Tuesday, 5 December 2017

Sudu Gantung




Akhirnya aku dapat juga.. sudu ble gantung yaw! Senang nak store.. tak yah pakai bekas bagai. Hari tu masa sauk casserol kat Sogo, aku sauk sudu ni sekali. Harem mahal, RM59.90 satu set x 24 pcs sudu garfu dan pisau. Mahal la kiranya sebab sudu gantung cam ni ada yang handle dia plastic so yang plastic tu baru RM29 or RM39 per set tapi yang ini since dia besi so agak mahal. Banyak tempat aku cari dah tapi yang handle besi ni ada dekat Sogo je. Mau tak mau.. aku mau kan juga la dan beli 2 set. Kalau ikut time tu ada je offer sudu yang ala-ala sudu hotel, ada glod plated dan dalam box cantik lagi.. rega asal dalam RM300 tapi offer dalam RM70 hengget. Tapi demi nak store sudu ni bergantung, aku tutup mata je la offer yang lain. Aku bukan apa, nak sangat yang boleh gantung ni sebab aku ni pemalas. Kalau letak dalam bekas, apart from cuci sudu ko juga kena rajin bersihkan bekas tu.. kalau kotor dan berkerak geli siut! 

Monday, 4 December 2017

SMULE Murah Weii!!!

Hari tu aku ada bagitau betapa hanginnya aku dekat SMULE kan. Alaaa.. apss karoke kat phone tu. Kalau pakai android aku bayar murah dalam RM35 setahun tapi iphone cas sampai RM419.90. Now aku dah jumpa cara nak guna apps tu tapi bayar murah, which is cuma RM27.99 je setahun. Nah aku belanja kome lagu yang aku nyanyi petang semalam. Muhuhahaha..



Pardon dengan nyanyian aku yang ada off note tu sebab aku actually tak reti sangat nak nyanyi lagu si Christina Peri tu.

Ok, back to how. Kalau kome beli VIP membership dari android/ google market, VIP membership tu tak boleh transfer ke SMULE yang kome donlod dari ios market. Instead, kome kena apply for new membership for RM419.90 setahun ye kalau nak nyanyi 1 lagu pun. So, what I do is beli VIP account dari https://www.smule.com/en/s/billing/pricing/w246. Kat sini siap ada option nak sebulan or setahun dengan rega RM6.99 sebulan or RM27.99 setahun. Then, account ni valid pada iphong dan android phong korang.. log in je. For those yang masih ada active subcription macam aku, aku tak nak amik risk so aku subscribe baru dan stop subcription lama. Or else, tunggu je subcription lama tu tamat tempoh then stop. Pastu subcribe jadi VIP semula through website kat atas nun.

Sunday, 3 December 2017

Mari Melabel


Koje aku hari ni, melabel! Dah lama nak buat tapi baru hari ni berkesempatan. Basket tu aku beli dengan rega RM2.12 dari Eco dan label huruf tu pula ada 600 sticker huruf + nombor, berapa ntah aku beli dari Mr DIY. Dan tempat sangkut tu kome tahu apa dia? Haaa.. itu base katil si Hannah. Hahahaha.. Sticker putih tu pun beli dekat Mr DIY. Akhirnya berjaya juga aku label setelah lama tertangguh. Yeayyy!!!


Saturday, 2 December 2017

Hari Dobi Sedunia

Inile koje aku dengan si Hannah malam ni, sesi mendobi pakaian. Kalau dulu kena tunggu satu round kain kering baru bleh start cuci next baju, since ada dryer sumbat je dalam tu.


Friday, 1 December 2017

Rusa Krismas 2017


Macam tahun-tahun sudah, aku mesti akan ke Pavillion untuk tangkap gambar krismas deco. Malangnya tahun ni macam tak berapa cantik la pulak hiasan dia.. tapi takpe lah.. yang penting si Hannah happy. Dah letih melawat rusa, kitaorang pegi cari makan. Actually kat Pavillion ni aku pun tak tahu nak makan kt mana walaupun tempat makan banyak. Nak pegi food court semak sebab orang ramai.. p mana-mana pun ramia orang so seperti biasa juga aku masih nak makan sedap tapi selesa dan tak crowded, so Tony Romas la jawabnya. 


