Sunday 30 August 2015

Rumah Bila Ada Tangga...

Hidup berumah tangga ni perlu diurus dengan baik. Kalau tidak, alamat sama2 ke laut. Kalau seorang2, semuanya lebih mudah sebab kita cuma perlu urus diri sendiri tapi bila dah kahwin kena urus pasangan dan anak2 bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah.

Husband aku seorang yang baik. Kalau mati hidup balik berkali2, berkali2 tu jugaklah aku minta dijodohkan dengan dia. Mana ada manusia yang sempurna, kan ? Kami pun macam tu juga. Antara perkara yang paling selalu berlakū antara kami yekla he misjudge apa yang aku marahkan.

For example, kitaorang balik kampung dia. Dia kata malam ni tak yah masak, we all makan di luar selepas maghrib. Ok. Before solat maghrib, aku tanyakan lagi jadi ke tidak nak keluar malam ni. He said jadi, lepas solat jemaah. Ok. Then aku siap2, siapkan anak dan tunggu dorang habis solat. Tunggu punya tunggu da jam 8.30, Hannah pun dah menggantuk. Tunggu tunggulagi, sampai jam 11 kot baru dia habis berborak2 n masuk bilik kelam kabut minta maaf while aku dan anak dah tidur.

Aku tahu dia balik sekali sekala, tahu dia rindu nak story mory dengan his family. Aku tak kesah pasal tu tapi aku jadi sakit hati sebab dia tak bagitau aku his plan. Kalau tak jadī, pandai lah aku buat hal sendiri. Ini tidak, tak langsung terfikir nak bagitau. At least, be aware sebab now bukan zaman masih sorang.

So, itu antaranya la yang dia buat bikin aku sakit hati tapi tang yang aku buat bikin dia sakit hati... tu dia jek yang tahu.. haha..

Thursday 27 August 2015

Lexis PD

So, this is Lexis Port Dickson. Hotel ni provide 2 jenis accomodation, chalet atas air dan hotel. Since aku ni masih junior officer walaupun tak la junior sangat, kitaorang duk hotel. Chalet atas air pun ada beberapa jenis. Yang paling mahal ada kolam renang dalam bilik oke!

The LPF hotel terletak dalam compound yang sama dengan Lexis Grand Hotel. Kalau dah nama ada buh Grand, op kos la grand sikit dari Lexis Hotel dan tentunya lebih mahal kan.

Bilik hotel ni pelik sikit. Masuk2 terus wet area inclusive of bilik toilet, bilik shower, jakuzi dan meja solek. Kalau tengok dekat Booking.com, rega tuk hotel ngadam sea dalam RM300++ la. Kalau water chalet tu dalam RM400 cam tu semalam.

For those yang suka laut, ok la kot tapi for me yang tak berapa.. oke oke la.
View dari bilik. Jerebus!
Bilik ada 2 katil king
View dari pintu masuk
View dari bilik ke pintu masuk. C/w pantry
Ada tv & peti ais
Jamban, Shower dan Tab

Tuesday 25 August 2015

Demam' Cuti

Anak aku ni memang dah ada proven track record, asal nak naik flight balik Sabah or nak g luar negara jek.. kitaorang mesti berjaga2 sebab mesti dia demam. Ingatkan masa nak naik flight je, now cuti2 dalam mesia pun demam juga.

Baru raya lepas demam, now demam lagi. Masuk ni aku dah lost count dah, da kali ke 5 or 6 dah kot. Sekali masa ke Tokyo, kitaorang jus bawak ubat.. 2 or 3 kali masa nak balik Sabah sampaikan pernah cancel flight. Sekali masa ke Seoul, hampir tak jadi fly. Now yang nih la, a day before nak ke PD.

Masa ambil dia petang tadi, akak pengasuh tu kata di demam. Hmmm.. speechless oke!

Thursday 20 August 2015

Owaarghhhh

Sampai2 dekat parking ofis, tengok jam pukul 6.45 pagi. So ambil masa rehat2 menikmati kenyamanan aircond kereta sebelum naik ke ofis. Buka hanpon sat sekali da ada 3 misscall.

