Showing posts with label Job. Show all posts
Showing posts with label Job. Show all posts

Monday 28 August 2017

Tuesday 22 August 2017

Morning From Kuching



Good morning Kuching!! Awal aku bangunan pagi ni. Lepas solat subuh, tido kejap tadi. Pastu cam lapar.. so aku decide untuk turun sarapan awal. Jam 7.30 dah terpacak dekat restoran. Menu pagi ni? Ini yang paling fenting skali dalam menu aku pagi ni, dimsum!

Plan asal nak melantak banyak2 tadi sebab food dekat Pullman ni ble tahan sedapnya. Malangnya perut aku tak tabah untuk menerima makanan banyak pagi ni so aku makan sikit je T_T Yang banyak aku makan dimsum ni je la. 

Kol 9 kitaorang gerak ke Poli. Hari ni ada taklimat tender. Yang bagi taklimat op kos la bos aku.. ahaksss.. aku plak? Aku sekreteri ya!

Lepas selesai taklimat, aku n the gang bergerak ke Kuching whilst bos2 aku bergerak untuk program lain, which aku tak involve. Sebelum gerak ke Kuching.. geng2 aku sempat la p beli kek lapis. Kat Sarawak ni, kek lapis yang pemes ada 3 rasanya. Mira, Warisan dan Dayang Salhah. Kali ni kitaoang try Warisan. Kedai dia terletak kt seberang sungai. Kalau dari side hotel Pullman, nak menyeberang ke sana paling sebang naik bot. 50 sen per trip kalau tak silap.. kalau naik keta jauh la kena pusing. Since kitaorang naik keta, so takde masalah.







Kat sini ada terubuk masin gak tapi since aku tak minat terubuk, aku tangkap gambar je la. Since masih ada masa, driver bawa makan ayam penyet paling sedap katanya.



Kat mana? Ntah la pula. Nama kedai dia kecik je papan tandanya. Yang aku tahu area Satok. Sedap? Sedappp wa sakap lu! Lagi sedap dari semalam dan reganya baru RM7 je sepinggan. 4 pinggan ble dapat oke klau compare harga ayam penyet Pullman semalam. Apa2 pun.. ayam penyet Sarawak terbaik!!.

Monday 21 August 2017

Kuching I Come!

Tengok keadaan si Hannah macam ok, aku decide untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai pekerja. Si Chemba akan bawa dia ke klinik pagi ni. Dalam kol 7 lebih aku naik grab teksi je g TBS. Malas nak fikir kena menapak naik lrt. Hari ni driver teksi aku lady driver yang friendly. Jam 7.30 aku sampai.. plan asal nak naik jetbus je direk ke KLIA tapi aku decide naik ERL je considering kalau naik bas aku kena tunggu lagi 30 minit kat TBS sebab bas jalan jam 8 pagi. Walaupun sempat actuallynya.. aku malas nak buang 30 minit aku tu kat TBS. Lebih baik naik ERL then lepak dekat KLIA.. lagi selesa. Flight aku fly pukul 11.30 pagi, dalam pukul 2.30 sampai hotel. Kiranya ada la masa lagi tuk rilex2 dalam bilik before sesi discussion yang dijadualkan pada jam 4.30.

So.. inilah venue discussion kitaorang petang ni, dekat restoran Dayang Salhah, The Hills, Kuching. Bos decide buat secara santai je.. sambil2 melantak. 
Kalau dah namanya sampai Kuching, wajibla kan makan menu orang Sarawak.. laksa Sarawak. Apa matcam? Mengancam tak? Pss.. memang sedap tapi sedap lagi kot yang aku masak sendiri guna paste laksa beli kat apot ari tu.. ahakkksss!!

Lepas habis discussion, aku balik bilik. Bos ajak dinner tapi aku malasss. Aku nak cover penat tak tidur sebab monitor si Hannah demam. Lagipun biarlah dorang kuar dengan aman sesama lelaki je. Nak tengok bola ke.. tengok apa ke.. tak yah la ada aku sang perempuan ni nak nyibuk bagai. Sudahnya oder room service je. Harga makanan untuk room service kat Hotel Pullman ni boleh tahan juga mahal. Range from RM28++ ke RM70. Untuk malam ni aku oder ayam penyet spesel. Sedap tak? Sedapppp dan puas hati.

