Thursday, 20 July 2017

The Last Tako

Terasa rindu la pula nak makan sizzling noodles dan takoyaki, makanya petang ni melepaklah kami ke Tesco Cheras. Masa order takoyaki, ahkak tu kata bulan ni dia last beroperasi lepas ni dah tak jual lagi. Apaaaaaa? sedihnyaaaa.. takkan nak kena ke Osaka plak semata-mata nak makan tako... tidakkkkkk!!!!


Wednesday, 19 July 2017

Rindu Onigiri

 
Tadi masa jenjalan dekat SVM, tetiba rasa macam nak singgah tengok Family Mart yang baru je buka outlet. Sekali ada ini barang daaaaa... alamak! rindu pula dengan Tokyo dan Osaka. Kalau ke sana, inilah snek yang kitaorang berani makan. Kadang2 amik yang kosong, kadang2 amik yang ada tuna.
Tuna Onigiri
Si Chemba tanya la adik kat kaunter tu, halal ke. Adik tu kata halal.. inshaAllah. Bukan takat ni, dorang ada jual juga makanan tapau yang da siap pack, ada dim sum sedap gila wa sakap lu..p la visit website deme ni hah https://familymart.com.my/


Tuesday, 18 July 2017

Jamuan Raya 2017

Hari ni ada jamuan raya dekat ofis kitaorang so op kos la kena lawa-lawa.. ahaks. Mula2 tangkap gambaq make-up free face pastu sibukla kami sumua tepek kalaer kat muka...
Makcik lom makeup.. innocent ye
MUA in action
Kasi tonyoh satu kali.. hahahaha
Tadaaaa... apsal aku rasa elok lagi masa no make up tadi hah? Adodoiiii. Tapi aku rasa muka aku make up ngan tak make up sama je kot sebab aku pun bukanlah artis kan nak pakai makeup tebal or bulu mata pelesu se pelesu pelesunya macam Che Ta.. ye dok! Paling2 aku tepek foundation bagi nampak kulit muka fresh then lipstic sikit, light blusher dan kasi hitam kening yang maybe terkena foundation tadi. Kalau rajin tepek la eye shadow sikit, face shading kat idung... tak sampai 5 minit siap kalau make up biasa-biasa. Aku suka nampak natural je. Dalam banyak2 aku rasa yang penting 2 je, foundation dengan lipstik. Biar tak lawa at least kulit nampak fresh.
Final touch.. makcik2 terusss!!!
Ok.. itu citer makeup. Lepas dah makeup which is sebelum Bahagian aku hijack majlis.. hahaha. So inilah kekdahnya bila ko dah lama tak pegang mike kann! Dulu masa koje dekat MV selalu la aku g red box. Masa si eji ada, ada geng pompuan tapi lepas dia pindah aku g sorang je selalu pun for the sake of makan dan karok sedas la op kos. Pastu bila dah tua ni, guna Smule je la dekat jamban. Tadi ntah mana ntah datang keberanian aku nak menunjuk bakat suam2 kuku aku aku tu sampai nyanyi ampat lagu oke.. ampat!!! 4!!! Dari Shakira ke Beyoncee.. tapi itu sebelum majlis la.. masa sumer orang lain meeting dekat atas dan kitaorang ni pula escape sebab nak final touch majlis kononnya. Pastu ingatkan masa majlis aku tanak la gatei nak nuanyi kan sekali geng aku kenakan aku. Hampehh tol! Mula2 nyanyi lagi Aishah.. pulanglah. Pastu satu round lagi lagi Nicky Astria.. Mengapa. Boleh bayang betapa nyaring suara aku nyanyi lagi mengapa tu.. tak padan dengan saspek TIA oke!
Abaikan kegemukan gue!

Monday, 17 July 2017

Money Money Money

Inilah salah satu hadiah grand prize cabutan bertuah sempena sambutan hari raya esok.. money! money! money! money! Cash RM100 oke! Kalau dapat ni lepas la sepinggan steak & rib eye set dekat Tony Romas.. hahaha..

