Friday, 27 January 2023

Glamor Nite



Malam ni ada dinner dekat dewan opis.. since program start jam 8 malam memang tak la sempat nak balik rumah so aku book la duk dekat Ideas Hotel, seberang Medan Mara. Rate malam ni dalam RM165 untuk bilik Signature. Kalau tak silap dulu nama hotel ni Hotel Quality tapi sekarang dah tukar nama jadi Ideas. Interior memang lawa cuma parking tak best dan seram sket pada aku. Kami dapat view sungai dan view pejabat… memang saja pilih hotel dekat dengan opis supaya senang.

Dalam jam 8 lebih gak baru aku sampai dekat Dewan. Meriah makanan tapi tak larat nak makan sebab cam kenyang plak. Yang tak best makanan sejuk sebab lambat start makan, dalam jam 9 lebih. Ada sate, spaghetti, nasi bagai.. makan berhidang. Ok la.. kalau buffet memang malas la aku nak bangunan dengan baju penuh butterfly 🤣 Dekat jam 11 juga program habis.. aku naik grab je balik hotel. Malas nak drive tadi sebab mengenangkan parking yang seram. Malam ni nasib tak menyebelahi aku sebab nama tak naik langsung pun cabutan bertuah.. hahahaha

Monday, 23 January 2023

Komune Living Cheras Staycation


Geng kecik bangun awal pagi ni so kami turun la ke food court bawah g sarapan. Lepas sarapan baru la berkesempatan nak melawat kawasan hotel. Hotel ni ada pool untuk guest tapi poolnya dalam. Tak berapa mesra kanak-kanak sangat. Tapi boleh je bawa budak-budak dekat play room. Dalam tu ada arcade game, ada meja pingpong, carrom & pool. Untuk adult, siap ada meeting area yang ada bilik-bilik untuk orang meet up. Kalau bosan duk hotel, ble jogging dekat tasik. Penat jogging, singgah makan kat foodcourt. Best kan! Yang tak best cuma cek out kol 11 pagi.. awal nau. Parking kena bayar sket, dalam RM5 rasanya. Selebih hotel subsidi.

Lepas cek out, bawa geng naik MRT. Bukan main happy lagi kanak-kanak riang. MRT Station yang paling dekat dengan rumah is Taman Midah. Easy access sebab ada jalan dalam so memang tak tempuh jem langsung untuk pegi dan balik. Ada disediakan parking bertingkat. Parking banyak cuma sunyi. Masa kami park boleh bilang dengan jari je kereta yang parking dalam parking bertingkat tu. Dari parking ada akses berbumbung ke MRT station setinggi bangunan 5 tingkat kot, seram gak tengok bawah. Jauh tak la jauh mana, berpeluh la juga nak jalan dari parking ke stesen. Maybe sebab tu la kot orang tak park atas tu.

Dekat stesen pun ada kami je. Tengok la gaya mak budak tu, dia paling over melompat. Destinasi kami ke Pavillion. Tak tahu la mana silap, orang ramai gila macam apa je sampai bergesel bahu oke. Memang tak ke mana la, sampai Pavi kami lepak makan takoyaki kat Gindaco. Itu je tempat yang ada.. huhu

Sunday, 22 January 2023

Jumpa Geng



Geng Johor turun KL.. suh tido rumah tanak jadi kami semua lepak dekat hotel la pula. Hotel pula jalan kaki dari rumah pun sampai.. hahahaha. Kami stay dekat Komune Living & Wellness kali ni. Rate malam ni RM150 untuk bilik jenis Studio Twin, book direct dengan hotel. Tu yang paling murah dah tu.. kalau Agoda dalam RM200 gak. Sebelum ke hotel, singgah dinner dulu dekat food truck. Rasanya bertahun juga kot kami tak jejak dekat situ sebab tak sesuai bawa adik. Kebetulan masa kami sampai tu hujan tapi tak lebat.. nasib baik food truck ni ada Plan B. Kalau hujan dorang pasang khemah. 

