Wednesday, 30 September 2020

Jom Laksa

Dah berapa hari duk sebut nak singgah kat kedai Jom Laksa yang baru bukak belakang umah aku ni, baru hari ni berkesempatan. Time nak g kedai Jom Laksa tu, jenguk jap ke dalam kedai emas yang berdekatan dengan kedai tu.. astaga.. ramai orang. Orang sekarang ni dinner dengan amas ka macamana ka ?

Masa decide nak singgah kedai Jom Laksa tu cam 50-50 juga tadi. Sebab nama kedainya Jom Laksa, ingatkan deme jual laksa semata. Bila masuk baru la nampak ada macam-macam pilihan juga dari goreng2 ke roti ke roti canai ke laksa ke mee kari ke lauk pauk. Layanan pun ok, pelayan ramai, SOP terjaga so inshaAllah jadi port dinner la ni lepas ni.. tak yah susah- susah mencari makan sampai ke mall bagai kalau nak makan kat kedai berekon. Taula laki aku ngan si kecik tu bukan boleh makan kalau kedai takde aircond πŸ‘»

Kami terai mee kari original, roti ular, roti sardin, roti telur, roti bakar butter kaya dan peanut butter thick toast. Rasa? Terbaikkkkk! Yang unik roti ular tu.. roti apakah? Actually roti canai je tapi bentuk ular. Layan la juga. Rega? In term or rega memang ada mahal sikit tapi takde la nak kata mahal sangat.. lebih kurang harga kedai mamak macam Q-Bistro la juga. Daripada sapot mamak, kita sapot bisnes orang melayu lagi baik kan..





Tuesday, 29 September 2020

Ariani Ariani


Amacam? Mengancam kan harga sebenar tudung Ariani ni. Kalau aku cakap aku punya koleksi shawl diamond cukup la tuk 44 hari berpantang dengan Ariani.. ko boleh kira la berapa hebat aku invest dekat Ariani.. muhuhahah.. tapi itu kalau kira harga asal ka. Aku tak pernah lagi la beli dengan harga asal.. gilos apo!!

Aku perasan strategi jualan Ariani ni dorang letak price tag banyak itu tapi harga jualan half price.. sale nanti half price lagi. So bagi aku yang memilih kualiti berbanding fashion, aku cuma akan beli time sale. Kalau yang utamakan fashion tu dorang tak lalu le pandang koleksi lama.. mesti mau yang baru keluar punya. Aku ni pula memang spesis tak amik port fashion or style apa yang tengah in at the moment.. asal murah dan menepati kualiti yang aku mau.. aku oke je. Tudunh 298? Memang gilos la kalau aku beli kan.. ahaksss. Dari beli selai tudung dengan rega itu baik le aku beli 3 lai baju kurung saiz xxxxl.. ahaksss. Pada aku actually memang worth sangat la beli Ariani sebab tudung tak jarang dan boleh pakai labuh.. patuh syariah. 

Saturday, 26 September 2020

New Anak Fruit


Ini koleksi terbaru anak buah aku.. eh!eh! Macam anak patung pula acik panggil koleksi.. hahahaha. Masuk yang ini aku dah ada 6 anak buah belah aku dan 7 belah si Chemba. Belah aku yang adik beradik semua pompuan anak buah boy mendahului buat masa ni.. 4 vs 2.. belah si Chemba pula yang cuma ada sorang je adik beradik pompuan dikuasi oleh geng gegel. 

Si kecik ni lahir 24hb, baru hari ni acik dia berkesempatan nak pegi tengok. Sama macam acik nanti, mak dia ni pun kena induce 38 minggu sebab bacaan gula x cantek. Acik ada lagi 4 minggu nak keluarkan geng kamu.. tungguuuu oke

Friday, 25 September 2020

Baby Boy Gantian

Tadi masa si kecik masuk keta muka masam mencuka.. aku tanya si Chemba apa hal lagi si kecik tu kali ni. Bapak eh kata dia menangis bila si Chemba cakap adik pada abang sepupu dia dah lahir. Astagaaaa... Anak aku ni benda lain dia tak kisah sangat tapi bab adik ni di sensitip. Masa tahu abang sepupu dia bakal dapat adik dulu pun dia nangis dan persoal kenapa dia takde adik. Kami suh le dia doa moga dapat adik.. alhamdulillah ada rezeki dia bila mamme pun disahkan pregnant a month later. 

