Friday, 30 June 2017

Tunku Abdul Rahman Park, KK

Orang raya p raya, adik aku sorang ni kalau raya dia mesti pegi pulau. Nama saja orang sabah, dia pula yang kalah2 pelancong! So ini kali kami terjebak. Semua kena hangkut pegi. Catar boat dari Jesselton Point ke Pulau Sapi dan Manukan. Tunku Abdul Rahman Park ni consisted of 5 pulau, Gaya, Manukan, Mamutik, Sapi dan Sulug. We all pegi 2 ja.

First destinasi ke Pulau Sapi. Pulau kecil tapi cantik. Sampai2 nampa khemah cam orang khawin.. rupanya memang dorang buat khemah tuk cater pelancong2 yang mostly dari China. Ada pakej kot tapi kalau kome nak duduk jugak ble je bayar RM15- 20 hengget satu meja. Ada 8 - 10 kerusi rasanya satu meja tu.

Boleh buat apa sini? op kos la mandi dan snorkeling. Adik aku suh isi roti dalam air mineral & nanti kat laut kuarkan & ikan akan datang berkumpul dekat kamurang. Since aku ni takut ikan, memang tidak la! Kat pulau ni toilet dia tak best.. kotor T_T
Pulau Sapi
Blue Clouds Blue Sea

Air jernih
Next destinasi, Pulau Manukan. Pulaunya agak besar tapi cam tak lawa. Nak g jamban jauh nak jalan T_T kalau nak mandi adik aku advise mandi dekat toilet sini.. bersih & convenience la jugak walaupun jauh sikit nak jalan. Kitaorang lepak kejap je sini.. tak masuk air langsung. Kemari semata2 nak mandi kat toilet je.

Tadi masa dekat Pulau Sapi aku rasa cam letih sangat, kaki & tangan semua cam berat. Masa berendam dalam air tu rasa macam nak tertidur je. Sampai sini energy dah tinggal 15%, masa kat jeti tadi aku sempat tidur, energy dah tinggal 5% je kot.

Pulau Manukan

Add caption
Sampai hotel mengigil2... demam!!!

Thursday, 29 June 2017

Siblings

Inilah muka adik beradik aku yang semua gegel. Ada macam cina ada macam pilak ka? aku ka tu? hahahaha.. kitai! Ada macam2. Semua gegel. Semua amik engineering. 3 settle khawin.. laki pun budak engin. 3 keluaran KuIttho/ UTHM, 2 UTM. Menantu semua budak UTM. 4 mechanical, 2 letrik,2 sivil. Lepas ni boleh sudah la kamiurang ni buka kompeni.. ahaks

Berangan! Samak belakang rumah pun nda tertabas, ada hati mo buka kompeni. Puiii!!!

So.. hari ni sesi beraya belah my mom. Lepas dari rumah nenek, g rumah my ankel plak. Pastu op kos la singgah pekan lagi dan op kos la singgah Mr Diy lagi. Adodoiii!!! Singgah sebab tetiba baru teringat aku terlupa bawak waterproof casing aku. Kalau tak dak casing caner nak g menyelam ngan ikan kan!

Wednesday, 28 June 2017

Raya Raya

Hari ni koje kami beraya la op kos. Hari ni p beraya belah arwah my dad. Kitaorang singgah 4 rumah.. umah my ankels op kos & umah abang sepupu. My mom tadi ajak singgah umah saudara mana ntah, sekali my sis punya kain dah rabak.. hahahaa. So kena balik rumah. Tapi before balik rumah singgah Mr Diy dulu.

Beaufort sekarang dah bukan Beaufort yang dulu oke! Sekarang suda manyak kedai2 termasuk la Mr Diy yang satu masa dulu merupakan kedai kegemaran gue. Sekarang pun masih gemar tapi tak la terkinja2 sangat nak di pegi sebab dah banyak outlet. Mana2 ko pegi mesti ada outlet dia ni.

Tuesday, 27 June 2017

Muka V

Dulu aku gemuk juga tapi tak pernah itu lemak kacau muka.. tapi lately lemak tak tahu nak g mana lagi sebab semua pun penuh maka dorang naik muka. Makanya hilang la ke V an muka aku selama ini. Nasib baik aku pandai kasi angel.. buli2 jadi kurus ni muka. Atookaiiii!!!