Lepas makan kami cek in hotel. Kat bawah hotel ada 7E Cafe. Bukan main happy semua kanak-kanak riang bila aku bawa turun menyerang 7E. Best kan jadi budak.. tak perlu fikir banyak. Tapi kalau kena jadi budak balik aku taknak la.. hahahaha. 

Saturday, 21 January 2023

Bye Langkawi


Lepas sarapan, lepak jap menikmati pemandangan pantai cenang. Pastu balik bilik rehat, mandi dan kol 12 kami check out. Memandangkan flight malam, aku book semalam dekat Cenang Plaza Hotel untuk stay sampai kol 8 malam. Lepas check out kami tinggalkan barang dekat lobi hotel untuk ke Water World Langkawi melawat ikan. Lepas tu baru kami cek in di Cenang Plaza Hotel.

Sebelum balik, wajib la singgah ke pantai cenang. Tujuan utama nak pegi makan nasi goreng seafood. Nasi dia sedap oke! Nama kedai tak hengat la pula.. yang tau kedai makan paling ujung. Perut kenyang, hati pun da senang.. dalam jam 8 kami ke airport. Keluar KLIA2 dalam jam 12, meriah bunga api sempena CNY.

Friday, 20 January 2023

Adya Hotel Langkawi Staycation

Pagi ni kami bangun awal untuk sarapan. Lepas sarapan tidur la dulu. Dalam jam 11 baru keluar bersiar-siar dekat kedai Warisan Duty Free seblah hotel Adya ni. Beli la coklat sikit buat buah tangan bebudak opis. Lepas shopping balik bilik la tidur lagi.. hahahaha. Dah petang sket baru lepak dekat pantai. 

Sampai beach, op kos la kena makan dulu. Kali ni kami makan ringan-ringan dulu, makan pizza je. Lepas makan bagi budak-budak ni main pantai sampai puas sambil menikmati sunset dan abang api. Dah puas main, makan lagi. Macam tu aktiviti kami bermalas-malasan di pantai.


Thursday, 19 January 2023

Hello Langkawi

Flight kami ke Langkawi pagi ni jam 7.10 pagi. Dalam jam 2.30 pagi kami siap-siap untuk ke KKIA.. mengantuk oi! Jam 7 masih tak boarding.. rupanya flight da kena reschedule. Hampeh Airasia.. kol 6 pagi tadi baru dorang notify melalui emel. Sampai airport Langkawi, sarapan jap dekat food court. Dalam jam 10.30 kami sampai dekat Adya Hotel Cenang. Kami naik grab je dan tak sewa kereta sebab memang nak lepak area pantai je. Since masih awal, kami tinggal beg dekat hotel dan lepak makan di Old Town dekat Cenang Plaza yang bersebelahan dengan hotel Nadya. 

Dalam jam 2 lebih bilik ready. Bilik hotel basic je.. rate kami bayar untuk dua malam dalam RM305.28. Untuk area Cenang, kira rate tu murah la. Hotel ni betul-betul seberang jalan je dari Dataran Cenang. Since kami ke Langkawi pun memang nak ke pantai Cenang je, hotel ni antara pilihan terbaik untuk kami selain Cenang Plaza Beach Hotel dan Nadya Hotel. Lepas berehat kejap, dekat jam 5 petang baru kami turun ke pantai.




Kalau sampai Cenang, op kos la kena lepak sampai ke malam. Lepas tengok sunset, boleh layan abang api. Cuaca tak berapa cantek, tak dapat da shoot lawa  macam masa kami datang time PKP dulu. Tapi tak apa, yang penting i’m really happy to be here again. Kat sini malam memang happening. Sepanjang pantai kot ada je brada-brada api. Waktu sunset dorang training dulu.. show yang sebenar start dalam jam 9 tapi kami takde la tunggu sampai lewat. Kalau la Langkawi ni dekat macam PD, tiap minggu ke mari pun aku sanggup. Tapi kos nak ke Langkawi boleh tahan mahal juga. Untuk trip kali ni, flight termasuk seat untuk 4 orang dalam RM977.96. Masuk hotel dan makan, dalam 2.5k juga la kena ada.. hohoiii. Siapa kata cutu dalam negara murah..