Thursday, 4 June 2015

Budak Nakal Kena Bambu



I was in a meeting yesterday when the pengerusi which is a woman naik hangen dengan one of the budak yang attend meeting. It was funny though! Benarla kata orang, dak laki biasanya degil & gegel lak emosional.

Wednesday, 3 June 2015

A Day Full Of Kate


Ke Mid Valley dapat Kate Of Tokyo, ke Kenanga pula dapat Kate of New York. Bezanya 1 produk kosmetik dan yang 1 lagi handbag. Masa jalan dekat MV, tetiba terlalu depan booth Watson yang tengah buat offer produk brand Kate. Kalau beli RM120 above bole dapat a set of brush. Tergoda ok dengar the offer sebab a set of brush memang la, memang mahal kalau dekat luar. Apa lagi kalau produk Jipun. This Kate brand memang made in Japan, as written on the packaging.

After tu ke Kenanga.. punya sengsara la hai nak parking. Dah la parking dia agak scary.. eeiiii.. so hasilnya dapat la 2 beg brand Kate Spade tuk dijadikan beg susu Hannah.. ayayayayaya

Tuesday, 2 June 2015

Hand Bag

I claimed myself bukan kaki handbag. I claimed that I do not buy handbag as much as other pompuan in this planet but girl, was I wrong? Bila tengok2 balik, I have more then 10! Yang tu brand yang biasa2 telinga kita ni dengar, belum masuk beg2 kain yang memang menjadi kegilaan selama ni. Those 10 handbag, all in new condition. Maksud yang paling dekat, jarang sangat2 pakai. Rasanya satu beg tu paling banyak 5 kali pakai then jadi perhiasan semata or, jadi beg susu Hannah chan.

When comes to hand bag, I was not the type yang bother sangat pasal brand. Paling aku suka beg kain. Tapi bila tengok gegel2 pakai handabag lawa dan bergaya, aku pun nak jugak cam gegel2 sekalian. Then aku pun cuba try test la beli handbag satu, konon kalau beli beg MAHAL mesti rasa cam terdorong nak selalu pakai sebab da melabur banyak. Then, aku balik gak guna handbag kain yang kalau gegel2 or acik2 tengok memang langsung tak bergaya T_T Then beli lagi another handbag, sebab beg yang previously tu cam kecik kot dan tak de tali panjang.. rasional hati dan minda aku. Beli yang besar dan op kos MAHALLL! Pas 2 3 kali pakai, eh! Besar sangat la pulak beg ni. Then revert balik pakai beg kain. Pastu cuba lagi, beli beg kecik sikit, ada tali panjang dan op kos, MAHAL! Pakai 2 3 kali, eh! Kecik sangat beg ni… tak muat banyak barang. Pastu, beg kain la jawabnya.

Tapi cita2 nak berhandbag masih menyala. Ke London, masuk Harrods.. beli handbag Harrods from Harrods itself, 3 bijik! Ok, buy in London mesti nak pakai punya kannn.. kelass kau maria kununnya tapi haremmm!! And the thing keep going on and on and on.. sedar2 da banyak handbag. Hahahaha!

Monday, 1 June 2015

Hujung Minggu Yang Penat Gila

Week before travel ke seremban, week after dekat sol, week after travel ke kk then ke Labuan... then this week pun still tak dapat menikmati hujung minggu santai sambil bermalas-malasan di rumah T_T
Mak penat oke!

Nasib ada ini dua orang penghibur hati.. huhu...

Friday, 29 May 2015

Sayap KL Sayap Labuan

Walaupun tak sesedap sayap Labuan,or KK.. bole la dari tadak. Gerai ni seberang jalan dari umah aku jek. While on the way fetch Hannah, ada masa2nya aku beli la jugak. Makanya hari ni terubat la dendam aku pada sayap ayam yang tak berjaya ditemui semasa di Labuan ahad lepas.

