Monday, 31 August 2020

Cuti KL : Ala-ala Orang Kaya Part 2


Kami mulakan hari dengan sarapan.. lepas sarapan kami ke lobi untuk uruskan extend bilik then kami balik bilik golek-golek. Time kat lobi tadi aku terserempak dengan sorang minah ni berbaju tidur. Tak tahu la trend ke apa ke sekarang ni. Tadi masa makan pun ada juga geng baju tidur ni. Malas kot nak tukar baju proper tapi tak tahan tu pakai baju tidur tapi tang pasang bulu mata pelesu rajin tatap.. Adoii.. buat dosa pula aku mengata.. ahaksss

Since aku rasa tak larat, so just nak tido while si Chemba bawak si tecit mandi swimming pool tengahari tu. Dorang saja turun lewat sebab no rush, bagi guess lain cek out dulu baru tenang dan tak ramai orang di pool. Time cobit ni penggunaan pool dihadkan pada 30 family dalam satu masa dan cuma boleh masuk dalam 45 minit je.. itulah info yang kami dengar dari kakak ipar aku yang juga kebetulan menginap di sini. Since ini bukan kali pertama kemari, takde la exsaited nak tangkap gambar pool. Tapi pool dia memang le besar, stretch dari hujung ke hujung mall tu.

Si Chemba bagitau masa dorang masuk guard tak limit time pun.. maka berenang sampai lunyai pun xpe la nak oi. Petang tu dalam jam 6 kami turun ke cafe untuk claim free cocktail voucher hari ni punya.


Tadi gatei nak order tomyam skali time suap rasa nak muntah dek bau dia. Dah 2 hari dah baru la kami perasan restoran ni restoran vegetarians.. adoiiii!! No wonder la. Tomyam dia langsung aku tak ble jamah.. even laki aku yang tak memilih makan tu pun tak lalu. Heran juga.. kalau pun xde lauk or seafood dalam tu.. basic pes tomyam kan memang di sediakan dari bahan tumbuhan macam cili, bawang-bawangan, serai dan seangkatan tapi yang vegetarian ni apa pasal plak tak sedap. Tak tahu nak cakap macamana bau dia tapi kalau orang sabah bilang langsi baunya. Nasib baik nasi goreng dia boleh tahan la juga. Nasi lemak dia no wonder la takde ikan bilis langsung.. sambal bawang je ada tadi. Apa lah makcik boleh tak perasan la pulak. 

Sunday, 30 August 2020

Cuti KL : Ala-ala Orang Kaya Part 1

Lepas breakfast tadi kami menuju ke Pantai Teluk Kemang. Kalau oder room servis RM3 je charge tapi si Chemba rajin nak turun sendiri pegi beli. Pagi-pagi Marrybrown ada menu roti bakar dengn kopi yaww!! Sampai di pantai.. dah ramai orang padahal masa tu baru jam 9 pagi. Khemah-khemah pun dah ramai penyewa menghuni tapi apa ada hal kalau kau ada kerusi pantai sendiri. Muhuhahahaha.. maka kami pun mencari port baik punya untuk menikmati matahari pagi sambil-sambil menunggu si kecik main air. 

Cuaca agak panas pagi ni tapi tak kesah sangat sebab aku memang dah ready dengan topi, kipas dan payung skali. Hahahaha.. tengah-tengah santai tu terasa macam nak duduk hotel lagi la. Makanya tiba-tiba terbook pula hotel di Berjaya Times Square aka BTS Hotel. Hahahaha..Dalam jam 12 lebih macam tu kami keluar dari PD.

Sepanjang jalan tu ya rabbi.. jalan menghala masuk ke PD jem! Dalam PD jem, highway hala ke PD jem, highway plus hala je Seremban pun jem mula di Bandar Sri Putra .. semua nak g sambut merdeka di PD ke apa ke ni.. nasib baik la kami dah check out.. tak sanggup oiii jem tak bergerak lagi-lagi di PD tadi. Dia punya jem bukan biashe-biashe.. panjang betul jem!


Lepas puas mengelakkan orang yang berkobar-kobar ke PD tapi tak tahu PD jem nak manfus, kami sampai ke BTS. Tadi gelakkan orang, kali ni gelakkan diri sendiri sebab q check in panjang, reservation dia slow nak manfus dan ada dua kaunter je bukak.


Bilik yang aku book tu bilik Club Premier, patutnya ada spesial counter untuk check in tapi orang kat lobi tu bagitau sekarang semua kena beratur dekat kaunter utama je sebab pekerja dia ramai dah kena buang. Lepas letih beratur, tiba lah kami di bilik. Memang bilik dia besar la op kos.

Part bilik besar tu memang expected la untuk 5 star hotel, lagi-lagi bilik Club tapi yang best tu servis yang kami dapat. Aku book bilik ni dengan harga RM150+ je semalam to begin with. Tengah bergolek-golek ada orang ketuk pintu. Ingatkan apa.. rupanya ada orang hantar buah. Lepas tu sekali lagi kena ketuk.. kali
ni hantar kek pula. 