Saturday, 15 July 2017

Kerja Si Hannah

Adodoiii si Hannah.. patut la dia gelak sorang2 tadi rupanya dia guna apps snow kat phone aku. Apa binatang pun aku tak tahu ni.. alahaiii..
Hari ni tak kemana, tunggu my aunt je datang beraya di rumah. This is the first year aku tak masak langsung for raya. Kat umah mak mentua kompom la tak masak, kat umah my mom pun tak masak sebab adik pompuan aku dah amik alih tugas masak rendang bagai.. kat umah pun aku tak masak gak sebab aku cam letih semacam je so tadi si Chemba g je beli nasi lemak kat pasar sebab my sis dah masak2 dekat umah dia yang kitaorang akan serang lepas my aunt beraya kat umah aku.

Adik Kici Mana Pigi


Friday, 14 July 2017

Balut Hadiah

Akhirnya siap juga aktiviti membalut hadiah. Kiranya ini la kesemua 7 hadiah grand cabutan bertuah tahun ni. Sumbangan?!! Pale ko la sumbangan ye. Ini sumbangan persendirian staf sendiri. Kitaorang ni tak main la sumbangan2 kontraktor ka apa ka.. nak makan pun semua bayar sendiri oke! Pulizzzz la!

Ok, emosi!

Hadiah-hadiah ni no 7 dapat wireless headphone, no 6 dapat steam iron, no 5 dapat beg travel, no 4 dapat cash RM100, no 3 dapat hamper, no 2 dan no 1 dapat handbag. Kalau kau tanya aku mana satu aku mahu, aku nak semua kecuali no 1 dan no 2 sebab aku kan bukan peminat handbag ;p

Thursday, 13 July 2017

Tudung Designer


Masa ke Kenanga aku borong bunga2 tudung sebab kalau beli 3 barang ble diskaun sampai 59%. Makanya kos tudung lip lap aku bawah RM13 je sebab selai shawl baru RM10 max.. pastu bunga tu dalam RM1 sebijik. Tali blink2 tu je yang mahal sket kot.. ahaks. Pueh hati woi!

Wednesday, 12 July 2017

Shopping?

Tadi aku g Kenanga Wholesales ngan my geng, nak beli hadiah untuk cabutan bertuah Majlis sambutan hari raya next week katanya. Aku ikutkan je. Alhamdulillah aku ok, cuma cam sedikit letih & lenguh rahang je tadi. Pegi KWS naik Grabcar je tadi, kos pegi balik sama je macam g SPM or Sogo, dalam RM6 per trip.

Tuesday, 11 July 2017

Work After TIA

Hari ni aku kerja.. so far ok je tadi. Cuma aku tak boleh cakap banyak, leher rasa lenguh. My immediate boss kata apsal g kerja kalau masih tak ok, knowing that our big boss sure berkobar2 cari aku lepas dah lama cuti kannn...

Sunday, 9 July 2017

Post TIA..

Dek kerana kasihan kan Hannah yang sibuk nak minta bawa jalan, kitaorang pun bawa la dia ke Mid Valley. Aku actually cam tak larat & letih je. Nak jalan pun macam tak berdaya je tadi. Kalau biasanya dari hujung ke hujung aku tawaf MV tapi tadi aku larat duduk je dan tak gagah menakluk macam selalu.

Benarlah, sedikit je tuhan tarik nikmat kita dah terkesan sangat...

Saturday, 8 July 2017

Post TIA

Semalam doktor bagi aku keluar hospital.  Hari ni aku plan duduk rumah je. Aku ok cuma sedikit letih & sakit rahang + macam sesak nafas sikit kalau terlebih makan. Aku rasa maybe juga due to tonsil aku yang enlarged + panic attack sebab takut berulang semula.

Kalau kira aku quite young, tak diabetic, tak hypertension & obesiti pun tak la tahap kritikal so macam impossible kan boleh kena strok, but it is not actually. It could happen to anyone and for those having pre conditions akan meningkatkan lagi risiko untuk terkena strok. 

So how about me now? How do i feel? Takut dan panic, of course. If I died, I wont be a problem to my family but if I am not & become an alive vegetables.. that would be unimaginable. My husband seems to understand my thought.. he said don't worry.. i'll sure to care of you but that was the least of my worry actually. What will happen to Hannah, that saddens me to think what if she have to grow up without her real mother? I cant even imagine if i, mysef be put into that kind of situation. But Allah knows best the fate of us.. what is or what is not meant for us and I trust Allah. I take this as sapaan kematian. Mungkin tuhan bagi aku merasa pengalaman ini untuk aku fahami dan ambil kesempatan perbaiki diri. Selama 36 tahun hidup, terlalu banyak dosa dan kesilapan yang telah dibuat. Semoga aku masih berkesempatan untuk sekurang-kurangnya dapat memperbaiki diri sebelum betul-betul pergi menghadap ilahi. 

