Thursday, 14 May 2015

Seoul Part 3/ 2015 : Day 1

Sampai Incheon




Flight kitaorang expected to land dalam jam 8.20 pagi waktu Seoul, which is dalam jam 9.20 pagi waktu Malaysia. Due to delay semalam, dalam kol 10 baru sampai airport. Dah la airport dia gabak. Sampai2 je kena naik train ke main terminal then lalu imigresen, kastam bagai.. sedar tak sedar dah dekat jam 12.

Fikir punya fikir & due to Hannah pun tak sihat, makanya the plan untuk melawat Eiffel di Ainns World, Bucheon dibatalkan. Kitaorang opted tuk check-in hotel jek terus. It took dalam sejam juga la dari airport ke hotel. Dan, gara2 salah exit we have to walk a bit far. Huhu... luckily ada beg sorong & stroller tuk bawa barang.  Since Seoul dah macam kampung aku gak, miahahaha, makanya tak la sesat pun nak cari the hotel.

Dari jalan besar ble nampak tapi bila nak masuk tu kena masuk lorong sempit. Ayayayaya.. kalau rate Seoul memang seswai la bilik tu dengan rate tapi kalau kat mesia fro RM200++ ble dapat hotel mewah kot. Hotel tu ada 4 tingkat or 5 tingkat, so we were on the 4th floor. Tadak lift & ruang memang adalah sempit. Still, bole la untuk harga banyak itu. Bilik bersih, tak la nampak macam hotel tinggal. Yang penting toilet bersih & air kuat gilak.

Pas rilek2 baring beberapa minit, we all decided tuk jalan2 jek dekat bawah since si Hannah pun tak sihat. Jalan punya jalan, dari Jongno-3 sampai ke Jonggak, sampai ke Cheongyecheon sampai ke Gwanghamun Sq. St la jugak kitaorang jalan. Since dorng akan celebrate birthday Buddha lusa, makanya meriah la Seoul ni dengan festival Lotus Lantern Festival. Kalau oegi time besa2 memang takde la kot lip lap pun dekat Cheongyecheon ni, tapi since ada festival banyak la lantern yang dinyalakan.






Wednesday, 13 May 2015

Seoul, Akan Bertemukah Kita?

Aku terpaksa ambil cuti hari ni nak monitor Hannah sebab her dad petang baru sampai. As of tengahari tadi badan Hannah tak la naik panas sangat. Aku just bagi ubat on time, hoping for the best. Beg2 baju weekend hari tu aku dah pack, takut jadi macam ni la.. something unexpected.

Last2 we decided to teruskan the trip. Bawak je la ubat Hannah. Dalam kol 8 gerak ke TBS & tinggalkan kereta di sana before naik erl ke KLIA2. See you Seoul!

Tuesday, 12 May 2015

Sampaikah Hannah Ke Seoul?

Pagi tadi masa hantar Hannah ke rumah pengasuh, terasa cam badan di suam esp tang kaki dan tangan so aku pesan dekat akak yang mengasuh soh call kalau badan dia start panas. Around 12++ cam tu aku dapat call, apa lagi, terusss la ambik half day & bawa si tecit ke klinik kesihatan. Alhamdulillah, walaupun demam tapi si tecit masih bertenaga cumanya sedikit manja je.



Bagitau si Chemba, he said kalau condition Hannah teruk maybe we have to cancel our trip to Seoul tomorrow night or eles, aku pegi sorang. Huhuhu.... Kalau kansel, sio2 melayang dekat 3k tapi kalau jadi apa2 dekat anak aku I could never forgive myself!

Tuesday, 5 May 2015

Panduan Makan Masa Berpantang

Ini adalah panduan masa pantang yang aku dapat dari facebook. Ntah sapa la yang baik hati lagi rajin prepare the list. Napa aku ada list ni? ahaks! bukan! tidak dan nehi! aku belum nak menambah lagi dik non. Saja la buat panduan, manala tahu.. aku ni anak sulung. Kot2 nak kena menjaga orang pantang esok2 ye dok!

Friday, 24 April 2015

Transform The House Dengan Bajet Ciput

Aku dari dulu lagi memang suka menghias. Walaupun tidak secantik mana, at least senang la dipandang mata. When I first started jatuh minat dengan kerja-kerja menghias & also menjahit, time tu aku masih sekolah menengah so I was out of budget. I wanted to do tapi duit tak cukup. Sudahnya, demi merealisasikan impian I went for alternative as that was the only option yang ada.

Since sampai laa ni, masih gak tak cukup duit dan tak kaya2.. masihla juga I have to be a bit of innovative. Kalau orang simpan duit berkoyan untuk ubahsuai rumah, aku pula lebih senang menabur duit pada syarikat penerbangan dan hotel demi g melancong so I am always out of budget. Selalunya aku akan opt for barang yang murah & make it work dan bereksperimen dengan kegunaan yang pelbagai.

