Sunday 31 July 2016

Hannah Stroller

Dulu kocik2 tanak naik stroller, la ni bila da pandai guna dan tahun betapa nikmatnya duk stroller.. tak mahu pulak di turun.Siap tido dengan kaki kat atas lagi, lama plak tu dia tidur. Adui la anak!

Friday 29 July 2016

Jamuan Raya

Ini la sumer muka2 ceria kitaorang menyambut raya dekat opis. Menu tahun ni dari nasik beryani dengan ayam masak merah dan daging kicap.. rendang ayam dan daging, lemang, laksa, sate, buah, kek, kuih bagai..


Apa yang penting, hati ada manyak sinang.Tapi tadi pitang ahkak malek umah, sebab anak ahkak demam la pulop..

Saturday 23 July 2016

I-City First Timer

Alkesahnya adik ahkak nak beraya umah ahkak hari ni. Walaupun pale ahkak rasa cam berat2, ahkak gagahkan jua masak dendeng daging ngan mee kari. Lepas dari umah ahkak, kitaorang berhangkut lak ke Klang ke umah my aunt yang now tengah sarat nak tunggu hari je lagi. Ingat pas dari umah dia nak g singgah GM Klang.. malangnya sampai umah dia pun dah kol 5 lebih. Sudahnya ahkak decide nak beraya dekat I-City la plak lepas dari umah my aunt. Last month masa ke umah dia, terlalu dekat I-City tapi masa tu cam awal petang lagi & malas la nak tunggu sampai ke malam.

Dijadikan kesah, I-City ni letaknya dekat je dengan projek berdarah ahkak, ehemmm! Hospital Shah Alam tue. Masuk free, cumanya ready2 la duit bayar parking yang boleh tahan mahalnya. Kalau masuk malam kot, flat rate RM10 je sekali masuk. Tempat free op kos la tak banyak attraction! So, kena la bayar. Kat sini ada banyak la game, mostly seswai untuk budak. Ada wax museum, snow house, ferris wheel selain banyak la juga tempat makan macam KFC & Old Town.

Friday 22 July 2016

62.5% tax?!!! Thanks Air Asia

Kalau kome fikir Air Asia mahai & sume benda kome kena cas...  now tengok yang ni dulu. Tax sahaja dah mencecah 62.5% hokeyyyyy!!! Ini yeklah if kome beli tiket flight dengan Jeju Air. Kawan ahkak la ni study dekat Seoul, konon nak ke Osaka. Masa tengok rega tiket 100000 KRW p balik tu, berkobar2 la nak beli tapi sekali bila campur tax da jadi 162500 KRW. Hampir sekaali ganda rega tax sahaja... phuiiii!!!

Thursday 21 July 2016

Gone For Good


Tadi jenjalan dekat Tesco, alih2 terbeli la meja console ni walaupun takdak idea lagi kat mana nak letak actually. Sesampai rumah, tenung2 apa la yang boleh ahkak buat untuk menempatkan si meja. Sudahnya lenyaplah meja bar ahkak yang telah lama berbakti. Gone, for good finally!

So, inilah situasi terkini yang dilaporkan berlaku di ruang dining ahkak sekarang. Frankly, i prefer ada table bar T_T

Wednesday 20 July 2016

Out Opis

Tadi kol 2 lebih ahkak gerak dari opis nak ke Seri Kembangan, ada miting kol 3. Biasa yang panggil miting ni mesti lewat, so ahkak pun ingat nak lewat la hari ni. Selalu ahkak je tunggu, ini kali kaw tunggu la ahkak. So ahkak pun bawa keta selow2, singgah pandu laju mcD pastu singgah Petron tuk buang apa yang patut then singgah pulak dekat Shell tuk keluar duit. Alih2 kol 3 sharp la jugak akak da ada kat bilik miting!! Puiiiiii!!!