Monday, 26 June 2017

Balik Kampung... Ho Ho Ho

Kalau semalam raya dibelah suami, ini kali mau pulang aku punya kampung pula di Sabah. Orang bilang muka sa macam teda muka orang Sabah.. ya ka? pilak kali.. ahahaha

Gumbira rasa hati balik kampung. Alhamdulillah raya belah seban full corum, belah aku pun inshaAllah full corum. Aku tak fond of the idea tahun ni raya sini, tahun depan raya belah sana. Kalau boleh balik la dua-dua sebab kegembiraan raya ni lain dari hari-hari biasa. Tambah2 lagi yang masih ada parents, lagi2 pulak kalau mak or ayah korang dah tak de pasangan... lagi kena balik.

Apa2 pun, semoga selamat sampai ke kampung. InshaAllah.. mu tunggu aku datang kampung!!!

Sunday, 25 June 2017

Selamat Hari Raya 2017

Orang raya kau sibuk dengan phone
Love bird.. always
Orang sibuk gambar ko sibuk kat belakang

Selamat Hari Raya!

Tiap2 tahun raya pun sama, yang berubah cuma aku makin gemuk. Tats all! hahahaha

Saturday, 24 June 2017

Iphone 7 Si Gagah

Belum pernah sepanjang aku pakai handphone, hp aku jatuh banyak kali dan macam-macam style jatuh. Dari jatuh terhempas depan, belakang, atas, bawah.. jatuh freestyle dalam lubang jambat waktu berusia belum seminggu, jatuh terlepas kat asphalt dan kat lantai tiles, jatuh melambung masa keluar kereta sebab handphone kat riba baju kurung dan pelbagai lagi la kejatuhan yang aku buat. Alhamdulillah, iphone 7 aku agak gagah menghadapi kecuaian tuannya. Cuma calar teruk sebab tergaris kunci kot dalam handbag aku yang pack. Or maybe terduduk or something. Lain dari tu so far masih good. 

Kau tahu kan harga phone sekarang ni dah boleh bayar downpayment keta? Kau fahamkan sakitnya tuh di sini bila handphone kau jatuh!

Friday, 23 June 2017

Anak Cumil Datang Rumah

Ni anak buah aku yang paling latest, si Akil namanya. Hari ni dorang nak balik Ipoh so singgah dulu lepak dekat KL. Anak buah belah adik beradik aku semua lelaki.. masuk ni dah 3 lelaki & 1 perempuan. Since aku semua adik beradik pompuan, teringin gak nak anak lelaki. Masa si Hannah dulu, harap2 dapat la si Ahmad ke si Ali, alih2 dapat si Hannah yang comel.

Apa2 pun jantina anak, semua tu rezeki. Sebagai ibu bapa, yang diharap cumalah anak tu membesar dengan sihat dan jadi insan berguna. InshaAllah...

Thursday, 22 June 2017

Hannah Serang Ofis

Hari ni since semua orang pun tadak dekat opis, aku pun hangkut la si Hannah temankan aku. At least terhibur la jugak hati dengan keletah dia. Hari tu dia datang opis aku lukis ikan dengan marker pen, when I thought that was the worst.. hari ni dia tambah lagi lukisan dia. Adoiii la anakkkkkkk!!!!!

Tuesday, 20 June 2017

Kawan Baru Hannah

Tadi masa lepak kat mall, si Hannah sibuk nak main playground. Dah jumpa kawan, sudahnya payah pulak nak pujuk balik. Adoii la anak.. tiap kali buat hal, tiap kali tu la mamme masuk Toy'r'Us beli mainan walaupun yang nak beli tu mak nya saja lebih. Alasan sangat!

Monday, 19 June 2017

Pisau Mahal Pisau Murah



Pisau mahal pisau murah, mana lagi bertuah? Yang itam tu pisau mahal oke.. tak ingat rega tapi mahal la beli dekat Jusco. Yang ijau tu, 2 pisau tak sampau RM8 pun beli dekat Mr Diy. Mana lagi best? Yang itam tu better buang dalam laut je la.. tumpul dah. Yang ijau tu, boleh hiris daging sambil ketawa wa sakap lu. Memang tajam gila babas.

Sunday, 18 June 2017

Finally!!!!

Akhirnyaaaaa.. siap juga!!!

