Monday, 21 April 2014

Almera Dan Air Pasang Kat Jalan Raya

4.30.. macam biasala ahkak nak balik rumah pas seharian di ofis. Time tu hujan lebat tapi disebabkan duk bertapa lam bilik yang tertutup makanya tak la tahu hujan tu selebat mana. Sampai2 lobi tengok lebat gila babas.. macam ada orang amik baldi siram2 kat tanah. Air hujan turun ala2 terhuyung hayang sebab angin kuat. Tengok2 air dah hampir dah nak masuk lobi. Gagah jugak la berpayung walaupun kasut boots ahkak setinggi 3 4 inci nun dah lencun. Kuar2 jek parking.. depan sket nampak 2 3 buah keta stop belah kiri. Air agak dalam. Ingat nak gamble pecut straight skalik tetiba teksi yang stop kat belah kiri jalan tu gatai nak gerak gak. Pastu keluar suka suki tak tengok kiri kanan.. hampir nak ram keta ahkak. Pulak tu bodo.. dah tau banjir keta ko semput tak yah la jalan. Tunggu je la. Ini tak.. jalan sket stop jalan sket stop. Masuk air la pulak keta aku ni nanti.. bodo piang punya orang!! See.. bila ahkak dah menyumpah!!
Tapi air memang dalam gak la.. rasanya tenggelam tayar kot. Distance xsampai pun 100m kot tapi memang scary la. Ahkak tawakal je.. doa2 moga keta tak stop kat tetangah jalan. Alhamdulillah berjaya la sampai ke rumah. Risau gak kot2 mati keta. Now risau sebab takut effect kat enjin. Nak bukak belek2 enjin tak dan plak. Susah kalau jadi cam ahkak ni.. sapa2 yang responsible menyebabkan ahkak derita 5 hari bekerja tu ahkak doakan moga2 dia pun diuji dengan kesusahan semoga kesusahan tu memberi kalau tak banyak.. sikit kesedaran pun jadikla!

Thursday, 17 April 2014

Anak ku...

Si kecik yang baru berusia 10 bulan 3 hari.. Anak yang baik dan tak banyak kerenah. Seolah2 faham akan kesukaran yang mamme hadapi dalam mengurus kehidupan seharian. Cukup dengan hanya melihat kelibat mamme ada berdekatan.. pandailah dia membawa diri dan main sendiri2. Cukup dengan membuatkan susu on time, tiadalah terdengar bunyi tangisan.... Itulah Hannah mamme...

Sunday, 13 April 2014

Weekend Kitchen

Breakfast
Lunch

Saturday, 12 April 2014

Cerita Tentang Susu Lagi

Siyan si comey mamme ni.. pas muntah sedas kat umah tadi, bawak dia kuar p beli lunch & susu. Now dah tido dengan lenanya dalam keta. Kalau time kici2 baby dulu dia ni jenis tak mau tido lam keta.. now mungkin dah selesa kot duk kat seat dia tuh. Baiknya anak ahkak ni.. dia cam tau2 jek itulah seat dia, so dia tak la merengek nak dukung bagai lam keta. Dia duk jek diam2 kat seat dia. Mana tak duk diam kalau kat depan dia ada ipad n mainan bagai.

So now anak ahkak dah berbalik kepada susu Enfalac A+ dia. Let me recall balik history susu si anak

S26 Gold - Birth to 2 month
Tukar sebab buat najis si kecik keras dan berketul cam taik kambing. Si anak sembelit & cry2 time yak

Enfalac A+ Rumusan 1 - 2 month to 6month
Tukar sebab susu mahal! Dekut kan!! Masa consume memang kulit cantek, yak2 cantek.. baby tadak ploblem

Anmum Rumusan No2 - 6month  - 8 month
Tukar sebab after almost 2 bulan minam dia yak yak 4 5 kali sehari ala2 cirit tapi tak la pulak nangis. Tengok dia cam biasa jek. Takut dia alah pada lakosa.

Similiac Rumusan Khas laktosa free - 8 mont - 9month+
Hannah ok jek minum this susu cumanya yak ijau & taik keras. Tapi taklah sampai sembelit or crying2 time yak.. yang ni maybe sebab makanan dia kot. Cumanya kulit pipi dia jadik cam ada ruam2 sket.

Enfalac A+ Rumusan No.2 - 9month+ - now
Masih consume. Yak ketul tapi tak sembelit & kaler kunin. Si kecik suka minum.. masih tengah evaluate how it is.




Friday, 11 April 2014

Bila Hari-hari Kena Puji Cantik

Emm.. poyo tak tajuk hari ni? Hahahaha.. tapi betul. Orang perempuan ni tak lari dari aktiviti memuji dan dipuji.. last2 jadik mintak puji.. hahahahaha. Cam ahkak, hari2 ada jek pujian. Contohnya.. eee... cantiknya lipstik or cantiknya tudung or or cantiknya baju or or or cantiknya kasut or or or or cantiknya handbag.. tapi tak pernahla kena puji cantiknya awak! Harharhar.. itu pujian gegel to gegel. Tapi now ada lak dak laki yang pandai memuji ahkak.. siap thumbs up kalau hari tu ahkak pakai ngam sui sket. Masuk bakul angkat sendirik kah? Aaa? Perasan? Hahahaha. Budak2 lagi.. baru early 20 kot. Anak ikan kah? Tadak kaitan oke! Hahahaha.

Apa yang ahkak cuba nak sampaikan yeklah.. orang laki zaman skarang ni pun concern gak kengkawan pompuan dorang pakai apa. Tudung lawa, kasut lawa, handbag berubah.. suma dorang perasan. Tak tau la kalau yang ni happen dekat opis ahkak je kot sebab kat opis lama memang le dak laki dia jenis alert ngan fesyen. Pondan? Harharhar.. semua engineer oke! Gatai? Mulut manis? Ka gatai2 mulut saja nak cakap sebab tadak benda dah nak cakap? Boleh jadi jugak! Apa2 pun.. yang pastinya ahkak menerima semua pujian dengan hati terbuka.. lagi skali Har! Har! Har!

Thursday, 10 April 2014

Who Doesnt Like Rain?

Who doesnt like rain, right? Especially on a long hot day and i my case.. Water disruption due to low water reserve in the dam as quoted by sabas! I love rain.. It brings calm and a fresh mood yet it happened everyday now. I am not fond of it! It made me stress instead of the calming effect. I cant go and pick up my kids because we dont have shelter or covered porch in the building. So I have to wait in the car.. An hour if i must.