Rumah aku memang penuh dengan barang2 murah yang aku beli esp dari kedai Mr DIY antaranya yang kat bawah ni. Lawa kan lapik toilet aku, kalis air u! baru 4 hengget kot. Tu divider itam merah tu, 4 keping dalam 10 hengget je kot kat Mr DIY.. so berjaya lah aku transform rak buku jadi room divider.. & then tepek cermin Ikea yang aku beli dengan harga RM30 untuk 4 kepings.. selesai masalah aku. Tak yah dah nak kena build dinding bagai tuk separate the ruang or beli divider yang op kos la mahal.

Next one, kabinet dapur tu. Aku berjaya selesaikan masalah kabinet dapur yang tak sengam dengan tema rumah dengan hanya menggantung non-slip mat kaler itam & merah yang aku beli dengan rega RM6 selai kat Mr DIY.

Kesimpulannya, tt doesnt always have to be an expensive renovation, if you look boarder.. banyak barang yang boleh ditukar fungsinya kalau kome cukup bijak mengubah suai.

Toilet sticker
RM10/ 4 pieces divider
RM6/ non-slip mat

Wednesday, 22 April 2015

Retak Seribu

Kalau skola anak ko retakgini, agak2 ko hantar tak anak ke sekolah? Ini le yang terjadi dekat one of the school yang kitaorang tengah on the kes. Kalau ada yang nengok tv, kuar kat berita.... huhu

Tuesday, 21 April 2015

Fresh-From-Oven-Experience : Premium Beautiful

Day 1

Semalam member aku datang bawak set corset Premium Beautiful consist of long girdle, long bra & waist nipper so today is the 1st day la kan.

Apa aku rasa? op kos itu yang orang nak tahu kan. Aku rasa kurang selesa. Op kos la kannn.. manada orang selesa kalau kebiasaan dah betukar. For say, kalau tak biasa pakai ketat.. cuba try pakai yang ketat, kompom gelisah semacam kan. Antara sebab aku rasa tak selesa is 1st, tak biasa.. 2nd ketat.. 3rd, cabaran ke tandas dan 4th cabaran nak membongkok bagai.

Tapi hari aku berakhir dengan ok dan aku berjaya menempuh hari ini dengan jayanya.

Ada apa2 komen? hmm.. dalam banyak2 cabaran, aku rasa yang susah sikit tang toilet sebab pakaian tu ketat. Aku pulak bukan jenis g toilet sekali dua je sepanjang 8 jam bekerja, paling sikit aku akan pegi pun maybe dalam 8 kali kot.. hebat kan pundi cicing aku.. hyper aktif dowww! Orang kata maybe kenc manis ke apa ke kalau kerap kenc.. aku pun tataw. Dari kecik aku cengini, test gula gtime preggy ok jek so aku just assume aku punya pundi ni hyperaktif la kot... hahah.

Masa ke toilet, tang buka no prob tapi bila nak pakai dan betulkan balik tu leceh sikit la dari biasa. Pastu aku cam kenyang jek.. kalau da namanya perut kena ikat.. mana tak kenyang kan! Pastu, yang aku kureng gemor sikit dada rasa penuh. Kalau dah namanya push up bra, op kos la kan.

So balik kerja now aku ada kerja baru, cuci korset. It wasnt as menyusahkan as you think pun.. buh air sket lam besen, tuang pencuci khas yang aku beli bersekali dengan set PB aku.. buh long girdle & long bra lam tu.. gosok2 manja set PB aku..bilas ngan air banyak & hang kat bili air.. tak sampai 5 minit siap dow!  Lam few minutes amik tuala kering, tepek2 kat set PB bagi dia serap air.. then da ble jemur depan kipas. It took 5 6 jam jek kot tuk keringkan.

Friday, 17 April 2015

Hannah & Magi

Aku pun tak paham ngan si Hannah ni. Kalau diberi makan bukan main menolak lagi dia macam kena dera tapi kalau aku bagi mee maggi, no 1! Sampai menjilat jari dia.

Since dia kompom akan mintak magi aku, now aku terpaksa jerang the mee 2 kali. 1st tuk lembutkan the mee, bila dah masak.. cuci & masak semula macam biasa. Portion yang aku nak bagi dia aku cuci lagi sekali dengan air tuk kurangkan rasa perencah. See... bukan main lagi pose dia

Thursday, 16 April 2015

The Mines... Aku Datang Hari Ini

Kalau semalam aku skema, hari ni tidak lagi. Habis jek miting aku terus melepakkan diri di sini, The Mines. Kebetulan miting tadi tamat just about masa rehat stat & since while on the way back lalu sini.. so I stop here. Nasib la masa rehat tak panjang, kalau tak kompom aku sempat naik cruise... hahahaha.