Friday, 7 July 2017

TIA Day 2

Ini pulak bekfas aku hari ni.. semalam aku pindah wad dari wad surgeri kat tingkat 6 now turun ke wad mata tingkat 5. Bukan lah aku sakit mata pun.. since doktor cuma nak monitor aku, di mana boleh tidur di situ lah aku ditempatkan. Condition aku hari ni lebih ok cuma kalau terlebih makan aku cam sesak nafas. Nasib baik doktor bagi aku keluar petang tadi.. kalau tak masak la aku weekend di wad tanpa si Chemba dan si Hannah.
Before disharge, doktor dah bagi aku date2 appointment. Maka sibuklah aku Ogos ni ke hospital saja. Now aku kena amik aspirin (cair darah) & ubat kolestrol as prevention. Doktor kata walaupun kolesterol masih level ok, tapi aku kena juga makan ubat tu.

Thursday, 6 July 2017

TIA Day 1

Bihun sabar je lah
36 yo no make up face
Inilah bekfas aku dekat wad pagi  ni, bihun kurang garam. So far aku ok je cuma rasa letih. Tadi my boss, si Chemba boss & our colleagues datang melawat aku. Meriah bukan main wad dibuatnya sampai kena sound nurse.

Aku ok tak? Alhamdulillah aku ok2 je.

Macam biasa la duduk wad, nanti ada la orang nak amik darah ko.. cek tekanan darah. Kol 7 cam tu nurse datang kemas katil.. time tu boleh la kalau nak mandi ke apa ke.. masa kat wad besalin dulu aku mandi awal takut kang tak sempat mandi dah terberanak.. haha. Kat sini aku mandi kol 10 tadi.. nasib baik ada air panas.. hahahaha

Apa penyakit aku actually? TIA tu cuma suspekted, belum definite sebab aku kena buat MRI, ultrasound dan echo dulu. Apa tu TIA?

Menurut si wiki @https://en.wikipedia.org/wiki/Transient_ischemic_attack

"A transient ischemic attack (TIA) is a transient episode of neurologic dysfunction caused by ischemia (loss of blood flow) – either focal brain, spinal cord, or retinal – without acute infarction (tissue death). TIAs have the same underlying cause as strokes: a disruption of cerebral blood flow (CBF), and are often referred to as mini-strokes. Symptoms caused by a TIA resolve in 24 hours or less"

Simptom?
Symptoms can vary widely across people, and across brain regions. The most frequent symptoms include temporary loss of vision (typically amaurosis fugax); difficulty speaking (aphasia); weakness on one side of the body (hemiparesis); and numbness or tingling (paresthesia), usually on one side of the body. Impairment of consciousness is very uncommon. There have been cases of temporary and partial paralysis affecting the face and tongue of the afflicted. The symptoms of a TIA are short-lived and usually last a few seconds to a few minutes; most symptoms disappear within 60 minutes. Some individuals may have a lingering feeling that something odd happened to the body. Dizziness, lack of coordination or poor balance are also symptoms related to TIA. Symptoms vary in severity.

Penyebab?
The most common cause of a TIA is an embolus that occludes an artery in the brain. This usually arises from a dislodged atherosclerotic plaque in one of the carotid arteries (i.e. two of the four major arteries supplying the brain) or from the vertebral-basilar arteries. Another common cause is from a thrombus (i.e. a blood clot) that has originated from the (usually left) atrium of the heart due to atrial fibrillation.[citation needed] In a TIA, the blockage period is very short-lived and hence there is no permanent damage.[5] The cholesterol build-up is gradual and eventually narrows the lumen. With time, blood flow to that side of the brain is reduced and a stroke may occur as a result. In other cases, cholesterol particles from the atherosclerotic plaque may suddenly break off and enter the brain. In some people, these fragments come off from the heart and go to the brain. This often happens during a heart attack or an infection of the valves.[citation needed] [6]
Other reasons include excessive narrowing of large vessels resulting from an atherosclerotic plaque and increased blood viscosity caused by some blood diseases. TIA is related to other medical conditions such as hypertension, heart disease (especially atrial fibrillation), migraine, hypercholesterolemia, and diabetes mellitus
Diagnosis
TIA will usually be diagnosed after a doctor performs a history and a physical exam. There are several radiological tests that are done to evaluate patients who have had a TIA. These include a CT scan or an MRI of the brain, ultrasound of the neck, or an echocardiogram of the heart. In most cases, the source of atherosclerosis is usually identified with an ultrasound.

