Wednesday 16 September 2020

Cuti Melaka : Klebang Jem Macam Haram

Lepas selesai memasak untuk picnic, kami bertolak ke Melaka. Kali ni actually unplanned vacation sebab si Chemba tiba-tiba je bagitau ahad tu dia kena outstation ke Melaka tuk esok. Since hari ni cuti umum, might as well kami ikut je pegi bercuti skali. Sambil menyelam minum air la op kos kan. 

Dalam keadaan perut dah masuk 8 bulan ni actually aku masih banyak tenaga lagi tapi perut tak mengizinkan sangat most of the time. Tak mengeras, menengang, baby duk menyenak dekat area rulang rusuk belah kanan.. tadi pun masak simple je nasi lemak, ikan goreng, sambal bilis, telur rebus. Plan nya memang tak nak masak tapi teringat buah bambangan dalam peti yang aku potong semalam, sayang pula kalau dibiar rosak je buah tu maka aku gagahkan juga la walau rasa sesak nafas dek si baby. Dalam jam 2 lebih kami sampai ke Klebang. Kami decide untuk lunch di pantai terlebih dahulu sebelum check in hotel. Kali ni kami decide untuk menginap di Hatten Hotel pula since Herritage Hotel aku dah pangkah sebab ramai sangat umat! 

Kami decide ke Klebang sebab Klebang ni time panas pun still ok sebab banyak pokok. Santai la kalau nak picnic bawah pokok. Antara sebab aku suka ke Klebang ni sebab angin kuat. Takat nak menikmati pemandangan laut, makan-makan, rilex, main layang-layang dan beriadah this is the place. Kalau nak mandi tu memang tidaklah.
Lepas lunch dalam jam 4 lebih kami sampai hotel. Puas rilex-rilex ingatkan nak pegi tangkap gambar Masjid Selat Melaka skali guard kat situ kata nak solat boleh tapi nak melawat tak boleh. Hampeh! Kalau ke Melaka, antara benda yang aku tak boleh brain is banyak nau kedai tinggal, bangunan terbengkalai dan shop lot dibina tapi takde penyewa. Dekat area Pulau Melaka tu misalnya banyak gila shop lot tapi yang berpenghuni hampir tiada. Even dekat area bangunan hotel Riviera yang lawa gila tu pun boleh bilang dengan jari je kedai yang ada. Kalau kat dalam bandar Melaka tu jangan cakap la  berapa banyak kedai-kedai buruk yang tinggal dah ala rumah hantu roman eh. Area ke Klebang pun sama.. kedai banyak tapi kosong. Tak faham sungguh aku! 

Pastu kami menuju ke Klebang pula. Ingatkan nak lepak menikmati sunset sebab sunset di sana lawa unlike dekat PD. Maka disitu la kejadian jem maciammm harammm berlaku. Kami sampai dalam jam 7 macam tu. Rasa teruja dah nak tangkap gambar sunset. Dari merah ke hitam dah langit tu kami masih dalam kereta stuck nak lepas ke belakang. Sampai jam 8 lebih pun kami masih stuck halfway nak lepas keluar. Haram betul!! Last-last kami decide better la u turn je. 


Tak faham sungguh apa yang berlaku. Dia punya jem macam vavis tak boleh bawak bincang. So lepas ni kalau ada hati gatal nak ke Klebang menikmati sunset you better go earlier or dont go at all!!!!! or else kena stuck jem macam vavis. Inilah post aku yang paling banyak keluar perkataan babi or dalam bahasa lembut sikit vavis. Seriously babi sungguh!! 