Tuesday, 1 April 2014

Yoga Baby

Dak kecik ni tah mana tah di belajar buat pose gini. Ahkak pun sapsen tengok dia tetiba balik umah praktis yoga. Maknya yang tuha ni tak pernah mengajar oke! Tah la mana lak dia tiru ni. Nampak gaya boleh hantar kelas yoga kot dari kici. Muhuhahahaha

Sunday, 30 March 2014

Meriah kan rak buku ahkak.. cam padang lembu gitue! Ahkak beli kat kedai pevret ahkak, DIY la op kos. Reganya 4 lembu besau 4 lembu kici baru RM3++ jek. Not 3 hundreds la, I mean three ringgits oke! Hah! murah. Ahkak beli 8 lembu kici & 8 lembu besau tuk diternak kat rak buku.

Saturday, 29 March 2014

Surface crazy!

Ada dua jugak kan! Actually yang satu tu Surface 2, beli sempena early present befday c Chemba yang coming dalam 2 minggu lagi & yang satu lagi tu ahkak punya.. yang tu 1st model. Tapi memandangkan si Chemba ada sejarah hitam ilangkan tab yang ahkak adiahkan dia 2 kali, 2 KALI oke! So ahkak hijack yang baru then bagi dia pakai yang ahkak punya jek. Muhuhahahahahaha... kejam tak!

As owner Ipad, Ipad mini, Samsung Tab & Surface, I can say Ipad mini & Surface is the winner. Ipad mini is best tuk everything related to tenet, emel & for the use untuk baca e-book, plus senang nak carry for everyday use. Surface, sangat best for those yang selalu berkawan baik dengan MsOffice esp Words & Excel. Though as a tablet it can be considered to be quite bulky while as a laptop it didnt have the capacity & power to be one sebab Windows RT ni restricted. Tak bley download macam Windows biasa,instead kena download dari market. Tapi pada ahkak, surface adalah sangat memenuhi keperluan ahkak in many ways. Bebila rasa nak buat presentation, pap! siap guna power point. Bebila nak tulis surat or buat kira2..pap! siap taip then cucuk jek kat mana2 printer yang support Windows RT tuk print.. tak payah pun install driver printer. Dan ble terus cucuk ke projector bebila rasa nak buat presentation. Tapi among all, the best part yelah Surface ni ble baca pen drive & external hard drive! Ini la part yang paaaling manang.

Walaupun tak ramai peminat Surface Microsoft ni.. it is ok. I am one of your supporter. Keep up the good work!

Monday, 24 March 2014

Tayang Gigi & Mata Bulat

Ahkak perasan mata itam anak ahkak ni kalau silap gaya gambar nampak besar. Teringat masa mengandung dulu, ahkak suka sangat dengan stuffed animal yang bermata besar, kiut ala2 mata si Puss In Boots kunu. Bila tengok jek.. alapak cair. Nak beli takut mata anak ahkak jadi gitu konon. Hah! Ada gak la sikit kenen ni agaknya

Sunday, 23 March 2014

Si Brown Dah Ada Biskut

Inilah yang ahkak manang time membeli belah di Big Bad Wolf, biskut si Brown.Semalam da perabis duit tak hengat.. hari ni kenyang lah kot makan buku.. huhuhu

Saturday, 22 March 2014

So this is me, fat yet happy. Muhuhahahaha. But I am not going to talk about how fat I am today. I just want to show off, that I didnt wear the wrong pair of boots today. Hihihi.

This is me before going to Big Bad wolf. Before I got all dizzy yet I still want to finish book hunting. Buying a book is like a drug to me, though I rarely read them. I buy books almost every month!

Friday, 21 March 2014

This Is What I Wear This Morning

Pagi tadi kelam kabut kuar umah, sampai2 ofis ini le jadiknya. Makanya hari ini dalam sejarah ahkak memakai boots sebla cekelat seblah itam ke opis. Still.. ahkak pakai jugak dengan muka tabah seolah2 takdak apa2 berlaku. Kalau dulu masa skola rendah, kalau lain dari yang lain & kena ejek kawan2 kompom rasa nak terjun sungai tapi since ahkak sekolah menengah ahkak sedar, nobody die kalau kena ejek or kena ketawakan. And takde masalah lain pun pada diri sendiri kalau takat terpakai baju terbalik, terpakai tudung terbalik, terpakai kasut sebla lain sebla lain or badan ada bau hamis sikit selain dari MALU. Choiii! Takat malu bukan ble buat mati pun so I accepted myself for all those silly and shameful things I have done or occurred to me. I am proud of myself of sticking to being positive tapi malu kena ada la.. cumanya biar berpada-pada.

Thursday, 20 March 2014

Pose Terbaik Bayi 9 Bulan

Speechless ahkak tengok pose si kecik ni time layan upin dan ipin. Sikit punya khusyuk la sampai gini posenya..

Wednesday, 19 March 2014

Hannah's Favorite Story

Yang ini adalahstory kegemaran Hannah. Kalau kat ipad dia akan terpesona amat la kalau nampak gingerbread man tu belarik2 sambil nanyi

Can you run yes I can
Can can can can can
Can you run yes I can
I am the gingerbread man

Crocodile crocodile
Ow Ow crocodile
I'm going to eat you
I'm going to eat you
Eat eat eat eat you
Owwwwwwwhhhh!!

See, ahkak pun sampai hapal lagi dia. Tapi part yang paling ahkak ngan c Chemba soka yeklah part "owwwwwwwhh!!" gedik tul gingerbread man tu. Hahahahaha

Tuesday, 18 March 2014

Topi baru lagi!

Topi lagi.. kawaii tak Hannah?! Hihihi. Op kos la kawai. Hari tu nengok kat One Baby World rega selai topi ini dalam 24 hengget kot.. beli kat pasar tani baru 10 hengget jek. See.. jimat 14 hengget.

Pink kan maria!! Hihihi.. biasa anak ahkak ni jarang pakai pink. Since I am a fan of black and red so she is always wearing dua color tu la. Ada gak yang tegur, awat la anak pompuan ko ni merah sokmo. Ahkak kalau beli baju light color, putih especially.. bila kaler da tak cantik kat dustbin le jawabnya baju tu. Baju anak ahkak da berapa lai masuk dustbin. Ahkak ni kalau dah tak mau memang takde la nak simpan.. terus buang jek. Kalau umah besar xpe la nak buat stok bagai.. kalau takat umah kecik.. tak yah le nak buat kenangan bagai, buat semak je dek non. Makanya baju si kecik ni banyaknya dark kaler. Kalau ada yang light2 tu kompom beli kat Mothercare sebab baju Mothercare jek yang tak lekat stained susu kat leher.

Monday, 17 March 2014

Hannah Kawai Dengan Topi Baru

Ha??
Hahhhh!???
Hahahaha!
If only she could speak already, I believe what she is saying is.. comel tak Hannah mamme?! Oke. Speculation of a mother! Kalau beli kat kedai mahal kot topi ni tapi beli kat pasar tani baru 7 hengget. Comey kannn!! Barang Hannah mostly ahkak beli kat pasar jek. Baju tido, baju gaun, reben & topi bagai. Even jeket pun ahkak beli kat pasar jek. Kalau ada baju branded pun kompem auntie dia yang bagi. Ala.. takat barang baby.. how long do you think you are going to use it. Lagipun, it is good untuk menyumbang ekonomi pada peniaga pasar.