Friday 18 August 2017

This Is My Color

Jangan munta ya.. ahakasss. I think i found the most suitable shawl color for me. This color. Tak tahu la nak kata purple ke pink ke. I think something in between la kot. I think si ipong pun agree with this color selection sebab kali ni dia 'sudi tangkap gambar yang sememeh. Kalau tak, memang dia tak bagi chance langsung. Hatta secebis kaler kulit ko tak sekata or sebijik jerawat pun dia sure capture penuh jujur

Apa cerita aku hari ni? Today busy siapkan fail untuk audit dalaman. Since monday dah nak ke Kuching, harusla aku segera memastikan fail2 aku tip top. Kalau tak, kompom2 gegendang teling aku berdengung kena ceramah bos nanti. Nasib sempat siap before lunch time.. makanya dapatlah p melepak lunch dekat luar. 

Wednesday 16 August 2017

Fatah.. Nagapain Kau Dustai Ako

Tengahari tadi aku n the gang beramai-ramai p buat baju korporat baru. Kalernya biru amat oke! Blue is not my color.. especially biru muda. So not my color! Baru je ari tu p buat baju korporat baru dekat Pertama Complex.. alih2 keluar design baru. Huhu...

Petang tu kononnya Fatah Amin datang ke acara dekat Dewan ofis. Walaupun ahkak ni bukan la peminat dia.. teringin la juga nak tengok mamat tu life. Alih2 kansel!!! Haremmm. Sia2 je tenaga ahkak berjalan dari opis ke dewan tu semata2 kerana Patah. Kenapa dik!? Kenapaa?!!! 

Tuesday 15 August 2017

Ke Hulu Langat Kitaa

Hari ni aku ada koje dekat Hulu Langat.. makanya seawal pukul 6.30 pagi aku tercongok dekat Terminal Bandar Tasik Selatan sebab aku nak tumpang my bos. So inilah keadaan dekat TBS seawal jam 6.30 pagi..

Agak lengang. Parking pun banyak yang kosong. Tadi aku dapat parking dekat tingkat 4. Kalau tingkat 4 ni takyah naik lift nak masuk dalam sebab ada akses terus. Kol 6.50 bos kolek aku, dalam 8 lebih kitaorg sampai Banting. Bos ajak singgah sarapan dekat kedai fevret dia, kedai Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa. Nasi lemak dia boleh tahan tapi aku plak pelahap benda alah ni.. 
Aah.. tempe. Sampai 3 kepinh gak aku sebat sebab sedap. Since kitaorg sampai awal sangat, bos ajak aku ronda2 dulu. Walaupun takat lalu je & tak dapt turun sebab hujan sepanjang hari, sampai la juga aku ke pantai morib & lalu depan Gold Coast Resort. Selalu la terjumpa promo GCR kat tenet.. tapi bila lalu tadi nampak macam buruk je dari luar. Jalan punya jalan sambil melayan bos yang duk mengimbau kenangan lalu masa dia bertugas dekat sini, dah nak dekat kol 10. Nasib baik sampai bilik mesyuarat ngam2 je. Pas miting kitaorang g makan nasi ayam penyet. Sedap ooo! Pastu baru  la kitaorang gerak lawat skolah yang berhampiran situ. Kol 5 sampai TBS balik.. nasib la TBS to my house tu dekat je & ble lalu jalan dalam so takde la kena menempuh jem yang mencabar. 

Friday 11 August 2017

Serang Sushi King

Tadi tetiba bos aku sibuk mengajak kitaorang p Sushi King sempena meraikan dia yang sah jadi profesional enginiur. Makanya beramai2 kitaorang menyerang Sushi King.





Wednesday 9 August 2017

Hari Semakan Buku Servis

Geng2 aku tengah sebok cek buku servis masing-masing sempena hari memgecek buku servis. Bukan main ceria lagi masing-masing pose nak bagi bos tengok. Hahah. Tahun ni kiranya masuk tahun ke sembilan aku servis kat gomen ni. 4 tahun kat swasta, 9 tahun kat gomen yet aku masih lagi dilategorikan sebagai young engineer. Kau rasa?!!!

