Thursday, 23 March 2023

Day 1st Puasa 2023

Hari ni hari 1st puasa. Lawa pula langit tu. After so many years tak makan berat masa sahur, tadi kitaorang makan nasi ok. Sepanjang aku khawin, kami memang kalau sahur makan kurma je tapi kali ni si kakak start puasa, terpaksa la merajinkan diri masak. Kang tak memasal lapar pula kat skool 😂

Sunday, 12 March 2023

Saturday, 4 March 2023

Kol 8.30 kami turun breakfast dekat Fairway Coffee House. Untuk mak pak free tapi si kakak kena bayar RM38, rate kanak-kanak. Restoran luas dan pilihan makanan memang meriah.. cuma kami je yang tak larat nak makan.. hahaha. Yang tak best dimsum kena limitkan.. ble amik sorang 2 bijik je.. bila nak amik lagi dah kena tunggu sebab tak siap2 kukus lagi.. ayooo.. untuk rate RM 75 satu kepala.. dimsum pun mau catu ke! Ayoooo…

Lepas makan, kami ke pool. Pool dia besar dan ada slide. Tu yang biru tu puncak menuju kejayaan.. kalau kanak-kanak salah turun dari slide dewasa dan tak reti berenang.. mau lemas. Slide tu ada 2.. tuk dewasa dan kanak-kanak. Tak panjang pun, boleh la buat geli2 main slide. Depth pool kanak-kanak tak dalam mana maka dapat la si adik berjalan2 mengharung air. Pada aku, from point of view as parents dengan anak kecik aku rasa design pool teruk nau. Sapa la arkitek dia ni.. orang yang takde anak agaknya. Ko buat pool budak, op kos la parents akan ada dekat area tu sekali untuk teman dan tunggu. At the whole area pool budak tu, cuma ada 2 tempat menunggu yang sempit la pada aku. Area depan slide ada 4 bench pendek dan kat depan sket ada 2 or 3 kerusi malas. Selain dari 2 tempat tu.. takde langsung ruang untuk menyelat nak duduk tunggu or pantau anak-anak ko dari luar pool.. makanya penuh la ibu bapa dalam pool yang takde la nak kata besar pun. Nasib kami datang awal, masa kami nak blah tu dah penuh dah pool dengan mak bapak yang bawak strollernya duk bertenggek depan laluan masuk pool tu.

Half way anak-anak aku mandi pool.. sejuk la pulak. Aku bawa masuk bilik sauna sat bagi panas badan. Part ni aku suka sebab bilik persalinan dia selesa. Dalam tu ada few shower, toilet, steam room & sauna. Kami mandi kejap je.. cuaca pun mendung sebab tu sejuk sangat. Kol 10 kami naik bilik mandi dan tdo jap.. ngam 12 cek out. Sebelum balik rumah singgah lepak dekat Aeon jap cuci mata sebab duit da habis bayar hotel.. hahahaha

Friday, 3 March 2023

M Resort Hotel KL Staycation

Entah macamana masa godek-godek google tadi termasuk carian hotel dekat KL dan terbeli pula staycation untuk satu malam dekat hotel M Resort Hotel.. hahahaha. Since laki aku kata on dan willing nak packing barang, maka sampailah kami ke sini. Kalau tak salah aku hotel ni baru bukak last year dan aku memang dah masukkan dalam bucket list nak pegi cuba try test tido barang semalam. Hotel ni terletak dalam area KGPA, kelab golf gomen somewhere dekat Bukit Kiara.. dalam 12 KM je dari rumah. Sepanjang survey yang aku buat, rate bilik hotel RM300++ untuk semalam bergantung pada jenis bilik dan view.. samada pool view, city view atau golf course view.

Untuk malam ni, kami stay di superior pool view room dengan rega RM380, free breakfast untuk 2 dewasa. Untuk bilik ngadap pool plus breakfast.. kiranya rega yang aku bayar tu agak murah juga la untuk rate malam ni sebab dekat Agoda & website hotel ratenya RM400++. Bilik kami dekat tingkat 1.. jadinya tak nampak sangat pun pool sebab terhalang oleh pokok-pokok. Sebab tu murah kot 🤣🤣 tapi ok je sebab malam cantik ada lampu2 dari blok gym. So kalau kemari dan nak pool view.. minta la higher floor.. ada 10 tingkat ye.