Quality? Ok, part ni memang kena compromise la or kena pandai pilih. If you are lucky enough, boleh dapat baju berkualiti dengan rega 10 hengget jek like jacket. I bought two or three jacket from mother care.. each with a price of almost RM100 yet my daughter was unable to wear it now since she outgrow it. So, rugi 300 oke!

Sunday, 16 March 2014

Main masak2

Aksi semalam.. time ni dah dekat kol 11 malam tapi si kecik masih main masak2. Tak tahu le.. sejak masuk umur 7 bulan dia dah mula tidur lewat. For baby her age patut tidur dalam 14 hr sehari at fraction 11 jam tidur malam & 2++ hr nap. Kerjanya nak main dan memanjat je sekarang. Uwaaaaaaaaa.....

Saturday, 15 March 2014

Lapauuuuuuuuu!!!!!!

Uwaaa... lauk da masak tapi nasik ku masih menggelegak lagi. Uwaaaa... laparrrrrrrr.

Thursday, 13 March 2014

Ahkak Pegi SPA oke!

Last week ntah macamana ntah tersinggah SPA kat area umah, skalik ada la package murah urut badan @RM38 hengget je sejam. Murah gila tu.. sejam lama tuu. Makanya ahkak pun sign up la package urut sejam @38 hengget, sauna@ 19.90 dan scrub@ 45 hengget.. which is sangat murah compare to original package @200++.

Makanya hari ni ahkak pun g la SPA. Fiorst 20 min ahkak sauna. Kalau kat Celebrity Fitness gym duluk ada bilik saunatapi yang ni ada box jek. Duik lam tu, yang ble kuar kepala jek & area badan jek la yang kena panas. Tu pun idaklah panas semuanya sebab duduk so area perut n belakang tak kena sangat. Still, panas jugak la. Then kena scrub. Best kena scrub, habes satu badan ahkak suh gesek. Lama gak la.. then mandi. Pas mandi baru la urut badan. I was lucky sebab budak yang urut tu urut jkenis kampung. Oii.. sakit kottt! Nasib baik dia slow down sebab paham ahkak ni g SPA, bukan urut bidan kampong. Stat kol 5.15, kol 7 stengah baru selesai. Siyan anak ahkak tinggal lama kat umah pengasuh.. sorry ye nak ye..

Wednesday, 12 March 2014

Ayam! Ayam! Ayam!

Kali ni itam la perut ahkak anak beranak makan lauk bakar. Mana taknya. sate ngan sayap ayam ni both masak berbakar. Huhu.. tapi nak jugak makan! Ahkak ingat ahkak jek yang beli makanan rupanya si chemba pun sama. Tu yang meriah lak dinner malam ni.

Saturday, 8 March 2014

A Chronologi Of Cili Padi Tree

Mamme & Dadde going chilli tree hunting @pasar tani on Saturday
Chilli padi tree grow at the window
Dadde harvesting the chilli padi
Tadaaaaa.. end product --> Masak lomak cili padi lobster terbaikk!!!

Friday, 7 March 2014

Nasib baik nampak cam lawa gak hang ipad kat leher si melman ni.. kalau idak mau terbang duit aku RM139 kat Machine tuk beli casing teddy bear yang ble sumbat ipad mini dalam tu. Comey la memang tapi mahai.

Makanya ipad yang ini tuk si Hanah & yang itam tuk mamme. Ironinya bila dah ada ipad sendiri aku tak bagi pun ipad ni kat si kecik, instead aku bagi dia buku.What de?!

Thursday, 6 March 2014

For the first time since day 1 hantar Hannah ke rumah pengasuh, she cried nak ikut mamme this morning. Tak pernah2 before this... Tetiba lak hari ni dia tak moh kat pengasuh dia. Hannah! Hanah! Hari ni ahkak ada kursus, since tempat kursus tu direct access to lrt.. Tu yang ahkak naik lrt je. Time jaman2 naik lrt dulu which is 3 4 tahun lepas, ahkak naik time subuh2 tuk g kerja makanya idaklah bersesak2 dalam lrt. Pagi tadi ahkak naik dalam jam 8.15, peak hour. Makanya ahkak telah tercabul seorang pak haji gara2 nak gak masuk dalam gerabak yang dah memang sedia padat. Muhuhahahahahaha..

Kursus hari ni penceramahnya orang Dewan Bahasa. Patut kursus penulisan minit mesyuarat tapi ada lak slot kuiz imbuhan. Daripada 32 soklan yang cuma ada pilihan betul atau salah imbuhan yang ada, i got 19 je betul. Almost separuh tu salah.. Gila hapa. Rata2 yang datang kursus tu near the engine yo tapi suma pun result kebey kurang je. Haru tol!



Wednesday, 5 March 2014

Letih oh! Jadi Ibu

Memang! Memang letih jadi seorang ibu. Aku baru anak satu, macamanalah kalau anak 3 4 orang.. terutamanya ibu yang beranak setahun seorang.

Hari kerja kena kerja. Seawal jam 5.30 dah kena bangun untuk cuci botol anak then masak, blender & siapkan bekal makanan untuk si anak . Semata-mata nak jimat masa, sambil2 gosok gigi & cuci muka sambil2 tu jugaklah masak. Mandi sah2 tak kenyang, paling lama 5 minit je kot mandi pagi. Lepas siap2 pakai baju, solat, calit sikit foundation terus kejutkan anak. Cek2 dulu kot2 yak2 ke si kecik tu, kalau yak kena tukar dulu. Kalau tak.. proceed untuk hantar ke rumah pengasuh. Before sampai rumah pengasuh, kena bertarung dulu cari parking. Kalau nasib baik ada la parking dekat, kalau takde.. terpaksalah eksesais.

Time kerja, sebab bos ramai makanya input banyak. Mentang2lah macai.. kenalah mengikut perintah. Nasib baik dapat bos2 baik. Ada masa kalau bos2 takde, selang2 la menanggung kerja jadi bos besar, bos kecik. Kadang2 ada jugak terima hamburan rakyat gara2 tak dapat nak telefon bos. Benda semua nak cepat, lewat atur pemeriksaan salah, lewat mohon peruntukan salah, lewat ingatkan orang suruh bagi maklumbalas pun salah. Sampai petang badan & kepala pun dah letih untuk terima cabaran seterusnya iaitu menjadi suri rumah.

