Sunday, 23 December 2018

Meriah Krismas Di Pavillion KL



Hari ni kami bersiar-siar di area Bukit Bintang dan kami memilih Pavi la op kos kalau nak menikmati kemeriahan deco krismas. Lepas puas melepak di Pavi kami ke Fahrenheit Mall tuk lunch dekat food court. Sebelum balik tu singgah dekat Book Excess jap. Kebetulan masa tu dorang ada arrange story telling session for free so kami pun join la bawak si kecik. Bukan main happy dia.. tah faham ke tidak makcik tu punya cerita.. hahahaha. Apa-apalah janji happy nak!

Saturday, 15 December 2018

Tayar Pancit Hoiii

While odw nak ke KLIA hantar mak aku balik tadi, dengar cam bunyi letups kecik. Dengan slow-slow si Chemba drive sampai la ke tempat yang dikira selamat dekat MEX tu. Skali tengok adoiii.. pancit suda. Tang pancit tu ok je tapi yang seram tu tempat kitaorang berhenti tu betup-betul pertemuan antara simpan masuk menaik ke jalan tol utama dan kereta semua laju-laju. Aku takut tak pasal-pasal pulak tersondol kereta kami yany tengah tukar tayar. Alhamdulillah takde apa-apa dan kami teruskan perjalanan mencari tayar baru di the next exit.. area Sri Kembangan. Melayang RM RM ganti 4 tayar skali 😭 Nasib baik mak tak ikut kami tadi.. kalau dok tak pasal-pasal pula tertinggal flight.

Thursday, 13 December 2018

Masuk Wad Day 4



Ko nampak kaki aku tu? Tu kaki orang yang nak kena buat endoscopy. Apa kaitan kaki dengan endoscopy? Mestilah takde.. muhuhahahahaha. Actually ini kali kedua aku buat endoscopy. The first time tu aku buat as outpatient tapi kali ni aku buat as in patient. Kalau sebelum ni pengalaman endoscopy aku agak seram walaupun cuma setakat sedar dalam tak sedar, kali ni aku langsung tak sedar. Tau-tau je dah balik ke wad balik.

Semalam juga aku dah buat sleep study. Macamana buat sleep study? Kena pakai alat yang dipanggil EEG monitor. Alat tu boleh disewa dari agent sebab hospital tak supply dengan harga RM240. Mesin ni akan dipasangkan di badan dan ada hos ke hidung. Aku buat untuk semalam je. Lepas test tu akan keluarlah report tidur ko lena ke idok, hear rate, breathing & reading oksigen sepanjang malam tu. Kalau ko ada sleep apnea, antara tandanya reading oksigen tu boleh turun ke 80% which is bahaya tuk kesihatan kita dimana sepatutnya pada 95% ke atas. Untuk aku, bacaan tak cantik tapi kadar oksigen acceptable so tak payah pakai CPAP machine. Apakah CPAP machine ni? Dalam bahasa ringkasnya mesin ni bantu pernafasan dan tingkatkan bacaan oksigen untuk orang yang ada sleep apnea. 

So inilah muka budak 20-an tu.. muhuhahahaha. Yeayyy hari ni aku keluar wad. Walaupun lambat discharge tapi takpe. As long keluar!

Wednesday, 12 December 2018

Masuk Wad Day 3



Tadi doktor pakaikan branula. Doktor tu harap muka je hensem tapi eq fail, udah macam robot gayanya. Esok baru buat endoscopy dan sleep study. Tengok ubat aku tu, meriah kan! Aku kena ambik ubat tuk perut, ubat tuk hati, tuk kencing manis dan cair darah. Macam tu lah bila da sakit.. hohohoi

Tuesday, 11 December 2018

Masuk Wad Day 2


Bila yang masuk wad tu orang sihat, makan saja la kerjanya. Dekat wad ni meriah juga. Semua yang ada ni sihat agaknya so masing-masing rajin bersosial. Paling kelakar masa aku masuk dorang bergosip. Masa aku nak ke toiler geng yang sama-sama kat wad ni panggil tanya umur aku berapa. Bila aku cakap 37, dorang masing-masing tak caya. Dorang kata mati-mati dorang ingat aku lewat 20-an. Kalau lelaki yang cakap ko muda dari usia sebenerr mesti ingat sebab ada udang di balik mee kan tapi yang ni since hakak-hakak yang cakap. I guess betul la tu kot.. muhuhahahaha. 