Ahkak ni memang ketahuan punctual. Kau cuba la janji dengan ahkak kol 3, kalau 15 minit kau tak muncul2 kau lepak la sorang2.

Tuesday 19 July 2016

Bedak Shampoo

Yang ini yekla shampoo.. tapi shampoo ni dalam bentuk powder, ala2 bedak gitu. Seswai sangat la tuk kome2 yang travel or limited akses to air. Apsal ahkak beli? hentahla!! Air kat rumah sejuuuk sangat kot ;p

Monday 18 July 2016

Tong Bekal Kembali Beraksi

Mengenangkan gaji yekla lama lagi, pulak tu makanan kat kantin mahal. Makanya ahkak pun berazam la nak berbekal jek minggu ni. Menu hari ni, nasik putih sambal bilis mata biru & telur. Jadikkkk laaa daripada bayar sampai 4 5 hengget kalau beli dekat kantin ;p

Sunday 17 July 2016

Rindu Rumah

Akhirnya setelah 2 minggu meninggalkan umah, kami kembali. Rindu gila dekat rumah, dah berkobar-kobar sangat nak balik. Makanya lepas kenduri kawen semalam tu kitaorang terus gerak balik KL. Masuk2 umah je, perasaannya ya ampun.. indah gila! hahahaha.

Sudah menjadi kebiasaan kami laki bini, before tinggalkan rumah esp untuk tempoh yang agak panjang kami akan make sure rumah dah dibersih dan kemas, & all baju kotor pun dicuci terlebih dahulu. Supaya masa balik nanti hati kami senang, tak payah dah nak fikir nak kemas rumah pulak.

Saturday 16 July 2016

Ke Jolobu Ke Jolobak

Hari ni ahkak n family menghadiri majlis khawin dekat Jolobu. Ahkak laki bini ni bukanlah peminat majlis kawen. Boleh kira la dengan jari berapa kali kitaorang hadir majlis khawin.. bukan takat majlis khawin.. ko cakap la apa2 majlis pun memang jarang sangat hadir.

Ahkak laki bini ni jenis yang pandai berkawan sebenarnya.. in fact ramah gila wa sakap lho! Tapi ntah la dimana silapnya sebab kitaorang tak berapa gemar nak attach dengan orang walaupun ada jugak la insan-insan istimewa yang terkecuali. Takat jumpa gitu2 oke laa.. no more than that. Napa? bukan tak suka tapi lebih selesa sendiri & duduk dekat rumah. Tak tau la apa pasal.. bukan salah ibu ngandung la yang pastinya.. hahaha. Sebab mak bapak ahkak n mak pok mentua ahkak sumer jenis ramah..

Friday 15 July 2016

Johnny It Is

Selalu kalau ke Jusco nampak restoran Johnny ni tapi tak pulak la nak menyinggah. Tapi hari ni cam tergoda plak nak singgah sebab bila ajak singgah jek si Chemba cam malas sebab makan steamboat. Hari ni ahkak nak juga singgah.. rupanya bukan menu steamboat je. Ada menu ala cart juga & reganya pun nak kata mahal sangat, ok2 la pada ahkak. Ok, next time bole try lagi!

Thursday 14 July 2016

Berapa Laju Tenet Mu


Oke.. ini la laju 4g gue. Memang la tak laju kalau nak ukur dengan speed 4g yang sepatitnya tapi bagi ahkak laju gila dah la ni. Paling laju pernah achieve 900 Kbps. Ini tenet digi ahkak.. plan RM80 sebulan. The best of this plan, call unlimited tenet 10 Gb. Tapi part yang paling best is, kalau tenet tu habis limit ble beli topup tenet dengan rega RM10 untuk 8 Gb dan valid selama 7 hari. So kepada penggila tenet, memang berbaloi baloi!

Kalau speed 700+, kejap je donlod 2 Gb. Heavennn!!