Thursday, 28 May 2015

Hannah 1st Ferry Experience


Belanja gambar Hannah naik ferry labuan last week. Bukan main feeling lagi dia padahal mamme ngan dadde da terbakar kepanasan dek bahang mentari. Sunburn mamme dibuatnya.. huhuhu

Wednesday, 27 May 2015

Where To Buy Souvenier Dekat Seoul


Kalau ke luar negara musti mo beli souvenier tuk bagi dekat famili kan. So kalau ke Seoul, antara tempat yang bole beli souvenier dekat Namdaemun market or p dekat area Insadong. Maybe ada jugak dekat Myeongdong or Dongdaemun. For me, aku prefer dekat Namdaemun sebab market tu memang tuk tourist. Maybe mahal compare to dekat Dongdaemun tapi bagi aku beli dekat Namdaemun mudah sebab market tu tak besar mana pun. Cumanya aku advise sila round habis baru beli sebab even kodai sebla2 pun reganya berbeza. Contohnya sepapan keychain nail clipper ni.. ada yang jual 12000KRW tapi ada yang 10000KRW pun ble dapat.

Last two trips aku ke Namdaemun masih belum ada t-shirt murah2 tiga lai for 10000KRW. 10kKRW tu dalam RM33 hengget duit mesia,kiranya dalam 11 hengget selai. Pada aku kira murah la jugak so aku borong berlai2 tuk adik2 aku. Pokaiii!

Tuesday, 26 May 2015

"Bila-bila Akan Pergi"

Semalam mak aku bagitau, doktor minta dia bersedia. Kondisi my dad dah teruk sangat & bila-bila boleh pergi. Meaning my dad dah tak de harapan untuk sembuh after almost a month terlantar dihospital kerana diabetes. Now paru-paru dia berair dan buah pinggang pun dah rosak. Apart from that, tekanan darah pun rendah sampai perlu kena tambah darah.

Sebagai anak, aku hanya mampu doakan semoga semuanya dipermudahkan. Mati itu pasti. Sekiranya tuhan telah tetapkan my dad kembali kepadanya, tiada apa yang dapat menghalang ketentuan tuhan.

My dad seorang ayah yang hebat. Demi membesarkan kami 5 beradik, hidupnya serba sederhana dan kantung duitnya tentulah tak pernah cukup. My dad seorang yang sangat garang. Aku dididik dengan kasar. Pukulan demi pukulan akan diterima sekiranya berbuat kesalahan. Aku diajar berdikari dan tidak bergantung pada orang. Banyak yang aku belajar dari my dad.

Dari aku kecil my dad sentiasa menitikberatkan tentang pelajaran.

Monday, 25 May 2015

Home Delivery Sup Malatop!

Jenuh menggugel, last2 jumpa jugak no telefon kedai sup letup area unmah aku.. ayayayay.. pasni bole rojer jek suh hantar ke umah walaupun jarak dari umah aku ke kedai depa ni takat melintas jalan jek.. ahahaha

Sunday, 24 May 2015

Labuang! Mu Tunggu Gua Datang!

As early as 6 kitaorang jaga, siap2 sarapan2 then mak hantar ke terminal menumbuk tuk send my sis to Kolej Matrikulasi di Labuan. Since I left Labuan more then 6 years ago, inilah kali pertama aku jejak Labuan. Masih sama! With addition here and there. Cuma yang tak sama is the ferry.

Masa aku dulu there were only 1 or 2 ferries kenderaan. Biasanya 1 je lah yang bawa both penumpang dan kenderaan, Wawasan Ferry. Masa tu the ferry quite nice jugak sebab ada seat yang banyak unlike this time. Sebelum tu siap ada sofa lagi. Rupanya pernah happen kebakaran so the ferry tinggal cam gitu la with minimal chair tuk tampung penumpang yang ramai especially masa2 macam ni. They said dalam 5 ribu student registering at KML this year.. fuhh!!

Kol 10.30 naik ferry, kol 12 cam tu la landed dekat Labuan. Punya ramai gilak orang. Nasib suda booking kurita online and malang jugakla masa sampai tu orang kereta bagitau he is trying to get a replacement car since ketanya kena langgar.. adoiii la siyan. Ok, dalam less than 30 minit kereta sampai.. teruss cari stesen minyak sebab meter minyak da kelip2. Time nak carik stesen minya pun hampir sesat sebab I cant remember ada 1 stesen sebla kuburan while on the way to my old ofis. Pas isi minyak terus ke Utama Jaya, used to be my favorite spot for hanging out alone on weekend dolu2. Beli barang makan dan kelengkapan my sis. Then terus ke KML. Bla bla bla, jam 4.30 baru settle.