Ini kali aku pilih Steak House Burger. Aku dah pegi beberapa outlet TR tapi dekat Pavillion ni worst kot. Kalau kat MV, front counter dia muka ketat tapi servis bagus.. yang kat Pavillion ni pula semua muka ketat, except sorang dua kot. Kalau pelayan Melayu memang macam tu la.. eksen tu memang tak tinggal. Dan tak pernah lagi sepanjang aku ke TR dorang lupa nak hantar hidangan dessert dengan entree si Hannah.

Apa yang aku suka pasa TR ni actually? 1st, kids ear for free ye. Ada entree, main course dan dessert untuk budak range dari pizza, fish & chips dan 2 lagi menu kot. 2nd, sedap ! 3rd, selesa dan biasanya tak crowded.

Thursday, 30 November 2017

Si Chemba Pegi Umrah

Hari ni dah nak masuk hari ke enam aku tinggal berdua je dengan Hannah sebab si Chemba pegi umrah until friday. So far so good, alhamdulillah. Hannah pun tak banyak ragam dan baik je these few days. Isnin dengan selasa dia ikut ke ofis.. hehe. Seronok la dia. Risau juga tinggal berdua ni espcially risau kalau dia demam. Moga-moga urusan kami berdua dipermudahkan sepanjang dua minggu ni. Begitu juga dengan urusan umrah si Chemba, mum in law dengan kak long.. semoga dipermudahkan.

Wednesday, 29 November 2017

Tuesday, 28 November 2017

Perpium Baru

Tadi aku temankan kawan aku g shopping barang dia dekat Sogo. Masa sampai Sogo aku berazam kali ni sesen pun aku tanak sedekah duit aku dekat si Sogo. Alih2 terbeli perfume. Kau rasa?!!! Kau tahu apa yang membuatkan aku terbeli? Sebab perfume ni 2 botol RM99 hengget je oke. Wangi oke, EDP lagi dan siap ada note dan sign lagi dari 1 Direction. Nasib baik aku bukan peminat deme.

Monday, 27 November 2017

Mengidam Casserole Murah


 Dari last week aku intai, finally beli juga. Last week masa nak beli stok tak banyak. Dah amik actually tapi masa cek ada cam kasar2 sket kat surface so aku reject. Kali ni ada banyak stok, ketawa lah aku. Yang 2.9L tu rega asal RM209.90, tapi aku bayar dalam RM33.90 je. Yang medium tu pula 1.7L. Harga asal RM149.90 tapi offer RM24.90. Yang best is ble masak direct atas api oke!

Sunday, 26 November 2017

Tukar Design Blog

Pening kepada nak pilih template blog. Dah lama sangat dah blog aku pakai template biru tu. So ini kali nak tukar angin sikit tapi tak tahu nak pilih yang mana satu.. huhu

Saturday, 25 November 2017

Payau Masak Kicap

Amacam? Nampak sedap tak? Ini daging bukan sebarang daging oke tapi daging payau. Bos laki aku bagi dari mana ntah dia dapat. Sepanjang hayat aku, 1st time oo aku masak daging payau. Apa rasa dia? entah la pula. Bila dah masak sedap, sedap la rasa dia. Muhuhahaha

Friday, 24 November 2017

Mengidam

Apa matcam? nampak sedap kan nasi aku. Memang! memang sangat sedap. Yang ni aku beli kat kantin opis je. Rasa dia bulih buat terkenang-kenang wa sakap lu. Nasib baik la wa sekarang kurang amil nasi sejak2 wa sedar gula wa tinggi. Kalau tak.. hari2 pun wa sanggup!!

Thursday, 23 November 2017

Ikan Bakar Jalan Bellamy

Akhirnya setelah nak setahun member aku yang tudung biru tu attached dengan Jabatan aku, dapat la kitaorang g kuar makan. Mokcik tu now dah bertitle doktor as lecturer kat U kitaorang dulu sementelaah aku ni pula masih ikan bilis kat opis tu haa.. muhua haha.