Balik kerja kena jemput anak & lagi sekali kena bertarung parking. Sampai2 rumah, letak je anak atas lantai terus prong prang prong prang dekat dapur. Tu baru part kena masak untuk anak makan malam, belum masuk kena masak untuk diri sendiri. Habis masak terus bagi anak makan. Alhamdulillah pengasuh akan mandikan si kecik tu before aku datang ambik dia. Kadang2 kalau makan comot, terpaksalah mandi lagi sekali. Habis makan, kena layan dia. Ada kalanya ok ada kalanya nak melekat sepanjang masa. Time anak dah khayal bermain barulah boleh kemaskan dapur & bekas mandi dia. Lepas tu kemas la apa yang patut or makanlah apa yang ada sambil2 lepak dengan si anak. Tu pun kalau si anak tak meraung. Kena mood dia baik dia main atas tilam je, kena mood lasak.. habis satu rumah dia rayap.. belum kes cuba2 nak berdiri sebelah tangan. Pukul 8 mata si kecik masih celik, pukul 9 masih celik, 9.30 masih celik, 10 pun maaasih celik. Pukul 10.30 baru lah dia dapat tidur. Itu pun lepas 4 5 pusingan menangis sebab lampu kena tutup & dia tak dapat main or sebab nak susu or sebab tak dapat nak main lah kebayakannya. Lepas si kecik tidur kena sediakan baju & beg dia untuk esok. Kena letak siap2 depan pintu supaya esok tak kelam kabut. Kena cuci botol2 dulu sebelum lelap. Kalau larat sempatlah baca buku sebaris dua.

Pukul 12 pagi nangis nak susu.. kadang2 pukul 4 nangis lagi nak susu. Kalau dapat tidur balik ok lah, kalau tak.. tunggu la sejam lagi untuk dia tidur. Paling tak tahan kalau si kecik tu jaga sambil sengih2 dengan senyuman manja & lompat2 eksited sebab dia nak MAIN! Oke! MAIN!

Pukul 5.30 dah kena jaga, ulang semula rutin hari kerja. Ini baru rutin hari kerja, rutin hujung minggu laaagi sengsara. Tapi bagi seorang ibu semua tu tak de halllll!! punya. Tiada yang lebih penting melainkan menjalankan tanggungjawab menjaga amanah Allah yang masih kecil & belum tahu apa2.

Monday, 3 March 2014

Husand Of Mine


Laki ahkak ni makin tuha makin menjadi perut dia. Nasib baiklah ahkak dapat laki yang memahami ahkak & tak marah pun kalau ahkak kutuk dia. Dan dia tak pernah sekelumit pun kutuk ahkak, ahkak je suka mengacau dia. Ahkak bersyukur sangat jumpa husband macam laki ahkak. Dia taklah perfect, malasnya kadang2 ya raabii! tapi dia sangat bertimbang rasa. Tak pernah pun minta ahkak masak itu ini, hatta minta tolong ambilkan air pun tak pernah. Ahkak jek suka ngada2 mintak amek air la.. mintak masakkan magi lah. Kalau ahkak masak, sikit pun dia tak pernah komplen. Habis licin semuanya. Kalau ahkak malas nak masak, siap tanya lagi ahkak nak makan apa nanti dia belikan or masakkan. Laki ahkak terrer jugak bab masak memasak & rasa masakan dia boleh tahan sedapnya.
Memandangkan dia kadang2 je rajin nak tolong kemaskan rumah & basuh pinggan.. makanya most of the time dia ada kat rumah, dialah yang jaga si kecik. Ahkak siapkan air mandian & makanan.. makanya dialah yang akan mandikan & bagi si kecik makan.

Kesian juga dekat dia sebab ahkak tahu dia pun letih. Tapi dah namanya hidup berumah tangga.. susah senang mestilah lagi erat bersama. Mula2 dulu memang agak susah jugak nak terima. Masa bujang selama 31 tahun, semua pun sendiri punya hal. Sendiri makan sendiri cuci, sendiri sepah sendiri kemas. Bila dah khawin, lain2 makan & lain2 sepah tapi sendiri2 cuci & kemas tu agak mencabar jugak. Ada masa-masa rasa macam nak marah. Tapi bila muhasabah, sikit demi sedikit mula lebih postif. Daripada marah2 dalam hati sebab ahkak memang jenis tak reti nak bebel & marah depan2, ahkak mula agihkan tugas yang mampu diterima oleh si suami. Sikit demi sikit. Lama2 alhamdulillah rasa lebih positif.

Pada ahkak, kesilapan yang selalu ahkak buat ketika terbit rasa marah pada seseorang, tak kira lah hal kerja or yang berkaitan dengan kehidupan seharian adalah kegagalan berkomunikasi. Ahkak salah bila ahkak berharap orang lain juga punya kesedaran sivik yang tinggi, alert pada persekitaran & punya rasa tanggungjawab macam ahkak, makanya ahkak cuma marah2 dalam hati & mempertikai awat la benda kecil tu pun ko tak tahu nak buat or tak perasan. Disitulah silapnya. Bila ada rasa marah, berkomunikasi lah kalau itu yang terbaik. Tapi tak semua orang mampu berkomunikasi ketika marah, hatta selepas marah pun ahkak tak boleh membincangkan kemarahan tersebut tanpa menimbulkan semula rasa marah yang dah reda.

Sebenarnya, ahkak paling tak suka komunikasi post-kemarahan, tapi ahkak jugak tak lah bodoh untuk biarkan diri sendiri dibelenggu rasa marah & tak puas hati sorang2 padahal orang yang kita marahkan tak sedar pun yang kita marah. Lagi buruk kalau orang tu sedar kita marah tapi dia buat tak tahu. Boleh stress dibuatnya. Makanya untuk pastikan ahkak masih dalam mode neutral dalam menjalani hidup ni, ahkak belajar jadi seorang yang lebih memerhati. Kumpul dulu data2 & info yang berguna then baru atur strategi. I always told my self being angry is stupid, unless you do not mind being red all the time.
Now since dah jadi isteri & ibu, banyak yang masih perlu ahkak pelajari. Alhamdulillah ahkak dapat seorang suami yang super supportive & romantic. Yer! Mu husband is soooo romantic I told you. Bukan romantik yang buaya darat tu oke and I dont think he realized that he is a romantic person & a gentlemen... and I never told him this secret of mine ;p

Sunday, 2 March 2014

Dubu-Dubu Lagi

Alkisahnya peristiwa terbeli ipad semalam tu berasal dari keinginan ahkak nak makan menda alah ni kat Dubu-dubu. Miahahahahah... Sebelum2 ni kalau pegi Dubu-subu cuma pandai order Bulgogi jek sebab tak berani nak cuba menu lain. Tapi last Wednesday time lepak dengan ibu, dia order Spicy Calamari a.k.a sutung & Honey Mustard Chicken Wing. Sedap oke! Walaupun bersambal tapi masih crispy.