Usaha Tangga Kejayaan
Siap!!
Aku actually tak arif pun pasal robot gundam bagai ni. Yang aku tahu kalau laki aku tak pasang2 jugak, aku sedekah je benda2 alah ni dekat anak buah aku. Nasib baik la lepas dua bulan drama laki aku nak cari tools la, tools hilang nak beli baru la, letih la, kena ada mood la, kalau nak pasang kena ada feel la.. siap jugak kamurang. Laki aku tu memang dah ada bad track record dengan aku. Ku suruh pasang meja lipat ikea, 6 bulan baru selesai. Bila aku bising, dia ketawa.. nasib la aku ni bukan kaki bising. Walaupun aku boleh je pasang tapi since hampir semua meja kabinet kat rumah aku yang pasang so ini kali aku tak mahu bagi muka. Hahahaha

Kalau beli dekat Mesia, merasa la paling murah dalam RM70 ke atas tapi aku beli kat Osaka tu hari RM30 hengget ++ je.. ketawa guling2. Nasib duit yen tak banyak masa tu and tak larat nak carry bagasi.. kalau tak kompom beli banyak2 bagi kat anak2. Murah kot kalau ble dapat dalam RM30 sebijik.

Tapi yang kome nampak ni dah pasang lawa.. kome tak tengok masa dia dalam box. Kena pasang satu2 & kena sabar la op kos. Kalau aku, dari susah2 pasang yang kecik2, baik la aku p je kedai beli sebijik yang dah siap.. ahaksss

Friday, 16 June 2017

Pernah tak kau terlintas...

Pernah tak kau terlintas yang if you are not who you are now, not with who you are with now.. how your life would have been different? Hari tu aku terbaca satu tulisan pasal this girl yang telah membuat pilihan di antara 2 lelaki & she istikaharah. However, life turned out to be different from what she expected sebab lelaki yang di pilih pada awalnya punya ciri 2 suami yang lengkap dan stabil ada kerjaya & rumah whilst the other guy masih belajar & minta dia tunggu. Tapi bila lepas khawin, dia yang dulunya cuma bercita2 jadi suri rumah now pula bekerja & menanggung keluarga sebab hasben dia dah tak kerja lepas bisnes dia jatuh. Manakala lelaki yang dia tak pilih tu pula dah berjaya dan bahagia.

She thought, if I choose that guy, life could have been different but she didn't regret her choices. She did right!

What about you? Have you regret any of your decision or decisions? Say la, kalau pasal jodoh ni. Maybe ex ko now dah jadi orang kaya raya, or dah jadi fofular cam Fattah Amin, or dah jadi orang besar2 or orang2 penting or somebody la yang berjaya, would you regret choosing your spouse? Or dalam kerjaya, kalau dulu ko amik kerja tu maybe ko dah jadi somebody sekarang ni?

Mungkin ada. Tapi I think, you should not regret your decisions especially when you already rely on Allah.

I never regret any of my decisions. I learnt from my past for my promising future. Do best with what you have now, not looking for something to replace it/ them with anything or anyone. Aturan hidup semua Allah tentukan dengan cantik, if it is not meant for you then it is not meant for you... later or sooner.

Thursday, 15 June 2017

Bila Kau Kaya

Macam ni la bila kau kaya.. sampai tak tahu nak pilih kereta mana satu nak bawa g terawih malam ni.. Kang kalau ko bawak yang ada turbo or api2, kena jeling lak oleh pak imam.. hahahaha

Wednesday, 14 June 2017

A Day After Birthday

Dak Hannah ni, baru je semalam sambut birthday.. hari ni dah besar dah. Hehehe..

The girls with the brightest smile yet the loudest cry.. tapi dari baby tak pernah menyusahkan mamme. Semoga semuanya dipermudahkan untuk kamu Hannah

Tuesday, 13 June 2017

Selamat Hari Lahir Anak


Anak,

I hope u would be a strong person..
emotionally and physically
Be an observent, not a complainer
Always be kind but
Do not let people take you for granted
Mamme and adih would not live too long..
to be able to protect you from harm
You need to be able to depend on yourself,
not on people..
 to Allah yes

I named you..
a name I purposely choose
Your name means "Closer & Love'
Because I hope..
You will always be surrounded by love
But remember
The purest love of all is the love of Allah
Even if everything is gone
Allah is there and will always love you
Do remember that

Do remember too
I will always love you
Adih will always love you

May you grow up become a good person
With a positive vibe and a good heart

Do put your heart and love to Allah first,
InshaAllah everything will be easier

Love,
Mamme

Monday, 12 June 2017

Laksa Sarawak In The House

Kalau dah ke Sarawak, wajib la makan laksa sarawak. Malangnya kali ni datang tak sempat makan sebab sampai-sampai kuching dah berbuka. Masa buka pulak makan macam-macam so, malam tu memang melingau atas katil je la.