Dulu laki aku janji nak bawak naik cruise, after dah nak masuk tahun ke tiga perkahwinan pun haram tak pernah jejak.. ada jek halangan... huhu. Nasib la kat Mesia jek.. kalau ada kat tempat yang aku happen to lawat while on vacation di luar negara.. konpom by hook or by crook aku paksa gak naik menda alah ni.

Wednesday, 15 April 2015

Makan Orangggggg!!!

Hari ni kena hadiri mesyuarat dekat luar, somewhere dekat Sungai Besi. It was supposed to start on 9.30 kononnya yet kol 11 baru start. Rasa macam nak makan orang! Sarapan pagi tadi yang pada awalnya buat aku rasa cam penuh perut, bila happen cam ni aku rasa cam boleh makan orang.

I am not a fan of waiting. I dont want to make people wait, vice versa. Tunggu 5 minit pun dah boleh buat darah aku mengelegak, apa lagi tunggu sejam lebih. Nasib baik la aku hanya ikan bilis, kalau aku jerung.. aku halau semua yang lewat dari meeting aku. Kacau!! macam orang lain ni tak de komitmen lain nak tunggu dia datang.. siut je!

Tuesday, 14 April 2015

Bot Stim

Balik umah tetibarasa cam nak masak steamboat. Tak pernah pun masak langsung before ni & takdak idea pun nak buh kuah apa.. ahaks. Kebetulan tadi ada beli bebola daging & fish cake & dalam peti ada ayam.. so aku pun rebus la ayam.. campak bawang putih berulas2, cili padi sket, garam & perisa magi sket, ketumbar & jintan sket.. asam sket.. siap la kuahnya.

So.. hasilnya telah berjaya masuk dalam perutku! Tp steamboat aku tadak sos ya.. mode jumat!

Monday, 13 April 2015

Main Dari Kaca Mata Hannah Chan

Ini la aktiviti si Hannah Chan kalau diberi peluang main. Kesian dia sebab semua mainan dia aku catu walaupun mainan dia boleh tahan banyak la jugak.

Anak sulung kan! What do you expect.. mesti ada macam2. Beskal kecik, beskal roda tiga, keta kontrol bole charge, ipad, patung, lego, keyboard, ukulele, bola, henpon semua ada.. buku dia saja sebakul walaupun dia nye bercakap pun tak pandai lagi.

Friday, 10 April 2015

Premium Beautiful ; I am Going To Be Involved

I am not really sure whether this is a dumb decision or a smart one dengan berbelanja almost 3K for the sake of corset ok! I know corset is good tapi 3k? really?

At the moment aku masih belum terima lagi the corset. So, for those yang berminat dalam diam nak tengok betapa rampingnya tubuhku pasni.. silakan la baca this belog dalam diam jugak as this is a fresh-from-oven punya pengalaman that I am going to share.

I am hitting half of 30, so dah mula rasa macam2 sakit esp kaki dan belakang. Kaki memang dari kecik2 biasa sakit tapi belakang ni kalau dulu2 time peod jek baru sakit. Pas bersalin & amik epi dulu.. tak sembuh2 sakitnya sampai la ni. I am taking a step to improve my health. Hopefully dengan berbelanja besar di saat2 kewangan sangat kritikal, I am hoping for the best. Pray for my luck!

Wednesday, 8 April 2015

Monday, 6 April 2015

How Do My Make-Up Lasts Longer

Ok. I am no make-up artist whatsoever, nor am I a beautician. Kalau dulu2, tak sampai sejam bedak wa da ilang tapi sekarang tidak lagi sejak2 aku belajar dengan incik google how to do shading technique. Shading technique ni basically mengggunakan highlighter & dark shader tuk highlight the feature of your face since not every area of your face area equally colored. Pastu dulu I hated bedak sebab nanti nampak cam tepung gomak. Banyak dah face cream dan bedak yang aku cuba, yang mahal yang murah semuanya tak memuaskan hati tapi bila apply shading, muka nampak lebih umh! Miahahahaha.

But trust me, kol 7 lebih make-up.. kol 4.30 muka aku masih ok2, yang ni time xsolat + malas nak belek muka. Apakah ok2 tu? muhuhahaha.  Pandai2 la kome translate sendirik!

Si cencomots

Wednesday, 1 April 2015

Magnum Cafe Di Mid Valley


Amacam? Mengancam kannn!! Miahahaha.. Apsal la masa aku koje dekat midvali dului cafe ni tak bukak lagi.. kalau idak mau melayang duit aku hari2 makan eskrem.