Oke, ini gambar dekat asrama my sis malangnya I only took these picture.. ahaha. Dont worry, budget untuk baiki the kolej dah ada and my counter parts di Labuan sedang dalam proses untuk panggil repair. Walaupun tak banyak budgetnya tapi buli2 la dari tiada kann!

Dari KML, singgah airport jap. Ingatkan dah buka kaunter cekin, sekalik belum. Tengah bepeluh2 tukar lampin si Hannah dapat call dari crime partner, kaka ai tanya di mana. Terussss ala2 kartun. G umah dia, then kaka suzy bawa g pusing 3 tempat cari sayap tapi tadak.. last2 p makan Laksa Sarawak di Tiara. While tunggu oder, kaka suzy hantar p cashin tiket aku ngan Hannah kat airport, pastu baru balik p makan laksa giteu. Borak punya borak, tak sedar da time berlalu pantas. Kelam kabut la balik dari rumah kaka ai collect kereta, terus ke airport. Saspen giler, ingatkan tertinggal flight da la kitaorang.. hahaha.. gara2 laksa sarawak oke.

Saturday, 23 May 2015

Early Flight

As early as 3.45 pagi kitaorang dah keluar rumah untuk menuju ke airport pagi ni semata nak mengejar flight kol 6.30 pagi. Biasa kitaorang naik ERL jek sebab dari umah jalan kaki ke stesen LRT then turun dekat TBS untuk amek ERL ke KLIA2.

Since si Hannah bertiket infant makanya tak dibenarkan pula oleh Air Asia untuk cekin online. Pulak tu, cekin kaunter tutup 1hr before fly, mau tak mau kena la drive jek. Pk pk kalau naik teksi sama jek kos, kitaorang decided tuk park jek dekat apot.

Around 9 da sampai KK.. mum and my sis datang collect kitaorang.

Wednesday, 20 May 2015

Mee Segera Halal Dari Kuria

Oke.. da balik sinin baru tau mi segera dari kuria ni halal. Choiii! Maybe tak semua la kot.. maybe tuk pasaran mesia halal. Teringat masa terjumpa kopok pringles yang ada tanda halal masa dekat Tokyo. Eksaited bukan main.. haha..

Monday, 18 May 2015

Kebulur!

Rasanya baru 4 hari tinggalkan Malaysia, balik2 jek terus ngidam bagai nak makan ini barang. Nasik lemak ayayayaya!! Wa masak sindirik lagi sadap woooowww

Sunday, 17 May 2015

Seoul Part 3/ 2015 : Day 4

Since ini dua beranak bangun lewat this morning, takde la sempat nak visit ke mana hari ni. Around 11 kitaorang terus naik train ke airport. Sampai2 airport, cek in bagai. Nasib jugak kitaorang bertolak awal kalau tak, tak tahu la sempat ke tidak sebab airport dorang padat macam harame & made me q everytime. Memula q tuk cekin beg, oke la sebab the q tak la panjang sangat tapi ramai orang. Next, since kitaorang bawa stroller & we wanted to check in terus so kena q lagi sekali dekat excess baggage.

Then, q lagi masa nak masuk imegresen. This one memang dah mencabar kesabaran aku sebab orang memang ramai seramainya and there are no family lane so I was really heated up. Pas da bepeluh beratur panjang, kena q panjang lagi masa nak naik train ke gate. Panas hati aku!

So, I declared today is the last la aku akan jejak ke Incheon. 3rd time is enough!

Saturday, 16 May 2015

Seoul Part 3/ 2015 : Day 3

After dah nak masuk hari ke tiga barulah depat jumpa si jumie chan. Kawan sejak tingkatan 1, sampai wa da anak 1.. sampai la ke pecen esok. Itu pun kalau dia x resign keje kuli.. ye la, pas ni dah ada Phd da.. lain la aku, yang ada cuma perut nan boncet.. ahaksss.