Tapi tak pe, nasib baik kat airport kuching ada jual pes laksa sarawak. Tadaaaa.. nyam nyammm! Ini pun dah modified sket dah ni tuk lidah melayu nismilan.. ahaksss. Sedap ke? aku memang suka laksa sarawak ni back when I was in LA. Masa tu p Tiara Resort baru dapat makan.. bila pindah KL, Secret Resepi plak ada menu laksa sarawak.. malangnya sekarang dah discontinue T_T

Apa2 pun.. laksa sarawak memang terbaikkk!!

Friday, 9 June 2017

Good Morning Kuching!

Inilah morning view dari hotel Pullman, Kuching. Sat lagi nak cek out dah & p miting. Kalau p Kuching ble la duk Pullman ni sebab kat bawah ada shopping complex yaw! dan dekat plak dengan tempat makan seafood kat atas UTC.

KK or Kuching, mana best?

Aku rasa aku prefer KK lagi kot sebab Kuching ni luas. Pastu KK cam best sebab tepi laut. Kuching pun dekat je ngan laut tapi  dekat city centre dia ble nampak sungai je. I think Kuching lebih relax, unlike KK yang bukan je tercemar udara malah tercemar gak mata dekat PTI dan PDI esp. beggers. Yang paling menyampah beggers tu kanak2 kecik umur sekolah rendah. Aku yang sabahan ni pun takut kot jenjalan dekat KK sensorang.

Those yang suka nature, taman negara, udara segar.. maybe ble g Kuching and those yang suka beaches & pulau & gunung kinabalu ble la p KK.

Aku suka KK sebab KK now dah ada banyak mall. Kuching pun ada juga cumanya aku rasa cam orang Kuching tak berapa suka mall kot sebab aku tengok ada 2 3 mall dia banyak kosong. Mall kat bawah ni pun cam dah banyak gak yang tutup.

Apa2 pun, terpulang la masing2 punya suka.. kan!


Thursday, 8 June 2017

Tuesday, 6 June 2017

Tudung Bunga2

Dalam hati takdak taman tapi tudung bunga2... ahaksss. Saja la nak capture satu gambaq muka aku pakai tudung bunga2 ni. Sejak2 pakai ipong memang jarang amat la nak selfie sebab sedau diri muka besepah. Ipong ni jahat sangat sebab semua benda pun dia capture sampaikan pori muka pun dia tak bagi chance terlepas. Kalau pakai ipong ni kiranya muka ko memang muka real la.. unless ko kasi tipu guna lightning cam gambar aku nun... hahahahaha

Monday, 5 June 2017

Gatei Orang Puasa

Dah lama dah actually aku beli this book.. tapi satu resepi pun aku tak pernah cuba sebab tak pernah pun aku belek lagi buku ni sebenarnya... haha. Tapi tadi gatei plak nak belek2.. dah la puasa ni. Kalau nak belek sebab nak masak takpe la juga, kami ni juadah berbuka tunjuk je kat gerai nasi kerabu kat param tu. Maka ini namanya gatei hati.. eiiii!! Lama lagi nak buka ni!

Friday, 2 June 2017

Cara Pakai Shawl

Sekarang ni macam2 cara pakai shawl. Ada yang sopan, cantik, gojes... yang mengarut pun ada. Aku pakai shawl gak tapi tak de la pandai nak lilit2. Yang penting bila pakai tu senang nak amik air semayang dan pakai balik lepas tu. Yang balik bagus bila tak yah tanggal langsung tudung.. ahaks

Wednesday, 31 May 2017

Hijabista

Hari ni si Hannah sibuk minta pakaikan tudung.. makanya aku pun pakaikan lah dia tudung itam ni. Bukan main lagi di pose bila aku suh bergambar. Alahai anak!

Tuesday, 30 May 2017

Around The House : Lego Idea

Antara cara-cara nak simpan lego, ko tepek je kat dinding.. ahaks! Hari tu kitaorang g Toys'r'Us... bukan main leka lagi si Hannah main lego tampal2 kat base ni. Konon nak la belikan satu base lego ni, umang aiii.. sekeping mau 70 hengget oke! Tak pe! Tak pe! Lelong kan ada. So aku pun carik la kat lelong.. yang 50 x 50 stud ni baru RM29 hengget je. Ingatkan kualiti cikai sebab Lego compatible je.. bukan ori. Tapi kualiti dia pun boleh tahan juga.

AKu beli dua, tepek gam & hempuk kat dinding. Dinding bukan sebarang dinding, dinding kabinet pun jadik oke!

Monday, 29 May 2017

Around The House : Pendekkan Langsir

Apakah?