Wednesday 13 July 2016

Melancong Di Negeri Sendiri Lagi

Lepas cek out, kitaorang singgah dekat pasar buah & pasar kraftangan. Wonder juga, nama pasar buah tapi yang deme jual semua kerepek2 & kuih muih. Whatever la, janji happy. Sebla pasar buah tu ada pasar kraftangan. Dulu orang panggil pasar filipin, now da rebranding. Macam2 jenis craft jual dekat sini. Sebla tu baru la pasar jual2 lauk kering such is ikan bilis mata  biru, ikan masin, ikan manis (kalau ada la ;p) Kalau kau sakap Sabah, kaka kasi mura2 jak tapi kalau kau sakap simananjung.. siap la kaw! Nasib lah ahkak punya lidah ni flexible buli switch2 sakap sabah & sakap semenanjung.
Pasar Buaha2 Tempatan
Pasar Kraftangan
Udang kering RM13 tatau berapa kilo
Pastu naik pula ke Signal Hill Observatory Tower, Jalan Bukit Bendera. A nice place to enjoy KK view from up high. I sooooo love KK yang sekarang. Baru lah enjoyyy lepak KK ini matcam! Dari Imago to ble jalan kaki lepak dekat Anjung Senja for food & view, pastu terusss lak ke Oceanus Waterfront mall then ke pasar buah & pasar kraftangan then ke Suria Sabah. All located dekat pinggiran laut. Heavennn!!

Selaku peminat tempat tinggi, I so enjoy being at Signal Hill Observatory Tower. So relaxing to view everything from top.
Ovservation Hills
Dari atas, turun semula ke bawah.Ini kali singgah Suria Sabah. Masih banyak lagi kedai yang belum buka, I hope this mall will survive too!
View From Suria Sabah
Love From Suria Sabah
Buli lawat apa di KK? Menyesal kau dang tanya soalan tu.. macam2 kau buli lawat di KK. Antaranya op kos la haktiviti membeli lauk kering or basah maybe. Pastu haktiviti makan2 la op kos, durang bilang seafood murah di KK walaupun sa rasa sama jak. Pastu haktiviti p pulau di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Ada pulau manukan, pulau mamutik (psttt! sa bulum pernah sampai).. sana buli snokeling2 bilang adik sa. pastu haktiviti p gunung Kinabalu la... apa lagi. Selain tu, buli la kalau mo naik bot to enjoy the view dalam panas2 saana dekat City Mosque.. or p water park ka. 35 taun idup, baru jak sa tau ada water park sana kiki... phuiii!!

Bah, apa lagi.. bili la tiket pigi KK.. kalau tida pigi menyasal sumur idup tu kamurang.

Tuesday 12 July 2016

Melancong Di Negeri Sendiri

Dalam kol 1 sampai KK tadi, terusss berlabuh munggung dekat Imago, a new shopping complex dekat KK ni. Hopefully la it will last & mendapat sambutan. A nice mall, meriah tempat makan.. Lepas dari Imago, teruss ke hotel. Asal ke KK je, kitaorang mesti duduk dekat Tang Dynasty Park Hotel. Walaupun bukan dalam centre KK, it wont be a problem sebab ada keta kan. The best about this hotel yeklah rega eh murah oke tapi bilik eh besar. Kalau pakai gomen rate, lagi masyuk!


Lepas mandi manda, kitaorang g melancong ke pantai Teluk Likas. Ini yekla view di Teluk Likas. Apa yang ada dekat sinin? Ada pantai la op koss! Terletak lebih kurang 5km dari Centre Kota Kinabalu. A very nice place tuk menenangkan fikiran dan beriadah. Kalau ke depan sket, ada tempat makan2 gitu. Kalau tengok gambar no. 2 tu dah macam kat Hangang River, seoul gitue! Awwww!! Dari pantai kitaorang ke Anjung Senja, tempat makan2.


