Sunday, 25 June 2023

Meriah Musim Durian


Memandangkan sekarang ni musim durian, wajiblah aku pun join rakyat Malaysia memeriahkan musim membeli belah durian kan walaupun kat area rumah aku ni boleh kata hari-hari ada je durian. Dah boleh bukak cafe durian gamaknya sebab memang sentiasa ramai je orang mendurian dekat gerai tu. Tapi untuk aku yang beranak lasak ni memang tak la makan dekat gerai yang letaknya pun tepi jalan. Buat hal pula karang anak aku belari mengejar kereta dekat jalan raya. Aku order grab food je la. Biasanya aku lebih memilih Musang King. Pada aku da alang-alang berbelanja untuk durian yang mahal, bagus ambik Musang King terusss. Rasanya konfem sedap dan isi pun tebal. Paling murah boleh dapat dekat Grab RM136 untuk 1 kilo. Hari ni aku ubah angin pula, aku order durian D24, XO dengan Udang Merah. 

Aku bukanlah peminat tegar durian, kecuali durian merah yang ada dekat Sabah. Aku beli 400g setiap satu. D24 dan XO sama harga RM42.70 manakala UM pula mahal sikit RM44.80. Dari segi kemanisan dan ketebalan isi lebih kurang je semua tapi pada aku D24 paling sedap antara 3 tu. UM lemak2, XO pelik sikit texture isi dan D24 lebih lemak manis ala amboi amboi. 

Wednesday, 21 June 2023

Hari Lewat Sedunia


Kol 5 pagi kami dah check out sebab nak kejar sampai ofis before 7.30 pagi. Skali sampai area Seremban, jem nak mampus sebab ada major accident treller terbalik. Dari jam 5, jam 7.20 baru kami lepas kawasan kemalangan. Itu pun selepas dah ambil exit lain untuk elak jem. Sudahnya jam 9.30 baru sampai ofis.. ko rasa? Of kos la hangin je aku. Kalau ikut jam 5 dari Melaka, paling slow drive pun kol 8 sampai la ofis.. lepas ni Melaka pun aku pangkah kalau nak bermalam. Tdo je la kat highway kejap kalau mengantuk sangat.

Merasa la hari ni aku balik pukul 6. Si kakak pun tak pegi sekolah la jawabnya. Nasib baik aku takde apa-apa meeting luar ofis, kalau tak 1 hal pulak lagi. 

Tuesday, 20 June 2023

Hello Hatten Hotel Melaka



Odw balik KL si Chemba mengantuk la pulak maka singgah la kami di Melaka. Kalau ke Melaka, biasanya kami suka duduk area Dataran Pahlawan @ Menara Taming Sari sebab senang nak cari mall beli baju baru untuk ke ofis esok. Kalau takde tujuan nak ke Dataran Pahlawan atau Menara Taming Sari kami akan duduk jauh sikit tapi kalau ada, better duk dekat-dekat je. Kalau tak konfem tak ble tahan jem gila kalau nak masuk area tu. Dia punya jem bukan kaleng-kaleng depan tu.. sama macam Klebang. 

Since kami penat, nak la tidur lena so kami pilih duduk Hatten. Dengan harga dekat RM300 bertittle kan bilik suite, kami duduk dengan kecewa. Ada ke patut wall paper pun terkopek.. adoiiiii. Kalau macam ni baik la kami lepak Imperial Herritage, murah sket dan bilik pun not bad. Hatten ni harap bilik je besar tapi kita bukan nak duduk bilik besar, kita nak selesa dan sedap mata memandang. Pasni Hatten memang aku pangkah la. 

Monday, 19 June 2023

Hello Lakeview Terrace Resort



Lepas check out kami singgah lunch di JPO since dah laluan nak menuju next site yang aku nak visit dan seterusnya ke Pengerang. Actually ada 1 je site yang aku kena visit tapi dah alang-alang sampai Johor singgah la sekali dekat projek-projek kitaorang yang tengah ongoing. 1st site yang aku visit dekat Senai. Tapi sebelum tu lihatlah beg ku yang berbunga.. cantik kannn! Ahakasss.. Aku dah tua-tua ni memang makin pelik-pelik minat yang kaler-kaler dan bercorak 🤣 Beg tu aku beli dengan discount 70% of kos la happy. Kena la beli juga demi meraikan aku akhirnya berjaya menembusi Coach. Masa aku q tadi ada 2 orang je dekat depan tapi masa aku keluar line dah panjang balik.. nasib makcik cepat! Harga asal kononnya dekat RM3k tapi aku belum la gila lagi beli beg mahal mengalahkan tiket flight ke Seoul.. hahaha. Aku suka Coach ni sebab material dia tahan dan kualiti jahitan memang helokkk.

Ok. Habis pasal beg. Next aku pegi site lepas tu baru gerak ke Pengerang. Dah sampai Bandar Penawar, aku singgah lagi dekat site lain. Orang kerja Mengah Holding kan memang banyak projek 🤣 Masa aku sampai dah lepas jam 5.30 makanya takde la orang dah dekat site. Lepas tu kami terus ke hotel. Kali ni kami duduk di Lakeview Terrace Resort Pengerang. 


Sunday, 18 June 2023

Legoland Visit



Dalam jam 12 lebih baru kami keluar hotel. Pagi tadi sarapan order grab je. Masa kami keluar tu hujan renyai. Kami ke Damai Seafood Village somewhere dekat area Kampung Sungai Danga untuk lunch dengan family adik aku. Order sotong goreng tepung, sup ayam, kangkung belacan, ayam lemon, udang butter dengan siakap 3 rasa. Semuanya sedap kecuali sotong goreng tepung. Rupa dah macam cucur, isi sotong plak rasa tawar hebeh. Harga kat kedai ni harga standard seafood la kot. Sepinggan besar udang dan sotong dalam RM50. Yang lain tu standard la. 