Oke, ini adalah gambar langsir rumah aku yang asalnya pendek kini dah ngam-ngam. Memula ingat nak potong je bagi pendek tapi cam tak fond dengan idea tu so aku guna alternatif idea.. p Mr Diy beli anting2 yang 10 set RM1.50, then aku anting-anting kan kaki langsir aku cam kat atas tu. Tadaaaaa... siap! Lawa lagi cam ada hiasan lak.

Friday, 26 May 2017

A Day Before Puasa

Tadi by hook or by crook, walau sorang pun..aku gigihkan diri ke Sunway Putra untuk ke kedai Tepanyaki kegemaran aku kat tingkat 4, Teppankyuko. Berapa tempat aku teri, still this is the best in KL! Daging dia potong kecik2, garing kat luar still juicy di dalam. Cuba ko bayangkan! Tapi sila bayangkan hari ni je la.. esok dah start puasa.

Enjooyyy!! Selamat Berpuasa

Monday, 22 May 2017

Pengalaman Tinggal Di Hotel Business Inn Sennichimae

Masa di Osaka hari tu kitaorang duduk dekat Business Inn Sennichimae Hotel yang terletak dekat area Dotombori. Aku book hotel masa tu agak lewat juga, awal bulan 3. Most of hotel dekat Osaka at that time memang dah fully book. Musim sakura la katakan.. tentulah ramai yang datang melancong.

Macamana ble dapat hotel ni? Aku book through Agoda je. 1st yang jadi kriteria pemilihan hotel pada aku op kos la location, mesti dekat dengan subway. 2nd, price. 3rd, pet policy. 4th, child policy. Masa aku book tu aku tengok kriteria 1-3 dah comply, kriteria 4 tu je aku tak sure. Tapi aku gamble juga, book 3 malam dengan kos RM768+ semalam. Beberapa hari lagi nak fly, aku call Agoda untuk cek polisi hotel. Malangnya Agoda pun tak dapat confirm samada perlu bayaran extra untuk Hannah atau sebaliknya. The only cara untuk contact hotel is emel. Malangnya dekat website takde info pasal emel dorang, even google pun tak de. Nasib la Agoda bagi aku emel dorang so aku pun emel la. Thank god hotel reply aku.. free kalau tak pakai extra bed. Dan since AirAsia bagi aku extend satu hari lagi tuk lepak di Osaka, aku pun mintakla tolong lagi satu kali kalau boleh combine booking aku tuk 1 hari tambahan tu.. Alhamdulillah.. dorang layan request aku. So inilah kos yang aku spend tuk duduk di sana 4 malam














Kalau rate Jepun, hotel ni boleh kata murah la.







Thursday, 18 May 2017

The Tree

This is the tree that mark my parking stop every morning, kalau takde orang menyibuk dekat 'official parking' aku ni la. Thanks pokok, you banyak berjasa making sure i park my car nicely.



Wednesday, 17 May 2017

Nasi Ayam Gas Mati

Semalam masa aku bekobar2 nak masak nasik ayam buat kali pertama, gas mati! cipan betul la. Sudahnya terpaksa la aku goreng ayam guna stove letrik. Actually ok je pun kalau guna letrik tapi masalahnya aku punya kuali tu tak ngam ngan. Yang boleh guna cuma kuali stainless steel aku yang berpunggung nipis so memang tak feel la nak goreng ayam.

Gila kecut oi ayam aku!

Tuesday, 16 May 2017

DaebaKing Daebak!

Aku ni ketahuan bukan jenis yang suka benda lawak2 ni. Lagi2 kalau lawak bodo tapi SNL Korea versi translate ke BM oleh Daebaking ni aku layan. Mengekek juga la baca dorang translate ke BM pasar walaupun ada yang cam over tapi ble layanzz la..

Yang kelakar tu, siap ada nama melayu untuk watak-watak korea. Cam kat sebela nun, kali ni si Nickhun jadi 'PTI'.. kesian Hidayah. Dapat boyfren semua cam harem... hahaha

Monday, 15 May 2017

Semalam Hari Ibu Laaa!

Semalam aku kata aku tak aware bila hari ibu kan.. semalam la hari ibu! apa daaaaa! Since ada anak ni op kos la si Hannah yang jadi model kad2 ucapan aku... hahaha.

Aku kalau part sambutan2 or wish2 ni aku tak berapa sangat.  Bila nampak orang buat aku pun ikut je la. Aku bukan jenis gitue. Apa2 hari pun, it is just another day on the planet. So plain boring kan, yes! itu lah aku.