Thursday, 8 January 2009

Cerita aku dan Che DeT

Aku ingin bercerita tentang seseorang. Tentang seorang lelaki yang aku kagumi bernama Mahathir.

Tun Mahathir menjadi perdana menteri pada tahun yang sama aku di lahirkan. Aku membesar dalam kepimpinan dan ideologi beliau. Bila ditanya tentang tokoh yang aku hormati, dari sekadar seorang kanak-kanak kecil yang belum mengerti apa itu politik, sehinggalah usia aku sekarang, aku pasti menyebut nama beliau walaupun sehingga saat ini aku masih belum sepenuhnya mengerti erti politik itu melainkan membayangkan ia suatu yang kotor.

Bagi aku Tun Mahathir adalah seorang pemikir yang memimpin, beliau bukan hanya sekadar seorang pemimpin. Menjadi pemimpin sesuatu yang boleh dipelajari dan diwarisi dari seseorang namun kepimpinan ada sesuatu ciri yang dimiliki oleh satu-satu individu itu sendiri.

Beliau juga adalah contoh seorang manusia yang punya keazaman dan keinginan yang sangat tinggi, yang tahu apa yang beliau mahu dalam hidup. Banyak yang kita dengar tentang beliau, malah adakalanya kisah negatif menutup segala yang beliau lakukan untuk Negara selama beliau memimpin. Beliau bukan sahaja seorang ketua Negara, jangan kita lupa yang beliau juga adalah seorang ketua keluarga. Amat sukar bagi beliau memuaskan hati semua pihak kerana beliau perlu lakukan apa yang beliau perlu lakukan. Walau tiada kamus dewan untuk aku rujuk di saat ini, membayangakn maksud perdana itu sahaja sudah memadai kita merujuk sesuatu yang amat besar.

Untuk aku, apa yang kita perlukan bukanlah seorang pemimpin yang 'baik'. Bagi aku juga, sesebuah Negara tidak memerlukan pemimpin yang sempurna kerana tidak pernah ada kesempurnaan dalam seorang manusia. Membandingkan sikap pemimpin di zaman para Nabi bezanya seolah beza di antara kedudukan huruf A dan Z, bukan huruf di antaranya.