Sunday 13 September 2020

Hampir Kepunan Pakis

Kalau semalam masak ubi tutuk masak lemak hasil tuaian di Pasar Borneo, hari ni aku masak pakis. Nasib anak dara rajin menolong mematah pakis yang aku beli dengan harga RM5 seikat.. senang kerja aku 😘

Lepas berkobar-kobar memasak, maka siaplah pakis goreng. Baru je nak angkat pinggan untuk hidang ke meja, boleh-boleh pula pinggan terpatah 2.. astaga.. maka jatuh la semua sayur pakis yang dah masak tu ke lantai. Aduiii sadiss.. nasib masih ada sikit baki pakis  dalam peti. Maka terpaksa lah aku ulang balik aktiviti mematah pakis. Kali ni kena buat sendiri sebab anak dara tengah mandi 😭 Dengan baby dalam perut mengeras-ngeras, ku tabahkan jua memasak demi sesuap pakis hoiii

Inilah rupa pinggan aku yang retak tu. Pakis yang tinggal memang sikit sangat tapi bersyukurlah sebab dapat juga merasa walau sikit. Kalau semalam menu kami gulai lemak pucuk ubi, ikan masin goreng dan ikan goreng cicah kicap.. hari ni pakis goreng, telur goreng, ikan masin goreng dan udang goreng tepung plus baki kuah gulai semalam. Dalam keadaan dah masuk 7 bulan lebih ni tenaga aku masih ok cuma keadaan perut tak mengizinkan sangat. Kalau aku banyak buat kerja or aktif, nanti perut rasa tegang sangat. Adoiii.. maka terpaksa la aku ukur baju di badan sendiri sekarang ni which is buat la apa yang badan aku mampu buat. Eh! Betul ka penggunaan peribahasa tu πŸ€ͺ

Saturday 12 September 2020

1st Timer Di Pasar Borneo

Hari ni bangun awal.. tiba-tiba teringin makan buah tarap. Adoiii.. jadi bersunguh-sungguhla kami menuju ke Pasar Borneo Sri Kembangan. Lepas sesat seround, dapat parking betul-betul hampir dengan kawasan pasar.. fuhhhh!

Apa perasaan aku? Hapi gilakkkk hoiiii!! Walaupun tidaklah semeriah dan seluas tamu di bopot.. tapi cukup la untuk melempias keinginan mo makan makanan sabah. Rasanya ada dalam 30++ gerai macam tu lah lebih kurang. Since nama pun pasar borneo, op kos la produk yang diniagakan adalah produk-produk makanan Sabah dan Sarawak. 1st aim aku kemari yelah buah tarap, 2nd bambangan. Alhamdulillah mungkin rezeki baby, dapatlah aku tarap sebiji. Nasib baik sangat sebab sebelum aku tu dah ada orang tanya tapi dia tak jadi beli. Abang yang jual tu kata ada 1 tu ja.. aduii nasib baik. Biasa jual timbang kilo katanya tapi dia bagi aku RM15 sebiji.. dah masak pula tu. Lepas tu beli bambangan, pun RM15 sebiji tapi itu harga lepas timbang la.


Those wondering apakah buah tarap, yang di atas nilah buahnya. Ada duri tapi tak tajam, isi ala-ala cempedak tapi kecik, berwarna putih dah lemak. Setahu aku buah ni buah hutan dan banyak di sabah dan sarawak kalau tak silap. Next aim pula is nasi kuning. Aduiii punya mengidam mo makan ini barang. Dapatlah merasa walaupun harga dia boleh tahan la RM2.50 seplastik. Kalau di tamu begitu la rupa nasinya, dan mee tu pun begitu jugalah.. kosong jak.


See the face.. happy gilak hoi. Makanya hari ni dapat lah aku tarap, banbangan, nasi kuning, mee goreng kusung, kelupis kuah kacang, kupi ais botol, kicap ayam, daun ubi kayu tutuk, pakis dan ikan masin. Antara lain yang ada dijual like sayur lemiding, nasi linopot, jeruk, katak hoii!!, kuih-kuih sabah macam penjaram, kuih cincin, produk kraftangan, lauk pauk mentah dan yang sudah masak, obor-obar 🧐, rumpai laut dll la. Kalau hendak kemari waze saja Pasar Borneo.. kalau waze tu route ke Seri Kembangan.. inshaAllah betul la tu. Punya berkobar-kobar semangat mo makan, dalam kereta kami sarapan. Adui punya sedap makan nasi kuning dengan kupi o ais botol. 

Sampai rumah x sabar mo makan tarap.. alahai.. terlalu masak rupanya. Patut bau semerbak.. isi pun itam-itam sudah tapi masih elok lagi. Walaupun rupamu buruk hai tarap, janji rasamu tetap la sedap..