Date di Children Grand Park.. kat dalam ni ada zoo dan apa lagi ntah. Free enty, so bole la lepak sampai munta. Ramai gila orang.. orang Seoul ni memang suka berkelah kot hujung minggu. Kalau sejuk cam negara dorang ni ok la, kalau bekelah kat KL.. mau tebakar kulit.

Dari CGP kami ke Hongdae, tempat orang muda-mudi melepak. Orangnya memang la memang, ramai gila tapi tak semeriah kot dekat Shibuya. Tujuan ke sini tuk p 3D Museum. Dari Museum kitaorang lepak makan street churros & then g makan sulbing.


Lepak makan sulbing sampai terlupa ada parade malam ni dekat jalan raya T_T sudahnya beli ikan bakar bawah hotel, momom then terus zzzzzzz

Friday, 15 May 2015

Seoul Part 3/ 2015 : Day 2

Destinasi hari ni, yang pertama sekali ke Aiins World, somewhere in Bucheon. Dalam sejam jugak kot perjalanan ke sini. What's in here? Kalau kome nak round the world in 80 second, berkunjungla kemari. They have statues from all around the world termasuk la Eiffel Tower & KLCC oke!

I told my friend yang currently belajar di Seoul, if she ever misses Malaysia p la lawat KLCC di Bucheon.. hahaha. Harga ticket dalam 10 KRW.. dalam RM30++ sorang dewasa. Kalau yang suka dengan fotografi bole la datang sini kot tangkap gambar & dapatkan best angle to make the picture look dang real.

Dari Bucheon, kitaorang ke Oppa! Gangnam Style. Yang ni depan Apgujeong Rodeo Station jek. For peminat K-Pop, seswai sangat la. Kat sini ada SM Entertainment, JYP, Cube etc.. can be access berjalan kaki jek. The K-Star Road ni baru launch.. ada 10 dolls jek kot mewakili artis K-Pop yang glemer macam Girl Generations, Suju, Exo, 4-Minutes & sapa lagi ntah. Me? I am not a fan of K-Pop, except for Suju or maybe GG.. yang lain tu biasa2 jek. What attract me the most is the music actually.. artis2 depa ni tade la kenal sangat pun.


Dari Gangnam, kitaorang ke my favorite spot... Namsan seoul Tower. Ingatkan dapat la rilek2 dekat atas tu sekalik orang ramai cam harem sebab ada artis launc single pulak da. Sapa ntah, tak kenal pun. Makanya leburla impian aku tuk santai2 di Namsan Tower T_T

Thursday, 14 May 2015

Seoul Part 3/ 2015 : Day 1

Sampai Incheon




Flight kitaorang expected to land dalam jam 8.20 pagi waktu Seoul, which is dalam jam 9.20 pagi waktu Malaysia. Due to delay semalam, dalam kol 10 baru sampai airport. Dah la airport dia gabak. Sampai2 je kena naik train ke main terminal then lalu imigresen, kastam bagai.. sedar tak sedar dah dekat jam 12.

Fikir punya fikir & due to Hannah pun tak sihat, makanya the plan untuk melawat Eiffel di Ainns World, Bucheon dibatalkan. Kitaorang opted tuk check-in hotel jek terus. It took dalam sejam juga la dari airport ke hotel. Dan, gara2 salah exit we have to walk a bit far. Huhu... luckily ada beg sorong & stroller tuk bawa barang.  Since Seoul dah macam kampung aku gak, miahahaha, makanya tak la sesat pun nak cari the hotel.

Dari jalan besar ble nampak tapi bila nak masuk tu kena masuk lorong sempit. Ayayayaya.. kalau rate Seoul memang seswai la bilik tu dengan rate tapi kalau kat mesia fro RM200++ ble dapat hotel mewah kot. Hotel tu ada 4 tingkat or 5 tingkat, so we were on the 4th floor. Tadak lift & ruang memang adalah sempit. Still, bole la untuk harga banyak itu. Bilik bersih, tak la nampak macam hotel tinggal. Yang penting toilet bersih & air kuat gilak.