Monday, 30 March 2015

Bujang Day Out

Hari ni aku sengaja ambil cuti sebab incik Chemba kebetulan esok ada mesyuarat dekat sinin. Aiyayayayaya... lama dah tak g dating berdua.. selalu ada si tecit. Tapi bila si tecit takde ridu pula dengan kerenah dia & duk tanya2 apalah agaknya yang si tect buat kat umah pengasuh dia. Kalau hari2 kerja pun asyik duk tpk apalah yang anak aku buat, apakan lagi saat2 bersantai. Huhu..

Ini muka si tecit yang tak tau dia nak kena tinggai mamme & dadde yang g dating.. ahakasss

Ini pula mamme dan dadde yang bujang!!

Ahaks..

Sunday, 29 March 2015

Peringatan Diri Tentang Cicing Suwit

Tadi before balik kelam kabut g guardian belikan my dad glucose tester & bp monitor. BP monitor tu dalam RM189.9 kat Watson while glucose tester tu dalam RM78 hengget kat guardian. Semalam aku belajar pasal jarum insulin, hari ni plak cek darah. So aku nak peringatkan diri sendi le ni alkesahnya bahawasanya bukan senang oke kalau kome kena kencing manis.

Tak makan luar macam kaki rosak sampai kena potong, dihentamnya organ dalaman like saraf etc. Moga Allah permudahkan semuanya untuk my dad.. hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya...

Monday, 16 March 2015

Hello New House!


Kalau nak pindah lama, nak melengkapkan umah baru kitaorang ni lagi la lama kot. Now ini la rupaya, belumpun half way selesai. Umah ni dah dipasang kitchen kabinet tapi dah namanya umah 2nd hand, apa yang boleh kau harap.. sah2 semua dah xbaru berkilat kilat kan.

As of today, dinding baru half je bercat. Wallpaper pun masih bersisa, stress dow! Maybe umah ni taste orang tuha so kitchen kabinet dia kaler kunin kayu. Aku memang cukup x gemor kaler itu, apa2 perabut yang aku beli pun.. kaler kayu memang aku rejek punya. Since tak de opsyen lain, yelah.. nak pasang kabinet baru tak mampu so aku modified la appearance kitchen kabinet aku jadik itam merah guna pelapik getah. Selamat duit aku doii!

Pastu cat meghah tu plak buat hai. Eiiii!!! Aku pun tak paham. Kitaorang pakai cat ada 6 kaler, semua brand Dulux or Nippon. Yang 5 tu ok jek tapi yang maroon ni buat hal. Bercapuk2 dinding aku dibuatnya. Nak tukar kaler aku malas sebab memang nak kaler ini. Udoh tu kena la cat semula.. alaaaahaiii!!

Tuesday, 3 March 2015

Goodbye Umah Pertama Hannah


Hari ni aku amek cuti semata2 nak pindah umah. Nak harapkan si Chemba, memang tidak la boleh ku harap. Tambah kalau dia da start pening, haru! Alhamdulillah, akhirnya almost selesai juga perpindahan kitaorang yang da lebih seminggu tak selesai2.

Sedih juga nak tinggalkan rumah ni. This is our 1st house together, umah pertama Hannah & rumah pertama aku yang pencuri boleh masuk oke! Bye bye house!!

Sunday, 1 March 2015

Cerita Beli Rumah

Lepas khawin tahun 2012, kitaorang duduk dekat rumah sewa. Tetiba satu hari tu orang yang menyewakan rumah kat kitaorang tanya, berminat ke nak beli rumah sebab ada orang nak jual rumah dekat blok lain. Walaupun masa tu kitaorang belum pun bercadang nak beli rumah tapi the offer sound cam menarik la pulak sebab kitaorang memang suka sangat la duk kat area apartment yang kitaorang sewa tu.

Pas berbincang, we decided to buy the house. It was 2013, finally, 2015 baru settle oke! Why too long? Buying the house, macam2 jugak la cabaran. 1st sebab guna loan gomen. Tau la, macama2 hal!! Kalau beli umah yang pernah dimilik orang, panjang sangat cerita dia. Ko kena tukar nama dulu, dapat geran then baru la ble proceed apply loan. Apply loan pulak berzaman. Dah la tu, loan dah lulus dan cek da dapat.. boleh pulak cek yang kitaorang dapat tu cek tendang. Tak tahula macamana orang gomen ni buat kerja. Kalau cek tu boleh tukar on the spot tak pa, boleh la pulak dorang bagitau yang the process will have to start from the beginning,  2 or 3 bulan! Memang terbakar la! Nasib laki aku dan lawyer gigih, dapat la cek 2 weeks lepas tu.