Thursday 10 September 2020

Hari Makan


 Hari ni kami ada meeting dengan big boss.. maka hari kami meriah dengan makanan. Kat Bahagian aku ni ramai gegel so bab makan memang tak berkira. Mahal ke murah ke, kalau mau makan kita makannnnn. Ada je yang rajin sponsor makanan walau tak diminta dan tak perlu dibayar. Moga semakin murah la rezeki dorang ni. Aaaminn..

Sunday 6 September 2020

Hari Jumpa Sepupu


Hari ni hari gembira si kecik sebab hari ni kitaorang balik kampung. Kalau balik tu kebetulan ada sepupu dia pun balik memang happy sangat la si kecik. Kadang-kadang kalau nak balik KL tu siap sedia la bertarung dengan sesi menangis seround dua. Best kan jadi budak.. takde kisah pun hal dunia. Yang paling seronok cuma bermain je. 

Saturday 5 September 2020

Gila Ariani


Akhirnya yang dinanti telah tiba, my Ariani shawl. Kalau orang kata buat apa beli tudung mahal-mahal, tudung je pun. Dulu aku pun macam tu juga. Ko dah kenapa nak beli tudung mahal-mahal sampai harga selai lebih mahal dari baju kurung saiz xxxxxl hoii! If we are taking about tudung brand lain yang mahal tapi tak worth the money , i agree la ayat tu tapi kalau Ariani i beg to differ.

Dulu aku tak kisah, dada terdedah sket ke or nampak rambut sket ke or tudung pendek sket ke tak pe la sangat janji ko pakai tudung ok la kan. Biasa aku pakai yang less than RM10 je beli kat Muadz or Jalan TAR. Tapi since dah tuha ni aku ubah selera. Sekarang ni aku pakai tudung mesti nak labuh tutup dada sampi perut dan tak jarang. Selain tu, jahitan kena kemas dan low maintenance.. walau campak je dalam mesin basuh dan dryer pun tak de hal punya. Maka aku jumpa la Ariani yang memenuhi kemahuan aku tu. 

Yang paling aku suka part fabric. Aku kalau beli cuma akan beli yang fabric jenis satin saja, chifon dll yang nipis tu memang tak pandang la. Bukan eksen tapi kalau beli chiffon baik aku beli yang RM10 kat Jalan TAR je. Sebab utama aku memilih satin is fabric tu tak jarang. Bila tak jarang aku tak yah risau nak lilit berkali-kali atau nak kena pakai inner bagai buat berat kepala, pekak telinga dan panas leher. Bila tak yah lilit banyak kali maka tudung pun labuh. Apart from that, drape tudung Ariani ni lawa sebab tudung tak tebal. Jahitan dia juga kemas tak macam sesetengah tudung tu. Aku suka yang seam biasa, aku tak ble ngam contohnya dengan baby seam yang annoying dan tak seswai dengan muka aku. Kalau seswai dengan muka kome tak yah kesahkan pendapat aku ni oke! My face my tudung, ur face ur tudung la kan sebab memang ada orang yang helok je kalau pakai cam opis mate aku, tak macam aku. In term of quality memang terbaik la. Kalau yang berbatu tu, masuk mesin cuci dan dryer still batu tu tak jatuh pun selain ko boleh cucuk pin kiri kanan atas bawah, inshaAllah tudung ko masih steady lagi tak rosak tertarik benang. That is what i like about Ariani. 

Aku kalau Ariani sale jarang la tak beli borong sebab aku spesis yang memang hanya berbelanja time sale je.. ahahahaha. Kali ni sama juga. Actually dah sebulan lebih aku duk intai kat web bila la nak sale dan kali ni nasib aku baik ada Merdeka sale 4 hari kalau tak silap. Buy 1 normal price tapi yang 2nd RM1 je. Aku apa lagi.. beli! Beli! Beli!. Since nak ke butik aku dah tak larat, beli online saja. Kalau ikut sama je.. beli kat kedai kena bayar parking or kos Grabcar.. belum kira letih nak bertarung dengan pengemar lain dan nak kena q panjang masa bayar. Kalau beli online kena bayar kos pos starting dari RM8 je. Still oke la..