Kalau order set come with banchan a.k.a side dishes consist of sayur2an. Korean cooking ni memang healthy cooking. Sebab tu kalau orang korea hampir suma kurus2 lidi. Bukan cam kita kat mesia ni.. Contoh faling dekat ahkak la.. Muhuhahahaha

Saturday, 1 March 2014

Sama Tapi Tak Sama

Oke.. Ada 2 kan. So ini yekla lanjutan daripada aktiviti berebut ipad mini dengan Hannah tiap2 malam. Makanya tadi terpergi midvali.. Tu yang terbeli ipad mini ni. Rata2 dah pegi semuanya jual model baru. Ahkak tanak la model baru tu. Hanya kerna retina apa ke benda ntah tetibon letak harga 1.2k kunun...choii!!! Nasib baik Machine kat Mid Vali masih ada stok model lama.. Dapat la dalam RM949 which is 50 hengget cheaper daripada yang satu lagi ni.

Memula ingat nak beli Samsung for kids tu tapi cam mahal lak.. RM799. Cam tak verbaloi..kalau beli ipad ble transfer purchase. Whatever yang ada dalam akaun itunes ble copy ke any new apple gadget.  Memandangkan I already spent so much kat Apple market so memilih untuk beli Apple gadjet adalah lebih menguntungkan in my case.

Kenapa beli gadjet padahal sebelum ni beria2 kunun nak restrict anak dengan gadjet? Well.. Bila fikir2 it is all up to how we manage your kid actually.


Thursday, 27 February 2014

Si comey

Dah besar dah anak ahkak.. Rasa cam kejap je. Now dah pandai duduk & berdiri.. Dah pandai membebel2.. Mamme sayang sangat Hannah... Mmmwahhhh

Wednesday, 26 February 2014

Mahaiiiiiiiiinya oiiii

Uwaaaaaa... RM525 baru dapat 100 pound sterling while RM454 baru dapat 100 euro... uwaaaaaaa... mahaiiiiii. As of today inilah rate matawang kita kalau convert to € dan £. Kalau dulu rasa duit jipun.. ini kali lagi mahal. Lagi sekali uwaaaaaaaa.. Bila fikir2 memang membazir tapi bila fikir2 bila lagi nak sampai UK makanya halal je lah. Rasanya this Europe trip is the first and last kot. Nanti anak dah besar memang takde nyelah nak g berjalan. One of the main reason is tak koser la ahkak nak kuarkan duit bayar tambang anak yang conet, say baru 2 3 tahun sama banyak dengan tambang kita. Tak koser! Tak koser! Nanti anak dah besar, ada komitment lain pulak.. so i dont think ada masa tuk berjalan jejauh. Takat dekat2 boley lagi kot. So, ini kali ahkak halal je lah walaupun fokai dibuatnya.

Tuesday, 25 February 2014

Kureng beretika?

Hari ni ahkak ada kursus kat tempat berchintan chintun lagi dikenang aka mid vali. The best part ahkak kursus laki bini, duk sebla2 lagi oke. Miahahahahahaw... gedik! There were ibu, Daus and Fad. Kira macam small reunion la plak. Malangnya tak sempat nak say hello to my ex big boss yang biliknya betul2 sebla bilik kursus. Kursus yang kitaorang hadir hari ni yekla code of ethic for mechanical near the engine. When i told my sub-ordinates i am attending that course they laughed at me accusing me of lacking of ethics... hahaha

Saturday, 22 February 2014

How Many?!

Orang kata sayang anak tangan2 kan.. Ahkak tangan anak ahkak dengan walker je lah. Ini adalah atas permintaan pengasuh si Hannah yang tak tahan dengan ke aktifan my doter yang starring sangat sekarang ni. Nak bagi walker yang sedia ada.. Kang tak de plak tempat nak kurung si comey kat umah ni.

Wednesday, 19 February 2014

Anak ahkak yang lasak.. Ini le koje dia. Sikit punya banyak menan ahkak beli, alih2 menda kat dapur yang di min

Tuesday, 18 February 2014

Bagaimana Mengurus Majlis Perkahwinan

Hari Sabtu lepas adik ahkak khawin tapi atas kuasa Allah masa tu banjir. Makanya semua jadi kelam kabut. Mana tidaknya, air dan api serentak takdak. Memang kesian sungguh la majlis kali ni. So I am writing a note to myself, untuk mengingatkan flow of sebuah majlis perkahwinan belah pengantin perempuan.Sebenarnya this is a note to myself ni. Yalah, I have a daughter kannnn.

Contigency Plan
1) Persediaan tiada bekalan elektrik
Kalau rasa2 mampu, beli or sewalah genset. Make sure minyak cukup. Kalau ada belah family tu yang pandai bab letrik, tugaskan this person untuk jaga bahagian ni.

2) Persediaan tiada bekalan air
Guna je pinggan pakai buang, senang. Tak bazir air & tak mencemarkan alam dengan sabun cuci. Kalau rasa nak guna pinggan gak, pastikan ada tangki @ tong2 yang cukup besar untuk menyimpan air.


Majlis Nikah
1) Susun atur kedudukan pengantin dan barang hantaran
Tetapkan di mana tempat duduk pengantin, imam, saksi dan ahli keluarga supaya nanti tak kelam kabut. Lantik tukang tunjuk tempat duduk. Take into consideration angle terbaik untuk tangkap gambar.

2) Lantik
1 orang untuk jadi pengapit untuk pengantin perempuan.
2 orang untuk menyambut ketibaan pengantin lelaki
1 orang untuk menjadi tukang tunjuk tempat duduk
1 orang pengerusi majlis

3) Atur tentatif majlis
Perkenalkan nama pengantin
Mulakan dengan sesi mengalu2kan kedatangan rombongan lelaki
Serahkan majlis kepada imam
Setelah selesai akad nikah, pengantin lelaki menyarung cincin/ mencium dahi... terpulang
Teruskan dengan sesi bersalaman dengan ahli keluarga
Akhirkan dengan sesi bergambar dengan ibu bapa diikuti dengan adik beradik dan ahli keluarga lain

 4) Kumpul maklumat sebelum majlis dimulakan
Beri maklumat seperti penuh pengantin, nama wakil2 dari kedua-dua belah pihak seperti ibu bapa, negeri asal pengantin lelaki dan jumlah rombongan pihak lelaki kepada pengerusi majlis.

Beri juga maklumat nama imam dan saksi sekiranya dirasakan perlu untuk disebut. Paling penting beri aturcara/ tentatif majlis kepada pengerusi majlis supaya beliau boleh memberitahu apa yang akan berlaku sepanjang majlis.

Malam sebelum bersanding
1) Tugaskan 3 atau 4 orang penyedia bedak dan inai. Tradisi malam berbedak & berinai adalah untuk memastikan agar pengantin kelihatan cantik semasa bersanding.