Aku ngan mokcik ni satu sekolah dan satu U, dalam ramai-ramai budak semap pumkin tu kitaorang je yang tercampak ke KuIttho. Mokcik ni dr da dapat, now da nak go for ir pula. Aku pula yang ada tetap ER je sebab aku malas dan nama aku erna... hahahaha

Oke, story pasal makan pula. Sorry la tak tertangkap gambar ikan keli, ikan terubuk, sotong bakar dan kerang bakar kitaorang tadi sebab berkobar-kobar sangat dah nak makan. Destinasi pilihan mokcik ni dekat ikan bakar Jalan Bellamy. Boleh tahan la juga rega makanan dia, ikan besar 2 ekor.. keli satu, sotong 3, kerang 2, nasi + sayur2 + air dalam RM114.

Wednesday, 22 November 2017

Tinggi Darah

Ini bacaan tekanan darah aku petang ni.. alhamdulillah tak macam semalam. Petang semalam lepas peristiwa berdarah kunci kereta tu aku ambik la bacaan darah. Mau la tinggi darah aku, 133 ke 143 ke.. huhu

Tuesday, 21 November 2017

Some Men Are Jerk

Aku menulis ni dalam keadaan terkilan dan marah. Tadi while nak balik dari pejabat hujan turun lebat, since aku dah selimutkan hannah dan ada satu small payung so rasanya ok la kalau aku redah je ke parking yang terletak dalam lebih kurang 100m je dari kereta sambil mendukung hannah. Mana la tahu on the way kunci kereta aku tercicir.. time aku sedar tu kitaorang stop kejap dekat guard house. Ada 3 orang guard dekat situ, aku turunkan hannah dan minta tolong tengokkan hannah kejap tapi hannah nangis nak ikut dan nak berlari dalam hujan.

Aku marah bukan sebab dorang tak tolong tengokkan hannah tapi tak de sorang pun yang offer nak tolong ambilkan kunci kereta aku yang tercicir dalam 20m dari situ. Bukan tak nampak aku bawa anak kecil. At least ada la sikit courtesy tanya or offer diri. Jerkk!!

So terpaksa la aku meredah lagi hujan balik ke lobi ambil kunci sebab ada la pula yang tolong ambilkan kunci tu dan patah balik le kereta sambil mengendong hannah dalam hujan lebat. Kenapa tak tunggu hujan teduh? It is not an option pada aku sebab kalau la kiranya banjir.. lagi susah. Sapa pula nak tolong aku kalau tersekat banjir. 

Dan.. seperti yang aku takuti tadi.. dalam pukul 5 lebih tadi member-member ofis post gambar banjir dekat area ofis tu.. kat jalan yang dulu aku selalu lalu. Ini adalah antara gambar yang aku kutip dari facebook kengkawan aku. Kalau sorang tu tahan lagi.. bayangjan kalau tersekat banjir dengan budak kecik. Kau rasa???!!!

Monday, 20 November 2017

Swimming Di Midvalley



Hari ni tinggal aku dengan Hannah je dekat umah sebab ci Chemba outstesen. Moh la layan gambar si Hannah dengan Starwars dan Super Hero dekat Midvalley semalam. Abaikan ye baju renang anak aku tu. Adih dia la punya pasal, ada ke dilayan je budak tu nak pakai baju renang. Yang tak ta

Sunday, 19 November 2017

Gym Day

Hari ni berkobar-kobar g gym. Before 8 tercongok tunggu pintu gym buka. Konon nak join kelas yoga. Makanya kol 8 aku start lari, pastu guna la semua mesin yang ada sambil menunggu jam 9 kelas mula sampai 9.30 pun masih takde... apakah!! Last-last aku balik angkut geng pegi midvalley lagi baek!

Saturday, 18 November 2017

Pertama Complex New Facelift

Inile rupa Pertama Complex yang terkini selepas external renovation. Kat dalam? so far buat masa ni yang kat dalam masih old. Cuma ada improvement sikit sebab escalator dia function pula kali ni. Wa kalau kena panjat naik escalator memang hangin oo. Tangga dia jarak besar2, penat oke nak langkah naik!

