Saturday, 28 January 2017

Langkawi Day 4

Aktiviti Hari Ini

1. Langkawi Cable Car (RM40 dewasa/ RM30 budak)
2. 3D Museum (Included dalam tiket)
3. Dinner di HIG Food Court

Kol 9 gerak ke Langkawi Cable Car yang terletak dekat belah atas pulau. Kalau langkawi ingat kuah kat belah bawah kanan, chenang bawah kiri, LCC belah2 atas kiri. Okeh.. so sampai2 mula2 kena p beli tiket la kan op kos.Rega dewasa RM40, budak RM30. Kol 10 lebih gak la baru sampai sini, penuh umat ya ampun! Kalau ahkak yang pegi ni, kompom2 la tak naik tapi since adik ahkak uruskan.. fine with me. My sis terus beli tiket.. q kat laur tu punya panjang tak taw apa sebab masa nak beli tiket pun tak yah q panjang while nak masuk dalam plak tiket kita ada spesifik time. Masa kitaorang 10.45.. kat luar q pendek.. kat dalam baru la kaw tau maria!Ada la jugak kot dekat sejam berdiri! Nasib baik la line dia q friendly sebab disediakan dengan besi2 yang boleh la takat nak melabuhkan punggung kome sementara menunggu.

Orang-orangan yang semangat
Q masuk
My sis & Adam
Masa nak naik cable car.. kome kena cepat2 gak la sebab cable car dia tak stop.  Lihat saja la wajah gumbira kamiurang naik cable car.


Cable car ni ada 2 3 station, start, middle & top. Kitaorang sempat la singgah dekat middle station before naik atas. Kat atas ni ada deck untuk rehat2 & tangkap gambar.

Last skali sampai la jugak dekat atas. Main attraction di atas is Sky Bridge which ahkak tak pegi kali ni sebab betis sakit akibat haktiviti berenang tak hengat dunia semalam. Tak paham sungguh.. kala tulang oke, lutut oke, betis plak sakit! Sakit gila wa sakap lu sampai nak solat pun tak ble lipat.. adododiii!! Kalau malas nak jalan actually boleh naik sky glide tapi bila mengenangkan kena bayar RM10 hegget + RM5 hengget entry fee, maleh la!

So, while si Chemba dan adik ipar ahkak mengabadikan kenangan di Sky Bridge, kami yang gegel + Adam menikmati makanan2 yang ada dekat cafe dekat atas ni. Bole tahan jugak la makanan dia, yang tak ble tahan sebab ramai orang. Gatei p time cuti2, padan la muka kan! Pastu kitaorang turun semula ke bawah & explore apa yang ada dekat situn plak.

Actually kat Langkawi Cable Car ni sangat meriah. Dinosor pun ada oke! Ada Sky Dome, Sky Rex, 6D simulation, 3D Muzium, lake activity, adventure park, sky time travel, shopping dsb. Kitaorang cuma g 3D muzium jek.. tak larat nak explore dalam ramai2... penin! 3D muzium dia happening jugak. While menunggu my sis g merendek dekat kawasan sekitar, weols yang tak larat singgah berehat jek makan2. Siap ada sate lagi... hahahaha






Friday, 27 January 2017

Langkawi Day 3

Akitiviti hari ni

1. Langkawi Underwater World
    (RM29 dewasa/ RM21 Budak (Gomen Rate))
2. Lunch dekat McD
3. Check-in HIG Hotel Kuah (RM188/ night)
4. Shopping cekelat dekat HIG mall
5. Shopping beg dekat HIG mall jugak
6. Dinner dekat HIG Food Court

Inilah wajah gumbira si Hannah dan Adam kat Underwater World. Lepas cek out tadi, kitaorang menuju ke sini dan si Chemba & adik ipar ahkak ke Kuah uruskan keta. Dari Nadias Hotel ble jalan kaki je kemari. Bayaran dapat murah dari harga biasa sebab ada gomen rate. Yang menarik kat sini is ada penguin, ada dolphin dan lain-lain hidupan laut. Seronok juga dalam tu walaupun tak lah sebesar mana tapi cukup menghiburkan esp si Adam & Hannah.

Kat dalam ni ada cafe dan restoran Marry Brown. Kalau dekat KLCC Aquaria sumer sea base jek.. kat sini ada juga area luar ala2 hutan kecil yang menempatkan bebarap akuarium. Paling puas hati tengok penyu gemuk berenang2 kat atas ko, dan ikan gemok makan ikan kecik.. ahkak pulak yang lebih2 teruja.