Majlis Bersanding
1) Persediaan merenjis & tepung tawar
Tanyalah orang tua2 apa yang perlu disediakan seperti beras tabur, air mawar dsb

2) Lantik
1 orang untuk membawa keluar pengantin perempuan
2 orang untuk membawa orang yang akan menepung tawar ke pelamin
2 orang untuk urusan pemberian cendera mata
1 pengerusi majlis
1 orang runner
1 pembaca doa
2 orang pelayan meja makan beradab

3) Atur tentatif majlis
Tugaskan runner untuk pastikan semua ahli keluaga yang telibat dalam menepung tawar telah bersedia
Pengerusi majlis mulakan dengan sesi mengalu2kan kedatangan tetamu
Beritahu tentatif majlis kepada tetamu
Mulakan paluan kompang
Bawa pengantin keluar
Teruskan dengan majlis menepung tawar
Setelah selesai, teruskan dengan bacaan doa
Diikuti dengan sesi bergambar
Akhirkan dengan sesi makan beradab

Sunday, 16 February 2014

Muka si kecik yang keletihan mengharung keadaan banjir.. alhamdulliah banjirnya tak kena.

As early as 3.45 ahkak bangun siap2kan barang sebab pukul 4.30 nak kena bertolak dari rumah. Walaupon flight pukul 9.55, terpaksa bertolak awal sebab tak tahu jalan dari rumah ke airport melalui Kuala Penyu tu berapa jauh. Kena lalu Kuala Penyu sebab jalan bypass ke laluan KK dah dinaiki air & tak selamat untuk keta2 kecik. As of semalam masih dalam airnya, mungkin pagi tadi dah surut tapi tak nak la tanggung risiko terlewat. So, amek la jalan jauh.

Ya.. memang la jauh. Kalai ikutkan dari rumah ke pekan membakut dalam 30 minutes paling lama tapi perjalan hari ni mengambil masa 1 jam setengah.. so the whole trip mengambil masa 2 jam setengah. Alhamdulillah masih ada laluan alternative. Kalau tak, tak tahu la.

Wednesday, 5 February 2014

Confession Of A Mother : I Got Better By Day

I confess being a mother is not an easy part of my life because everything revolves around my child now. It was not suppose to be like that but, it happened without warning. I did make mistakes everyday be it forgetting to wash the bottles up to the point being late to feed the baby. I no longer have the luxury of time to take a bath and eat properly. I can only being invisible for five minutes before she started crying. But I believe that I got better by day.

To save  time for morning chaos, I prepare my clothes including socks before going to bed and put them somewhere on the hallway between makeup table and toilet so that I can minimize my movement and save time, I even prepare my towel and hang it on toilet's door. I pack our bags and put it in front of the door. When my girl is asleep, I clean up all the mess at home so I could go back to a clean house tomorrow. My goal is always about getting things done without many movement that waste time especially in the morning. I always make sure I wash all baby bottles before going to sleep, refill the thermos, refill the drinking water bottle, refill the milk container and keep two or three clean bottles inside the room so that I could easily access them when my daughter cries for milk in the middle of the night which normally  two feed every night.

I woke up 5 to 10 minutes earlier than my routine every morning. Sounds like it doesnt make any different yet it did. I used that time to rinse all used bottles during the night, put it in the fridge and wash them after I get home from work.

Besides that, I also rearrange the layout of our small house to make sure I have access to few things by only standing at one place like able to monitor my child and have access to fridge and plates cabinet while I was standing in front of the stove, cooking.

Yeah, time is more precious than gold if you ask me!

Tuesday, 4 February 2014

Pakai Dnars

Ok. Gara2 terpengaruh dengan cerita my sis akan betapa cunnya dia selepas pakai produk kecantikan Dnars.. makanya ahkak pun beli set trial dia. Putih dalam 7 hari kau katanya! Ok. Rega satu set dalam RM59.90 came with sabun kolegen, sabun normal, magic night cream & magic day cream. Pastu ahkak add toner ngan magic foundation. Apa yang magic ahkak pun tak taw. Hasilnya? Tadaaaaaaaa.
Ok. Jangan tertipu ye. Muka ahkak memang cun. Miahahahaha. Bukan cun.. tapi kulit muka ahkak memang tadak masalah jerawat. Da namanya orang dah tua.. orang tua manada masalah jerawat dah. So.. sapa2 yg jerawat batu tu.. tunggula dah tuha sok, ilang la tu.

So.. mmm ok la produk ni. Taklah putih pun tp ahkak suka sabun n cream dia. Sabun tu buat muka rasa cam licin n halus tapi pastu pedih jap. Buh night or day cream.. ilang la rasa pedih tu. Day cream dia nice sbb blend dengan kulit. Naik le seri muka while night cream give me a soothing sensation. Memula terkupas sket.. tapi buat masa ni masih ok. Ahkak ada gak google efek produk ni. Some tu cakap jerawat makin naik, muka merah n pedih. Alhamdulillah muka ahkak tak la mengalami keadaan yang teruk cam tu cuma pedih n terkupas sket dalam 1st to 3 days. Ahkak biasa pakai dengan bedak arab.. so kita tengok lah what will the hasil be in few weeks yeh!

Monday, 3 February 2014

Terbeli La Pulak

Semalam time jalan2 cari hal kat soppeng kompleks.. terserempak ngan kedai dvd. Alang2 dah terserempak, tertengok pulak apa ada dalam kedai.. alih2 terbeli pulak Buy 1 Free 1 dvd set drama2 korea. Huahuahua... dah lama tak layan citer korea skalik.. veli 4 terusssss. Almost 200 gak terbang! Macam ni la kalau collector.. buying for the sake nak buat koleksi instead of tonton sampai munta.

Sunday, 2 February 2014

Korean Theme Food

Hari ni ahkak main masak2 bertemakan masakan Korea gara-gara tak puas hati ngan restoran Dubu-dubu. Bulgogi yang kitaorang order last week tawar, tak macam the previous week. So, ahkak pun masak la walaupun tanpa minyak bijan. Hantammm la, janji kimschi ada. Kimchi ni ada tanda Halal oke! so now bole la beli.

Malangnya takdak ikan bilis kat peti, makanya tak dapat la masak ikan bilis garing bercili padi ala2 cam Kohyang punya side dishes. Kalau kat Dubu-dubu, set Bulgogi comes with 2 sayur, kimchi & sup.