Selain kupon breakfast untuk esok, kami juga diberi kupon untuk cocktail tea time di restoran untuk hari ni dan it is provided for free untuk pelanggan dari bilik Club. Maka dalam jam 6 macam tu kami pun turun la menjenguk ke restoran tuk tengok apakah yang free itu. Kami diberitahu kami boleh boleh minum kopi dan jus sampai pitam selain dihidangkan setray hidangan minum petang. Kopi dia bukan kopi o yang teko tu oke tapi yang dari mesin punya. The best part is, kami dapat 2 tray makanan tu oke! Memang rezeki baby sungguh sebab orang lain dapat 1 tray je pun.. ahaksss
Sudahnya kami keluar dari restoran dengan gelak besar sebab puas melantak tapi damage yang dibayar cuma RM12 ringgit je tuk mee goreng mamak yang si Chemba order extra. Dia punya kenyang  bawa sampai ke malam yaww! Jimat duit makan hari ni. Sudahnya laki aku kata, kita tambah satu malam lagi. Setujuuuuuuuuuuu!!!

Begini la rasa bercuti ala-ala makcik kaya.. servisnya memang tip top. Baru berbaloi dengan duit yang orang kaya bayar compare tu kami yang marhaein ni. Tapi kali ni kami kira beruntung la bayar murah tapi dapat servis tiptop. Aku rasa kalau campur harga breakfast dan set cocktail tu kalau diambil separately lebih mahal or sama je dengan harga RM150+ sempena Merdeka Sale 63% yang kami bayar tu. Alhamdulillah.. berbaloi-baloi! Kalau waktu biasa memang tak merasa la kannn..

Saturday, 29 August 2020

Cuti PD : Grand Lexis Part 4

Booking untuk hotel ni aku buat direct dekat webiste dorang.. jauh lebih murah dari Agoda dan kami dapat rate RM549 semalam. Kami tak amik sarapan untuk kali ni sebab makanan dia tak besr dan rasa lebih selamat makan dalam bilik time2 cobit ni.. ahaksss. Misi kami hari ni op kos la selpie dan berenang sepuas-puasnya. Si kakak dan si Chemba buat perlawanan 1 lawan 1 main belon while mak buyung cuma mampu tengok saja la kan sambil-sambil selpie.

Puas mandi pool, kami cabut semua balon dan siap-siap untuk check out. Malam ni kami masih lagi di PD cuma bertukar hotel pula ke TSR Seafront Hotel.. muhuhahaha. Dalam jam 12 kami roger buggy dan proceed untuk check out. Yang tak best dekat Grand Lexis is parking. Memang ada kawasan parking disediakan tapi  tak proper la macam dekat Lexis Hibiscus yang ada parking bertingkat. Dekat sini maybe sebab ramai guess, parking la mana-mana kereta muat. Kalau tanya aku LH ke GL, I recommend for GH terusss if you wanna go for view laut & beach (at least). Tapi kalau nak pool best, go for GL la. Kat GL ni takde beach, kalau nak ke beach kena pegi dekat Glory Beach Resort which is sebelah je dengan GL. So goodbye room 2063.. till meet again.

Dalam jam 1 kami sampai TSR. The best part about TSR hotel ni sebab hotel ni di Telok Kemang which is in the middle unlike LH yang terletak ke belakang sket menghala ke Melaka dan GL pula ke atas dari Pekan PD. By Telok Kemang i mean hotel ni memang di area pantai Telok Kemang dan within walking distance je ke pantai dan gerai-gerai. Kami ambik bilik Superior Queen Room yang terletak di tingkat 1 dengan harga RM154.56 semalam. Kalau tak silap bangunan hotel ada 4 tingkat dan 2 lift. Bilik agak kecik dan ngam-ngam je untuk kami bertiga dengan sebijik katil queen dalam tu. Dalam jam 1.40 urusan check in kami selesai. In term of lokasi hotel ni memang superb la. Depan hotel ada parking walaupun limited sebab share dengan Marry Brown. So kalau lapar boleh la menjenguk ke MB. Lepas rehat sekejap kami terus ke pantai lepak sampai malam πŸ˜‚ Ini baru berbaloi duduk PD! Nasib kami ada chair sendiri.. kalau tak melayang plak RM bayar khemah (mode dekut 😜). Memang layan la sunset dekat PD ni walaupun tak seindah di KK dan Langkawi.
Letih mandi op kos la lapar kan. Since kat bawah hotel ada MB op kos la kami singgah ke MB dulu sebelum naik tdooooo! Nasib malam-malam orang tak ramai keluar, kalau tak letih juga menunggu lift sebab tangga tak boleh akses. Kena tutup sebab cobit ni le..

Friday, 28 August 2020

Cuti PD : Grand Lexis Part 3

Dalam jam 3 lebih kami tiba dibilik. Kalau hari tu bilik kami di darat & seblah je dengan lobi hotel, kali ni kami ambik bilik jenis Executive Pool Villa dekat air pula. Thank god kami dapat level bawah dan bilik pun tak jauh dari lobi. Mak buyung tak larat nak jalan-jalan sangat.. datang rilex je so x kisah la bilik dekat mana pun. Keadaan dalam bilik lebih kurang je macam bilik hari tu, tapi yang ni pool dia buka je dinding tu terus boleh terjun kolam oke. Cumanya design bilik dekat sini tertutup, tak macam dekat Lexis Hibiscus yang ko ble nampak laut. Kat sini dekat pool tu dinding full.. kalau nak tengok view laut dari toilet je la yang boleh. Maybe ada jenis-jenis bilik yang ada view laut but not ours la. 


Lepas letak barang semua, operasi meniup belon pun bermula. Kata nak sambut anniversary so jangan alang2 kan. Hari ni si kakak tu je yang mandi.. mamme dan adih nak rilex2 je. Kat bawah ni la view laut yang ada, ini pun view dari toilet πŸ˜‚ Malam kami tak keluar pun.. makan je la apa yang ada.