Pastu, tuan umah yang kitaorang beli pulak sombong nak mampus. Kita tanya sket, semua dia suh refer lawyer. Apa bangang punya orang. Sampaikan management umah tanya dia pun dia suh refer lawyer. Kalau lain kaum tu I shut my mouth la tapi ini sesame melayu, boleh dia  berperangai cam cipan. Macam la umah dia tu 2 juta. Poodah!

Pastu lagi, umah tu penuh dengan wallpaper. Memang macam harrr la kitaorang nak menanggalkan. I really am not a fan of wallpaper. Kalau pasang sikit, acceptable tapi kalau the whole house berwallpaper, what the!

Sudahnya sampai laaa ni urusan pindah rumah  masih tak settle lagi T_T Sabarrrrr

Friday, 20 February 2015

Rapid Transit System We Have....

Apakah? Haaaa.. for those yang tak tahu, ini yeklah gambar rapid transit transportation map kat KL. Though ada yang sampai ke Perak & Negeri Sembilan nun.. this is what a transporation map we have in KL. Simple dan tak complicated tapi agak mengecewakan especially in term of time management of KTM Komuter. Apart from that, lack of signage dekat station.

I travelled not-so-around-the-world dan dah naik 4 daripada 5 sistem pengangkutan train dalam bandar yang paling complicated dan busy di dunia which is Seoul, London, Paris, Tokyo dan New York. Rasa macam... alahaiiii Malaysia. Tak perlu tambah banyak2 station, cukuplah sekadar improve on time management dan tambah-tambahla sikit signage tu.

Meh aku story sket pasal world urban transportation yang pernah aku naik. The best is Seoul Subway with 18 lines dan 509 stations. Currently expanding at the moment, yang ni baru underground jek.. tak masuk lagi LRT oke. Next is Tokyo with 13 lines dan 290 station, tak masuk train line yang juga serving witihin Tokyo. And then we have London subway dengan 11 line dan 270 station while Paris ada 16 lines dan 303 station.

Persamaan antara ke empat2 negera is, most of the time their train are on-time! Tak yah risau terlepas train, there will be another on-time train. Lagi satu signage, memang konfem tak akan sesat be it ko dekat dalam station or di track. Maybe kat London ada kureng sikit. Kalau kat Mesia ni, kat track LRT station nun.. ko tak tahu pun what was the previous or next station. Sign yang ada cuma station yang ko berada sekarang.

Wednesday, 18 February 2015

Si Tecit Demam Lagi

Time lunch tadi aku hangkut kak Chereema, PA bos aku ke area umah sebab dia nak momom Secret Recepi dan aku nak g collect kad kredit dekat bank. Trafik pegi balik lancar pulak hari ni, maybe sebab dah ramai orang tinggalkan KL kot tuk balik kampung sempena CNY ni. Around jam 2 aku sampai ofis balik.. tetiba dalam jam 2.45 laki aku call kata pengasuh si tecit bgtau Hannah demam. Sudahnya bekejar2 la aku balik umah siapkan beg susu, then bekejar ke umah ke umah pengasuh amik Hannah before meneruskan bekejar pulak ke klinik kesihatan. Alhamdulillah orang tak ramai dan we manage to settle the urusan before 4.30 pm.

Tadi both of us dapat rawatan. Aku rasa every time Hannah ke klinik kesihatan, aku pun joint sekaki. Hari tu Hannah demam, aku sakit belakang.. kali ni Hannah demam aku lak batuk & tekak bengkak. Aku rasa Hannah jangkit dari aku kot. Siyan dia...

Makanya hari aku berakhir dengan letih hari ni... huhuhuhuh


Monday, 16 February 2015

HongKong : The Untold Story Of HKIA

Free aviation gallery
Halal Fast Food - Popeye
Cinema
Food Court
Hong Kong Airport agak chantek dan wow! Mind u dalam airport dia ada cinema oke! And kids theme park ala2 Kidzania.. so? memang wow la kan. Apart from that, depa juga ada free aviation gallery so bole la nak isi masa lapang sementara tunggu flight belajar sikit2 pasal aviation. Dan.. golf course pun hado oke!

Airport ni terletak di pulau Chek Lap Kok. They reclaimed the land for the sake of building this airport yang dibuka pada 1998, a week later then KLIA kita. Dekat airport ni ada 2 terminal, Terminal 2 & Terminal 1. Kalau naik airasia kena p terminal 2 while MAS dekat terminal 1. Kalau naik MTR, kena turun pintu yang betul either pintu kiri or kanan sebab u'll be in either Terminal 1or Terminal 2. Kalau salah turun pun xpa, still boleh p terminal yang nak dituju.. cumanya kena jalan le.Dekat terminal 2 ni ada shopping complex, SkyPlaza. Kalau dah namanya shopping complex, op kos la banyak kedai kan! And one of the kedai telah melesapkan duit aku berjumlah 549 HKD or lebey kurang RM250 semata2 nak beli beg Hello Kitty tuk si kecik padahal kalau beli kat Mesia lagi murah. Huhuhuhuhuhuoiii!