Lepas lunch, kitaorang gerak ke Kuah. Kali ni cek in dekat HIG Hotel pula. Hotel ni memang sangat recommended untuk duduk sebab sangat convenience. Ini adalah hotel Haji Ismail Group, ingat cekelat ingat la pok haji ni kan. So kat sebla hotel ada shopping mall jua; cekelat dan barang2 HIG. Ada beberapa la tenant lain juga, tapi tak meriah sangat shopping complexnya. Yang meriah cuma kedai cekelat.

Kat depan seberang jalan ada gerai2 jual baju dan HIG Food Court. Makanan agak meriah juga dan harga berpatutan. Malangnya lepas berurut semalam betis ahkak sakit gila, jalan pun berdekit2 dibuatnya. Tulang tak sakit tapi muscle sakit pun tak ble jadi juga. Nak turun tangga ya rabbi... senggsara nak mampus kalah orang tuha yang sakit lutut plak oke!


Thursday, 26 January 2017

Langkawi Day 2

Aktiviti hari ni

1. Island hopping (RM250/ bot)
    * Mandi manda di Pulau Beras Basah
    * Tengok helang di Pulau Singa Besar
    * Berenang & boating di Pulau Dayang Bunting
2. Swimming dekat pool
3. Explore area Nadias Hotel
4. Sesi urut kaki di spa (RM58/ pax/ hr)



Inilah wajah gumbira dan kepansan kami naik bot. Pakej hotel ni adik aku amik dari AB Motel. Masa tanya kat pantai smalam katanya RM350/ boat, tanya kat kedai dapat la dalam RM300 tapi kat motel ni dalam RM250. Chartered ye, bukan per pax. Kalau per pax ble dapat murah tapi kena follow time boat & share dengan ntah sapa2 ntah. Kalau chartered best la sebab sendiri2. Kitaorang naik dari islad hopping jeti kat Jalan Teluk Baru, before gate Resort World Langkawi. Dalam kol 9.00 van datang amek dekat Nadias Hotel. Dari jeti terus menuju ke Pulau Beras Basah. Tak hengat berapa lama perjalanan sebab excited sangat.

Sampai2 je.. lihat lah betapa santeknya. Jangan tertipu.. nampak je cetek tapi ada bahagian yang dalam giler. Kat sini kitaorang janji nak stay 45 minutes je.







 Dari Beras Basah, kitaorang ke Pulau Singa. Kat sini tak turun.. takat nak g tengok helang je. Memang la memang banyak helang kat situn, gemuk2 belaka oke!

Dari pulau singa, kitaorang ke Pulau Dayang Bunting untuk ke Tasik Dayang Bunting for 2 hr. Kononnya kalau nak bunting, sila la g tasik ni, inshaAllah bunting.. ahaksss!!


Kat sini tak sempat nak snap gambar banyak sebab untuk sampai ke tasik ni kena mendaki dan turun tangga dalam 300m. Idok la jauh mana tapi letih la juga memanjat dan turun tangga. Sampai-sampai plak, kawasan tasik agak crowded. Jangan mimpi la ada tempat nak duduk santai. Yang ada cuma jeti kecil untuk melabuh punggung which is op kos tak kan duduk punyalah kalau aku sebab panas gila babas! Panas gila gila babas wa sakap lu sampai wa tak boleh fikir!

Last2 tu sewa bot, naik bertiga dengan hannah dengan kos RM30 sekali dengan life vest. Peraturan dekat sini, what ever it is kome kena pakai life vest. Wajib! Kalau nak berenang or naik bot. Gila apa kedalaman tasik sehingga 10 meter kot! Antara aktiviti yang boleh dibuat dekat tasik ni yekla mandi, naik bot kayuh, berkayak or trekking ikut laluan yang dah disediakan. Tapi panas ya rabbi sampai tak boleh fikir. Duduk dalam bot kayuh tu cam seram pun ada sebab tasik agak luas la juga. Saspen bila angin bertiup sebab tolakan angin lebih kuat dari daya kayuhan.. so ikutla mana angin tolak. Bak nya kalau ribut, tak ke seram sampai ke hujung tasik.

Lepas naik bot sambil makan2 sementara menunggu Hannah bangun, barulah kitaorang g swim. Tu pun aku masuk tak sampai seminit pun. Masa terjun tu, aku panik cam nak lemas dah. Pas tarik nafas dalam2 dan bertenang, aku balik g tepi tasik dan naik semula ke darat. Rasa cam nak mati lemas pun ada juga tadi.

Kiranya inilah carta pergerakan kitaorang hari ni...


Lepas dari tasik, kitaorang balik hotel sambung aktiviti berenang dekat pool pulak. Sebab pool hotel indoor, gigil sejuk oke! Lepas letih bergelak tawa dan berlumba swimming, tetiba la pulak kaki aku kejang. Adoiiiii laaaa.....