Wednesday, 5 July 2017

Strok?

Kenapakah? Ini malam merasa la aku duduk wad!!

Pagi tadi masa di ofis, member aku masuk bilik aku nak borak. Tetiba aku rasa macam bawah mulut aku in between dagu tu tak boleh angkat.. cam mati area tu. Kawan aku kata jangan biar, tepuk2 kat area tu bagi saraf tu rangsangan. Aku a bit panic juga la masa tu.. nak bells palsy ke aku ni, ke strok ke.. so aku bawa keluar jejalan dekat area luar ofis. Dekat 30 minit jugak la rasa macam tu until gradually area tu ok & bibir aku pula yang kebas. Masa tu juga aku rasa macam tangan dan kaki kiri aku berat sangat.

Aku tak sedap hati so aku call si Chemba nak minta bawa g klinik. Dekat kol 1 dia sampai, kitaorang balik rumah dulu sementara nak tunggu klinik Premier HUKM buka kol 2. Aku mandi, salin baju.. cek darah 144/ 86. Tinggi betul tu sebab biasa bacaan aku bawah 120/ 70 je. Kol 2 terus ke klinik HUKM. Masa juma doktor, dia test power tangan & refleks semua ok. Gula dan kolestrol pun bukan lah tahap sampai nak kena makan ubat & aku plak baru 36 years old so takkan la sampai strok kot. So dia assign ke HUKM emergency tuk CT Scan. Kitaorang g amik Hannah & terus ke HUKM. Dari pukul 5 petang, pukul 6 lebih baru dapat jumpa doktor dan dekat kol 1 pagi baru settle urusan aku! Si Hannah dah sampai tertidur dah.. aduhaii!!

Mula2 kena jumpa doktor.. pastu kena g CT Scan. Pastu doktor tak jumpa apa2 wierd dekat CT, dia refer aku pada pakar. Cumanya doktor tu cakap tak tahu pakar akan datang pukul berapa sebab pakar tu sorang je yang ada untuk semua kes, tapi dia nak jumpa aku. Dari pukul 7 tunggu, pukul 11 lebih baru dapat jumpa. Bla bla bla.. last2 doktor decide aku kena masuk wad untuk monitor. Suspected  transient ischemic attack (TIA), mini strok.

Nasib baik masa tu mak mentua aku datang jenguk aku jap dekat emergency, so boleh la si Chemba hantar dia balik rumah lepak dengan dorang while dia patah balik hospital untuk bawa barang2 aku. Nasib baik la HUKM tu dekat je dengan rumah aku, kalau tidak macamana la si Chemba nak berulang bagai.

Masa dekat kecemasan tu, mulut aku dah ok. Cuma tangan yang masih rasa berat sangat. Macam ada batu je. Power ok, tapi everytime masa nak mulakan movement  tu yang rasa berat sangat. Apa2 pun aku tidur lena dekat wad.. alhamdulillah

Tuesday, 4 July 2017

Sandwich Obrient

Lemau pulak rasa hati lepas lama bercuti raya. Mood kerja belum mari.. cam lapar pulak.. elok la layan gambar sandwich obrient ni.. kot2 ble kenyang & mood kerja pun mari!

Monday, 3 July 2017

Anak-anak ku

Hari ni aku cuti lagi.. so layanzz la gambar2 anak2 buah aku yang dua orang ni. Soran muka sabah tapi melayu, sorang cemboi tapi Bisaya. Hahahah...


Sunday, 2 July 2017

Ikan Bilis Sabah

Hari ni suda pulang KL.. so sad T_T Semalam while on the way balik dari KK, sempat la singgah Kimanis beli ikan bilis sabah. Laki aku je rajin ni, kalau aku beli kat Hero je la! Adik ipar aku yang memang pandai membeli belah lauk pauk ni kata kat Kimanis ikan bilisnya lebih murah compare to pasar filipin dekat KK.

Tadi sampai KLIA kol 3 lebih.. cadangan asal nak balik nismilan tapi since my mil ada dekat Tepeng so kitaorang terus la amik Grabcar balik KL.. yehuuu!! I miss u my home sweet home!!