Nak memujuk punya pasal terpaksa bawak g ToysRUs.. janji dengan dia tadi jangan beli yang mahal. Pilih punya pilih dia pilih yang ini... rega? RM100+ oke! Nasib baik bapak dia sudi nak bayar walaupun si emak ni yang berjanji pelsu πŸ‘» Huntunggglaa anak sorang.. kalau anak ramai mungkin toys kat kedai Eco je la yang kamu dapat nak oi 😝



Tuesday, 22 September 2020

Check-up Baby @33 Weeks

Tadi aku ke klinik kesihatan untuk appointment jam 2. Sampai klinik dalam jam 2 stengah dan macam biasa la lepas dapat nombor kena pegi kencing. Menunggu nak jumpa misi tu tak lama mana pun tapi malangnya kena doktor pula so lama la urusannya sampai gini haa keadaan dalam klinik..

Kusung yawww!!! Masa ni dalam jam 4 cam tu. Aku rasa aku la last patient tuk hari ini so doktor tu siap scan perut aku walaupun xde dalam jadual nak scan. Berat baby dah 2.2 kilo. Sebabnya aku cakap si baby kurang bergerak hari ni. Baby memang aktif malam tapi at least before 4 tu usually dah selesai dah count to 10 movement dia. Kalau aku minum air sejuk or makan biasa dia aktif tapi hari ni xde. Aku tolak dan tepuk pun senyap je. Saspen la juga. Udah kebetulan doktor tanya maka aku voice out la concern aku skali kena refer HUKM daaaa...

Sampai HUKM naik grab, aku terus ke PAC. 1st kena amik tekanan darah then g kenching. Lepas kencing kena suruh bukak kain dan baring dekat treatment room tu. Pastu nurse pasangkan alat ctg untuk cek jantung baby dalam 20 minit. Kalau adik aku citer masa dia kena buat ctg dekat Pusrawi hari tu nurse tak bagi dia mengiring sampai dia rasa nak sesak nafas, yang aku pula macam-macam posisi nurse suruh aku baring. Agaknya tak dapat capture bacaan cantek kot. Nurse tu kata baby banyak sangat gerak. Amboi-amboi.. dengan mamme dia senyap je tapi bila g hospital bukan main lagi. Actually masa scan tadi pun dah rasa gerakan baby tapi time buat ctg rasa lagi kuat gerak. Bukan gerak semata, siap tendangan ala berzikir oke which is konsisten tendang tempat sama berpuluh kali beberapa minit tanpa letih.. memang itu la antara hobi dia since 4 bulan lebih. 

Masa tengah buat ctg tadi ada la budak2 training. Kalau ada budak training.. merasa la nak kena menjawab macam-macam soalan. Patutnya aku siap-siap bawak carta grafik history semua penyakit aku dan edar as handout pada bakal-bakal doktor ni supaya takde la aku letih nak menjawab soalan yang sama balik-balik. Balik umah ni aku kena buat la carta tu gamaknya tuk persediaan πŸ˜…

Sunday, 20 September 2020

Cuti Melaka : Moh Le Pulang



Inilah view dari hotel.. so for those yang nak bertumpu untuk melancong di area ni, boleh la memilih untuk menginap di sini. 

Pagi ni pun kami check out hotel awal, dalam jam 10 lebih. Masing-masing kelaparan so pegi la kami mencari sarapan. 1st restaurants yang kami tuju kedai yang sama kami breakfast semalam. Sampai-sampai kedai da rasa happy sebab kedai kosong, ingatkan kami awal la skali brother kedai tu cakap maaf kak sarapan dah habis. Yang ada lunch je tapi nasi pula tak siap lagi. Whatttt!!! Dengan hampa kami menuju ke restoran kedua.. Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Bila tengok lauk pauk dia memang menyelerakan. Tengok pelayan pun ramai.. dalam thinking aku ini mesti efisen ni cam kedai mamak. Lauk pauk dan sayur dihidang siap-siap dalam pinggan so pelanggan boleh boleh pilih sendiri. Funny thing is, laki aku tanya ada telur goreng tak dekat one of pelayan dari yang ramai-ramai yang ada kat situ. Mamat tu kata, yang tu kena tanya dekat depan. Bila tanya dekat depan, minah kat depan tu pula kata takde telur goreng. Macam itu la kalau ke kedai makan orang melayu.. mengecewakan! 