Sejak berusia makcik ni, aku agak menitik beratkan pakaian pejabat. Mesti kena patuh etika berpakaian dari atas ke bawah. Jaman rebellious iols suda tamat youolsss.. ahakss. Kebanyakan baju aku memang suit atau kurung kosong sebab aku tak gemar baju berbunga or bercorak. Ate kalau baju dah kosong, kepala biarlah bercorak kan.. tak la nampak boring. Kalau harga normal kos pembelian aku kali ni cecah juga ribu tapi sebab aku cuma buat pembelian time sale maka aku bayar separuh je dari itew. Giler happy! Lagi happy sebab si Chemba belanja.. ahaksss. Laki aku tu dalam banyak-banyak hal dia paling saspen bila dengar Ariani ada sale sebab kompom la ada chance nipis beg duit dia. Time lain aku jarang la nak minta dibelikan apa-apa (kecuali makan πŸ‘»πŸ˜) tapi kalau Ariani sale.. malang la nasib dia. Hahahahaha.. Kadang aku tagih as nafkah bulan itew kononnya.. kadang pula hadiah birthday ke, hadiah rajin masak ke.. dan ini kali hadiah anniversary pula. Tapi bukan semua dalam gambar tu ye aku minta dia belikan.. ada yang aku beli sendiri. Nak pau suami tu biar berpada- pada oke.. jangan melebih-lebih sangat so next time suami sudi la nak belanja lagi 😝😝

Tuesday 1 September 2020

Cuti KL : Ala-ala Orang Kaya Berakhir


Ye betul.. tu budak kecik tu mengular di hotel time hari sekolah.. hahaha. Awal kami bangun, siap-siap untuk check out dan breakfast. Masa kami sampai ke restoran, part of the restaurant masih gelap lagi. Orang yang jaga tu kata restoran buka jam 7 so kami memang on time sangat la dan rekod menjadi pelanggan pertama hari ni. 

Dah kenyang perut kami cek out dan hantar si kecik ke skolah. Ingatkan kami je lewat rupanya ada ramai gak geng lewat masuk skool. Agaknya dorang ni pun macam kami, direct from hotel tu school ye.. haha. Perjalanan dari hotel ke opis op kos la tak jem.. sebab awal lagi kot. Dalam jam 8 lebih kami sampai opis. Maka berakhir la cuti ala2 orang kaya.. hahaha. Ala orang kaya bukan sebab bayar hotel tu mahal tapi sebab hakak bijak memilih bilik yang mahal dengan harga budget.. ahaksss.. huntungggg laaa. 


Monday 31 August 2020

Cuti KL : Ala-ala Orang Kaya Part 2


Kami mulakan hari dengan sarapan.. lepas sarapan kami ke lobi untuk uruskan extend bilik then kami balik bilik golek-golek. Time kat lobi tadi aku terserempak dengan sorang minah ni berbaju tidur. Tak tahu la trend ke apa ke sekarang ni. Tadi masa makan pun ada juga geng baju tidur ni. Malas kot nak tukar baju proper tapi tak tahan tu pakai baju tidur tapi tang pasang bulu mata pelesu rajin tatap.. Adoii.. buat dosa pula aku mengata.. ahaksss

Since aku rasa tak larat, so just nak tido while si Chemba bawak si tecit mandi swimming pool tengahari tu. Dorang saja turun lewat sebab no rush, bagi guess lain cek out dulu baru tenang dan tak ramai orang di pool. Time cobit ni penggunaan pool dihadkan pada 30 family dalam satu masa dan cuma boleh masuk dalam 45 minit je.. itulah info yang kami dengar dari kakak ipar aku yang juga kebetulan menginap di sini. Since ini bukan kali pertama kemari, takde la exsaited nak tangkap gambar pool. Tapi pool dia memang le besar, stretch dari hujung ke hujung mall tu.

Si Chemba bagitau masa dorang masuk guard tak limit time pun.. maka berenang sampai lunyai pun xpe la nak oi. Petang tu dalam jam 6 kami turun ke cafe untuk claim free cocktail voucher hari ni punya.