Alapak.. mesej pengasuh daa botol susu Hannah terlupa nak buh dalam beg T_T

Dalam bulan ni, this is the second time it happened. aaarggh!!

First time tu sempat angkat pengasuh call bagitau botol tadak time baru nak bertolak ke ofis tapi kali ni da sampai parking ofis baru sedar. Walaupun my house & tempat kerja dalam 11 km jek pun tapi keta banyak so every trip take 30m jugak la. Itu during normal traffic. Sudahnya kol 9 tadi baru g hantar botol dia. Pengasuh dia kata dia merajuk sampai tertidur. Akak tu try bagi botol lain, dia takmau.

Tuesday 11 August 2015

Booth Raya Pertamaku


First time sepanjang aku keje ngan gomen aku terjebak dengan kerja menghias booth raya. Selama ni aku selalu terselamat sebab aku sorang jek pompuan so if the guys tak bother, aku lagi tak hingin. Yang aku taw datang makan jek! Ahakssss...

Amacam, striking takl?! Haaa.. ni idea guna apa yang ada jek. Tak spend duit langsung for decoration. Unit aku kena hidang dessert tuk 100 orang. Oke, dessert ni kocik yo tapi mahal oke!

Monday 10 August 2015

Bila Rindu - Paris

Paris adalah antara bandar yang sangat sesuai kalau kita bercadang untuk melancong secara bermalas-malasan. Paris Region covers 12,012 square kilometres dan The City of Paris has an area of 105.4 square kilometre, kata incik wiki. Kalau kat KL ni macam 11 district yang ada dalam KL like segambut, Titiwangsa etc. The city of Paris ni is divided into 20 administrative districts, more simply referred to as Arrondissements. Walaupun depa guna number jek tapi every Arrondissements ada nama sendiri.
Eiffel Tower terletak dekat 7th Arrondissements aka Palais-Bourbon while The Lourve yang ada kaca tiga segi tu terletak dekat 1st Arrondissements aka Louvre. Masa kitaorang g Paris last 2014, kitaorang duduk dekat 17th Arrondissements which is Batignolles-Monceau. Nasib depa guna number, kalau guna nama temuntah kot nak sebut sebab ejaan tak sama bunyik dengan bacaan. Kalau aku, memang rasa cam nak nak marah jugak la every time dengar orang cakap fgench.. haha.

Bangunan kat Paris ni boleh kata cam sama jek semuanya. Bangunan depa jenis yang berukir2, they call it French Architecture. Kalau g Tokyo semuanya cramp, g Paris pulak luas seluas-luasnya cumanya kalau g Tokyo bersih sebersih-bersihnya tapi g Paris pula hanching dan kotor especially underground. Kalau dari airport tu, sepanjang 23 km ke Paris ble nampak grafiti. Yang tak paham tu, grafiti depa takat tulis perkataan jek & xdak lukis2 art. Memang buruk nak mapus oke! Memang semata2 contengan budak2 buduh jek.

Antara banyak yang boleh dilawat dekat Paris yekla museum la kot. Paling top The Lourve, yang ada lukisan ori Monalisa. Kitaorang tak la masuk dekat The Lourve tu, jalan2 tangkap gambar dekat luar jek. Masa di Paris, maybe sebab keletihan sangat & almost tiap2 hari hujan so kitaorang tak sempat visit banyak tempat. Masa tu aku cuma concentrate itinerary London while Paris ala kadar jek. Sempat la amik gambar dekat The Lourve aka muzium yang ada piramid kca tu, Centre George Pompidou art centre yang ada paip2 besar kaler merah tu, gereja Notre Damme, lock bridge Pont des Arts yang orang buh kunci2 cinta kununnya. Tu jek la apart form 2 or 3 kali percubaan untuk menengok Arc De Triomphe dari jarak dekat gagal gara2 hujan. T_T.... Nasib baik Eiffel dapat naik sampai top, dapat la balik mesia dengan puas hati.