One of the best thing about this airport, dorang ada outlet fasfood yang menyediakan makanan halal, Poppeye! Sedap sangat tu idak la, lain rasa ayam dia dari KFC tapi for them to provide this halal outlet.. memang terbaikkkk la Hong Kong! Harga pun tak mahal sangat..

Saturday, 14 February 2015

Pindah Rumah

Hari ni baru berkesempatan nak mula pindah rumah secara bersungguh2 setelah tertangguh sebab cuti2 Hong Kong & balik kampung last week. Nak kata pindah jauh tu, memang tak lah. Kitaorang pindah blok jek pun. Bila dengar kitaorang beli rumah apartment yang kecik, timbul jugak la soalan apsal tak ambil rumah landed yang besar sikit sebab kalau beli  nanti mesti harga dah mahal. Rumah landed senang nak parking & angkut barang. Anak2 senang nak main dan macam2 lagi la kelebihan menurut para si polan.

Siapa yang tak nak duduk rumah besar dan luas, kan? tapi kalau duduk dalam KL ni, mana nak dapat rumah landed, besar dan MURAH? Potong kuku kaki la kalau ada! Beli rumah ni bukan decision yang mudah sebab kalau nak rumah landed, besar & murah tu.. kompom la jauh dari KL. Kalau dah jauh dari KL, kompom la ko kena melabur dekat pengangkutan awam or tol, minyak & maintenance kereta. Tang tu boleh tahan lagi, tapi tang jem hari2.. aku memang tak boleh tahan. Hati senang rumah besar pun jadi susah kalau kena mengadap jem.

Rumah kitaorang kecik jek, tak sampai 800 sqft. P kerja tak jem, balik kerja pun tak jem even though kereta banyak kat jalan. Paling best sesen pun aku tak bayar tol! Minyak keta, 70 hengget tu banyak baki lagi tinggal kalau isi every 2 weeks. Takat nak g kedai makan, kiri kanan depan belakang rumah aku ada kedai2 macam Old Town, Secret Recepi, Dominos, Pizza Hut, Satay Station, Murni Discovery.. even kedai Upin Ipin pun ada.. jalan kaki jek. Semua jenis bank ada & boleh jalan kaki p balai polis, pejabat pos & JPJ jugak. Kalau keta rosak, jalan kaki lagi g komuter or LRT. Nak g airport, tak yah la susah2 panggil teksi. G jalan naik LRT sampai BTS then naik ERL. Nak g tasik, punnn boleh jalan kaki apa lagi g masjid.

Itu antara kelebihan kawasan rumah aku yang menjadi pilihan kitaorang. Selain tu umah kitaorang ni jugak terletak within 10 KM dari KLCC, Bukit Bintang, Mid Valley & Sogo. Personally aku jenis yang tak berapa gemar rumah landed sebab tau la sekarang ni, macam2 kes aku dengar. Aku ni jenis yang penakut. Kalau umah landed, banyak tingkap dan pintu yang aku perlu risaukan. Pintu luar, pintu dapur, tingkap keliling umah.. x aman nak tdo. Kalau duk apartment bukan lah selamat mana pun tapi at least peluang untuk penceroboh masuk dalam rumah tu telah di minimakan sebab tingkap & pintunya tak banyak. Tambah kalau duk floor tinggi.. tak rajin sangat la kot pencurik nak memanjat dari tingkap.

Rumah kalau besar pun aku tak berapa suka sebab aku tergolong dalam spesis pemalas. Aku suka rumah yang  kalau boleh free maintenance, at all! Tak yah nak sapu & bersihkan selalu & tak buang masa aku tuk manage. Unless ada maid, lain citer la..

Harapnya semua dipermudahkan.. sebab kitaorang ni jenis pemalas.. malas nak pack2 barang pindah rumah! hahahahahahaha

Friday, 13 February 2015

POPO Masuk Hospital

Ok. 1st nak bagi kenai dulu sapa POPO ni. POPO is my phone… miahahaha. Since kalernya putih dan brand nya OPPO, so I named her POPO.

For the first time sepanjang pakai hape, hape aku masuk shepital.. I mean repair center. Alkesahnya phone aku ni before tido hari tu, low bat. Sekalik esoknya dah arwah. Cas2 tak mau.. tekan2 op kos la tak dapat kan! Aku rasa sebab aku cas dengan macam2 charger kot, tu yang arwah.

