Lepas berkobar-kobar memasak, maka siaplah pakis goreng. Baru je nak angkat pinggan untuk hidang ke meja, boleh-boleh pula pinggan terpatah 2.. astaga.. maka jatuh la semua sayur pakis yang dah masak tu ke lantai. Aduiii sadiss.. nasib masih ada sikit baki pakis dalam peti. Maka terpaksa lah aku ulang balik aktiviti mematah pakis. Kali ni kena buat sendiri sebab anak dara tengah mandi ð Dengan baby dalam perut mengeras-ngeras, ku tabahkan jua memasak demi sesuap pakis hoiii
Inilah rupa pinggan aku yang retak tu. Pakis yang tinggal memang sikit sangat tapi bersyukurlah sebab dapat juga merasa walau sikit. Kalau semalam menu kami gulai lemak pucuk ubi, ikan masin goreng dan ikan goreng cicah kicap.. hari ni pakis goreng, telur goreng, ikan masin goreng dan udang goreng tepung plus baki kuah gulai semalam. Dalam keadaan dah masuk 7 bulan lebih ni tenaga aku masih ok cuma keadaan perut tak mengizinkan sangat. Kalau aku banyak buat kerja or aktif, nanti perut rasa tegang sangat. Adoiii.. maka terpaksa la aku ukur baju di badan sendiri sekarang ni which is buat la apa yang badan aku mampu buat. Eh! Betul ka penggunaan peribahasa tu ðĪŠ