Pas rilek2 baring beberapa minit, we all decided tuk jalan2 jek dekat bawah since si Hannah pun tak sihat. Jalan punya jalan, dari Jongno-3 sampai ke Jonggak, sampai ke Cheongyecheon sampai ke Gwanghamun Sq. St la jugak kitaorang jalan. Since dorng akan celebrate birthday Buddha lusa, makanya meriah la Seoul ni dengan festival Lotus Lantern Festival. Kalau oegi time besa2 memang takde la kot lip lap pun dekat Cheongyecheon ni, tapi since ada festival banyak la lantern yang dinyalakan.






Wednesday, 13 May 2015

Seoul, Akan Bertemukah Kita?

Aku terpaksa ambil cuti hari ni nak monitor Hannah sebab her dad petang baru sampai. As of tengahari tadi badan Hannah tak la naik panas sangat. Aku just bagi ubat on time, hoping for the best. Beg2 baju weekend hari tu aku dah pack, takut jadi macam ni la.. something unexpected.

Last2 we decided to teruskan the trip. Bawak je la ubat Hannah. Dalam kol 8 gerak ke TBS & tinggalkan kereta di sana before naik erl ke KLIA2. See you Seoul!

Tuesday, 12 May 2015

Sampaikah Hannah Ke Seoul?

Pagi tadi masa hantar Hannah ke rumah pengasuh, terasa cam badan di suam esp tang kaki dan tangan so aku pesan dekat akak yang mengasuh soh call kalau badan dia start panas. Around 12++ cam tu aku dapat call, apa lagi, terusss la ambik half day & bawa si tecit ke klinik kesihatan. Alhamdulillah, walaupun demam tapi si tecit masih bertenaga cumanya sedikit manja je.



Bagitau si Chemba, he said kalau condition Hannah teruk maybe we have to cancel our trip to Seoul tomorrow night or eles, aku pegi sorang. Huhuhu.... Kalau kansel, sio2 melayang dekat 3k tapi kalau jadi apa2 dekat anak aku I could never forgive myself!

Tuesday, 5 May 2015

Panduan Makan Masa Berpantang

Ini adalah panduan masa pantang yang aku dapat dari facebook. Ntah sapa la yang baik hati lagi rajin prepare the list. Napa aku ada list ni? ahaks! bukan! tidak dan nehi! aku belum nak menambah lagi dik non. Saja la buat panduan, manala tahu.. aku ni anak sulung. Kot2 nak kena menjaga orang pantang esok2 ye dok!

Friday, 24 April 2015

Transform The House Dengan Bajet Ciput

Aku dari dulu lagi memang suka menghias. Walaupun tidak secantik mana, at least senang la dipandang mata. When I first started jatuh minat dengan kerja-kerja menghias & also menjahit, time tu aku masih sekolah menengah so I was out of budget. I wanted to do tapi duit tak cukup. Sudahnya, demi merealisasikan impian I went for alternative as that was the only option yang ada.

Since sampai laa ni, masih gak tak cukup duit dan tak kaya2.. masihla juga I have to be a bit of innovative. Kalau orang simpan duit berkoyan untuk ubahsuai rumah, aku pula lebih senang menabur duit pada syarikat penerbangan dan hotel demi g melancong so I am always out of budget. Selalunya aku akan opt for barang yang murah & make it work dan bereksperimen dengan kegunaan yang pelbagai.

Rumah aku memang penuh dengan barang2 murah yang aku beli esp dari kedai Mr DIY antaranya yang kat bawah ni. Lawa kan lapik toilet aku, kalis air u! baru 4 hengget kot. Tu divider itam merah tu, 4 keping dalam 10 hengget je kot kat Mr DIY.. so berjaya lah aku transform rak buku jadi room divider.. & then tepek cermin Ikea yang aku beli dengan harga RM30 untuk 4 kepings.. selesai masalah aku. Tak yah dah nak kena build dinding bagai tuk separate the ruang or beli divider yang op kos la mahal.

Next one, kabinet dapur tu. Aku berjaya selesaikan masalah kabinet dapur yang tak sengam dengan tema rumah dengan hanya menggantung non-slip mat kaler itam & merah yang aku beli dengan rega RM6 selai kat Mr DIY.

