Monday, 9 January 2017

Join JK1M8



Apakah? Haaa.. ini lah bakal team leader ahkak untuk program JK1M8 yang akan berlangsung start 14hb ni. Program Jom Kurus 1 Malaysia bersama Kevin Zahari. Kau nampak kan coach ahkak ni dulu comel 125 Kg.. sekarang dah 58 Kg oke!

Ahkak memang la demuk tapi ahkak takde la nak join untuk kurus. I am just trying to introduce a healthy lifestyle. Tau lah sejak dah dewasa ni.. badan pun dah tak se fit dulu. Kalau dulu sekeping, kini berkeping2 berkeping2.. banyak kan keping dia... wakakakaka

Sunday, 8 January 2017

Sunway Lagoon lagi





Setelah sekian lama tak pergi, hari ni gagah jugak bawa si Hannah ke SL. Siyan dia.. duk kata nak swim je tapi balik2 tak tercapai. Semuanya sama jek dekat SL except kali ni ada kerja-kerja dijalankan kat dalam which is annoying sebab surf beach tutup dan lori besar gabak dibenarkan masuk ke dalam. Gila hapa.. ada budak2 berlarian kot dalam tu!



Saturday, 7 January 2017

1st Timer Petrosains

Hari ni untuk kali pertamanya kami menjejakkan kaki ke Petrosains. Dulu masa dating2 ada gak hati nak masuk tapi cam tak seswai kot sebab tadak budak kecik.. hihi. Actually kalau g dating je pun ok je sebab dalam tu memang banyak aktiviti.

So, first kena beli tiket. Rega tiket untuk pemegang mykad RM20 untuk dewasa up to 60 years old dan RM 8 for kid age 3 to 12. Apart from that, dorang juga ada offer membership. RM150 untuk 2 adults + 3 kids for 1 year or premium membership for RM180. Kalau premium dapat la exclusive Petrosains Discoverer’s League Colour Changing Mug. Ok, pas beli tiket ble beratur masuk. Barang tak yah bawa & kena tinggal dalam loker yang disediakan for free. Untuk masuk ke dalam, kena naik cam gondola gitu. Ini la track gondola tu.

Perjalanan tak la lama.. while on the way kita akan dihiburkan dengan montaj pasal Malaysia, petronas dll. Interesting dan seram2 manja juga sebab rode dalam gelap. Giler tak terkejut kot2 ada barang jatuh atas kau like tikus ka apa ka... hahahaha



Lepas turun dari gondola, first destinastion jumpa si dinosor. Kat sini ada explainantion how petroleum terjadi dll




Ini sinki dalam toilte, so cute!
Lepas jumpa dinosor, jumpa kakak ni. Kebetulan masa kitaorang masuk tu ada show. Kakak ni buat show pasal kertas.. dia ajar koyak2 kertas bagai... fun la jugak.

Dekat area ni ada game area. Susun blok & teka teki bagai. Bukan Hannah je, aku laki bini pun terhibur. Hannah sampai tanak balik. Kat sini juga ada playground dan screen yang interact dengan kita.

Kat sini juga ada tempat makan sambil menikmati view KLCC park.

Overall experience, sangat puas hati amat2 lah! Yang tak best cuma part kena bayar parking mahal kat KLCC.. ahaks!!

Friday, 6 January 2017

Pegawai Baru

Hari ni opis mamme ada pegawai baru cek in.. si Hannah chan. Cek in sebab pengasuh dia nak cuti.. huhu

Thursday, 5 January 2017

E&T Apoimen

Tadi 8.30 gerak dari ofis ke PPUKM. Ingatkan nak try public parking dulu kot2 ada kosong & singahkan ke vallet kalaupun takde. Pusing 3 4 kali, tak de so ahkak pun pegilah ke pondok Vallet parking macam biasa. Sekali adik kat pondok tu kata tak ble, kalau nak valet kena hantar kat atas.

Puihhhh! patutla. Rupanya management parking dah tukar.

Sudahnya ahkak balik umah park keta then amek grab car je. Sampai ENT ngam2 kol 9. ada 9 nombor je depan ahkak. Ingatkan cepatla sekali ya rabbi sama jugak. Kol 12 lebih baru dapat jumpa doktor.

Kalau previously ahkak yang hilang suara, kali ni doktor ahkak tu pula yang tadak suara... hahahah. Dia jolok lagi kamera dalam hidung.. katanya tonsil dah tak bengkak cam sebelum ni.. yeayyy. So dia bagi 4 bulan apoimen lagi untuk tengok condition ahkak.

Weeeee!!

