Hari ni aku bangun seawal jam 5.22 pagi. Kalau di Labuan, aku akan kembali beradu beralaskan selimut tebal sesudah solat subuh. Berada di stesen komuter seawal jam 6.30 membuatkan aku terkenang kereta, rumah dan segala-galanya tentang Labuan. Tapi aku positif. Aku masih muda dan masih banyak yang belum aku lihat. Terkandas dalam kehidupan yang mudah membuatkan seseorang berhenti berusaha. Definisi kehidupan yang sukar ini juga amat sukar untuk di takrifkan.
6.35 pagi - Aku berada di dalam 'train'. Ramai insan-insan yg bangun seawal aku demi sesuap nasi. Bersyukurlah wahai kita kerana masih terbuka pintu rezeki.