Monday 3 August 2015

Garden Tiruan

Oke, now dalam rumah gwe uda ada gaden gitue.. ahaks! Penangan merembat di DIY somban semalam. Dengan rega RM2.30 sen selai x 18, dapek la gaden pelsu. Teringin nak memasak ala2 gaden kunu ;P

Friday 31 July 2015

Tuesday 28 July 2015

Monday 27 July 2015

Lepas Seminggu Demam

Alhamdulillah si tecity dah kembali kepada asal. Huhu.. sepanjang 2 tahun sebulan umur si tecit, ini la first time dia demam teruk gila. Kalau teringat balik, aduihaii.. tak sanggup rasanya

Thursday 23 July 2015

Toilet Buruk. Bertukar!


Toilet aku yang selama ini membunuh selera kini sudah berseri semula setelah aku balut dengan wallpaper kaison yang reganya RM19.90 per 10 meter. Walaupun murah, jangan disangka ngak kalis air gitu. Sewai dengan orang berselera besar nak umah cantik tapi tak mampu. Boleh la offer temporary solution sementara nak kumpul budget untuk mechantekkan umah.

Wednesday 22 July 2015

Bila Rindu : Tokyo

Tokyo always is special in my heart. Penah buat kerja gila melawat Tokyo tiga tahun berturut-turut, 2012 -2014 tapi hati tak pernah bosan. Apa yang aku paling suka tentang Tokyo? Entahla tapi berada di Tokyo adalah satu perasaan yang sangat best dan puas hati. Masih mengintai peluang untuk ke Tokyo lagi. Nampaknya 2017 la kot T_T

Tokyo adalah sebuat metroplitan yang sangat besar. Tapi yang paling sangat aku kagum, Tokyo sangat bersih!


Tuesday 21 July 2015

Pulang KL Tanpa Beraya

Ini wajah gumbira dibuat2 kami anak beranak. Sebab, ini tahun cuma pulang kampung tapi tak dapat menikmati saat beraya bergembira bersama keluarga T_T

Monday 20 July 2015

Raya Ke 4 : Demam Lagi


Hari ni dah masuk raya ke 4.. masuk hari ni kiranya dah 6 hari Hannah demam. Now dia nampak ada ok sikit walaupun badan masih panas. At least tak lah nampak sakit sangat macam previous days. Hari ni dah boleh layan Pocoyo sambil senyum2. Raya tahun ni kitaorang cuma sempat ke rumah my grannys jek. Tu pun lepas salam terus balik rumah sebab si Hannah meraung. Esok dah nak balik dah T_T

Friday 17 July 2015

Selamat Hari Raya 2015

Selamat Hari Raya!!

Walaupun tahun ni kami tak dapatlah bergembira menyambut raya sebab Hannah demam. Pagi tadi kol 4 pagi kitaorang beraya dekat Hospital. Since panas badan dia masih macam tu & she look really sick, my mom suh bawak la Hannah ke kecemasan. Sampai sana, ada sorang jek pesakit. Unlike dekat HUKM, bila2 masa pun kecemasan penuh.

Thank god!

Pastu hospital tu tadak GL so kena bayar. Tapi nasib baik pakcik tu baik & dia kata tak yah la bayar.

Kitaorang minta officer hospital buat blod test sebab takut juga since hari ni dah masuk hari ke empat demam tapi masih tak baik2. Alhamdulillah blood ok. MO tu suh tuam jek badan & monitor. Dia tak propose tahan sebab katanya kalau duk hospital pun akan buat benda yang sama. Terpulang la dekat kitaorang.

Memandangkan my home dengan hospital pun tidaklah jauh amat so we decided tuk monitor Hannah dekat rumah.

Thursday 16 July 2015

Mode Raya Takde

Alhamdulillah selamat sampai kampung. Dan syukur sangat Hannah tak meragam dalam flight & dalam perjalanan 2 jam dari airport ke kampung. Walaupun ada tiga kali dia tiba2 meraung & pegang kaki dia. Saspen gila juga tadi sebab tak pernah pula happen before ni. Maybe kejang kot kaki dia.