Sebelum ni aku peminat tegar Samsung Galaxy Mega. Now si Mega masih ada tapi aku sayang nak guna, boleh? So aku beli la si POPO ni buat phone pakai lencannnn. Tapi si POPO ni pun aku sayang gila sebab kamera dia yang 13MP boleh rotate. Wefie ka, selfie ka.. what ever fie gambar ko memang chantek. Kalau kamera, POPO memang terbaikkkk! Kalau ko set auto mode – beauty face… nanti dia akan besorkan mata ko & halus muluskan kulit ko without nampak sangat cam edit.

Itula kelebihan si POPO yang membuatkan dirinya begitu berharga. Mana best, OPPO ke Samsung? Op kos la si Sam lagi smooth. Aku pakai model N1 mini. Phone ni guna built-in battery dan tak ble tambah memori.. cam Ipon la kunun2. In term of kepenggunaan, cam henpon biasa la cuma one thing yang kureng tentang phone OPPO ni yekla usage masa tengah cas battery. Kalau masa cask ko nak menaip meseg, henpon ni jadik gila. Keypad lagging dan tak paham sangat apa aksara yang ko pilih & nanti dia akan suggest word yang bukan2. Apart from that, ok2 la.

So alkisahnya aku nak g la hantar semula ke kedai yang aku beli ari tu, dekat Lowyat. Aku naik monorel sebab janji dgn si Jumie nak jumpa dekat Lowyat lepas pelan asal nak g berjimba dekat NuSentral tak jadik gara2 hangen dengan komuter. Masa turun dekat stesen Imbi, aku malas nak turun tangga so aku masuk jek dalam Berjaya Plaza. Tetiba nampak Oppo servis centre so aku pun tanya la amoi dalam tu ur kedai bikin apa… amoi tu kata, repair la! So aku pun apa lagi, now u repair la my phone. Dah puas aku ronda2 dekat Lowyat, 2 jam pastu da ble collect si POPO. Rupa2nya battery dia rosak! Nasib le under warranty, free… sukur tah nakkk!!

Wednesday, 11 February 2015

Hong Kong : The Untold Story Of Unique Hong Kong

Antara perkara-perkara yang membuatkan aku akan mengingati Hong Kong, not in order, first of all is their escalator. Escalator dorang laju okeh. Memula tu rasa cam perasaan jek kot tapi memang lah, memang laju! Sepanjang di sana kitaorang asyik dihantui bunyi tetetetetetetetet.. itu le bunyi escalator depa yang agak kuat dan bising. Selain tu, depa juga ada series of escalator sepanjang 800m yang reversable.Yang ni nak cuba next time sebab hari tu tak sempat.

2nd, orang depa tak mesra alam. Aku hari tu nak beli Ocopus Card, tadak salam tadak apa apek jaga kaunter tu terus2 tanya aku, what u want?! Masa g ladies Market pun, cenggitu jugak. Kalau kat Mesia pekedai either tak layan ko or terlebih layan sampai terasa ala2 akak penjual tu kawan ko pulak tapi dekat Hong Kong dengan muka masam tak senyum, either di bolayan  or layan ko dengan pertanyaan direct to the point, what u want?! Takde bahasa bahasi cam kita, alih2 terus... what u want! Kalau kat Mesia cenggini, jangan harap aku nak beli kat kedai ko!

3rd, kalau di Seoul signal wifi merata tapi kena bayar or kena ada subscription to the plan.. kat Hong Kong sila dengan senang hati bertenet dengan free sebab gomen depa baik offer free internet dekat banyak tempat especially dekat tempat bersantai & park.

4th, banyak bebenor bangunan pencakar langit, Hong Kong rank 1st dalam list cities with most skyscrapper dengan 302 building followed by New York. KL? duk no 47 jek oke. Kalau g jenjalan dekat area Causeway Bay tu, kat bawah bukannnn mainnn lip lap tapi kalau ko dongak ke atas, alaaaaahaiiii! Huduh bebenor oke pemandangan umah orang semuanya. Maybe sebab dorang tak cukup tanah la kot, tu yang cramp tu.

5th, Hong Kong is a fusion of new and old, west and east. Biasanya store barang2 branded like Coach ka apa ka, kita akan nampak depa bina dekat area2 elite yang bangunannya chantek2 belaka tapi kalau kat Hong Kong. Sebla tu branded, sebla tu kedai2 buruk.