Tadi gatei nak order tomyam skali time suap rasa nak muntah dek bau dia. Dah 2 hari dah baru la kami perasan restoran ni restoran vegetarians.. adoiiii!! No wonder la. Tomyam dia langsung aku tak ble jamah.. even laki aku yang tak memilih makan tu pun tak lalu. Heran juga.. kalau pun xde lauk or seafood dalam tu.. basic pes tomyam kan memang di sediakan dari bahan tumbuhan macam cili, bawang-bawangan, serai dan seangkatan tapi yang vegetarian ni apa pasal plak tak sedap. Tak tahu nak cakap macamana bau dia tapi kalau orang sabah bilang langsi baunya. Nasib baik nasi goreng dia boleh tahan la juga. Nasi lemak dia no wonder la takde ikan bilis langsung.. sambal bawang je ada tadi. Apa lah makcik boleh tak perasan la pulak. 

Sunday 30 August 2020

Cuti KL : Ala-ala Orang Kaya Part 1

Lepas breakfast tadi kami menuju ke Pantai Teluk Kemang. Kalau oder room servis RM3 je charge tapi si Chemba rajin nak turun sendiri pegi beli. Pagi-pagi Marrybrown ada menu roti bakar dengn kopi yaww!! Sampai di pantai.. dah ramai orang padahal masa tu baru jam 9 pagi. Khemah-khemah pun dah ramai penyewa menghuni tapi apa ada hal kalau kau ada kerusi pantai sendiri. Muhuhahahaha.. maka kami pun mencari port baik punya untuk menikmati matahari pagi sambil-sambil menunggu si kecik main air. 

Cuaca agak panas pagi ni tapi tak kesah sangat sebab aku memang dah ready dengan topi, kipas dan payung skali. Hahahaha.. tengah-tengah santai tu terasa macam nak duduk hotel lagi la. Makanya tiba-tiba terbook pula hotel di Berjaya Times Square aka BTS Hotel. Hahahaha..Dalam jam 12 lebih macam tu kami keluar dari PD.

Sepanjang jalan tu ya rabbi.. jalan menghala masuk ke PD jem! Dalam PD jem, highway hala ke PD jem, highway plus hala je Seremban pun jem mula di Bandar Sri Putra .. semua nak g sambut merdeka di PD ke apa ke ni.. nasib baik la kami dah check out.. tak sanggup oiii jem tak bergerak lagi-lagi di PD tadi. Dia punya jem bukan biashe-biashe.. panjang betul jem!


Lepas puas mengelakkan orang yang berkobar-kobar ke PD tapi tak tahu PD jem nak manfus, kami sampai ke BTS. Tadi gelakkan orang, kali ni gelakkan diri sendiri sebab q check in panjang, reservation dia slow nak manfus dan ada dua kaunter je bukak.


Bilik yang aku book tu bilik Club Premier, patutnya ada spesial counter untuk check in tapi orang kat lobi tu bagitau sekarang semua kena beratur dekat kaunter utama je sebab pekerja dia ramai dah kena buang. Lepas letih beratur, tiba lah kami di bilik. Memang bilik dia besar la op kos.

Part bilik besar tu memang expected la untuk 5 star hotel, lagi-lagi bilik Club tapi yang best tu servis yang kami dapat. Aku book bilik ni dengan harga RM150+ je semalam to begin with. Tengah bergolek-golek ada orang ketuk pintu. Ingatkan apa.. rupanya ada orang hantar buah. Lepas tu sekali lagi kena ketuk.. kali
ni hantar kek pula. 

Selain kupon breakfast untuk esok, kami juga diberi kupon untuk cocktail tea time di restoran untuk hari ni dan it is provided for free untuk pelanggan dari bilik Club. Maka dalam jam 6 macam tu kami pun turun la menjenguk ke restoran tuk tengok apakah yang free itu. Kami diberitahu kami boleh boleh minum kopi dan jus sampai pitam selain dihidangkan setray hidangan minum petang. Kopi dia bukan kopi o yang teko tu oke tapi yang dari mesin punya. The best part is, kami dapat 2 tray makanan tu oke! Memang rezeki baby sungguh sebab orang lain dapat 1 tray je pun.. ahaksss
Sudahnya kami keluar dari restoran dengan gelak besar sebab puas melantak tapi damage yang dibayar cuma RM12 ringgit je tuk mee goreng mamak yang si Chemba order extra. Dia punya kenyang  bawa sampai ke malam yaww! Jimat duit makan hari ni. Sudahnya laki aku kata, kita tambah satu malam lagi. Setujuuuuuuuuuuu!!!