Saturday, 1 July 2017

Good Morning KK


Good morning KK!!! Ini view dari bilik mak aku.. nampak area Imago mall. Kalau di kk now, kiranya Imago paling top la. Ahakss.. Kalau dah nama top, harus la singgah sini dulu before pegi beraya. Ini kali macam banyak rumah pualk yang kami pegi.. mula2 rumah abang sepupu dekat Putatan, then ke Papar rumah my aunt dengan kakak sepupu. Nasib baik hari ni sihat.. unlike semalam mengiggil2 sampai makan pun tak larat.
Apsal la satu hari je.. kalau hari2 tak larat makan kan ke elok. Kurus la sikit!!

Friday, 30 June 2017

Tunku Abdul Rahman Park, KK

Orang raya p raya, adik aku sorang ni kalau raya dia mesti pegi pulau. Nama saja orang sabah, dia pula yang kalah2 pelancong! So ini kali kami terjebak. Semua kena hangkut pegi. Catar boat dari Jesselton Point ke Pulau Sapi dan Manukan. Tunku Abdul Rahman Park ni consisted of 5 pulau, Gaya, Manukan, Mamutik, Sapi dan Sulug. We all pegi 2 ja.

First destinasi ke Pulau Sapi. Pulau kecil tapi cantik. Sampai2 nampa khemah cam orang khawin.. rupanya memang dorang buat khemah tuk cater pelancong2 yang mostly dari China. Ada pakej kot tapi kalau kome nak duduk jugak ble je bayar RM15- 20 hengget satu meja. Ada 8 - 10 kerusi rasanya satu meja tu.

Boleh buat apa sini? op kos la mandi dan snorkeling. Adik aku suh isi roti dalam air mineral & nanti kat laut kuarkan & ikan akan datang berkumpul dekat kamurang. Since aku ni takut ikan, memang tidak la! Kat pulau ni toilet dia tak best.. kotor T_T
Pulau Sapi
Blue Clouds Blue Sea

Air jernih
Next destinasi, Pulau Manukan. Pulaunya agak besar tapi cam tak lawa. Nak g jamban jauh nak jalan T_T kalau nak mandi adik aku advise mandi dekat toilet sini.. bersih & convenience la jugak walaupun jauh sikit nak jalan. Kitaorang lepak kejap je sini.. tak masuk air langsung. Kemari semata2 nak mandi kat toilet je.

Tadi masa dekat Pulau Sapi aku rasa cam letih sangat, kaki & tangan semua cam berat. Masa berendam dalam air tu rasa macam nak tertidur je. Sampai sini energy dah tinggal 15%, masa kat jeti tadi aku sempat tidur, energy dah tinggal 5% je kot.

Pulau Manukan

Add caption
Sampai hotel mengigil2... demam!!!

Thursday, 29 June 2017

Siblings

Inilah muka adik beradik aku yang semua gegel. Ada macam cina ada macam pilak ka? aku ka tu? hahahaha.. kitai! Ada macam2. Semua gegel. Semua amik engineering. 3 settle khawin.. laki pun budak engin. 3 keluaran KuIttho/ UTHM, 2 UTM. Menantu semua budak UTM. 4 mechanical, 2 letrik,2 sivil. Lepas ni boleh sudah la kamiurang ni buka kompeni.. ahaks

Berangan! Samak belakang rumah pun nda tertabas, ada hati mo buka kompeni. Puiii!!!

So.. hari ni sesi beraya belah my mom. Lepas dari rumah nenek, g rumah my ankel plak. Pastu op kos la singgah pekan lagi dan op kos la singgah Mr Diy lagi. Adodoiii!!! Singgah sebab tetiba baru teringat aku terlupa bawak waterproof casing aku. Kalau tak dak casing caner nak g menyelam ngan ikan kan!

Wednesday, 28 June 2017

Raya Raya

Hari ni koje kami beraya la op kos. Hari ni p beraya belah arwah my dad. Kitaorang singgah 4 rumah.. umah my ankels op kos & umah abang sepupu. My mom tadi ajak singgah umah saudara mana ntah, sekali my sis punya kain dah rabak.. hahahaa. So kena balik rumah. Tapi before balik rumah singgah Mr Diy dulu.