Kesimpulannya, tt doesnt always have to be an expensive renovation, if you look boarder.. banyak barang yang boleh ditukar fungsinya kalau kome cukup bijak mengubah suai.

Toilet sticker
RM10/ 4 pieces divider
RM6/ non-slip mat

Wednesday, 22 April 2015

Retak Seribu

Kalau skola anak ko retakgini, agak2 ko hantar tak anak ke sekolah? Ini le yang terjadi dekat one of the school yang kitaorang tengah on the kes. Kalau ada yang nengok tv, kuar kat berita.... huhu

Tuesday, 21 April 2015

Fresh-From-Oven-Experience : Premium Beautiful

Day 1

Semalam member aku datang bawak set corset Premium Beautiful consist of long girdle, long bra & waist nipper so today is the 1st day la kan.

Apa aku rasa? op kos itu yang orang nak tahu kan. Aku rasa kurang selesa. Op kos la kannn.. manada orang selesa kalau kebiasaan dah betukar. For say, kalau tak biasa pakai ketat.. cuba try pakai yang ketat, kompom gelisah semacam kan. Antara sebab aku rasa tak selesa is 1st, tak biasa.. 2nd ketat.. 3rd, cabaran ke tandas dan 4th cabaran nak membongkok bagai.

Tapi hari aku berakhir dengan ok dan aku berjaya menempuh hari ini dengan jayanya.

Ada apa2 komen? hmm.. dalam banyak2 cabaran, aku rasa yang susah sikit tang toilet sebab pakaian tu ketat. Aku pulak bukan jenis g toilet sekali dua je sepanjang 8 jam bekerja, paling sikit aku akan pegi pun maybe dalam 8 kali kot.. hebat kan pundi cicing aku.. hyper aktif dowww! Orang kata maybe kenc manis ke apa ke kalau kerap kenc.. aku pun tataw. Dari kecik aku cengini, test gula gtime preggy ok jek so aku just assume aku punya pundi ni hyperaktif la kot... hahah.

Masa ke toilet, tang buka no prob tapi bila nak pakai dan betulkan balik tu leceh sikit la dari biasa. Pastu aku cam kenyang jek.. kalau da namanya perut kena ikat.. mana tak kenyang kan! Pastu, yang aku kureng gemor sikit dada rasa penuh. Kalau dah namanya push up bra, op kos la kan.

So balik kerja now aku ada kerja baru, cuci korset. It wasnt as menyusahkan as you think pun.. buh air sket lam besen, tuang pencuci khas yang aku beli bersekali dengan set PB aku.. buh long girdle & long bra lam tu.. gosok2 manja set PB aku..bilas ngan air banyak & hang kat bili air.. tak sampai 5 minit siap dow!  Lam few minutes amik tuala kering, tepek2 kat set PB bagi dia serap air.. then da ble jemur depan kipas. It took 5 6 jam jek kot tuk keringkan.

Friday, 17 April 2015

Hannah & Magi

Aku pun tak paham ngan si Hannah ni. Kalau diberi makan bukan main menolak lagi dia macam kena dera tapi kalau aku bagi mee maggi, no 1! Sampai menjilat jari dia.

Since dia kompom akan mintak magi aku, now aku terpaksa jerang the mee 2 kali. 1st tuk lembutkan the mee, bila dah masak.. cuci & masak semula macam biasa. Portion yang aku nak bagi dia aku cuci lagi sekali dengan air tuk kurangkan rasa perencah. See... bukan main lagi pose dia

Thursday, 16 April 2015

The Mines... Aku Datang Hari Ini

Kalau semalam aku skema, hari ni tidak lagi. Habis jek miting aku terus melepakkan diri di sini, The Mines. Kebetulan miting tadi tamat just about masa rehat stat & since while on the way back lalu sini.. so I stop here. Nasib la masa rehat tak panjang, kalau tak kompom aku sempat naik cruise... hahahaha.