Begini la rasa bercuti ala-ala makcik kaya.. servisnya memang tip top. Baru berbaloi dengan duit yang orang kaya bayar compare tu kami yang marhaein ni. Tapi kali ni kami kira beruntung la bayar murah tapi dapat servis tiptop. Aku rasa kalau campur harga breakfast dan set cocktail tu kalau diambil separately lebih mahal or sama je dengan harga RM150+ sempena Merdeka Sale 63% yang kami bayar tu. Alhamdulillah.. berbaloi-baloi! Kalau waktu biasa memang tak merasa la kannn..

Saturday 29 August 2020

Cuti PD : Grand Lexis Part 4

Booking untuk hotel ni aku buat direct dekat webiste dorang.. jauh lebih murah dari Agoda dan kami dapat rate RM549 semalam. Kami tak amik sarapan untuk kali ni sebab makanan dia tak besr dan rasa lebih selamat makan dalam bilik time2 cobit ni.. ahaksss. Misi kami hari ni op kos la selpie dan berenang sepuas-puasnya. Si kakak dan si Chemba buat perlawanan 1 lawan 1 main belon while mak buyung cuma mampu tengok saja la kan sambil-sambil selpie.

Puas mandi pool, kami cabut semua balon dan siap-siap untuk check out. Malam ni kami masih lagi di PD cuma bertukar hotel pula ke TSR Seafront Hotel.. muhuhahaha. Dalam jam 12 kami roger buggy dan proceed untuk check out. Yang tak best dekat Grand Lexis is parking. Memang ada kawasan parking disediakan tapi  tak proper la macam dekat Lexis Hibiscus yang ada parking bertingkat. Dekat sini maybe sebab ramai guess, parking la mana-mana kereta muat. Kalau tanya aku LH ke GL, I recommend for GH terusss if you wanna go for view laut & beach (at least). Tapi kalau nak pool best, go for GL la. Kat GL ni takde beach, kalau nak ke beach kena pegi dekat Glory Beach Resort which is sebelah je dengan GL. So goodbye room 2063.. till meet again.

Dalam jam 1 kami sampai TSR. The best part about TSR hotel ni sebab hotel ni di Telok Kemang which is in the middle unlike LH yang terletak ke belakang sket menghala ke Melaka dan GL pula ke atas dari Pekan PD. By Telok Kemang i mean hotel ni memang di area pantai Telok Kemang dan within walking distance je ke pantai dan gerai-gerai. Kami ambik bilik Superior Queen Room yang terletak di tingkat 1 dengan harga RM154.56 semalam. Kalau tak silap bangunan hotel ada 4 tingkat dan 2 lift. Bilik agak kecik dan ngam-ngam je untuk kami bertiga dengan sebijik katil queen dalam tu. Dalam jam 1.40 urusan check in kami selesai. In term of lokasi hotel ni memang superb la. Depan hotel ada parking walaupun limited sebab share dengan Marry Brown. So kalau lapar boleh la menjenguk ke MB. Lepas rehat sekejap kami terus ke pantai lepak sampai malam πŸ˜‚ Ini baru berbaloi duduk PD! Nasib kami ada chair sendiri.. kalau tak melayang plak RM bayar khemah (mode dekut 😜). Memang layan la sunset dekat PD ni walaupun tak seindah di KK dan Langkawi.
Letih mandi op kos la lapar kan. Since kat bawah hotel ada MB op kos la kami singgah ke MB dulu sebelum naik tdooooo! Nasib malam-malam orang tak ramai keluar, kalau tak letih juga menunggu lift sebab tangga tak boleh akses. Kena tutup sebab cobit ni le..