Monday 11 July 2016

Raya Di Pejabat Daerah

Hari ni kitaorang beramai-ramai serbu pejabat daerah untuk menguruskan hal-hal peninggalan my dad. Pengajaran yang aku dapat is kalau kiranyalah kome ada reta, siap2 la bagi penama or tukar nama dekat anak-anak kalau intention kome memang nak bagi anak-anak. Lagi banyak reta yang kome tinggalkan, lagi banyak la urusannya. Esp kalau anak kome anak perempuan, lagi la kome kena urus dengan baik.

Aku harta-harta benda ni I am not intereseted at all. Aku pun belum tentu boleh hidup bepuluh tahun nak gilakan sangat harta. Orang kata simpan la harta untuk anak cucu tapi aku tak fond of that kind of idea. Pada aku harta mak bapak aku, harta dorang. Aku tadak hak walau sesen pun kalau dorang tak mo turun kat aku sebab itu memang harta dorang. Konsep harta mak bapak harta kita tu tak apply atas aku sebab pada aku masing-masing patut bertanggungjawab atas diri sendiri dan tak perlu mengharap apa-apa dari orang hatta mak ayah sendiri. Kalau tiada, jangan meminjam jangan meminta-minta. Hidup dengan apa yang kita ada, cukup ataupun tidak sebab kita sendiri bertanggungjawab atas diri sendiri. Kalau tak cukup, cari. Kalau kurang, usaha. Jangan meminta!

Apa guna ada sedara mara kalau tak boleh nak tolong? Kalau aku sedara kau, aku bagitau la siap2 aku memang takkan tolong tambah lagi kalau apa yang berlaku sebab ko buat decision yang bangang dan cari nahas. Kalau kau masuk penjara or kena gantung, biarlah kau kena agar kau dapat belajar tentang hidup. Dalam hidup, kita perlu bertanggungjawab. Itu kunci utama kehidupan. Dalam apa sahaja perkara, perlu ada rasa tanggungjawab.

Sunday 10 July 2016

Raya Lagi

Kalau semalam raya sampai ke Papar.. hari ni kitaorang raya dekat pekan plak lepas balik raya dari rumah ankul2 ahkak. Lepas dari pekan, duk umah la apa lagi!

Saturday 9 July 2016

Raya Sampai Lebam

Hari ni ahkak and the gang memulakan sisi beraya. Biasanya kitaorang pun tak pergi banyak umah. Paling2 4 or 5 rumah je. Hebat tak? Muhuhahahahah.. Antara umah yang kitaorang pegi is rumah nenek, umah bapak tua & tengah ahkak.. rumah ankul2 2 or 3 buah. Tu je la.. taun ni kitaorang beraya jauh sikit. Ke rumah adik bapak ahkak di Papar & ke rumah kakak sepupu ahkak, juga di Papar.

Oh stress! Pagi Papar jem nak mamfus!! Merasa la malam baru sampai umah walaupun tak dapat tanding rekod ahkak yang pernah beraya sampai kol 11 or 12 malam kat belah si Chemba. Memang apa pun tak dapat lawan la rekod tu sebab masa tu ahkak belum pun 2 bulan lepas bersalin oke!


Dalam kitaorang stuck jem teruk, si Hannah chan jugaklah yang bijak recharge energy. Siap landing lagi dekat auntie..

Friday 8 July 2016

Chef In The House

Ingatkan esok hari mak ahkak nak buat kenduri, skali reschedule ke ini hari pula sebab one of my sis nak balik kolej. Menu hari ni, sup daging, rendang ayam dan acar. Simple menu je.. sup my mom masak n rendang ayam ahkak masak. Nasib la adik beradik ahkak ni pandai pilih menantu yang pandai masuk dapur, ramai la tenaga kerja. Nak harap sedara mara tulung? memang tidaklah. Lagipon kitaorang dah besar-besar dan mempunyai kemahiran tinggi di dapur (phuiii!)... makanya masak la sendiri.

