setahun lepas masa hantar my sis ke matriks Labuan. Melantak ka Sushi King.. kanyanggg ku eh! Ingat nak g Tony Ramas, sekalik branch Sunway Pyramid ni ada bar la pulak. Yang kat Midvalley takde, so Sushi pun Sushi la janjik dapat begosip... hahahaha. Lihat saja hasilnya. Ini separuh ja ni, ada lagi... hahahaha

Wednesday, 21 September 2016

Sasasananana Kijang

Kalau nak makan restoran biasa tapi setup ala2 hotel, boleh la gi cafe Sasana Kijang, Bank Negara punya. Tak jauh dari opis ahkak, kalau pegi jalan kaki je. Since hari ni bos takde, ahkak dengan geng g la menapak ke sini.

Macam sedap kan nasik lemak tu... ye, boleh tahan. Reganya cuma RM3.40 je. Nescafe segelas RM1.80. Ada macam-macam menu juga disediakan untuk breakfast. Dari Asian sampai la ke Western. Selain nasi lemak, ahkak melantak roti gak. Hahahahha.. roti 3 keping dengan 3 jem or butter pun RM3.40, sama gak harga kalau makan mee or bihun. Kalau nak makan buah juga ada. Roti canai pun ada. Apa yang takde, ntah! Kome p la tengok sendirik

Tuesday, 20 September 2016

Abam CSI Datang Umah


Apa si Hannah bikin tu?

Petang semalam ada abam CSI datang. Cumanya abam CSI ni tak la belakon dekat cerita CSI yang main dekat AXN tu. Abam ni ankel si Hannah, adik ipar ahkak. Tadi datang umah nak amek sampel cap jari si Hannah untuk tesis katanya. Banyak gak sampel yang kena amik, merasa la si Hannah kena amik cap jari banyak kali.

Mula2 eksaited cam kat gambar tu, bila da banyak kali sangat bosan agaknya. Jenuh ankel dia nak kejar dia... hahahah

Monday, 19 September 2016

Ibuk Hannah!

Semanjak bergelar ibuk patung ni, bukan main lagi si tecit happy. Pagi semalam kitaorang ke Midvalley belikan stoller untuk si doll dekat ToysRUs. Hampir separuh harga stroller sebenar si Hannah oke! Ada ka patut rega stroller patung yang conet jek pun cecah RM60 hengget! Tapi ahkak gagahkan juga beli demi nak lihat si Hannah happy. Memang happy sangat, jenuh la nak nunggu dia menolak stroller dalam Mid Valley tadi... adoiiii la anak!

Paling tak ble blah, boleh pulak dia kejap2 stop nak bagi susu konon dekat baby...