Friday, 17 November 2017

Sup Cendawan Ala Pijahat


Apakah? Ini sup cendawan la... apa lagi!!. Katanya kalau nak makan ko tuang je air panas then da boleh minum. Tapi kalau ko ikut cakap dia yang tertulis kat kota tu, tak feel macam makan sup cendawan ala-ala Pijahat. So apa yang aku buat nak bagi ada feel ala2 pijahat tadi, aku ikut cakap dia. Pastu aku bancuh sikit tepung jagung, pastu tuang dalam mangkuk.. then masuk microwave kalau kat opis or reneh atas api kalau kat umah.. tadaaa.. dapat la semangkuk sup cendawan yang likat terpikat.

Thursday, 16 November 2017

Tomyam Krabi

Amacam? nampak menyelerakan tak? Sedap wa sakap lu.. tomyam Krabi katanya.. ada sotong udang kepah ikan dan yang mahal op kos la ketam dia tu. Yang ini aku beli kat food court depan umah aku. Mahveles!!!

Harga sepinggan besar RM10. Hari tu aku makan set dengan nasi tapi kali ni aku beli sup then makan dengan bihun. Tomyam ni tak terlalu masam or masin or manis, sedang-sedang je. 

Wednesday, 15 November 2017

I cook


 Lama gila periuk baby aku ni tak beraksi. Now since si Hannah da kuat makan maka berbaloi la keluarkan periuk ni. Ini kali nak masak bihun. Senang gila nak masak dalam ni.. on je.. buh minyak sket then terus masuk bawang putih dengan udang kering. Pastu agak2 masak, campak je bihun yang dah cuci dalam tu. Then tuang sos tiram, sos tomato dengan air secawan.. settle! Tak payah pening-pening nak lembutkan mee bagai.

Periuk ni nak kata slow sangat masak, tak la juga tapi slower la dari kalau ko guna api. Tapi takat nak masak tuk budak, tak sampai la kot setengah jam ko tunggu diam-diam.. masak la dia.

Tuesday, 14 November 2017

The Loaf


Tadi masa nak ke lrt, teringin pula nak minum kopi. Teringat kat GF Sogo tu ada kedai roti The Loaf. Boleh la kot kalau nak singgah duduk kejap. Bila tengok roto dia.. perghh... maveles la memang. Tapi rega roti2 dia memang mahal sikit dari kedai roti biasa. For example, roti sosej dalam RM4 sebijik kalau xlupa. Tapi tadi ada offer, beli 3 percuma 1 so ok la. Then tengok la menu kopi dia.. umangaiiiii.. ice coffee dia RM19 secawan. Dari membazir tolong dorang ni bayar sewa demi secawan kopi, baik la aku balik umah buat latte sendiri!!

Monday, 13 November 2017

Mengidam Ayam Dubuyo

Tadi bos kecik aku ajak aku ngan member aku yang duk bawah sub unit dia g makan. Destinasi kali ni dekat Dubuyo. Perghhhh!!! Terubat rindu aku dekat Korean Spicy Wings dia. Sekali makan pasti darah tinggi.. miahahahaha

Sunday, 12 November 2017

Budak Comel Tak Mandi


Hebat tol anak aku.. since semalam sampai KL dia dah tdo makanya tdo la dia dengan baju ni sampai pagi. Alkisah pagi ni pula dia jaga terus nak ikut adih dia g beli sarapan. Pastu balik dari sarapan tetiba adih dia cakap nak gerak balik dah dan nak hangkut dia sekali balik kampung. Dengan tak mandinya.. maka aku la yang hangit dibuatnya. Budak tu dah la tak mandi lagi pastu kang terbiar je makan apa bagai sebab ayahnya balik kampung nak join taklimat umrah. Apa la salah biar je budak tu duk umah diam2.. eiiii!!!