Wednesday 26 July 2017

Ke Sabak Bernam Kita

Hari ni aku ke Sabak Bernam.. bukan la melancong ya. Ada miting dekat poli. Lepas episod bos aku hangin pada driver yang bertukar tapi tak inform kitaorang, dia pun decide tuk drive sendiri dan aku + waze selaku co driver. Thank god kitaorang selamat sampai pada masa yang ditetapkan tanpa sebarang episod sesat. Masa pegi tu bos aku ajak singgah kat Restoran jejantas Sungai Buloh.. nak g makan sate katanya. Malangnya kol 9 baru stat kedai pakcik sate tu. Hampa.. dia ajak g Burger King. Kat situ plak air pnas xde.. rosak katanya so ada minuman sejuk je. Hampa lagi.. last2 singgah KFC. Masa balik dari Sabak Bernam lak.. singgah beli kepek dan makan kopok lekor losong. Aku kalau g dengan bos ni.. makan je keje. Dia badan kurus xpe la.. aku yang dempol ni makin bertambah dempol dibuatnya. Adoii la bos!

Tuesday 18 July 2017

Jamuan Raya 2017

Hari ni ada jamuan raya dekat ofis kitaorang so op kos la kena lawa-lawa.. ahaks. Mula2 tangkap gambaq make-up free face pastu sibukla kami sumua tepek kalaer kat muka...
Makcik lom makeup.. innocent ye
MUA in action
Kasi tonyoh satu kali.. hahahaha
Tadaaaa... apsal aku rasa elok lagi masa no make up tadi hah? Adodoiiii. Tapi aku rasa muka aku make up ngan tak make up sama je kot sebab aku pun bukanlah artis kan nak pakai makeup tebal or bulu mata pelesu se pelesu pelesunya macam Che Ta.. ye dok! Paling2 aku tepek foundation bagi nampak kulit muka fresh then lipstic sikit, light blusher dan kasi hitam kening yang maybe terkena foundation tadi. Kalau rajin tepek la eye shadow sikit, face shading kat idung... tak sampai 5 minit siap kalau make up biasa-biasa. Aku suka nampak natural je. Dalam banyak2 aku rasa yang penting 2 je, foundation dengan lipstik. Biar tak lawa at least kulit nampak fresh.
Final touch.. makcik2 terusss!!!
Ok.. itu citer makeup. Lepas dah makeup which is sebelum Bahagian aku hijack majlis.. hahaha. So inilah kekdahnya bila ko dah lama tak pegang mike kann! Dulu masa koje dekat MV selalu la aku g red box. Masa si eji ada, ada geng pompuan tapi lepas dia pindah aku g sorang je selalu pun for the sake of makan dan karok sedas la op kos. Pastu bila dah tua ni, guna Smule je la dekat jamban. Tadi ntah mana ntah datang keberanian aku nak menunjuk bakat suam2 kuku aku aku tu sampai nyanyi ampat lagu oke.. ampat!!! 4!!! Dari Shakira ke Beyoncee.. tapi itu sebelum majlis la.. masa sumer orang lain meeting dekat atas dan kitaorang ni pula escape sebab nak final touch majlis kononnya. Pastu ingatkan masa majlis aku tanak la gatei nak nuanyi kan sekali geng aku kenakan aku. Hampehh tol! Mula2 nyanyi lagi Aishah.. pulanglah. Pastu satu round lagi lagi Nicky Astria.. Mengapa. Boleh bayang betapa nyaring suara aku nyanyi lagi mengapa tu.. tak padan dengan saspek TIA oke!
Abaikan kegemukan gue!

Monday 17 July 2017

Money Money Money

Inilah salah satu hadiah grand prize cabutan bertuah sempena sambutan hari raya esok.. money! money! money! money! Cash RM100 oke! Kalau dapat ni lepas la sepinggan steak & rib eye set dekat Tony Romas.. hahaha..