Esok dah raya, tapi nampaknya tak berpeluanglah kitaorang nak beraya sebab Hannah demam. Malam ni pun konfem memang tak tidur sebab suhu badan Hannah still 38 - 39++. Ni pun tengah duk monitor je dia T_T

Wednesday 15 July 2015

Demam Lagi

Masa ambil si tecit petang semalam, pengasuh dia kata badan Hannah panas.

Jeng jeng jeng.. sapspen gila bila dengar dia demam, padahal baru jek last month demam. Dahla nak balik berjalan jauh balik kampung. Sudahnya malam semalam tak tidur aku dibuatnya sebab dia duk merengek2 dan nak tidur dekat badan. Sikit2 nangis, sampaikan aku nak ke toilet pun tak boleh.

Makanya hari ni terpaksa la aku hangkut dia ke ofis before bawa ke klinik kesihatan. Before gerak ke klinik aku bagi makan ubat yang aku beli kat farmasi petang semalam. Masa memula sampai  ke klinik,  asyik nak melekat je kat badan. Nak aku dukung dan kalau aku duduk dia meraung. Boleh pitam ok kalau mengusung beban 11 kilo ke hulu ke hilir tanpa duduk!

Doktor kata tekak dia merah & bagi antibiotik. Kalau pagi tadi dia ok, tengahari sampai ke malam badan dia panas. Range 38 - 39++. Da sumbat ubat bontot pun suhu masih tinggi. Aku da saspen bole ke tidak ni naik flight esok...................


Tuesday 14 July 2015

Wallpaper Frenzy


Kalau dulu Kaison cuma ada dekat KK.. now da ada dekat tanah semenanjung. With addition cawangan baru di The Mall aka Sunway Putra Mall they name it now.. lebih mudah la aku nak berkunjung ke Kaison.

La ni gila wallpaper! I actually am never a fan of wallpaper tapi this type yang sold dekat Kaison with a price of RM19.90/ 10m lemgth aku suka. Cheap and easy to install. See dinding n pintu bilik aku tu.. terussss berseri. Dan frame gambar yang dekat dinding tu.. also a produk of Kaison.


Tuesday 7 July 2015

Seoul Part 3 : The Untold Story Of Hongdae

What is Hongdae? Hongdae ni yekla one of a must visit place kalau kome ke Seoul. Hongdae is an abbreviation of Hongik Daehakgyo aka Hongik University. A lively area disekitar kawasan Hongik University. Kawasan ni boleh dikatakan dipenuhi dengan orang muda mudi. Kalau nak kemari, macam yang aku cakap before ni, naik jekla subway.

Masa kitaorang ke sini, memang area ni meriah gila dengan anak2 muda yang berkumpul untuk menengok street performance. Bukan takat 1 performance, sepanjang jalan tu ada 4 or 5 kot performance yang happen dalam satu masa be it menari  or menyanyi.

How do you get this pamphlete?

Yang ni kome kena amik dekat Hongdae 3D Trick Eye Museum. Kalau ada pamphlete ni, ble dapat diskaun bila kome berkunjung ke tempat2 yang terpilih for discount up to 20%. Antara benda yang kome boleh enjoy disini yekla ;

i)    Street food. Churros dia agak sedap.
ii)   Enjoy street performance and indies
iii)  Lawat Hello Kitty cafe
iv)  Enjoy korean dessert dekat Sulbing
v)  Shopping Korean Style
vi) G lawat playground tempat Jang Geun Suk berlakon Mary Stayed Out All Night
vii) Lawat coffee shop tempat Yoon Eun Hye berlakon dalam The 1st Coffee Shop
viii)Lawat 3D Museum 

Jalan-Jalan Di MyTown


Since malar jalan dekat mall yang sama, hari ni kami ubah angin ke MyTown. MyTown ni sama juga macam MidValley, Suria KLCC, Pavilion, Ikea Cheras, Sunway Putra, Sogo, Sunway Velocity.. within 10km je dari rumah aku tapi boleh kata jarang juga kami ke MyTown. Maybe sebab mall tu macam tak meriah. Aku tengok kedai pun x fully occupied walaupun kat situ ada Ikea. Kalau nak jalan-jalan cari makan, ok juga mall ni. Kat level LG tu ada macam-macam kedai makan dan dekat level 3 kalau tak silap, ada foodcourt. Kami kalau kemari paling-paling pun lepak McD, Kaison dengan Uniqlo.