Saturday, 1 February 2014

Spegeti Konfem Nak Lagi

Bahan-bahan

Mee.. my fav fetucinni
Tomato sauce 3 botol.. my fav kimball with garlic
Daging kisar 1 pek
Bawang putih penyet 6 7 bijik
Bawang besar dadu setengah bijik
Cili giling sesudu dua
Sos tiram n jus limau nipis
Garam gula etc
Mixed herbs
Parmesan cheese
Parsley kering
Goreng bawang besar bawang putih & mixed herbs
Selagi tak wangi jangan buh cili
Next add in cili garam gula sos tiram jus limau nipis
Agak2 wangi n da masak buh la daging
Adjust apa yang patut before masuk sos tomato which is rasa manis & masin kena kuat tapi balance
Agak2 da masak buh sos tomato
Adjust lagi apa yang kurang
Sambil2 tu rebus mee
Oke.. da ble serve
Tabur parmesan cheese n parsley kering
Taddaaaaa

Friday, 31 January 2014

Sayur Chenta Hati & Bulgogi Tak Jadi

Haktiviti hari ni main masak2.. apa matcam.. rasa2 layak kah masuk master cip? Muhuhuauahaha. Ini style masak biar simple, cepat tapi bergaya. Ala2 biar papa asal bergaya.. daaa... ada kaitannn kah?!

Ahkak ni memang tak pandai masak. Janji ada benda nak makan oke lah kan. Asalkan si Chemba suka, yang lain ada ako kesah. Muhuhahahaha. As usual ahkak masak memang simple & cepat. 30 minutes adalah masa yang selalu ahkak achieve untuk ahkak prepare nasik, sayur & lauk pauk, clear pinggan mangkuk & kuali then hidang.. eksep time masak daging je la.. berjaman!! Tak kosa le nak masak sungguh2 tapi bila time melantak kejap jek selesai...  tak vervaloi. Biasanya ahkak masak apa yang ada dalan peti & jarang la beli bahan mentah with aim nak masak specifik food. Base on apa ada kat umah, makanya itu la yg ahkak masak. Cantik tak kak tonnn hias??? Hahahah. aktuali kat bawah tu ada telor roll tapi tak nampak ;p

Thursday, 30 January 2014

Mine Is A Climber

Ok. Mentang2 da pandai merayap n memanjat... merata2 dak kecik ni dah pegi kat dlm rumah ni. Paling dia suka... memanjat. Bila jatuh nangis pastu tak insaf... buat lagi. Kalau tiba mood mak nye kelaut... ahkak biar je dia nangis. Ingatkan insap... tapi tak. Tengok le muka comey lagi tak bersalah dia main bawah meja... adoiiii la

Wednesday, 29 January 2014

Tuesday, 28 January 2014

Projek Lepas Kerja

Balik koje petang tadi ahkak singgah kat DIY.. beli ka segulung mirror wrap ni dengan rega 22 hengget segulung. Tadaaa... ini hasilnya.. saje amek yang kalerkaler, nampak ceria sket. Ahkak berkenan yang soft kaler tapi nanti tak mencapai objektif la pulak nak menjadikan tetingkap kat umah ni no-see-through. Apa2 pun ahkak puas hati sebab ceria oke rumah ahkak

Thursday, 23 January 2014

GPS Gagal!

Hari ni kena g bengkel kat Sg. Buloh. Ingatkan ok la macam hari tu skalik ahkak tersalah faham cakap si GPS sudahnya instead of lalu jalan yang ok ahkak masuk kat Bandar Kepong. Apa lagi.. trafik light la manjang. Stress!

Nasib dapat singgah ikea beli kerus si Hannah. Tadaaaaa.. tengok betapa eksennya dia duk atas kerusi walaupun masih tak pandai duduk. Beli kerusi murah jek, esok kalau Hannah dah tak guna ble la sorok jek. Idaklah rasa ralat sangat sebab kalau beli yang mahal tapi pakai kejap je macam tak vervaloi + buat sakit hati pulak.


Barang-barang kat umah ahkak nu kalau beli 1st thing yang ahkak consider yeklah tak makan ruang, senang nak sorok then senang nak simpan kot2 tak nak guna dah. Ahkak suka rumah yang concealed, kalau boleh semua masuk dalam lemari. Hoho.. malas nak bersihkan le tuh! Bayangkan umah sekenkang kera ni pun ahkak bole stress kalau nak bersihkan, apa lagi umah besar.

Wednesday, 22 January 2014

Garden Of Home

Amacam, lawa tak garden i. Miahahaha.. See all the vitamins yang tak bermakan. Miahahahah.. Kesian table bar ni, dulu time beli beria2. Mahal kot table ni beli kat ikea. Alih jd kenang kenangan. Jadik tempat simpan barang je lah kaw maria!

Tuesday, 21 January 2014

Main2 Drill


Konon nak pasang langsir, skalik penggantung langsir ahkak tercabut. Eiiii la haiiii!!! dari nak rilek2 jadik nyusahkan diri sendiri. Udahle beli drill ni tuk c Chemba.. memang idakla pernah pakainya. Da kalau si Chemba takde, terpaksaler ahkak menderill sendiri. Nasib ler ahkak ni teror. Munta.

 Kalau da namanya mechanical engineer, tak reti nak guna tools idakle ahkak tau! So, ini le hasil tangkapan petang ni. Memulai memang le rasa murah langsir ni, ada yang 39 hengget, ada yang 29 henget selai. Udah kalau 5 ada la jugak dalam 150 ilang. Choiii!! sama jek macam g nilai 3 suh depa jahit langsir. Tapi oke, sedondon dengan tema rumah. Buek!!!! Nipis poket aku


Monday, 20 January 2014

Malas Masak Malas Beli


Ini jek la sarapan tuk hari ni gara-gara ahkak malas nak masak pastu malas nak g turun kat kantin beli makanan. Hohoho.. hari ni je kot, esok2 kompom la ahkak mencarik nasik. Ahkak ni kalau tak makan yang berat2 macam nasik pepagi memang tak sah. See the perut la!

Thursday, 9 January 2014

Cerita tentang Susu Anmum Rumusan No.2

After almost sebulan bertukar susu dari Enfalac A+ kepada Anmum Rumusan No.2, alhamdulillah a positive sign yang anak ahkak ngam dengan susu tu. Maybe tak sengam Enfalac A+ tu kot, tapi ok la sebab dia suka minum. I am not sure kalau ruam cause by susu or food yang di ambil, tapi compare time minum Enfalac A+.. time tu kulit dia mulus dan tulus. Seriously.. payah benor nak nampak ruam hatta sebijik pun & mulut pun tak bau.

Now mulut dia pandai bau.. dadde dia kata maybe kahak dia kot sebab hari tu pun macam tu. Before nak demam mulut dia bau ya Rabbi! kuatnya.. nak muntah gak lah cium.. hehe. Tapi pas demam & selsema dia hilang.. teruss tak bau.

In term of sistem perkumuhan.. ok la. Hari2 yak & tak keras cam time dia consume susu amas S-26 Gold tu. Perut kembung pun tak de so far. So kesimpulannya.. boley laaa

Wednesday, 8 January 2014

GPS Berjaya!