Geng-geng kat wad ni ada yang sama macam aku, nak buat sleep study dan ada juga yang operation macam jiran sebla katil aku. Jiran aku ni friendly ya amat jadi tak la aku sunyi dalam wad ni sebab dia pun akan stay lama lagi sebab nak buat sleep study dan terus operate. Dia pun ada hernia juga cuma bezanya hernia dia dekat bahagian abdomen dan menonjol keluar unlike aku yang hernianya di bahagian sambungan perut dan tak nampak dengan mata kasar. 

Monday, 10 December 2018

Masuk Wad Day 1


Tibalah hari yang dinanti, hari masuk wad! As per scheduled, hari ni aku kena masuk wad untuk buat sleep study dan test before proceed dengan pembedahan 2-in-1 aku which is laparoscopic fundoplication untui hiatus hernia dan laparoscopic sleeve gastrevtomy untuk obesiti.. yesss.. obesiti oke! Hahahaha. Aku yang masui wad, si kecik tu yang happy makan makanan hospital. Sedap agaknya pada dia.. ahaha

Macamana boleh detected ada hernia tu? Asalnya aku batuk tak henti selama sebulan. Masa tu takut la kalau kalau kena tibi so I went for check up dekat KK Tanglin. Lepas dah disahkan clear takde tibi, tapi still jugak so batuk I was advised to refer to ENT. After a year dengan ENT dan condition aku masih sama which is swollen tonsil on and off walaupun da pakai spray hidung, I was discharged sebab doktor ENT kata maybe the cause is not dari saluran atas which is hidung instead dari bawah, salur pemakanan. It could be acid reflux so kena refer pula ke Klinik Surgery. Aku bagitau doktor aku memang gastrik so I was suggested to undergo endoscopy examination, yektu masuk camera through mulut tuk tengok condition perut aku. Dari situ la nampak ada hiatal hernia. Doktor kata kena buat pembedahan so aku ikut je la. Since aku gemuk dan obes, doktor dari Klinik Obesiti  suggest pula aku buat skali tuk perut so itu lah alkisahnya.

How to qualify untuk buat sleeve gastractomy ni? Untuk qualify bukan la suka-suka je untuk yang nak kurus. There were parameters yang kena ambik kira such as BMI dan lifestyle ko. Kalau BMI exceed 30, ada sakit due to kegemukan ko yang melampau tapi body ko still ok & boleh go through operation dan ko dah exercise plus diet tapi still tak turun berat, than ko layak la. 



Sunday, 9 December 2018

Bye Arte! Bye Penang!


Dalam jam 11 kami check out. Next destination is Komtar. Since aku memang gemar tempat tinggi, kami naik sampai ke The Top untuk lunch di restoran Coco Cabana kat atas tu. Nice juga lepak atas ni tuk makan dan santai-santai. Lepas dari Komtar kami ronda-ronda Penang seround then baru bertolak balik ke KL. Perjalanan dari Penang smooth je. Dalam jam 11 lebih kami sampai rumah. 

Last ke Penang masa zaman bercinta cintun dengan si Chemba rasanya. Itu pun pegi atas urusan kerja. Kira trip kali ni mengimbau la kenangan masa tu. 

Apa-apa pun esok kita masuk wad duluuuu!!!