Beaufort sekarang dah bukan Beaufort yang dulu oke! Sekarang suda manyak kedai2 termasuk la Mr Diy yang satu masa dulu merupakan kedai kegemaran gue. Sekarang pun masih gemar tapi tak la terkinja2 sangat nak di pegi sebab dah banyak outlet. Mana2 ko pegi mesti ada outlet dia ni.

Tuesday, 27 June 2017

Muka V

Dulu aku gemuk juga tapi tak pernah itu lemak kacau muka.. tapi lately lemak tak tahu nak g mana lagi sebab semua pun penuh maka dorang naik muka. Makanya hilang la ke V an muka aku selama ini. Nasib baik aku pandai kasi angel.. buli2 jadi kurus ni muka. Atookaiiii!!!

Monday, 26 June 2017

Balik Kampung... Ho Ho Ho

Kalau semalam raya dibelah suami, ini kali mau pulang aku punya kampung pula di Sabah. Orang bilang muka sa macam teda muka orang Sabah.. ya ka? pilak kali.. ahahaha

Gumbira rasa hati balik kampung. Alhamdulillah raya belah seban full corum, belah aku pun inshaAllah full corum. Aku tak fond of the idea tahun ni raya sini, tahun depan raya belah sana. Kalau boleh balik la dua-dua sebab kegembiraan raya ni lain dari hari-hari biasa. Tambah2 lagi yang masih ada parents, lagi2 pulak kalau mak or ayah korang dah tak de pasangan... lagi kena balik.

Apa2 pun, semoga selamat sampai ke kampung. InshaAllah.. mu tunggu aku datang kampung!!!

Sunday, 25 June 2017

Selamat Hari Raya 2017

Orang raya kau sibuk dengan phone
Love bird.. always
Orang sibuk gambar ko sibuk kat belakang

Selamat Hari Raya!

Tiap2 tahun raya pun sama, yang berubah cuma aku makin gemuk. Tats all! hahahaha

Saturday, 24 June 2017

Iphone 7 Si Gagah

Belum pernah sepanjang aku pakai handphone, hp aku jatuh banyak kali dan macam-macam style jatuh. Dari jatuh terhempas depan, belakang, atas, bawah.. jatuh freestyle dalam lubang jambat waktu berusia belum seminggu, jatuh terlepas kat asphalt dan kat lantai tiles, jatuh melambung masa keluar kereta sebab handphone kat riba baju kurung dan pelbagai lagi la kejatuhan yang aku buat. Alhamdulillah, iphone 7 aku agak gagah menghadapi kecuaian tuannya. Cuma calar teruk sebab tergaris kunci kot dalam handbag aku yang pack. Or maybe terduduk or something. Lain dari tu so far masih good. 

Kau tahu kan harga phone sekarang ni dah boleh bayar downpayment keta? Kau fahamkan sakitnya tuh di sini bila handphone kau jatuh!

Friday, 23 June 2017

Anak Cumil Datang Rumah

Ni anak buah aku yang paling latest, si Akil namanya. Hari ni dorang nak balik Ipoh so singgah dulu lepak dekat KL. Anak buah belah adik beradik aku semua lelaki.. masuk ni dah 3 lelaki & 1 perempuan. Since aku semua adik beradik pompuan, teringin gak nak anak lelaki. Masa si Hannah dulu, harap2 dapat la si Ahmad ke si Ali, alih2 dapat si Hannah yang comel.

Apa2 pun jantina anak, semua tu rezeki. Sebagai ibu bapa, yang diharap cumalah anak tu membesar dengan sihat dan jadi insan berguna. InshaAllah...

Thursday, 22 June 2017

Hannah Serang Ofis

Hari ni since semua orang pun tadak dekat opis, aku pun hangkut la si Hannah temankan aku. At least terhibur la jugak hati dengan keletah dia. Hari tu dia datang opis aku lukis ikan dengan marker pen, when I thought that was the worst.. hari ni dia tambah lagi lukisan dia. Adoiii la anakkkkkkk!!!!!

Tuesday, 20 June 2017

Kawan Baru Hannah

Tadi masa lepak kat mall, si Hannah sibuk nak main playground. Dah jumpa kawan, sudahnya payah pulak nak pujuk balik. Adoii la anak.. tiap kali buat hal, tiap kali tu la mamme masuk Toy'r'Us beli mainan walaupun yang nak beli tu mak nya saja lebih. Alasan sangat!