Kedai makan ni agak luas dan cozy, siap ada pentas dan speaker karaoke kot. Dekat sebelah tu ada kolam pancing. Meriah juga orang memancing dalam hujan renyai. Masa kami sampai kedai baru sangat bukak so kami je yang ada dalam tu.. kedai bukak dalam jam 12.30 sampai tengah malam kalau tak silap aku la. Lepas lunch kami ke Legoland. Dah lama tak melawat kawasan.


Saturday, 17 June 2023

Hello Johor



Hari ni kami bergerak ke Johor. Unplanned trip sebab sepatutnya anak buah aku yang hadir lawatan tapak di Pengerang selasa ni tapi sebab dia dah kena tukar makanya aku la yang kena attend. Macam biasa la.. masa packing tu malas betul walaupun excited nak berjalan. Tadi baru selesai pack.. itu pun sumbat je apa yang ada. Kami bertolak agak lewat juga.. dalam tengahari. Personally untuk aku perjalanan ke Johor less stress kalau compare trip ke utara yang memang wajib bertolak subuh kalau tak nak bersesak-sesak di area Tapah, Ipoh dan Menora. Maybe sebab kami ni spesis yang tak biasa jalan jauh dan menempuh jam berjam-jam dalam kereta. 

Alhamdulillah adik tak meragam di jalan sebab sebelum gerak tadi dah makan dan tidur. Dalam jam 6 baru sampai JPO. Lepas makan kami gerak ke hotel Ibis Style. Since aku book last minute, aku dapat harga dekat RM300 semalam tanpa breakfast untuk bilik superior twin room. Agak mahal tapi aku puasa hati dengan kondisi bilik dan hotel secara overall. Yang tak best cuma lokasi hotel tu terletak area rumah kedai yang banyak tapi tak de orang sangat. Area tu macam area asrama foreginer. Masa kami sampai tu dorang tengah bersidai main carrom, ada yang duduk-duduk lepak beramai-ramai sampai buat ko rasa macam berada dekat bangla oi 🤣 Serammmm mak! Nak parking pun takut.. nasib baik hotel ada basement parking.

Sunday, 11 June 2023

Hello Again GH



Bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi.. lepas tu gatei naik genting lagi… hahahahahahahaha.. Aku try lagi ajak laki aku naik glass cable car.. tak mau dia. Hahaha.. apa yang aku suka sangat nak naik atas tu? Suka sebab sejuk 🤣 pastu menung duit habis kena paw kakak beli baju ‘aesthetic’ dia.. hahaha

Ingat nak try la masuk theme park semalam tapi kalau beli dekat kaunter harga lebih mahal compare to beli melalui apps. Kalau nak beli melalui apps pula kena beli awal sehari. Apa-apa pun kalau nak book hotel ke or tiket cable car ke or theme park ke, guna la apps Genting.. memang mudah.

Saturday, 10 June 2023

Hello GPO & Genting Highland


Hari ni tiber rasa nak pegi tempat sejuk so ke Genting la kami. Memula tu nak pegi GPO je melawat Coach tapi macam biasa la.. kalau tak panjang orang beratur depan kedai tu bukan Coach la. So tukar plan.. nak naik atas dulu la sejuk-sejuk. Sebelum decide naik tu intai dulu line clear tak dekat q cable car. Tengok q untuk beli tiket dekat mesin boleh tahan panjang juga. Masuk apps, rupanya boleh beli tiket dekat apps. Aku ambik tiket express return dengan harga RM30. Ingat nak naik yang kaca, return RM35 je tapi laki aku kata dia seram. Beli tiket dekat apps, bayar then masa nak masuk tu scan je qr code. Since aku ambik yang express, memang terus la kami dapat naik cable car tak yah beratur macam orang lain. Kalau tak silap harga tiket biasa dalam RM18 kot return.. beza RM12 henggat la. Kalau sorang ok, tapi kalau ramai-ramai tu macam rugi la juga ambik yang express. 

Sampai atas tak tahu nak buat apa.. hahaha. Datang nak sejuk je tapi nak keluar tak ble sebab sekarang kalau nak keluar kena ada tiket theme park. Boleh je actually tapi nak kena menapak la sket sampai ke hotel yang ada talking garden tu.. tak ingat nama apa hotel tu. Tengah melepak ada sorang minah ni tegur aku. Dia dari india katanya.. dia tanya aku mana aku beli baju 🤣 sembang la kami pasal kedai baju sampai laki aku pun naik heran.. hahaha.. Seronok juga naik genting sekarang sebab shopping mall dalam tu dah meriah. Uniqlo pun ada oke.. haha. Laki aku plak buat hal ajak tdo genting tiber. Buat hal sungguh kami datang sehelai sepinggang je.. pampers dengan susu adik pun cukup-cukup je. So dalam jam 3 setengah kami turun dan sambung shopping di GPO. Helok ada jual pampers saiz kecik dekat GPO tu cuma susu tak de. Baju aku beli mana yang patut je.. paling mencabar nak cari baju laki aku.. stress mak.. haha. Next kami turun dekat area midhills cari susu. Once dah confirm susu ada, terus la book hotel Geo Resort laki aku sponsor sebab dia buat hal. Kami laki bini memang macam tu.. siapa buat hal dia sponsor.. hahaha.

Lepas check in kami keluar makan. Hotel yang kami duduk malam ni memang hotel yang paling best dekat midhill sebab dia betul-betul dekat area kedai-kedai tu. Seberang hotel banyak tempat makan dan kedai-kedai. Ada watson, kedai barang phone pun ada.. sangat menyelamatkan kami yang datang sehelai sepinggang ni 🤣