Wednesday, 4 January 2017

Sunway Velocity Mall

Kemanakah? Ini la jalan menuju sorga sopping.. hahahaha. Kat depan tu yeklah Sunway Velocity Mall.. baru sebulan bukak. Apa yang ada? Kalau nak makan2 boleh la kemari. Macam2 ada! Dari Jepun ke Hong Kong ke Korea semua ada. Bila si Waze kata perjalanan ke mari less than 15min dan xde jem, ahkak laki bini pun apa lagi.. sini la terusss.

Kat sini ada pelbagai mode restoran. Kalau takat lidah melayu fusion, boleh la Sushi King, Dubuyo, Kenny Rogers, kepci, Manhattan Fish Market, pijahat, Texas Chicken.. ada 50++ buah outlet F&B disini. Apa lagi yang ada? Macam-macam ada! Anchor kat sini is Parkson. Dari mall ni, kalau kome rajin sikit ble je jalan kaki sampai Ikea Cheras or Jsuco Maluri.

Monday, 2 January 2017

2017 Starterd With Food Feista

Ayam Penyet Banafe Village JB
Nasi Beryani Gam Shahab, Skudai

Amacam? Nampak sedap tak? op kos la sedap!! Semalam g Banafe Village kat JB.. cafe family Betty Banafe la op kos. Hari ni pulak sementelaah on the way balik KL, singgah lawat my sis dekat UTM dan singgah la makan nasik beryani gam. Sedap wa sakap lu. Bukan takatr makan, siap tapau lagi 5 bungkus oke!

Sunday, 1 January 2017

Happy New Year 2017!!

RM22 selai

RM62 selai
Motippp?

Haaa.. inilah cara hakak menyambut tahun baru dengan membeli tudung baru baru baru dari butik. Hakak ni kalau part tudung memang kedekut. Ye la, kain tudung bukan besar mana, nak cas mahal2 memang la hakak pantang. So macam biasa la, tudung hakak semua dalam range RM10 hengget je. Yang selalu menjadi pilihan hakak yekla tudung kat Jalan TAR, tudung kek Nis kononnya. Tapi ini kali hakak suda terjebak... hahahaha..

Semalam lepas jalan2 dekat KIP Mart Masai, hakak tersinggah plak butik apa nama dia dah lupa. Mula2 nampak tudung mahal, cam cantik.. terai la selai 2. Pas da bayar baru plak ternampak plak tudung murah yang bunga2 timbul kat atas nun. Tau berapa rega dia, RM22 oke! Mahal!!! Pada kome murah la kot pada hakak mahal! Mula2 beli 4 lai, rega RM88. Pastu balik umah promote2 kat adik2, dorang pun bekenan. Sanggup g balik kat kedai tu oke! Pastu beli 6 lai... ahakakssssss!!!

Asalnya instant 1 muka tapi hakak memang tak gemar sangat instant satu muka sebab dorang jahit rapat antara lipatan so hakak tetas jadikan satu muka. Punya lawa! Hahahahaha... masuk bakul angkat sendiri.

Makanya ini kali pecahla rekod hakak sebab dah membeli tudung paling mahal dengan rega RM62 hengget oke! Tadi ada hati nak g tengok lagi, so my sis ajak g butik2 area Angsana. Nasib baik tak de yang sangkut... selamat poket.

Saturday, 31 December 2016

Ke Pasir Gudang Yuk!

Hari ni aku sekeluarga ke Pasir Gudang, nak bertemu dengan anak buah yang baru lahir 26hb hari tu. Jam 10 lebih bertolak tadi, sempat la singgah ke JPO. Kalau last visit JPO kosong dan tak de siapa yang beratur depan kedai, ini kali JPO penuh sesak. Outlet lain takde siapa beratur tapi outlet Coach dan Coach Men panjang q nya. Benarla bagai di kata adik jurujual yang layan aku haru tu, dia kata ramai yang tunggu bulan Disember. Kalau akak pergi masa tu, belum tentu kami dapat layan pelanggan 1 to 1 macam ni.

Aku bukanlah peminat branded stuff. Orang nak pakai LV ke, Prada Prado ka whatever la or nak pakai baju ikut fashion semasa baru 'in konon, tapi aku pula memang jenis tak ambil port sangat benda2 gitu sebab pada aku tak penting pun semua tu. Yang penting apa aku pakai selesa dan aku yakin dengan pakaian aku. Antara designer brand yang dapat menawan ati aku is Kate Spade, brand amareka. Design bag dia lawa2 dan chicky cuma masalah dia rega nya mahal dan tak berbaloi. Walaupun dah offer still la juga around RM1k. Kalau Coach pula, kat JPO tu memang offer sungguh. Aku beli handbag yang rega asalnya RM1200, dapat dalam RM400++ je. Walaupun bukan latest design, oke la kan janji quality ok dan kita suka.

