Untuk discharge kena dapat clearence dari paeds dan PAC. Paeds dah clear tunggu PAC pula. Dan alhamdulillah juga condoition aku semua ok makanya kami dibenarkan untuk discharge hari ni lepas PAC sahkan maklumat aku pasal TIA dulu-dulu tu dengan Neuro Surgery. Dari jam 11, dekat kol 6 jugak la baru dapat keluar. Tak tahu la apa yang lama sangat nak cek out. Memandangkan PKPP, akses dari PAC tak dibenarkan lalu makanya kena la detour jauh sikit sampai ke lobi pelawat naik kerusi roda.
Sampai rumah, mula la kami bersilat. Si Chemba pun sibuk kena masak untuk aku. Hari menu dia nasi, siakap goreng, serunding ayam dengan bawang putih goreng. Kami beli siap- siap dari baby shop hari tu sebab dah memang prepare untuk keadaan macam sekarang ni. Nak suruh CL datang dah takut si kecik kuning dan kena worst case sampai masuk wad ke apa ke pulak.. so kami fikir settle si kecik dulu.
Malam ni kiranya malam ke 4 la bagi aku lepas pembedahan. Nak tidor tu memang derita la juga especially masa nak bangkit. Cuba baring dan bangun dari katil, tinggi la pula. Minta si Chemba buang topper tilam pun sama juga. Last-last kami semua tidur di luar kecuali si kakak. Nasib baik juga la dah transfer ekon ke luar ni jadi tak la kami kepanasan malam ni.
As expected, memang malam yang panjang bagi kami malam ni...