Yang pelayan tu langsung takde usaha nak offer customer service. Apa la salah dia tolong tanyakan untuk pelanggan. Bukan kami minta steak or pasta ke.. kami minta telur goreng. Pemilik or manager kat restoran tu patut groom budak-budak ni macamana nak handle kalau customer request benda yang diluar 'kotak' or mungkin takde dalam menu. Bukan semua customer yang datang tu berkunjung ke kedai ko hari-hari, or pelanggan tetap. Some yang datang maybe outsider, tak familiar pun dengan restoran or menu dalam restoran ko tu. Kalau pegi McD of KFC minta gorengkan telur tu memang la pelik dan annoying sebab McD dan KFC memang ada di seluruh negara. Mustahil orang tak tahu apa menu yang dijual di sana unless 1st timer. Tapi kalau kedai makan biasa yang tak berangkai or tak ada franchise seluruh negara, jangan la ko expect orang tahu menu kat kedai ko tu kalau menu pun takde atas meja. Aku tak kisah kalau takde pun telur goreng sebab yelah, itu restoran bapak kau so suka hati kau la kan. Tapi customer service mamat dan minah yang melayan tu memang la out. Sekurang-kurangnya cakap la maaf kak, bang, telur goreng takde kat kedai ni. Ini tak, dijawabnya TAKDE je. Yang sorang tu pula langsung xde usaha. 

Aku mushkeel lagi satu perkara, kalau makanan customer amik dan bawa sendiri ke meja,  yang pelayan ramai-ramai tu buat apa. Some aku tengok bersidai dekat pintu masuk berborak & gelak-gelak, some berdiri-diri. Customer tanya pun suh customer yang pegi tanya sendiri dekat kaunter. Ate buat apa la ramai-ramai tu ea. Walaupun makanan dia agak sedap tapi I dont think la kami akan datang lagi ke sini.

Lepas makan kami terus chow chin chow balik KL. Akhirnya sampai sini.. 

Adoiii.. punya happy. Kat area rumah aku ni Klebang mari, Kelantan Terengganu mari, Sabah Sarawak mari.. semua inshaAllah ada la di sini. Durian pun tak de musim, sentiasa ada. Meriah mengalahkan pasar tani kalau yang kat gerai-gerai tu. Kalau kedai makan pun dah ada/ bakal ada yang baru dekat lot kedai yang baru naik sebla umah aku tu such as Jom Dimsum, Jom Laksa.. 2 ni belum bukak lagi. Ada Dayang Sarawak, Polpero, Marrybrown, My Kori dan beberapa lagi yang masih tengah renovation kedainya. Takat fast food bersusun KFC, Pizza Hut, Dominos, Burger King.. yang takde cuma McD je.. itu pun dalam lingkungan 5km ada 2 McD rasanya. Sorga makanan sungguh sebab tu kami gemuk tak hengat 😝


Saturday, 19 September 2020

Cuti Melaka : Jalannnnnn Lagi

Pagi ni semua bangun awal untuk check out hotel. Yes.. bangun awal sebab nak check out hotel oke.. bukan pegi breakfast. Tadi masa turun lift pun ada gak manusia bangang nak berhimpit dalam lift semata-mata nak pegi berenang. Op kos la kena sound setepek juga oleh aku dan op kos la dorang spesis pekak. Ini spesis yang kalau kena cobit baru insaf kot ni.. mask pun tak pakai. Aku faham lift limited, orang ramai so lift asyik penuh. Tapi tulah aku heran juga.. boleh mati ke dorang dengan anak-anak tu kalau tak pegi terus je pool tu???? Mati ke??? Kalau let say boleh mati la if tak capai hajat nak ke pool tu, aku no komen la. Udah tahu lift tu asyik penuh, patut plan la turun awal.. breakfast awal. Orang islam kan bangun subuh.. kejut semua anak peranak tu bangunan makan sarapan dan pastu g pool. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.. no excuse! Sekarang ni masih PKP.. da masuk bulan ke berapa dah ni tapi masih ramai yang bangang.

Dalam jam 10 cam tu kot kami tinggalkan hotel untuk misi mencari sarapan dekat area hotel yang bakal kami duduk hari ni, The Explorer Hotel. SOP? Takat amik suhu dan check in tu memang ada tapi dalam restoran tu kerusi melekat wa sakap lu. Nasib masa kitaorang datang tu tak ramai mana. Kalau kat mall aku dah adukan dah.. kat tempat-tempat macam PD, Melaka nak adu kat penguatkuasa? Tok sah buang masa laaaaa

Habis makan kami mencari tempat lepak seterusnya pula sebab masih awal lagi. Last-last kami pilih melepak di area Porte De Santigo.. tahu ke kat mana? Kat A Famosa tu la.. Aku pun baru tahu itu nama kawasan tu 😝 halal la muka aku yang interframe dalam gambar tu ea.. xde pula gambar pemandangan semata.. 



Lepas sesi melepak, kami singgah makan cendol dan magi pula kat situ juga. Sedap juga cendol eskrem kat situ. Letih melepak, banyak masa lagi rupanya. Jadi kami melencong ke area Melaka Raya pula. Hari tu tak singgah ke area hotel Riviera tu.. so ini hari kita singgah la.