Aku kalau beli beg mahal, aku akan make sure yang aku beli tu tahan lama. Apart from material, aku akan tengok design esp tempat cangkuk beg tu sebab kat situla yang cepat rosak kalau material dah rosak or jahitan tak kuat. So aku suka jenis yang steel ring type yang dipunch dekat body beg instead of dekat tepi2. Jenis gitu memang tahan lasak sebab beban beg ko ditampung oleh kekuatan steel ring tu instead of bergantung pada jahitan. Tapi kalau kome jenis yang tak bawa barang berat, tak pe kot. Macam hakak memang la ada macam2 dalam beg.

Tis is wat i mean
Dan ini pula gambar anak buahaku yang comellllll!!!


Thursday, 29 December 2016

Penang Curry Mee Maggi



Masa jenjalan carik pasal ternampak la produk keluaran Maggi, mee kari laksa penang. Satu pek 5 bijik reganya dalam 8 hengget kot. Tengok rega mahal, sedap la kut. Sekali terai... puiiihh.. baik lagi makan magi kari biasa. Sedap nyaman elak lagi mengembirakan doww!

Wednesday, 28 December 2016

Sesi Menyate


Sedap kannn? op kos la sedap. Rega secucuk kalau sate ayam RM1.80, kalau daging RM2.40 oke! Demi nak makan juga, ku sanggupi jua.. T_T

Ini sate Satay Station. Tapi oke la sebab satenya besar2. Kalau sate mamak bising baru RM0.80 secucuk tapi size ini double the size of sate mamak bising.

Sekali-sekala makan bole la... berkali berkala makan ble miskin oke!

Tuesday, 27 December 2016

Tong Sampah ke Sampah problem?

Masa aku ke PD, nak kata kotor sangat tak la jugak tapi nak kata bersih sangat pun tak la. Kalau jalan2 kat pantai tu, ada la jumpa sampah2 walaupun tak la teruk sangat. Dekat kawasan sekeliling pun ada juga sampah sarap. Tengok la kat atas tu ha... sampah dah lebih dah dari tong sampah. Ini kalau binatang or angin tiup, kompom la berterbangan.

Wa pun tataw nak salah kan sapa!

Monday, 26 December 2016

PD Second Day

Kalau semalam Hannah main sorang, ini hari dia dengan geng. Anak sedara ahkak ada 7 orang semuanya belah si Chemba.. dominasi gegel, 2 je lelaki while belah ahkak plak ada 3 orang, suma lelaki. Suma skali 10 orang.. masak oke nak bagi duit raya. Hahahahaha




Sunday, 25 December 2016

Ke PD Kitaaa

Muka girang nak g PD

1st time mandi laut

1st time main pasir
Kami disiniiiiii

1st time pegang dan naik kuda

Tunggu hujan teduh sambil makan kerang rebus

Hero nak p beli payung
Apartment
Begitulah ceritanya... hahahaha

Ok, kami duduk kat Ancasa Residence Port Dickson yang teletak dekat Teluk Kemang. Sebuah apartment dalam RM600 semalam. Kalau bukan cuti sekolah ble dapat dalam RM400++ semalam. Bilik ada 3 dan luas. Cumanya ada peti ais je, pinggan or peralatan masak tidak disediakan ye. Apartmnet so-so, tak berapa bersih sangat tapi terjaga.

Best pasal hotel ni yeklah pool dan garden dia. Tapi yang paling best, kuar gate belakang seberang jalan terus pantai teluk kemang. Sangat convenience! Kat pantai banyak la gerai-gerai makan. Kalau rajin ble jalan sampai ke Pusat Pelancongan Teluk Kemang. Masa kitaorang pegi kebetulan ada pesta apa ntah, meriah sungguh la dengan orang berniaga dekat area dataran seri kemang. Aku satu keluarga siap naik carriage kuda lagi pusing dataran, bayar RM30. Hahahahaha... tapi tak pe demi pengalaman pertama Hannah.

Bersih ke pantainya? Hmm.. boleh la. Nak kata bersih sangat tak kotor pun tidak. Tapi adalah sampah2 juga. Overall, best la juga bercuti di sini. Boleh repeat dengan family sebla aku plak. Yang paling seronok, hantu air si Hannah.


Saturday, 24 December 2016

Ikea Story

Muka riang nak ke Ikea
Tadi kitaorang sungguh2 ke Ikea. Pegi awal supaya tak yah berebut2 ngan orang yang time aku g Ikea dorang pun sebokkkk nak g Ikea! Hahahahah.

Tujuan hari ni beli rak kasut nipis.

Since rumah kitaorang kecik dan dah penuh, idea kreatip aku mengatakan kita pindahkan la keta racing si Hannah yang tak pernah berpakai ni naik atas rak buku. Hahahaha... hantam la labu!


Selepas complete installation, ini lah hasilnya...