Bilik memang tiptop, servis pun tiptop.. pekerja mesra rakyat gitue. Hotel baru, op kos la best kan. Cumanya design hotel ni sikit pening. Tempat cek in dia gempak do.. macam hall. Boleh buat majlis terus dalam tu. Tapi kalau nak akses ke bilik kena keluar dari situ dan pegi ke next blok untuk naik lift ke bilik, takde direct access dari area cek in counter. Main attraction yang membuatkan hotel ni masuk dalam bucket list aku sudah tentunya pool dia. Malangnya baru je kami nak turun, hujan mencurah-curah. Sudahnya aku melawat gym dengan children centre je la. Children centre dia happeing juga la.. located dekat tingakt 2 tapi lift rosak.. mengah jugakla acik menapak naik 🤣

Dijadikan cerita, boleh pula aku terlupa bawak diaper si adik. Berapa kali gak roger grab, sampai malam baru la ada driver yang sudi amik job. Hujan lebat sangat kot. Perut pulak berbunyi.. godek-godek menu hotel harga burger saja tanpa fries da RM70, paling murah nasi ayam RM36.. memang tidak la aku nak oder. Nasib baik hotel allow grab masuk.. kalau tak dinner maggi je la kami anak beranak.

Monday, 27 February 2023

By KK



Since flight kami malam, kami extend waktu check out sampai jam 6 petang, tambah RM164. Aku fikir kalau lepak luar pun tak tau da nak pegi mana. Nak pegi makan dekat Little Italy pun tutup plak.. huhu.. kalau nak pindah hotel pula rugi juga sebab kol 12 cek out, kol 3 cam tu baru dapat cek in hotel baru. Akhirnya kami decide return kereta dan extend je bilik.

Pagi tadi dapat la sarapan ala orang bopot, makan rojak & soto. Nasib baik sedap buatan orang di KK ni. Kol 6 kami cek out, baru dapat melawat kawasan hotel. Pool hotel ni sama level dengan lobi hotel. Nice jugak la sebab menghadap laut. Nasib la tak bawa baju renang.. lepas tu kami singgah ke Mosaic Cafe dekat bawah untuk redeem free coffe & gelato. Patutnya dapat 1 je free tapi hotel bagi aku 2 lagi kupon sebab tahu aku ada bawa budak. Macam ni la layanan hotel 5 bintang kan cuma latte tu tak sure apa la design atas tu.. macam udang pun ya juga 🤣🤣🤣 

Sunday, 26 February 2023

Staycation Hyatt Regency KK

Lepas lunch dan selesai keringkan baju tadi, kami ke KK. Malas nak gerak esok takut kelam kabut so kami stay semalam di KK. Kali ni try hotel Hyatt Regency pula. Hotel ni dekat dengan Anjung Todak.. mudah nak cari makan malam ni. Kami tiba di hotel dah agak lewat, dalam jam 8 lebih. Parking hotel agak limited, nasib baik ada 1 lagi kosong masa kami sampai. Aku book direct dengan hotel sebab itu rate paling murah di internet masa aku book. Yang bestnya hotel upgrade bilik aku dari bilik City View King denga rate RM300 semalam ke bilik dengan view laut. Kalau ikut rate bilik ngadap laut ni kena tambah dalam seratus rasanya. Bilik cantik dan selesa. Bilik kami dekat tingkat 8, 818. Toilet dengan bath area separated dengan sink dekat luar. Ada sliding door untuk fully tutup area sink dan area almari baju.



Saturday, 25 February 2023

Last Wedding In The Family



Selesai sudah majlis kawin adik aku yang bongsu. Makanya selamat sudah la semua 5 orang anak perempuan mak diambil orang. Belah aku, ini last wedding in the family. Next cycle wedding tunggu anak-anak kami pula kawin.. maybe dalam 15 ke 20 tahun dari sekarang yang paling awal kot.. hahaha. Belah laki aku pula ada sorang lagi belum kawin. Yang tu kumbang, takde hal bila-bila pun boleh kawin 🤣

Thank god adik aku setuju dan berjaya juga buat mak aku agree dengan idea untuk buat 2 majlis dalam satu hari. Pagi nikah, lepas tu terus sanding. Time-time cobit kan. Lagi pun mudah la sikit untuk family in law adik aku.. tak yah berulang alik. Dah la rombongan cik kiah ramai.. lebih 20 orang kot. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. cuaca pun cerah je sepanjang majlis. Mak aku ada hati nak suruh aku masak tuk majlis nikah pagi tu. Dengan anak kecik yang melekat, memang tak la dapat nak tolong-tolong banyak. Aku tak tahu orang lain tapi pada aku anak yang masih kecik adalah priority aku. Anak aku pula spesis menghentak kepala kalau nangis.. lagi la. Aku rasa lately dah macam kurang sikit hentak kepala dia berbanding sebelum-sebelum ni. .