Since nak masuk zuhur dah.. kami ke Masjid Selat Melaka. Kalau hari tu pegi tak singgah solat.. kali ni ada alasan nak masuk tuk solat.. ahakss. Cari parking baek punya.. ngammm.. 

Ini kalau dapat shot time maghrib ni kompom lawa berabis. Si Chemba je singgah solat, aku tunggu dengan si kecik dalam keta sebab budak tak dibenarkan masuk. Guard tu kata masuk solat then terus keluar.. tak dibenarkan berkeliaran dalam tu. Lepas solat kami menuju ke hotel. Hotel ni berdepan dengan area Menara Taming Sari dan Dataran Pahlawan, sebla je dengan Mahkota Parade. Hotel jenis yang attach dengan lot kedai. Rasanya sebelum PKP macam mahal juga harga bilik dia. Kami dapat kali ni dengan harga RM70+ je semalam through Trip.com. Aku tengok kat Agoda harga dalam RM120 dari harga asal yang kena slash which is RM400+ untuk bilik Standard Twin Room.

Masa kami sampai hotel dalam jam 2.. jam 3 baru boleh cek in. Maka melepak la kami di dataran pahlawan. Semementara si Chemba mencari baju, aku ngan si kecik melepak dekat Secret Recepi je sebab dah tak mampu nak berjalan. Laki aku tu bawa baju ngam-ngam je.. macam tak tahu pula bini dia ni suka extend cuti πŸ‘» Yes.. ini hari tak masuk dalam plan asal

Lawa kan dorang hias plate kek tu. Aku tengok kedai-kedai makan kat Dataran Pahlwan tu memang meriah.. meja rapat dan penuh orang macam tak de kesah pun penjarakan. Secret Recepi ni je yang meja nya jarak jauh dari satu meja ke meja lain.



Lepas makan kami menyeberang jalan ke hotel. Biliknya kecik mengalahkan kecik bilik kat Tokyo nun. Nak solat memang kena solat atas katil. Kami ambik bilik Standard Twin Room, ada 2 katil single. Dalam tu takde fridge dan closet tapi disediakan tempat menggantung baju terbuka. Ada meja solek kecik. Pada aku ok la dengan harga yang aku bayar. Kat Melaka ada banyak hotel. Nasib baik dapat hotel proper dengan harga budget bawah RM100. Hotel ada pool pun boleh dapat dalam bawah RM80 macam Temasek Hotel, Casa Bonita Hotel. Apa-apa pun kena book awal je la. Sekarang ni hotel kat Melaka tak mahal sebab pelancong tak masuk. Market Melaka ni tourist rasanya unlike PD yang ramai local. Weekend pun masih banyak bilik kosong tapi kalau PD, kt Agoda tu aku cek mostly fully book hotelnya. 


Friday, 18 September 2020

Cuti Melaka : The Shore Hotel & Residence

Pagi ni kami turun breakfast, ramainya umat. Sepanjang berjalan-jalan cuti Malaysia aku perasan yang melancong dan menenuhi hotel mostly Melayu. Bangsa lain yang aku jumpa boleh dibilang dengan jari saja. Dorang takut cobit kot, yang Melayu ni tak πŸ‘» aku fikir cam tu la. Hotel macam Lexis Hibiscus dan Grand Lexis tu bukan lah murah juga tapi penuh orang dan 4 kali kami pegi, mostly memang semua Melayu. Tengok Agoda sentiasa full hotel tu, bukak website pun sama padahal yang ada sekarang ni mostly local je takde tourist pun. 


Lepas makan dan golek-golek, kami menuju ke destinasi seterusnya di sini..

Harga semalam bawah RM100.. huntunglaaa kami. Nak ke sini jem la pulak.. malang betul. Rupanya kitaorang masuk jalan yang ada sekolah dan time tu time balik sekolah. Dah sampai hotel dekat jam 1, sekali reservation tu cakap chek in mula jam 3. Adoiiiii.. apa nak buat lagi 2 jam ni. Sudahnya kami naik lift ke Sky Deli Restoran. Aku kan memang suka tempat tinggi, op kos la happy. 


Inilah menu lunch kami. Tau berapa harga kami kena bayar? Si Chemba bayar dalam RM40 hengget je tuk semua tu termasuk dessert dan jus. Kalau biasa-biasa mau 80 hengget pun ada kot. Tapi lunch time dorang ada offer set lunch. Macam mee goreng mamak tu satu set dalam RM12.90, yang seafood marinara spegheti tu RM16.90 termasuk jus dan buah. Kek si kecik tu standard harga la dalam RM12.90 sepotong. Sedap tak? Pada aku makanan dia sedap la juga. Dengan hidangan set up ala hotel, view superb memang totally berbaloi la. 