6th, kalau nak rasa naik train lalu tunnel dalam air... kat Hong Kong ada. Masa lepak2 dekat TTS Promonade, pelik juga macaman la keta or MTR dorang cross ke HK island sebab tak nampak pun connecting bridge crossing the harbour. Rupa2nya depa ada under water tunnel yang depa panggil cross harbour tunnel. Walaupun idakle kome nampak air masa lalu kat bawah from TTS station ke Admirality station tapi the feeling of knowing you are down there cam, wow la jugak.

7th, Hong Kong is the city of light. Kalau memalam melepak dekat TTS Promonade tu.. memang best gila. Watching the light show from the harbour.. I have no words to explain.

8th, bamboo scaffolding. Merata2 tempat kitaorang tengok construction, they use bamboo scaffolding. Unik eh.

9th, public toilet. Masa mula2 tu risau jugak manala aku nak g chiching ni nanti kalau tak masuk shopping complex. Sekali bila sampai sana, fuh! toilet is the least of my problem. Walau tak secanggih dan sebersih toilet di Tokyo, kononnya ada 650 public toilet run by the gomen of HK. Gila hapa! And, you can even search dalam website Food & Environmental Hygiene Department of HK lokasi toilet2 tu. Fuh!! Toilet2 yang kitaorang pergi semuanya terjaga dengan baik.

Kalau nak list, memang tak sudah le nampaknya. What I mean to say is.. We love Hong Kong so much, sampaikan my husband berangan nak pindah duduk dekat Hong Kong oke!

Sunday, 8 February 2015

Omma Nak Beli Keta Baru


Dari hospital tadi, kelam kabut g bayar deposit kereta. Inilah keta yang mak aku berkenan nak beli, Perodua Axia. Nak order kena la nunggu 3 4 bulan.. alahaiii!! Masa aku beli si putih LC dan si Meera, kejap jek da dapat.. seminggu jek kot.

Saturday, 7 February 2015

Balik Kampong

My father warded since a week ago. So, hari ni kitaorang nak balik kampong. As early as 3.50 am aku bangun. Siap2 mandi then baru kejutkan si chemba yang sedap beradu. Dalam jam 4.45 kitaorang gerak ke Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan aka TBS. Since umah aku tak la jauh dari TBS, sempat la kitaorang naik ERL jam 5.10 pagi. Flight kitaorang jam 7.45 pagi, alhamdulillah Hannah tak banyak ragam. Maybe pagi sangat kot so she was asleep all flight long.

Dalam jam 10 lebey sampai KK, urus keta sewa dan collect my sisters kat hopital Queen Ely 2, KK terus g momom.Sempat la lagi anak aku berdrama swasta menangis bagai kunun. Sekali dapat menan, senyap! Pas momom baru g jenguk my dad dekat hospital. He is diabetic + prostate, now dah stage paru2 berair.. buah pinggang rosak. How I feel? Even though I did not say a word, u know how I feel. Looking at my dad, weak and fluffy because of water retention.. u know how I, a daughter, feel deep inside.

Friday, 6 February 2015

Hong Kong : The Untold Story Of Visiting Bank Of China Observation Tower

Inilah dia Bank Of China, Hong Kong. Apa yang ada di sini? op kos la uwang sebab dah nama pun bank! Tapi kami ke sini bukanlah untuk melabur uwang yang memang tiada. sekadar naik ke observation deck mampu la. The building terletak dekat Hong Kong Island. Kalau nak kesini naik MTR, boleh turun dekat stesen Central/ Hong Kong & keluar exit J. Kitaorang ke sini lepas turun dari The Peak while on the way ke pier untuk naik Hong Kong Flyer.

Ini adalah lobi bank. Bila sampai sini, boleh la g tanya dekat kaunter pertanyaan macamana nak lawat observation deck. Observation deck kat sini free, tu yang saja gatai nak singgah. Barang free mana bole tolak! Amoi reception tu kata kena scan beg dulu dekat scanner kat tepi kaunter tu. Pas dah ok baru datang balik ke kaunter. Then dorang akan cek passport & bagi pas masuk. Bila dah dapat pas, boleh la naik sampai level 43. Kat level 43 ni la ada small observation deck. It did not give you 360 degree view from top tapi boleh la nampak view tanah besar. Malangnya masa kitaorang di Hong Kong, jerebus tebal sangat sampai tak berpeluang nak enjoy the view from above. Agak rugi la jugak.. hopefully next trip terang benderang la HK ni.

Kat atas tu ada abam receptionist tapi dia bolayan jek kome sebab dia ni jaga kaunter tuk opis. Kat floor tu ada ofis, observation deck just a small part of it. Kalau tak nak spend money untuk enjoy the view from above, boleh la ke sini. Or else, labur sikit untuk harga tambang tram.. then enjoy free observation deck dekat Victoria Peak or lebih dikenali sebagai The Peak.

Small replica of HK Island
Yang tinggi dekat seberang tu Sky 100