Sunday 28 June 2015

Jumaat 3 lai.. Ahad 2 lai jek

Last Friday aku jalan2 cari hal dekat area Jalan TAR. Tak tahu mana datangnya kerajinan aku menapak dari ofis ke Jalan TAR yang kalau dikira bukanlah dekat sangat pun. Kalau musim tak puasa pun berpeluh2 apa lagi time puasa ni. Intention aku nak cari baju kurung keje.. kot2 la ada yang berkenan. Bukan baju raya ok sebab aku memang tak beli baju khas tuk raya jek. Aku beli baju bila2 aku suka so takde istilah baju raya.

Nak dijadikan cerita, lepas menghabiskan almost RM300 di Sarah Huges & First Lady, terlalu plak depan kedai sebla Sogo. Apa ntah nama kedai tu. Dijadikan kesah, terjumpa la baju kurung kain chiffon dengan saiz dan rupa yang menawan aku tuk melabur duit ku. Rega selai RM158 tapi kalau beli 3 jadi RM300 jek. Lumayan!!

Nak dijadikan kesah lagi, tadi aku hangkut la si Hannah g kedai tu semula. Konon nak la tambah koleksi baju kurung memandangkan hanya selai jek baju kurung aku yang muat.. ahaks! Sekalik rega dia da naik daaa, now RM250 tuk 2 lai plak. Choiii!!! Rugi la RM25 selai oke! Sudahnya aku pun xjadi beli. Mentang2 la weekend & tahu orang ramai kompom la akan berbondong2 mencari baju raya.. terusss up harga.

Saturday 27 June 2015

Chakkkk!!!

Menu Berbuka

Seperti Ramadhan yang lepas2, except last Ramadhan.. menu wajib aku sudah tentunya nasik kerabu. This year pun macam itu. Last week pulun dari isnin sampai jemaat aku balun nasik kerabu. Sebungkus RM5 hengget tapi nasik kerabu ahkak ni memang superb ah! Nyaman tak terhengga..

Senang hidup aku sebab tak yah susah2 g param sebab ahkak ni niaga bawah umah pengasuh si Hannah. Kiranya memang ada restoran la. Kalau orang berpusu2 ke param, tahun ni aku memang tak jejak la param ni nampak gayanya walapun kat area umah aku ni ada 2 param.

Thursday 25 June 2015

Hutan Buluh Alamanda

Tak yah la g Kyoto kalau nak lawathutan buluh.. g jek Alamanda Putrajaya kalau terhengen sangat.. ahakassss.

Hari ni aku miting dekat Putrajaya. Gagah betul aku menapak dari parking ke Alamanda back to Parcel E. Kalau dikira bulan2 puasa ni tak payah la nak jalan2 cari hal. Tapi memang betul pun tak yah sebab apa pun aku tak beli. Yang dapat panas jek. Entah apa la malang time2 aku melawat Putrajaya ni la pulak aircond out due to CWP bocor konon. Kalau aku jadi pekedai, aku saman dah service provider CW. Panas oke!

Tuesday 23 June 2015

My Story Of Tokyo Disneyland

Tokyo Disneyland ni bukan terletak di Tokyo tetapi di Chiba perfecture yang bersebelahan dengan Tokyo. Ada banyak option ke sini yang boleh dipilih dari bus sampailah ke teksi. Macam kami, we all opt untuk naik subway for the reason it is mudah lagi memudahkan. I suggest before ke sini, lawat la website http://www.tokyodisneyresort.jp/en/access/.

TDL ni dah dibuka since 15 April 1983. Kata en wiki, this is the first DL ever built outside The US. Rega tiket? I bought directly from Disneyland Tokyo website, maybe there are cheaper option tapi malas nak fikir. So I bought a Starlight Pass at 4900 yen/ person. Si tecit tak kena tiket sebab lom 4 tahun. Ada beberapa jenis pass offered, 1 day, 2 days, 3day, 4 days, senior pass, starlight pass & after 6 passport. Starlight pass cuma valid after 3pm weekend & public holiday whislt after 6 valid on weekday after 6pm. Why go so late? maybe depa tanak main & just nak enjoy parade jek kot. One yang paling ditunggu-tunggu is One Upon A Time Fantasy Land show started around 6pm di Cinderella Castle (Castle Forecourt). Time ni bersinar2 la casle si Mickey tu or untuk enjoy nightime parade.