Lepas makan kami masih ada banyak masa lagi. Kami melepak dekat sungai depan mall. Baru ingat malam ni nak naik cruise skali jeti yang depan hotel ni dah tutup rupanya.  Since masih ada banyak masa lagi berbaki, last-last berlabuh di Starbuck sementara nak tunggu jam 3. Kami pernah ada experience duduk di sini dulu dan tahu selain bakal bertarung dengan marhein masa check ini nanti, kami bakal bertarung di lift dan pool juga. Lift kat sini memang problem sebab orang ramai tapi lift tak dapat nak tampung 'keramaian' orang yamg datang menyerang. Tambah-tambah lagi dengan penjarakan sosial ni.. penumpang dihadkan untuk satu-satu masa.


Seperti yang dijangka hoiiii... ramai umat! Nasib baik kaunter cek in agak efficient kata si Chemba . Sebelum marhein bertambah ramai, kami laju-laju naik lift. Nak dijadikan kisah, dalam lift tu tadi dah ada 4 orang termasuk kami.. skali lift stop kat tingkat 10. Berbondong-bondong la orang masuk sampai 8 orang dalam lift sempit siap luggage penuh. Aku apa lagi, hangin keluar la. Aku sound setepek je mana boleh naik lift ramai-ramai, time PKP kot ni. Tak tahu la dorang ni spesis bangang atau ignorance. Minah tu buat tak tahu je. Nasib baik yang jaga button tu ada uncle cina, malu nak buat perangai. Lagi pun uncle tu yang masuk lift tu dulu. Kalau kami je dalam tu or aku dekat button tu memang aku halau je keluar. Selagi ko tak keluar biar la stuck dalam tu or panggil je guard. Kalau sorang je masuk tak pe lagi, ini semua nak sumbat sekali. Haram betul.

Inilah bilik kami.. bilik Studio Suite dengan harga RM92 ringgit je semalam. Bilik memang besar la op kos dan bersih. Aku suh si Chemba minta higher floor dan nice view tapi orang kaunter tu kata yang higher floor dah penuh so dia bagi the best dia boleh maka kami dapat la view sungai dan laut. 

Malam ni malas nak keluar, jadi kami oder Menate lagi la sebab takde idea. Kali ni oder pizza, speghetti dan burger. Oke la.. 

Thursday, 17 September 2020

Cuti Melaka : Tidur Makan Tidur Makan

Hari ni hari ke dua di Melaka. Kami masih menginap di Hatten Hotel. Memandangkan perut tak mengizinkan, walaupun di bawah tu ada Mahkota Parade, ada Dataran Pahlawan dan Hatten Square, aku mampu duduk bilik je la tidur-tidur. The only place yang aku pegi cuma untuk sarapan di restoran dan ambik gambar pool kejap. 

Inilah view dari kawasan pool. Cantek la juga. One thing yang aku suka about Melaka is sunset dia lawa sebab ada kaler merah-merah. Malangnya bilik yang kami duduk tu jenis yang ada tingkap tapi takde view. Pelik tak kenyataan ni? Camana ada tingkap takde view ea? 

See.. ko nampak tingkap orang je la. Bilik yang kami duduk ni jenis Studio Suite. Kalau dekat Agoda dalam RM200+ plus breakfast tapi aku booking through Trip.com so dapat murah dalam RM174 termasuk berakfast juga. Dalam RM50 juga beza oi. Nasib hakak cleber.. survey habis-habisan baru book. Most of the time Agoda masih paling murah tapi ada hotel-hotel tertentu yang lebih mudah di apps/ website lain. Aku selalu guna Google untuk earlier comparison.

Untuk lunch malam tu kami oder Grabfood. Kali ni kami pilih Menate Steak House. Actually kedai tu dekat dengan hotel dan kalau rajin boleh je jalan kaki tapi mak buyung tak larat. Memandangkan kami bukanlah peminat steak yang sememangnya terkenal di Menate tu, kami order spaghetti.


Sedap ke? Adui sedap la jugak. Mantul rasa dia walaupun tak la sesedap spegheti di Little Italy. Aku oder seafood marinara dengan beef bolognise. Cumanya rasa dia agak manis, kalau masin sket oke lagi la. Lepas dinner, yang dua orang tu pegi menunaikan hajat untuk naik beca. Bukan main happy lagi..