Naik hotel, dalam sejam turun semula. Kali ni g cari makan dan sesi berurut dekat spa Baron. Mula2 urut 30 minit... cam best la plak so sambung la jadi sejam. Sorang total RM58.. lepas urut tu terussss bertenaga semula. Rasa cam boleh lagi berenang beberapa round... ahahahahaha. Kat Chenang ni memang banyak spa dan kebanyakannya spa Baron. Kalau kat Chenang beach ni merata la nampak nama si Baron ni terpampang kat hotel, tourist agency or spa. Kata adik yang jaga spa tu en Baron tu melayu. Cam teringin plak nak tengok caner muka dia... hahahahah


Wednesday, 25 January 2017

Langkawi Day 1

Aktiviti hari ni :
1.  Bertolak dari rumah (RM178/ 5 days/ car airport parking)
2.  Fly from KL (RM160/pax)
3.  Sewa kereta (RM400/ car)
4.  Sarapan dekat mana ntah
5.  Singgah dataran lang
6.  Singgah Idaman Suri cuci ata
7.  Singgah HIG, Kuah beli cekelat
8.  Singgah lunch dekat Kak Yan Restoran
9.  Check-in Nadias Hotel (RM480/ 2 days/ room)
10.Mandi pantai
11.Dinner dekat restoran Selera Lubuk Buaya













Saturday, 21 January 2017

1st MC 2017

Semalam punya malam tadi wa pening.. pagi tadi still pening so wa decide wa mau pegi klinik dulu. Doktor diagnosed as vertigo.. dia bagi wa ubat dan MC. Tapi wa memang tau wa ada ini barang bila wa mau kibar bendera merah. Kalau masa bujang wa selalu senggugut tahap gaban bertarung dengan otoromen tapi sejak wa dewasa dan melahirkan sebutir permata bernama Hannah wa punya senggugut sudah tak menggugat langsung. Instead, wa punya pala pening pusing pusing macam dalam ada puting beliung. Sometimes wa muntah, sometimes wa macam naik kapal and sometimes wa rasa macam kaki wa ada batu bata terikat berat dan wa mau jatuh.

Tapi semua symptom2 tersebut akan beransur-ansur ilang once bendera wa berkibar. Sometimes wa kena before, some pula wa kena after.

Wa redho sajok!

Friday, 20 January 2017

Meeting Tak Batal

Last friday bos kecik g meeting kat putrajaya. Schedule kol 3, tungu punya tunggu dekat kol 6 tak selesai lagi previous meeting so kena cancel dan tunda ke hari ni.

Meeting hari ni kol 9.. start dekat setengah jam lewat tapi thank god! tak cancel. Sesio je minyak oke kalau meeting cancel lagi. Pas meeting g merendek dekat Putrajaya. Memula g lunch dekat tepi tasik.. pastu g IOI City Mall plak. Rewang2 naik turun sementara tunggu si Chemba collect aku pas semayang jumaat. MAsa rehat jangan dibazirkan so ahkak rehat puas2 dan masuk sumer kedai yang ada.

Ble tahan besar juga mall tu.. letih la jugak kaki nak jalan.

Thursday, 19 January 2017

Perhimpunan

Hari ni ada perhimpunan. Kalau kau ingat budak skola je ada perhimpunan, kau silap dow sebab kami yang tuha ni pun ada!

Wednesday, 18 January 2017

Appointment Tulang



Ini hari ahkak ada appointment tulang sama ortopedik PPUKM. Ya ampun! Kalau ahkak ni sakit tulang, raaaamai lagi yang sakit tulang temulang temuling bagai. Ko bayangkan PPUKM set my apoimen jam 9.00.. kol 1 lebih belum dapat jumpa doktor sebab ada 70 orang depan my number yang juga tunggu nak jumpa doktor.

Kalau itu kali jumpa doktor pompuan, ini kali jumpa doktor lelaki. Doktor tu muda lagi, bulu mata dia panjang wo, kuit sangat. Badan sikit berisi so since ahkak terlibat dengan JK1M ni, ahkak cam asal nampak je orang yang demuk ahkak macam nak suruh g join JK1M. Hahahahahahah... so ahkak pun purak2 la cakap kat doktor tu.

'Dr, kalau i eksesais boleh ke kurang sakit belakang ni?'

Op kos la doktor kata boleh dan baik kan.

Maka ahkak pun cakap,

"Hopefully la ye doktor sebab saya sekarang ni tengah join program JK1M"

Doktor pun tanya, program apa tu?

