Hari ni dah ahad.. sepanjang minggu menghabiskan masa memutar dvd sememangnya sedikit meletihkan. Sepanjang dua minggu kebelakangan ini aktiviti untuk masa lapang sangat padat. Terasa gian untuk memetik gitar dan menekan kekunci keyboard. Terasa rindu untuk menulis di dalam blog. Terasa tidak mahu terikat dengan permainan video game. Terasa mahu tidur sepuas-puasnya. Juga terasa ingin bercinta. Owh! Sungguh melodramatik pabila diri terlibat dalam aktiviti menonton cerita cinta.