Thursday, 23 February 2023

Hello Kiki



Dalam jam 4 kami gerak ke airport tadi.. flight kami ke KK jam 7.35 pagi. Aku pilih seat paling depan tapi tak best sungguh sebab boarding area tu sempit so AA tak panggil ikut row.. ikut la sapa beratur dia masuk. One thing yang tak best pasal AA ni skarang masuk ikut row. Yang beli seat premium tu row 1 dan op kos la yang 1st masuk, pastu yang beli seat area belakang akan masuk 2nd.. yang duk tengah akan masuk paling last. Kalau MAS masih ada lagi sapa yang ada anak kecik boleh masuk dulu lepas Business Class masuk. Kalau ada pilihan lain yang murah, malas da nak naik AA skarang. 

Kol 11 pagi kami sampai KK.. dalam 11.30 baru dapat kereta sebab booking asal jam 12 tapi kami malas nak tunggu lagi. Dapat je kereta kami singgah jap KK cari makan. Baru nak makan Little Italy skali tutup daaaa.. kol 5 baru buka. Niaga orang kaya memang macam ni kot.. restoran dia cuma buka jam 5 petang ke 10 malam hari biasa, 12 tengahari ke 10 malam weekend dan isnin, cuti. Kami singgah Imago tapi tatau nak makan apa.. last-last KFC je la. Sebelum sampai kampung singgah Beaufort konon nak cari rojak skali kedai rojak pun da tutup.. time tu jam 3 petang. Adoiii kempunan la aku.. nasib soto masih ada.. huhu.. sampai kampung terus betulkan pelamin nikah yang mak aku da pasang. Malas nak gaduh-gaduh.. pakai je apa yang mak da pasang & hias semula. Yang bunga pun aku buang kaler-kaler lain.. bagi senada. Boleh la buat geli-geli tangkap gambar masa nikah sebab pelamin sanding pasang dekat luar.

Saturday, 4 February 2023

Bamboo Hills


Hari tu nampak ada satu tempat makan viral dekat Tiktok jadi kenalah pegi kan. Katanya nama tempat tu Bamboo Hills, somewhere dekat sebelah Plaza Tol Batu. Tempat tu baru bukak.. memang kena serbu la. Nak dine in pun by reservation sahaja diterima, no walk in. Architecture area tu memang lawa.. boleh la fefiling bergambar ala Jepun sket. Ada pool dan pohon-pohon nan hijau gitue. Ada few restoran dekat situ macam Ginger, Botanica+Co, Stabak dan beberapa lagi. Semua pun aku tak pernah makan kecuali Stabak.. hahaha.. parking memang banyak dan area dia agak luas juga. Ada lagi few restoran sedang dalam renovation dan akan dibuka. Toilet pun lawa tapi jangan plak tanjat kalau tiber ada lelaki seblah sink ko cuci tangan & bermekap sebab sini area dia open concept, sesapa ble guna.

Dari situn, kami ke Lalaport. Heran juga napa ramai orang tak pegi Lalaport ni sampai sunyi la mall ni. Jaih panggang dari api kalau compare dengan MV dan Pavi. Kalau ke Lalaport, op kos la kena singgah Nittori beli-belah menambah barang dekat rumah. Since orang tak ramai, parking memang banyak kosong. Dekat top floor ada free playground untuk budak. Time sunset pula, memang lawa view dari atas. Food court pun ada  kat atas tu. Tapi tulah.. sendu je mall ni padahal ada je link dengan lrt. 

Friday, 27 January 2023

Glamor Nite



Malam ni ada dinner dekat dewan opis.. since program start jam 8 malam memang tak la sempat nak balik rumah so aku book la duk dekat Ideas Hotel, seberang Medan Mara. Rate malam ni dalam RM165 untuk bilik Signature. Kalau tak silap dulu nama hotel ni Hotel Quality tapi sekarang dah tukar nama jadi Ideas. Interior memang lawa cuma parking tak best dan seram sket pada aku. Kami dapat view sungai dan view pejabat… memang saja pilih hotel dekat dengan opis supaya senang.

