Monday, 24 July 2017

MRI

Dalam banyak2 test, aku actually pernah la terlintas apa agaknya rasa kalau masuk dalam mesin MRI aka Magnetic Resonance Imaging scan ni. Well.. hari ni merasa la aku. Aku kena mri dekat kepala.. cemas juga bila adik operator tu kata sejam aku kena baring tak ble gerak2. Aku story sikit macamana buat scan ni.

Mula2 kena salin baju.. semua kena buka except spender. Dorang akan bagi persalinan baju hospital. Lepas tu masuk la dalam bilik mri tu.. baring kat katil & operator akan ikat ko. Macam aku kena kat kepala.. so merasa la aku kena pakai head cover yang ala2 pemain pedang punya. Pastu dorang tolak ko dalam mesin.. kalau ko jenis yang tak ble tahan dengan confine space..  sila la bersabar dan jangan nerves. Masa baring tu, ble sesak nafas dibuatnya kalau ko cam cemas. Mana tak cemas, rasa cam dalam kotak & distance between mata ngan wall mri tu berapa inci je kot. Masa mula2 baring, aku rasa cam pening sket. Tak tahu la sebab katil aku move ke apa ke.. kejap je la. Lepas tu ok. Dorang akan bagi ko panic button, so kalau panic boleh la tekam button tu untuk dorg tolak ko keluar dari mesin. 

Dalam bilik tu sejuk.. memang ada la dibekalkan selimut dan juga penutup telinga sebab mesin tu bising gila. Ada macam2 jenis bunyi dia persembahkan kat ko.. annoying ok! Aku bawa2 mengucap je time tu supaya temper aku tak spike.. hahaha. Aku ni jenis yang temper ble spike from 0 to 100 kalau diganggu dek bunyi2 ni. Bunyi dia cam orang mengetuk, cam kena karan, cam orang drill dan macam2 bunyi la. So.. memang kena bertabah sangat la duk dalam tu. Since aku dah bertafakur dalam tu.. bunyi bising pun tak dapat nak menghalang aku dari tidur.. hahaha. Berapa kali juga aku cam terlelap. Tapi tak de la pula kena kejut ke apa. Tetiba dah habis.. thank god. Tak la sampai sejam pun.. 20- 30 minit je kot. 

Pas da siap tu.. apa lagi, balik la! Result doktor tak bagi hari tu.. ko kena la tunggu sampai next appointment doktor ko. Mine is 14hb ogos.. till then.. bawa2 bertenang dan berdoa moga takde apa2 yang serius.