Dulu laki aku janji nak bawak naik cruise, after dah nak masuk tahun ke tiga perkahwinan pun haram tak pernah jejak.. ada jek halangan... huhu. Nasib la kat Mesia jek.. kalau ada kat tempat yang aku happen to lawat while on vacation di luar negara.. konpom by hook or by crook aku paksa gak naik menda alah ni.

Wednesday, 15 April 2015

Makan Orangggggg!!!

Hari ni kena hadiri mesyuarat dekat luar, somewhere dekat Sungai Besi. It was supposed to start on 9.30 kononnya yet kol 11 baru start. Rasa macam nak makan orang! Sarapan pagi tadi yang pada awalnya buat aku rasa cam penuh perut, bila happen cam ni aku rasa cam boleh makan orang.

I am not a fan of waiting. I dont want to make people wait, vice versa. Tunggu 5 minit pun dah boleh buat darah aku mengelegak, apa lagi tunggu sejam lebih. Nasib baik la aku hanya ikan bilis, kalau aku jerung.. aku halau semua yang lewat dari meeting aku. Kacau!! macam orang lain ni tak de komitmen lain nak tunggu dia datang.. siut je!

Tuesday, 14 April 2015

Bot Stim

Balik umah tetibarasa cam nak masak steamboat. Tak pernah pun masak langsung before ni & takdak idea pun nak buh kuah apa.. ahaks. Kebetulan tadi ada beli bebola daging & fish cake & dalam peti ada ayam.. so aku pun rebus la ayam.. campak bawang putih berulas2, cili padi sket, garam & perisa magi sket, ketumbar & jintan sket.. asam sket.. siap la kuahnya.

So.. hasilnya telah berjaya masuk dalam perutku! Tp steamboat aku tadak sos ya.. mode jumat!

Monday, 13 April 2015

Main Dari Kaca Mata Hannah Chan

Ini la aktiviti si Hannah Chan kalau diberi peluang main. Kesian dia sebab semua mainan dia aku catu walaupun mainan dia boleh tahan banyak la jugak.

Anak sulung kan! What do you expect.. mesti ada macam2. Beskal kecik, beskal roda tiga, keta kontrol bole charge, ipad, patung, lego, keyboard, ukulele, bola, henpon semua ada.. buku dia saja sebakul walaupun dia nye bercakap pun tak pandai lagi.

Friday, 10 April 2015

Premium Beautiful ; I am Going To Be Involved

I am not really sure whether this is a dumb decision or a smart one dengan berbelanja almost 3K for the sake of corset ok! I know corset is good tapi 3k? really?

At the moment aku masih belum terima lagi the corset. So, for those yang berminat dalam diam nak tengok betapa rampingnya tubuhku pasni.. silakan la baca this belog dalam diam jugak as this is a fresh-from-oven punya pengalaman that I am going to share.

I am hitting half of 30, so dah mula rasa macam2 sakit esp kaki dan belakang. Kaki memang dari kecik2 biasa sakit tapi belakang ni kalau dulu2 time peod jek baru sakit. Pas bersalin & amik epi dulu.. tak sembuh2 sakitnya sampai la ni. I am taking a step to improve my health. Hopefully dengan berbelanja besar di saat2 kewangan sangat kritikal, I am hoping for the best. Pray for my luck!

Wednesday, 8 April 2015

Monday, 6 April 2015

How Do My Make-Up Lasts Longer

Ok. I am no make-up artist whatsoever, nor am I a beautician. Kalau dulu2, tak sampai sejam bedak wa da ilang tapi sekarang tidak lagi sejak2 aku belajar dengan incik google how to do shading technique. Shading technique ni basically mengggunakan highlighter & dark shader tuk highlight the feature of your face since not every area of your face area equally colored. Pastu dulu I hated bedak sebab nanti nampak cam tepung gomak. Banyak dah face cream dan bedak yang aku cuba, yang mahal yang murah semuanya tak memuaskan hati tapi bila apply shading, muka nampak lebih umh! Miahahahaha.

But trust me, kol 7 lebih make-up.. kol 4.30 muka aku masih ok2, yang ni time xsolat + malas nak belek muka. Apakah ok2 tu? muhuhahaha.  Pandai2 la kome translate sendirik!

Si cencomots