 


Tokyo Disneyland ni divided into 2 park, amusment which called Disneyland & the other is Disneysea. Both kena beli tiket separately & tak ble masuk on the same day oke! Macamana nak kemari? from wherever you are pom kena turun dekat Maihama Station. Daripada Maihama Station nilah baru kome tukar ke station Resort Gateaway station yang terletak bersebelahan je dengan Maihama Station. Kome boleh jalan kaki je la!

Dari Resort Gateaway barulah naik train Disney Resort. Disney Resort ni is a kawasan consist of Disneyland, Disneysea & hotel. It is quite a big area. Tren run one way je. Dari Resort Gateaway singgah ke Disneyland St dulu & mengambil masa 2 minit, next station is Bayside Station for those yang nak turun dekat Tokyo Disney Resort Official Hotel, next station baru Disneysea. Tiket kome boleh beli single ticket one loop full atau beli daypass yang membolehkan kome turun naik & keluar masuk those 4 station yang ada dalam Disney Resort.

Friday 19 June 2015

Abah In Memories

Monday I got a sudden call from my husband yang baru jek sampai ke Kuantan telling me his dad collapsed, and critical. Pengsan masa tengah beli barang. So, we went back dan ambil cuti the next day. For the nest two days, aku berulang dari his parent house ke KL. 5 pagi si Chemba hantar ke ofis while dia balik naik komuter, kol 5 petang aku plak drive dari KL berdua dengan Hannah.

Si Chemba cakap masa sampai ke hospital abah dah tak de nadi. Pulse only came back after CPR was given. Since then, he is in the coma dan dipakaikan bantuan pernafasan. Doktor kata his asma & jantung attack at the same tima dan memandangkan he has been out of breath dalam 10 to 15 minutes, banyak sel2 otak yang mati due to oksigen tak sampai ke otak. It is confirmed after scanning. Although doctors tak tahu which sel yang mati, enough la to predict kalau pun sedar, maybe akan lumpuh and no longer have a memories. Doktor dah minta anak2 semua bersedia.

And  today, dalam jam 3 pagi I got a call saying that abah dah tak de since 2.50 pagi tadi. Kol 3 pagi tu juga la aku mandi & tolong2 clearkan ruang tamu untuk menyambut jenazah. I never had experienced death before. I never saw a dead body, never touch it, never kiss.. and I never been to cemetery.

Sebelum2 ni when thinking about the dead and cemetery, rasa cam takut... but not after today. What I experienced today was beyond words. I knew this wont be the last and more to come, until the day I become the one who is laying down there. Malangnya tak sempat nak tengok proses pemandian dan kafan sebab si Hannah meraung.

It was just last Saturday we were with arwah abah at angah's kenduri, collapsed on Monday and being in a state of coma ever since, and today, he is no longer with us. Semoga roh arwah abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Aamiin.

Monday 15 June 2015

How I Really Wanted To Wed Minimally!!!!

Dari kecik2 aku ni memang jenis yang tak berapa gemar nak attend wedding orang dan tak pernah impi nak kawin grand2. Orang kata it is a once in a life time event tapi pada aku it is just an event. The most important is the nikah, lain dari tu means nothing to me.