Friday 14 July 2017

Balut Hadiah

Akhirnya siap juga aktiviti membalut hadiah. Kiranya ini la kesemua 7 hadiah grand cabutan bertuah tahun ni. Sumbangan?!! Pale ko la sumbangan ye. Ini sumbangan persendirian staf sendiri. Kitaorang ni tak main la sumbangan2 kontraktor ka apa ka.. nak makan pun semua bayar sendiri oke! Pulizzzz la!

Ok, emosi!

Hadiah-hadiah ni no 7 dapat wireless headphone, no 6 dapat steam iron, no 5 dapat beg travel, no 4 dapat cash RM100, no 3 dapat hamper, no 2 dan no 1 dapat handbag. Kalau kau tanya aku mana satu aku mahu, aku nak semua kecuali no 1 dan no 2 sebab aku kan bukan peminat handbag ;p

Wednesday 12 July 2017

Shopping?

Tadi aku g Kenanga Wholesales ngan my geng, nak beli hadiah untuk cabutan bertuah Majlis sambutan hari raya next week katanya. Aku ikutkan je. Alhamdulillah aku ok, cuma cam sedikit letih & lenguh rahang je tadi. Pegi KWS naik Grabcar je tadi, kos pegi balik sama je macam g SPM or Sogo, dalam RM6 per trip.

Tuesday 11 July 2017

Work After TIA

Hari ni aku kerja.. so far ok je tadi. Cuma aku tak boleh cakap banyak, leher rasa lenguh. My immediate boss kata apsal g kerja kalau masih tak ok, knowing that our big boss sure berkobar2 cari aku lepas dah lama cuti kannn...

Thursday 22 June 2017

Hannah Serang Ofis

Hari ni since semua orang pun tadak dekat opis, aku pun hangkut la si Hannah temankan aku. At least terhibur la jugak hati dengan keletah dia. Hari tu dia datang opis aku lukis ikan dengan marker pen, when I thought that was the worst.. hari ni dia tambah lagi lukisan dia. Adoiii la anakkkkkkk!!!!!

Friday 9 June 2017

Good Morning Kuching!

Inilah morning view dari hotel Pullman, Kuching. Sat lagi nak cek out dah & p miting. Kalau p Kuching ble la duk Pullman ni sebab kat bawah ada shopping complex yaw! dan dekat plak dengan tempat makan seafood kat atas UTC.

KK or Kuching, mana best?

Aku rasa aku prefer KK lagi kot sebab Kuching ni luas. Pastu KK cam best sebab tepi laut. Kuching pun dekat je ngan laut tapi  dekat city centre dia ble nampak sungai je. I think Kuching lebih relax, unlike KK yang bukan je tercemar udara malah tercemar gak mata dekat PTI dan PDI esp. beggers. Yang paling menyampah beggers tu kanak2 kecik umur sekolah rendah. Aku yang sabahan ni pun takut kot jenjalan dekat KK sensorang.

Those yang suka nature, taman negara, udara segar.. maybe ble g Kuching and those yang suka beaches & pulau & gunung kinabalu ble la p KK.

Aku suka KK sebab KK now dah ada banyak mall. Kuching pun ada juga cumanya aku rasa cam orang Kuching tak berapa suka mall kot sebab aku tengok ada 2 3 mall dia banyak kosong. Mall kat bawah ni pun cam dah banyak gak yang tutup.

Apa2 pun, terpulang la masing2 punya suka.. kan!


Thursday 8 June 2017

Thursday 18 May 2017

The Tree

This is the tree that mark my parking stop every morning, kalau takde orang menyibuk dekat 'official parking' aku ni la. Thanks pokok, you banyak berjasa making sure i park my car nicely.



Tuesday 2 May 2017

Wednesday 26 April 2017

Happy Birthday All!



Happy Birtday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To You You You You...

Meriah Bahagian aku tadi dengan lagu birthday sebab orang yang kena selebret lebih ramai dari yang menyelebret. Bos aku la ni tadi.. tetiba dia bagi duit suh beli kek. Nasib la Sunway Putra Mall tu dekat je.. ble la p lari kejap beli kek secret resepi.