Monday, 19 June 2017

Pisau Mahal Pisau Murah



Pisau mahal pisau murah, mana lagi bertuah? Yang itam tu pisau mahal oke.. tak ingat rega tapi mahal la beli dekat Jusco. Yang ijau tu, 2 pisau tak sampau RM8 pun beli dekat Mr Diy. Mana lagi best? Yang itam tu better buang dalam laut je la.. tumpul dah. Yang ijau tu, boleh hiris daging sambil ketawa wa sakap lu. Memang tajam gila babas.

Sunday, 18 June 2017

Finally!!!!

Akhirnyaaaaa.. siap juga!!!

Usaha Tangga Kejayaan
Siap!!
Aku actually tak arif pun pasal robot gundam bagai ni. Yang aku tahu kalau laki aku tak pasang2 jugak, aku sedekah je benda2 alah ni dekat anak buah aku. Nasib baik la lepas dua bulan drama laki aku nak cari tools la, tools hilang nak beli baru la, letih la, kena ada mood la, kalau nak pasang kena ada feel la.. siap jugak kamurang. Laki aku tu memang dah ada bad track record dengan aku. Ku suruh pasang meja lipat ikea, 6 bulan baru selesai. Bila aku bising, dia ketawa.. nasib la aku ni bukan kaki bising. Walaupun aku boleh je pasang tapi since hampir semua meja kabinet kat rumah aku yang pasang so ini kali aku tak mahu bagi muka. Hahahaha

Kalau beli dekat Mesia, merasa la paling murah dalam RM70 ke atas tapi aku beli kat Osaka tu hari RM30 hengget ++ je.. ketawa guling2. Nasib duit yen tak banyak masa tu and tak larat nak carry bagasi.. kalau tak kompom beli banyak2 bagi kat anak2. Murah kot kalau ble dapat dalam RM30 sebijik.

Tapi yang kome nampak ni dah pasang lawa.. kome tak tengok masa dia dalam box. Kena pasang satu2 & kena sabar la op kos. Kalau aku, dari susah2 pasang yang kecik2, baik la aku p je kedai beli sebijik yang dah siap.. ahaksss

Friday, 16 June 2017

Pernah tak kau terlintas...

Pernah tak kau terlintas yang if you are not who you are now, not with who you are with now.. how your life would have been different? Hari tu aku terbaca satu tulisan pasal this girl yang telah membuat pilihan di antara 2 lelaki & she istikaharah. However, life turned out to be different from what she expected sebab lelaki yang di pilih pada awalnya punya ciri 2 suami yang lengkap dan stabil ada kerjaya & rumah whilst the other guy masih belajar & minta dia tunggu. Tapi bila lepas khawin, dia yang dulunya cuma bercita2 jadi suri rumah now pula bekerja & menanggung keluarga sebab hasben dia dah tak kerja lepas bisnes dia jatuh. Manakala lelaki yang dia tak pilih tu pula dah berjaya dan bahagia.

She thought, if I choose that guy, life could have been different but she didn't regret her choices. She did right!

What about you? Have you regret any of your decision or decisions? Say la, kalau pasal jodoh ni. Maybe ex ko now dah jadi orang kaya raya, or dah jadi fofular cam Fattah Amin, or dah jadi orang besar2 or orang2 penting or somebody la yang berjaya, would you regret choosing your spouse? Or dalam kerjaya, kalau dulu ko amik kerja tu maybe ko dah jadi somebody sekarang ni?

Mungkin ada. Tapi I think, you should not regret your decisions especially when you already rely on Allah.

I never regret any of my decisions. I learnt from my past for my promising future. Do best with what you have now, not looking for something to replace it/ them with anything or anyone. Aturan hidup semua Allah tentukan dengan cantik, if it is not meant for you then it is not meant for you... later or sooner.

Thursday, 15 June 2017

Bila Kau Kaya

Macam ni la bila kau kaya.. sampai tak tahu nak pilih kereta mana satu nak bawa g terawih malam ni.. Kang kalau ko bawak yang ada turbo or api2, kena jeling lak oleh pak imam.. hahahaha

Wednesday, 14 June 2017

A Day After Birthday

Dak Hannah ni, baru je semalam sambut birthday.. hari ni dah besar dah. Hehehe..

The girls with the brightest smile yet the loudest cry.. tapi dari baby tak pernah menyusahkan mamme. Semoga semuanya dipermudahkan untuk kamu Hannah