Ahkak pun kata la.. program jom kurus doktor, dengan Kevin Zahari tu (Sound ala makcik2)

Bla bla bla...

Hopefully doktor tu join.. kalau kurus kompom encom sangat... hahahahaha

Monday, 16 January 2017

Eating Healthy


Well, tadak la healthy pun cuma kali ni portion dah dikurangkan ye. Kalau dulu sepinggan tak kenyang, sekarang dah 1/3 je. Telur kuning plak tak makan sebab banyak kalori. Hahahahaha

Sunday, 15 January 2017

JK1M8 Week 1 Day 2

 


Sapa yang tak kenai Kevin Zahari.. tu la dia. Jurulatih fitness fofuler kat Mesia ni. Hari ni program kitaorang dekat Dewan Bola Tampar Seksyen 4, Shah Alam. Seawal 6.45 ahkak menunggu kawan ahkak pick up dekat tasik. Campur tolak sesat barat nak cari Dewan, dekat kol 8 jugak la kitaorang sampai. Itu pun di antara yang awal.. kalau lewat sket lagi kompom2 tadak parking.


So inilah rupanya dalam dewan. Susunan program hari ni agak menarik juga. Strat dengan sesi sharing pengalaman deme yang dulu demok kini kempis, pastu sesi zuma setengah jam, kick boxing fit setengah jam pastu baru lah sesi dengan Kevin. Kevin akan ajar macamana nak kira BMI, BMR dan macamana nak makan dengan sihat apart from sedikit senaman simpla. Cuma yang tak best is pemilihan tempat. Lokasi dewan tu dah la congested dan di area rumah orang. Toilet pompuan plak rosak dan yang paling sedih dewan nya kecik. Memang berteriakan lah orang kat belakang sebab dorang asyik kena tolak ke belakang je. Bersenam jadiknya ala-ala macam nak senam segan tak senam segan sebab dah sempit.

Yang lagi sedih, program habis dekat kol 2 kot. So for those yang dari pagi lom makan memang ble padam la dibuatnya.




Saturday, 14 January 2017

1st Day Of JK1M8



Maka hari ni bermulalah program JK1M ahkak, di sini di Tasik Permaisuri. Ahkak saja pilih team leader Cheras sebab nak dekat umah.

Pagi ni program jadual startnya kol 7. Dah ramai yang sesat barat bagai makanya kol 8 lebih jugakla baru start tadi. Hari ni cuma sesi pengenalan sket, sesi bekenalan dan timbang berat. Wa punya berat ya rabbi dah macam berat gajah + anak gajah + cucu gajah kot. Sikit lagi nak swing 100kg. Hahahahaha..
Masa perkenalkan diri, ada la yang kata nak kurus sebab nak khawin, nak conceive, nak berubah sebab dah masak kena gelar badak.. ada pulak yang nak menang.. ada yang nak ilang spare tyre. Ahkak? ahkak kata ahkak tadak spesifik goal, cuma nak sihat je sebab lutut da saket, belakang da saket.
Lepas kenal mengenal, ada la sesi zumba. 3 lagu je tapi penat ya rabbi mengalahkan membajak sawah tarik kerbau kot ni. Badak dah lama berendam saja tak eksesais, gini la jadiknya.. 

Tuesday, 10 January 2017

Meeting Batal La Pulakkkk!!

Hari ni ahkak layan Churros lagi tapi kali ni selepas menipiskan beg duit beli buku. Whyyyyyy oh whyyyy I can't even resist book temptaion!!!



Pas makan, aku pun kelam kabut la g surau ready2. Skali bukak phone, si Chemba call bagitau bos suh bagitau aku bahawasanya meeting batal & bos pun ada gak wasap. Puiiiii! Buat habis minyak aku je g Putrajaya jauh2 tapi meeting batal!!!!

Considering kalau balik opis pun dah almost 4.30 kot, bos bagi aku balik umah je terus. Thankkkk goddd!

Monday, 9 January 2017

Join JK1M8



Apakah? Haaa.. ini lah bakal team leader ahkak untuk program JK1M8 yang akan berlangsung start 14hb ni. Program Jom Kurus 1 Malaysia bersama Kevin Zahari. Kau nampak kan coach ahkak ni dulu comel 125 Kg.. sekarang dah 58 Kg oke!

Ahkak memang la demuk tapi ahkak takde la nak join untuk kurus. I am just trying to introduce a healthy lifestyle. Tau lah sejak dah dewasa ni.. badan pun dah tak se fit dulu. Kalau dulu sekeping, kini berkeping2 berkeping2.. banyak kan keping dia... wakakakaka