Dalam jam 8 lebih gak baru aku sampai dekat Dewan. Meriah makanan tapi tak larat nak makan sebab cam kenyang plak. Yang tak best makanan sejuk sebab lambat start makan, dalam jam 9 lebih. Ada sate, spaghetti, nasi bagai.. makan berhidang. Ok la.. kalau buffet memang malas la aku nak bangunan dengan baju penuh butterfly 🤣 Dekat jam 11 juga program habis.. aku naik grab je balik hotel. Malas nak drive tadi sebab mengenangkan parking yang seram. Malam ni nasib tak menyebelahi aku sebab nama tak naik langsung pun cabutan bertuah.. hahahaha

Monday, 23 January 2023

Komune Living Cheras Staycation


Geng kecik bangun awal pagi ni so kami turun la ke food court bawah g sarapan. Lepas sarapan baru la berkesempatan nak melawat kawasan hotel. Hotel ni ada pool untuk guest tapi poolnya dalam. Tak berapa mesra kanak-kanak sangat. Tapi boleh je bawa budak-budak dekat play room. Dalam tu ada arcade game, ada meja pingpong, carrom & pool. Untuk adult, siap ada meeting area yang ada bilik-bilik untuk orang meet up. Kalau bosan duk hotel, ble jogging dekat tasik. Penat jogging, singgah makan kat foodcourt. Best kan! Yang tak best cuma cek out kol 11 pagi.. awal nau. Parking kena bayar sket, dalam RM5 rasanya. Selebih hotel subsidi.

Lepas cek out, bawa geng naik MRT. Bukan main happy lagi kanak-kanak riang. MRT Station yang paling dekat dengan rumah is Taman Midah. Easy access sebab ada jalan dalam so memang tak tempuh jem langsung untuk pegi dan balik. Ada disediakan parking bertingkat. Parking banyak cuma sunyi. Masa kami park boleh bilang dengan jari je kereta yang parking dalam parking bertingkat tu. Dari parking ada akses berbumbung ke MRT station setinggi bangunan 5 tingkat kot, seram gak tengok bawah. Jauh tak la jauh mana, berpeluh la juga nak jalan dari parking ke stesen. Maybe sebab tu la kot orang tak park atas tu.

Dekat stesen pun ada kami je. Tengok la gaya mak budak tu, dia paling over melompat. Destinasi kami ke Pavillion. Tak tahu la mana silap, orang ramai gila macam apa je sampai bergesel bahu oke. Memang tak ke mana la, sampai Pavi kami lepak makan takoyaki kat Gindaco. Itu je tempat yang ada.. huhu

Sunday, 22 January 2023

Jumpa Geng



Geng Johor turun KL.. suh tido rumah tanak jadi kami semua lepak dekat hotel la pula. Hotel pula jalan kaki dari rumah pun sampai.. hahahaha. Kami stay dekat Komune Living & Wellness kali ni. Rate malam ni RM150 untuk bilik jenis Studio Twin, book direct dengan hotel. Tu yang paling murah dah tu.. kalau Agoda dalam RM200 gak. Sebelum ke hotel, singgah dinner dulu dekat food truck. Rasanya bertahun juga kot kami tak jejak dekat situ sebab tak sesuai bawa adik. Kebetulan masa kami sampai tu hujan tapi tak lebat.. nasib baik food truck ni ada Plan B. Kalau hujan dorang pasang khemah. 

Lepas makan kami cek in hotel. Kat bawah hotel ada 7E Cafe. Bukan main happy semua kanak-kanak riang bila aku bawa turun menyerang 7E. Best kan jadi budak.. tak perlu fikir banyak. Tapi kalau kena jadi budak balik aku taknak la.. hahahaha. 

Saturday, 21 January 2023

Bye Langkawi


Lepas sarapan, lepak jap menikmati pemandangan pantai cenang. Pastu balik bilik rehat, mandi dan kol 12 kami check out. Memandangkan flight malam, aku book semalam dekat Cenang Plaza Hotel untuk stay sampai kol 8 malam. Lepas check out kami tinggalkan barang dekat lobi hotel untuk ke Water World Langkawi melawat ikan. Lepas tu baru kami cek in di Cenang Plaza Hotel.

Sebelum balik, wajib la singgah ke pantai cenang. Tujuan utama nak pegi makan nasi goreng seafood. Nasi dia sedap oke! Nama kedai tak hengat la pula.. yang tau kedai makan paling ujung. Perut kenyang, hati pun da senang.. dalam jam 8 kami ke airport. Keluar KLIA2 dalam jam 12, meriah bunga api sempena CNY.