For the first time ahkak berjaya drive sorang2 sampai ke UiTM Sungai Buloh nun. Nasib baik lah si Almera tu ada built-in GPS, kalau tak mampus la ahkak sesat kot. Paling vangga sebab ahkak dah berkawan baik dengan GPS tu. Pergi dan balik langsung tak sesat oke! Bukan senang nak paham bahasa GPS ni, silap2 ble sampai Kuantan kalau salah baca.. miahahah.

Ada bengkel nak buat shepital. Sekarang ni almost semua U yang ada offer medic ada hospital sendiri yang dipanggil teaching hospital macam HUKM tuh. A real hospital tapi cater for teaching medical students.

Letih kaw kalau ko kerja kat jabatan cuci taik orang ni. Memang selalu jadik kambing hitam. Apa2 runtuh, apa2 lah yang jadik.. kompom adalah jabatan ahkak tu ala2 hidung tak mancung tapi pipi tatap kena paksa sorong g datang cuci taik walaupun hatta sedikit pun kitaorang tak tahu menahu pasal kewujudan projek tu sebab tuan tanah bangunan tu nak buat sendirik. Last2 panggil kami cuci taik depa. Pastu jabatan ahkak ada plak No-Wrong-Door-Policy. So kalau ahkak2 & ahbang2 tadak duit ka, ada masalah keluarga ka.. boleh kot mengadu kat jabatan ahkak. Buek!

Tuesday, 7 January 2014

Stress!

Hari ni stress sangat sebab hari hujan. Asal je kol 4.30 mesti hujan. Bila hari hujan makanya susah la aku nak amek hannah & pastikan dia tak kena tempias hujan especially time keluar masuk kereta. Lepas dah susah payah aku bawak hannah & barang2 kuar keta.. alih2 bila da sampai rumah kunci rumah takdak dalam beg. Dengan penuh sakit hati aku turun balik cari kunci. Nasib baik hari ni dadde dia tinggalkan carrier dalam keta.. senang la sikit aku nak move dengan dak kecik tu. Cek2 dalam keta kunci xde la pulak. Time tu aku memang dah sakit hati sangat. Bayangkan dengan bawak budak kecik dalam hujan. Naik rumah.. try cari lagi dalam beg. Time tu aku dah baling semua barang2 depan muka pintu.. bersepai semuanya sampai bercerai bateri dari hp gara2 aku hot sangat. Korek2.. rupanya kunci ada dalam beg. Tersembunyi dalam compartment beg yang koyak. Time tu aku rasa cam nak bunuh orang pun ada kot. Nasib takde orang lalu lalang plak time tu.. Hoh!

Monday, 6 January 2014

Semua Atas Izin Allah!

Berapa kali pernah kita dengar since kecik2 sampai la ke tuha orang cakap pada kita atau kawan kita atau kita terdengar ayat ataupun, kita sendiri yang mengucapkan..

“ Kamu/ dia tu masih belajar, nanti dah kerja baru tahu macamana”
” Kamu/ dia tu baru je kerja, memanglah. Bila dah lama esok, tahu lah”
” Kamu/ dia tu belum khawin, esok dah kawin baru tahu”
” Kamu/ dia tu baru khawin. Esok dah khawin bertahun-tahun baru tahu”
” Kamu/ dia tu belum ada anak, esok dah anak baru tahu”
” Kamu/ dia tu baru anak satu, kalau anak dua tiga baru tahu”
” Kamu/ dia tu anak baru dua je, ok lagi, kalau dah ada tiga empat nanti tahulah”
” Kamu/ dia tu bla bla bla..

The say goes on and on and on....

Angkuh sungguh manusia. Dia tak tahu ke yang dia dapat belajar, dapat kerja, dapat jodoh, dapat anak… dapat apa sekalipun semua tu atas izin Allah?

Sunday, 5 January 2014

Cuti2 Umah Atuk

Semalam kitaorang balik umah in law.. dalam keta ahkak yang masih tak sehat terpaksa melayan berapa round sesi nak muntah yang tak kuar. Hannah nangis pun ahkak da bolayan sebab ahkak pening amat. Sampai2 umah je.. pas salam in law terus muntah then tido sampai pagi. Apa jadik dalam umah tu pun dah tataw. Hannah pun dadde dia je lah yang tengok.

Ending 2013 & starting 2014 dengan sakit makit.. huhu. Peringatan tuk ahkak kot banyak sangat dosa2 yang nak kena dicuci.. Tadi cam ok sket walaupun pening2. Terus bawak Hannah g bersiar2 kat Mydin. Hari ni anak ahkak behave duduk lam car seat.. dia lak bolayan ahkak. Nilah muka anak ahkak bolayan ahkak.. Huhu

Monday, 30 December 2013

Demam Lebih 40c



My doter ni demam almost reaching 41c. Terkejutnya ahkak.. Rasa macam nak melayang jantung ni tengok dia lemah je. Time usap2 badan dia, dia bercakap2 seolah2 nak bagitahu dia sakit. Kesian anak mamme. Nasib baiklah dadde ada malam ni.

Hari khamis petang tu start demam sampai jumaat. Demam tak lah tinggi sangat & panas pun tak lah sepanjang malam. Tapi pagi tadi badan dia start panas balik. Makin lama main panas.. mintalah bapak dia bawa ke klinik kesihatan. Skalik masa kat klinik kesihatan tu temp dia reaching 39+ sampai misi kat situ saspen takut Hannah sawan. Letak ubat cucuk bontot baru turun sikit. Si Chemba kata kena amik darah, takut denggi. Masa cek darah tu ada 3 parameter yang dibaca untuk tentukan samada dia denggi atau tak. 2 ok, 1 fail sebab bacaan platlet darah dia rendah. Doktor kata bacaan platlet ni boleh rendah kalau tak cukup air dalam badan.. ahkak da saspen dah. Dahlah ahkak pun sama demam.

Orang kata ubat bontot tulah ubat yang paling kuat kalau nak turunkan panas badan, tapi si Hannah.. macam takde efek je. Dalam kol 3 or 4 kot dia kena cucuk ubat tu, kol 5 lebey cam tu sampai rumah temperature masih tinggi. Dah tu sepanjang malam temperature tak turun, maintain dalam 38.9 - 40.8. Manalah tak saspen. Dadde dah keletihan jaga dia & maknya dari hari jumaat tu.. alhamdulillah malam ni maknya masih ada kudrat tuk bangun tengok dia. Alhamdulillah walaupun nampak lemah sangat, Hannah taklah sampai sawan walaupun suhu memang tinggi gila. Sepanjang malam tu dia tidur tak berbaju & every 5 to 10 min mak & bapak dia bergilir2 ambil temperature ketiak & telinga