Ahkak kalau masak daging, anytime sap sap suiii tapi kalau masak ayam memang lemah! Nasib baek la berjaya jugak. Kenduri berjalan lancar cumanya macam biasala.. masa tahlil berapa kerat je tapi bila time makan.. tetiba jek ramai sampai 3 4 kali ganda. Herannn!

Thursday 7 July 2016

Balik Kampongg Yeayy

Selamat Hari Raya Ke Dua.. hari ni kami baru nak balik kampong sebla ahkak. Flight kol 12.35, kol 3 lebih gak baru sampai KK. Ingatkan boleh la sampai kampung awal, sekali sewa kereta buat hallll la!

Always kalau balik kampung, memang part kereta ni memang big problem. Udahlah sewa mahal.. koman2 sekali sewa tu RM600 tapi bila ko dapat keta yang ntah hapa2 op kos la hati panasss kan. Pernah kena aircond tak sejuk.. itu yang paling worst la. Kali ni kena wiper angkang n spring keras. Ada plak orang kereta tu suh kitaorang g baiki kat workshop sebab ciput je katanya. Atuk kaw! Kitaorang ni nak cuti, apa ada halll pula nak fikir pasal kereta rosak. Berasap la laki ahkak nasib baik la laki ahkak tu cool. Kalau ahkak, xtau la apa jadik. Sudahnya malam la juga baru sampai kampung.

Wednesday 6 July 2016

Selamat Hari Raya 2016


Selamat Hari Raya dari ahkak sekeluarga. Usahlah di tanya mana si anak sebab ahkak pun tak tahu di mana dah anak ahkak pergi. Dia tak sporting taun ni, so kami jek la bergambar. Jangan juga ditanya apsal ahkak nampak kurus sebab hakikatnya tidak. Bukanlah ahkak mengedit gambar2 ahkak, infact ahkak tadak buat apa2 pun. Timo kasih la Oppo kerana membuat ahkak nampak kuruih dalam gambar2 ahkak.

Raya pertama ahkak raya dekat belah si Chemba dulu... esok baru pulang kampung ahkak nun di bawah bayu.. ayayayayay!!!!

Monday 4 July 2016

Balik Raya


Patutnya Sabtu tu dah balik umah in law tapi si Chemba kerjanya tidur tidur tidur.. dia punya tidur tu makanya hari ni lah baru nak balik kampung oke! Apa-apa pon yang happy si Hannah chan sebab dapat 2 lai gown baru dari auntie dia..

Tuesday 28 June 2016

Rotan Untuk Hannah


Masa jenjalan hari tu, tercapai la hajat si Chemba untuk beli rotan tuk si Hannah. Ahkak dulu2 kici memang la memang, selalu sangat la kena pukui tapi ahkak idok la pula nak mengikut jejak langkah memukui budak. Bab rotan ni ahkak tak favour tapi dah si Hannah pun anak si Chemba, ikut dia lah. Ahkak ni paling2 pun ahkak cubit jek. Tu pun tak sampai hati oi! Ahkak ni ketahuan temper tahap gaban tapi luckily la belum pernah lagi keluar api ;p

Tapi apa yang terjadi skarang yekla si Hannah da buat joran dah rotan ni.. langsung tak takut pun bila si Chemba libas dekat kusyen. Nasib kaw laaa Chemba!!

Monday 27 June 2016

Anak Ku Mat Salleh


Kalau emak nya orang putih atau ayahnya orang putih..
Aku faham...
Kalau emaknya melayu bapaknya melayu duduknya di negara orang putih
Aku faham juga...
Kalau emaknya melayu dan bapanya melayu, duduknya di Malaysia tapi bahasa ibunda dirumah bahasa orang inggeris..
Aku juga faham...
Kalau dirumah pengasuh bahasa penghantarnya adalah bahasa inggeris
Semestinya aku faham!