Aku pun as a girl of course la ada angan-angan untuk berkahwin dan perkahwinan impian aku yang aku rasa paling sempurna yekla bila aku nikah, itulah majlis aku sanding. Aku nak raikan majlis nikah aku semeriah boleh. Takyah nak buat separate majlis bagai tuk sanding etc. Aku impikan untuk bernikah ditaman yang dihias indah or di laman rumah pun boleh, disaksikan saudara mara sahabat taulan dan diraikan dengan makanan-makanan yang tip top. Itulah perkahwinan impian aku tapi malangnya my mom tak sporting la pulop. She wanted it to be done the way yang biasa2. Nak juga separate tuk nikah dan sanding. Siapalah aku untuk membantah kan! Memulakan kehidupan baru dengan melukakan hati ibu bukanlah satu perkara yang baik. So, angan-angan hanya tinggal angan-angan la nampaknya. Tapi aku kan ada Hannah chan.. harap2 Hannah chan berfikiran macam aku.. senang runding… hahahaha.

Masa aku khawin aku takde pun sewa baju bagai. Aku beli selai tuk nikah dan selai tuk sanding. Aku beli baju murah jek oke! Pelamin kalau boleh aku nak buat sendiri tapi since takde masa sebab aku jauh nun diseberang laut, mak aku upah la orang. Juru mekap pun aku tak tempah, alih2 masa nak nikah ada juru solek yang mak aku book. Makanan semua masak kat umah, takde tempah catering bagai. Cumanya masa majlis kat belah lelaki memang agak grand sebab panggil orang istana. Tapi itu majlis belah suami.. nak raikan macamana style pun aku ikut jek. Tapi aku konsisten, siapkan diri dan put on sendiri make-up oke. Tak bother pun panggil juru mekap bagai.

Hasilnya? Hasilnya op kos la aku tak banyak kuar duit & tak fening2 nak pk2 sgt.. janji dah nikah, habis cerita.. yo dak!

Sunday 14 June 2015

Happy +2 Hannah!


Semalam genap la si tecit 2 tahun. Alkisahnya takde pun rancangan nak beli kek or sambut or anything tapi since yesterday dia dah over take majlis potong kek mak ngah dia so we all siyan la pulak dekat dia. Senyum2 dia masa kena nyanyikan lagu happy befday sambil pegang pisau kek.

Reaching 2 years old mile stone, si kecik masih belum pandai bertutur. All she can say is dih, adeh or didi.. referring to her dad. Tu dua .. I guess it is for satu dua since when I said satu, she said dua dengan slang oke. And then nana, her name I guess, pastu mama & kaka yang rasanya she picked up masa di rumah pengasuh.

That is all! she never called me mamme.. bila nak susu she still cried sambil berguling2 all the sudden walaupun sebelum tu she main2 & look so happy. She is sensitive, kalau pukul munggung dia or cubit sambil kita senyum dekat dia.. she is fine with that tapi kalau buat dengan muka marah or high pitch, walaupun cubit or tepuk2 manje je she will nangis la dia. Suka kena peluk & suka mandi. Bila dia tantrum jek, aku akan mandikan. Pastu komfem dia akan menari2 hi5 sebab dah release all her anger. Now pandai merajuk and bila jalan2 she want me to dukung her and refused to be carried by didi, at all.

Saturday 13 June 2015

Model Tilam Ikea


Tadi g kenduri kat umah abang ipar..since umah dia dekat dengan ikea makanya kitaorang pun singgah la menjenguk. Saja la.. bukan suka sangat pun ikea ni tapi oke la tuk cuci2 mata.

Sampai dekat department tilam.. si tecit terus g baring. Penat sangat la kot ni.. hahaha.

Hari ni si tecit dah genap 2 tahun..

Friday 12 June 2015

Tako Tako Boat


Hari ni bawa si Hannah ke Tesco tuk main. Melayang jugak la 10 ringgit main pukul2 manja & basketball. Pastu g makan tako boat ni. Sedap la juga. Dalam tu ada 3 bijik je, 1 box 6 hengget.. beli 3 box Rm12 hengget. Ada 3 perisa, original, spicy & wasabi. Nak dijadikan cerita, kitaorang beli 2 set.. aka 18 bijik.. ahahaha

Wednesday 10 June 2015

My Story Of Seoul Subway


Kalau ke Seoul, tak pernah la aku ikut tour walauapun pegi sorang2 masa 1st time tu.Aku cuma akan naik subway jek. Tak yah risau de, subway kat Seoul ni boleh bawa kome ke merata destinasi pelancongan di Seoul.