Saturday, 8 December 2018

Hello Arte! Hello Penang Day 2


Sebelum keluar jalan-jalan cari hal dekat Penang, kami sarapan dulu di rumah dan op kos la sesi mandi pool untuk kanak-kanan dan bapak kanak-kanak. Dalam jam 10 lebih baru kami keluar. 1st destinasi Nasi Kandaq. Aku bukanlah peminat mamak, apatah lagi nasi kandaq tapi layan je la. Tak lengkap trip ke Penang kalau tak makan nasi kandaq kata orang. Lepas melantak, kami ke Penang Street Art. Kat sana singgah lagi melantak. Kali ni melantak cendol je. 

Dari situn, kami ke Bukit Bendera. Ramai gila orang hoiiii! So kami amik yang fastlane.. at least cepat la sikit. Antara tempat yang paling aku suka, inilah dia. Bukit Bendera. Teringat plak masa ke The Peak, Hong Kong. Takde la lama pun kami dekat atas tu, lepas tangkap gambar dan makan-makan kami turun balik. Kalau ikut aku, memang aku boleh je lepak lama-lama atas tu. Hohoiii. 

Dari situ kami meronda Padang Kota Lama. Singgah makan dekat Esplanade. That was the most regretted place I went seumur hidup. Dah la kotor, lepas tu sepanjang dekat sejam kami di sana sebab lama bebenor menunggu makanan.. takde orang pun bersihkan meja lepas orang makan. Kalau kat KL memang kena kecam la perangaiiii macam tu. Pemalas nak mampus pekerja dia. Penang sorga makanan? Puiiiii!!! Kalau gitu perangai orang berniaga di Penang ni, tak payah sebutla. Nasib la adik ipar aku bersungguh-sungguh nak makan di sini, kalau tak memang tidak la aku jejak. So next time, kalau tak berubah juga hopefully tutup je la tempat ni. 

Friday, 7 December 2018

Hello Arte! Hello Penang



Lepas solat jumaat kami bertolak ke destinasi percutian kali ni which is Pulau Pinang. While on the way singgah kejap dekat hentian RTC Perak tuk lunch dan beli apa yang patut. Dalam jam 8.30 kami sampai ke hotel. Actually bukan hotel, kami menginap di apartment orang je di Arte Serviced Apartment yang terletak di Gelugor. 

Masa nak check in guard tak bagi masuk. Yelah, residen kan. Mana boleh simply-simply bagi masuk. So kena pula tunggu dekat luar while si Chemba urus. Aku actually memang tak gemar sewa atas orang ni sebab leceh nak berhubung bagai. Kalau sewa hotel terus ke kaunter je. Hati da panas tapi terubat jugak la bila tengok apartment cantik. Kat sini ada lift direct ke kediaman masing-masing. Meaning ko cuma share lift tu dengan orang lain tingkat, tapi yang sama tingkat tak. Best kan!

The best part is kami duduk satu leve dengan pool so keluar je terus sampai pool. Dan pool dia sangat cantek! Kat sini juga ada area tuk BBQ bagai. Terbaikk la!

Thursday, 6 December 2018

Nenek Nak Sopping Bah

Hari ni aku bawak my mom shopping. Kalau my mom shopping dekat KL ni op kos la tujuan utama di Jalan TAR dan antara tempat kegemaran dia Mu'az Textile. Tak tahu apa cerr hari ni, kosong je kat Jalan TAR hari ni. Dari sini, kami ke tempat kegemaran mak aku yang seterusnya.. Kenanga Wholesale. Dalam jam 5 baru sampai rumah. Adoiii makkk.. letih! Nasib baik tak pegi 1 lagi tempat kegemaran dia, GM Klang. 

Tuesday, 4 December 2018

Monday, 3 December 2018

Saturday, 1 December 2018

Nasik A'rab Lah

Hari ni kita makan nasi arab lah! 1st time kemari.. nice juga tempatnya. Malangnya aku ni bukanlah penggemar nasi arab dan masakan arab ni so tak reti nak gred sedap ke idok kat restoran ni.