Tapi kalau emaknya orang malaysia & bapaknya melayu
Tinggalnya juga bukan diluar negara..
Malah bahasa ibunda dirumah juga bahasa melayu..
Dan pengasuhnya tak paham bahasa bukan melayu ..

Apakah yang telah terjadi kepada anak aku ini sebenarnya?!!

Bila ikan jadi ee-khann
Bila malam jadi ma-lammm
Air jadi aa-yer

Bingung~

Sunday 26 June 2016

Osaka Planning

Starting today, I'll be planning my trip to Osaka. Oke, yang paling penting now apakah tools2 yang perlu digunakan dalam merancang itinerary gue?

1) Hotel
 Bagi aku, no hotel no talk sebab hotel adalah faktor penentu dalam merancang logistik. Since aku dah kompom hotel yang aku nak duduk, done!

2) Subway Map
Official website http://www.kotsu.city.osaka.lg.jp/foreign/english tapi pada aku website ni tak membantu langsung sebab xde show berapa tambang dan masa yang kome perlukan tuk travel from station to station. So, aku guna website http://www.howto-osaka.com/en/railway/kix/fromkix/ticket.html dan download apps android Metro Osaka Subway. Done!

Kalau nak keluar dari Osaka, for say ke Kyoto bagai.. kena tengok train map pulak.

3)  Mana nak pergi?

Paling basic, google jek 'Osaka Tourism'. En Google akan bagitau senarai Oska/ Point Of Interset siap gambar lagi. So, pilihla mana tempat nak pergi & mana yang nak skip based on your own preferences. Or boleh ke http://www.osaka-info.jp/en/discover/learn/beginners.html, Osaka Info.

4) Done!
Buka excel, buat column2 yang show date, lokasi dari mana ke mana, time yang dibudget, fare dalam yen dan RM. Sap sap sui!

Saturday 25 June 2016

Spegeti Lagi


Masuk kali ni, ini da kali kedua kitaorang buka poso dengan spegethi. Same old recepi tapi kali ni masak sekali mee dalam kuah.. baru umh! Apart from this, aku masak cheesy mince meet juga. Since kali ni kentang habis, aku boh mee spegethi jek sebagai base. Tapi xsesedap buh kentang T_T

Friday 24 June 2016

UTI! UTI!

Pagi tadi ke pejabat macam biasa.. tiba2 dalam kol 8 tu sakit sangat perut belah kanan.  Bila gerak je, lagi la sakit. Makanya dalam kol 9 ahkak bagitau si Chemba ahkak tak tahan & nak g klinik. Pas siap2kan kerja, bagitau boss nak ke klinik & jumpa si Chemba dekat area umah before si Chemba hangkut ahkak ke klinik kesihatan. Luckily kitaorang datang lewat sikit so idokla kena beratur panjang gilos macam before ni sebab orang yang ada appointment pun ramai. Still, kena tunggu lama la juga.

Ahkak bagitau ahkak sakit perut dan pinggang. Doktor suh cek kencing dan x-ray tulang belakang. Doktor kata ahkak kena UTI.. laaagi!! Dapat antibiotik dan MC.. pastu dapat appointment dekat HUKM 3 Ogos nih.. hohoiiii!!!

Thursday 23 June 2016

Menu Hari Ini..

Hari ni kitaorang makan bihun.. jadiklaaa kannn daripada beli kat param yang udahlah mahal, kalau nasib baik dapat la yang sedap tapi kalau tak.. nanges la!! Macam hari tu.. beli cucur cempedak.. 60 sen sebijik oke! Kalau gemuk xpe, sebijik cempedak je. & Kalau sedap tak pe lagi.. sudahnya menyumpah je kitaorang laki bini kat makcik yang jual tu. Lepas tu air.. 3 hengget seplastik. Gila haper! Lagi2 kalau air sirap limau 3 hengget.. menyumpah la jawabnya.