Saturday, 11 November 2017

Majlis Bertunang My Sister

Meriah kan! Haa.. agak-agak berapa ramai rombongan dan tetamu  yang datang? Aku agak dalam 60- 80 orang juga la semua. Ramai tu memang  biasa la kalau majlis bertunang ni tapi apa yang aku nak bagitau is hari  ni aku masak oke! Masak tanpa bantuan orang oke!! Aku masak ayam masak  merah, pajeri nenas dan kari daging while mak aku pula masak nasi,  kacang masak kicap dan goreng udang. Boleh buka katering dah la aku  nampaknya.. muhuhahahahahahahaha. Tapi yang potong ayam daging dan  goreng ayam tadi bukan aku la.. miahahaha.

Pas  masak aku sibuk pula makeup adik aku. Perghhh.. nampaknya boleh sapu  satu kali la katering dengan makeup artis.. miahahahahaha. Dan husband  aku pula tadi jadi moderator majlis.. perghhh!! Boleh buka laki bini bisnis la ini matcam. Hahahahaha.. Dah siap semua, kelam  kabut pula packing sebab teksi nak ke airport dah sampai.  Alhamdulillah.. semua selamat. Almost tengah malam la juga baru  kitaorang sampai rumah

Friday, 10 November 2017

Tamu Bofot

 
Tengok la anak aku tu ha, da macam pelancong eksen dia. Adoiiii... hahaha.

Hari ni kitaorang jalan-jalan di tamu bofot. Seingat aku dulu masa my mum berniaga di gerai tamu tu, petang jumaat baru meriah tamu dia tapi sekarang ni subuh-subuh friday tu dah ramai orang. Apa yang ada di tamu, kalau kau selalu pegi pasar malam or pasar tani.. sama la tu dengan tamu. Dari kain baju sampai ke lauk pauk semua ada. 

Wednesday, 8 November 2017

Kau Tahu Kau Di Sabah

 
Kau tahu la tu kau di sabah kalau semua pun makanan kau ada sup. See mee goreng aku tu.. ada sup. Sup dia sedap oke, bukan sup ikan bilis or sup sayur.. sup daging yarr!
Flight tadi depart jam 12.50, delay 20 minit. Kali ni my mum dan my sis datang ambik. Kepulangan kitraorang ke kampung kali ni sempena majlis pertunangan my sis. Alhamdulillah, dari 5 orang 3 dah kawen. Yang ini yang ke empat.. 3 orang da kawen dengan orang Malaya nasib la yang sorang ni menyangkut orang sabah. Ada la juga pewaris di sabah... ahaksss

Tuesday, 7 November 2017

Sarapan Baru


Kalau dulu rutin sarapan pagi aku kalau tak nasi lemak, mee goreng, bihun or sometimes kuih jenis bergoreng tapi now aku dah tukar habit. Sejak-sejak bacaan gula aku tinggi aku cam seram pula. So antara menu sarapan aku skarang is museli or roti dengan peanut butter tanpa gula ni. Dari Sogo ke Aeon aku mencari, last2 kat Hero juga ada peanut butter ni. Rega sebalang ni RM18 oke! Berapa kali makan je agaknya ni.. huhu Apa rasa dia? Kalau peanuts butter biasa tu memang sedap kan.. sebab manis la kan op kos. Yang ini pada aku ok je.. a bit salty tapi tak manis la pastinya. Since lidah aku dah kurang disuakan dengan makanan manis, oke je taste dia pun. 

Monday, 6 November 2017

EKSA ke sIKSA?

 
Kalau kat pejabat kitorang, now dah move on dari 5s.. ala konsep kemas dan mudah cara - Susun Simpan Sepah Sorok Sembunyi tu! Now pakai EKSA.. kononnya 5s macam budak2. EKSA kata kalau laci tu kena ada 3 batang pen je.. alatan disusun ikut kepentingan dan laci tak boleh isi sebarangan. Tapi kau tau apa yang paling mudah dan senang ekses? buh je atas meja semua alat tulis kau macam aku buat nun. Tak payah susah nak buang 2 3 saat bukak laci. Ye dak!!