Tapi ada juga yang reganya berpatutan.. contohnya nasik kerabu. Kalau puasa before ni pernah terkena nasik kerabu tak sedap RM7 hengget ++, kali ni 5 hengget je. Pastu ada gak yang jual air rm2 seplastik.

Kesimpulannya, jangala p param kalau xde kesabaran masa nak mengeluarkan duit dari purse. Kompom menyumah!

Wednesday 22 June 2016

Percubaan Pertama Cheezy Mice Beef


Amacam, it look tasty right? Actually memang sangat sedap oke! Tadi ternampak orang post resepi pasal ni dekat facebook. I did'nt scroll down & read the recipe tapinya gambar makanan tu duk terbayang2 dalam kepala. Makanya masa tengah masak spegheti tadi aku try la jenguk2 peti ais aku, kot2 aqda bahan yang boleh dicampur dengan mince beef tadi. And yes! ada.

I got potato, cheese, lada botol, lada hijau, bawang putih, lada hitam, oregano, chili paste & kuah spegeti yang dah siap.. yeayy. I dont have an oven so pakai periuk ajaib je la tuk bake. Memula potong potato & rebus tuk bagi lembut. At the same time ble campak bawang putih dan mince beef dalam kuali. Goreng lebih sikit supaya daging tol2 masak & hilang bau. Pastu barulah masukkan lada botol & kentang rebus tadi. Goreng lagi.. then last skali buh cili paste & campur sket kuah spegeti. Adjust la sesedap rasa... buh kiub pati ayam ke.. lada hitam ke.. sos tiram ke.. gula sket ke.. whatever you like. Pastu buh dalam bekas besi then baru la kome letak cheese on top. Last sekali letak je dalam kuali ajaib tu.. no need buh air or minyak oke.. just letak je & bake. Done!

So ini la full menu hari ni... air tangan gue katanya

Saturday 18 June 2016

Karpet Baru

Semalam masa singgah Tesco, terbeli la pulak 2 kapet ni. Abam jual kapet tu bagi RM110 untuk kapet lembut saiz 6.5' x 8'. Masa beli tu degil sangat tanak perchaiya abam tu cakap ahkak kena pakai 3 lai kapet. Sekali pasang kat umah memang tak cukup daaa! Makanya pagi ni kenalah balik semula ke kedai abam karpet tu dekat Tesco tuk beli selai lagi. Abam tu kata semalam kalau beli 3 dia bagi RM325 so tadi si Chemba tagih la janji dia tuk bagi rega itu. Makan dapat lah RM105 hengget.

Apa matcam? Santikk kan!! Ahakss.. Maybe tak tahan lama kot karpet jenis ni tapi bila pijak.. ya ampun lembuttt sangattt. 

Friday 17 June 2016

Toys Sorting

Tadi bekobar-kobar nak kemas mainan si tecit ni.. tapi bila tak pandai habis2 n makin lama makin banyak.. menyesal pulak ahkak! Ini baru yang kecik2, yang saiz besar pun boleh tahan banyak.. huhu

Thursday 16 June 2016

Dannea My Baby

Tadi si Hannah jemaah dengan adih dia.. 1st rakaat perform, 2nd rakaat dah ilang fokus. Lompat sana lompat sini.. hahaha. Tapi manage la juga ikut her dad sampai habis.

Wednesday 15 June 2016

Hati Ku Retak Seribu

Balik kerja tu aku rilek2 kat sofa.. lupa plak cermin mata ada atas kepala. Sedar2 cermin mata jatuh ke belakang sofa. Masa nak amik tu, tah macamana ntah sofa tu terhempas & terhenyek la cermin mata gue. Waduhhhhh!!! Sakit hati gue dibuatnya! Retak! retak! retak!!!

Pasni kabur la pandangan gue... nangesss!!!

Tuesday 14 June 2016

Puasa Day 10

Kalau day before buka puasa makan mee goreng basah, semalam pula mee kari.. hari ni mee kari juga lah nampaknya.. Puasa pertama sampai ke 3 menu yang sama, nasik kerabu param, puasa ke 4 ngan 5 lak aku kat kuching.. puasa 6 tak henggat.. puasa hari ke 7, 8 sampai la 9 ni mee je la nampaknya... miahahah.

Alkisahnya semalam tu nak makan KFC je & dah beli dah pun. Tapi bila aku nampak baki mee yang tak habis goreng the day before tetiba terasa cam nak buat mee kari. First time la kot aku buat mee kari. Resepi hapa pun tak tahu, aku campak je la apa yang ada kat peti. Skali laki aku kata sedap giler & pas ni masak mee kari je la.. makanya hari ni mee kari lagi laaa! Sebab aku pun terhengen sama.

Gara-gara mee kari semalam, tak terjamah langsung KFC yang dah dibeli. Makanya hari ni aku modified la ayam tu jadi ayam butter. Malangnya daun kari tadak, aku campak je la apa yang ada kat peti... tadaaaaa... sedap oke! Cuma kalau makan kompom mati cepat arteri tersumbat sebab bahan utama yekla butter + cheese.

Dan.. ini pula kejadian mee kari aku. Terliur wa sakap lu! Hahaha. Kalau semalam bahan kureng sket, hari ni ada improve la. Yang pasti kalau nak buat mee kari, kalau udang tadak banyak memang tadak sedap la.

Monday 13 June 2016

Happy +1 My Doter

4.55 PM, 13 Jun 2013 di HUKM.. bayi comel dilahirkan. Anak yang baik sejak saat dilahirkan. Tangisannya hanya kedengaran sekejap tetapi senyap lepas dibaringkan di dada mamme. Sepanjang tu dia senyap je..

Sedar-sedar dah 3 tahun dah. Anak yang manis, manja dan sangat gegirl. Kalau ketawa tutup mulut, kalau jumpa mamme & adeh salam & peluk kuat-kuat macam bertahun tak jumpa. Masih tak pandai cakap melayu, yang dia tahu cuma susu, nak dan aseh (terima kasih). Lain dari tu semua cakap orang putih. Cakap pun tak berapa pandai tapi dia da kenal semua huruf & nombor. Suka menyanyi & pandai bawa diri. Semoga tuhan sentiasa menjaga kamu buat mamme.

Terima kasih ya Allah...

Friday 10 June 2016

Bye Kuching

 

Inilah ghopenya bili Superior yang aku duduk dekat Hotel Grand Margherita.. ok sangat!! Kol 7.45 pagi check out sebab nak gerak ke Poli Kuching kol 8.00. Kalau Poli lain yang aku g lawat semuanya tak la jauh sangat dari pekan/ bandar terdekat, Poli Kuching ni pula memang seswai dengan orang yang sukakan nature sebab jauh nun ke dalam dan dekat dengan Taman Negara Kubah. For those yang suka g hiking or masuk hutan or what ever yang related dengan aktiviti nature, seswaiii sangat!

Habis mesyuarat & lawatan, kol 11.30 kitaorang kena hantar ke Airport.. since my flight kolo 2.35, sempat la shopping kek lapis dekat airport. Bos aku orang Sarawak so dia sambung cuti. Dia kata kalau beli kat airport pun lebih kurang je rega dekat Kuching. Ada macam-macam perisa kek lapis, range dari RM10 sampai la RM50.. yang murah pakai majerin & yang atas RM15 pakai butter kata adik yang jual tu. Walaupun aku bukan la nak kata peminat kek lapis, aku beli la sebijik sebab adik yang jual tu kata kek ble tahan seminggu je. Makanya idok la aku beli tuk adik2 ngan kawang2 opis sebab bulan puasa ni orang tak makan sangat.. kang membazir je cam kat umah aku.. miahahaha ;p