Monday, 30 November 2015

Lokasi Peristiwa Berdarah

Inilah lokasi berlakunya peristiwa berdarah hari tu. Ok. Aktuali tadak sapa yang kena tetak or kapak or anything dangerous. Yang berdarah sebenarnya cuma hati gue sebab kena saman oleh DBKL. Sakit hati oke kalau kena saman!

Kesalahan yang aku dah buat, they categorized it as traffic obstruction. Kalau bayar within 15 hari kena bayar RM150, within 30 days RM200.. lebih 30 hari RM300. Sampai arwah le aku akan ingat saman kau ni DBKL!

Saturday, 28 November 2015

Friday, 27 November 2015

Tua Tak Beradab

Hari ni aku kena g istana n jpm la pulak.. ada mesyuarat kol, 10.30. Makanya kol 7 gerak g hantar Hannah & terus ke Lrt. Hari ni aku park depan kedai bagi mengelakkan kejadian kena saman berulang kembali. Sharp 7.45 sampai TBS. Ingatkan sharp le gerak.. dekat kol 9 jugak le baru bertolak.

Kol 1 mesy. habis, pas lunch kena gerak ke Putrajaya untuk meeting kol 3. Tapi bos kata petang you all boleh balik uma truss & takyah attend the meeting. Yeayyyyy.. punya gumbira!!!

Tapi kegumbiran ku lenyap dek kerana sorang acik tua yang kuang ajo ni. Pas jenuh aku menghon, alih2 dia datang dengan muka kerek. Cakap maaf pun takde. Kuang hajo. Nama je orang lebih tua, adab tadak. Tak taula mcmana dia ajar cucu2 dia. Kalau aku bawak Sonata dulu.. aku dah langgar dah keta dia.

Thursday, 26 November 2015

First Time Quill Mall & Kena Saman


Tadi before balik umah, aku route naik monorel singgah ke Quill City Mall, turun dekat Medan Tuanku. Boleh tahan juga, situated dekat town centre. Cumanya kedai2 belum fully buka lagi. Sempatla sauk boot dekat H&M.

Sampai je dekat keta tengok kena saman. Siut la memang! Bayar within 15 hari 150, lebih 300 hari 300. Siax!

Sunday, 22 November 2015

Apa Pun Tak Boleh!



Punya sakit hati, yang jauh dengan yang dekat sama jek. Maybe sebab hari ni baru hari ke 4 buka, so orang still ramai. Hopefully next2 month reda la..

Tuesday, 17 November 2015

Everybody Say Kim-long-chi!


Inilah masalah bila terjebak cerita korea.. mesti nak tahu kesudahan. Actuali aku dah lama tak layan cite korea ni. Walaupun astro kat umah ni memang langgan channel korea,  jarang sangat la aku click. Ntah macamana pula kali ni tertekan. Yang paling tak paham cerita ni 132 episod oke! Sudahnya aku tengok 2 episode 1st, rakam then skip & tengok every 20 ke 30 episod sebab tak tahan nak ikut.

Until la selakarang ni dah cecah 100 episod long episode of Everybody Say Kimchi. Gigih! Haha

Yang ni cita pasal husband yang betray the wife & amik anak dorang. Pastu wife baru dia plak adik beradik tiri dengan boyfren baru si ex wife. Pastu si ex wife rupanya adik beradik seibu ngan current wife. Pastu berebut harta. Poning ok! Naik stress aku tengok.

Saturday, 14 November 2015

KLCC Aquarium 1st Timer

First time wooo p KLCC Aquarium! Sakai!!

What do I think? Hmmm.. biasa2 jek. Kalau compare dengan Lotte World Aquarium, Seoul.. best lagi kat Seoul sebab lebih luas. KLCC punya agak kecik. Yang best tang tunnel tu jek.

Si Hannah bukan main gumbira, siap belari2 sampai terpelanting oke! Duk tanya kitaorang, ow maa! wats tis? Aku ngan laki aku pun tak sure, si Hannah ni paham ke idak ke wats tis tu apa. Mengekek kitaorang ketawa masa 1st time dia cakap.. cakap omputih upanya anak aku, patut dia tak paham cakap kitaorang selama ni.

So, back to aquarium tadi. Tiket masuk 2 orang RM92 ringgit tapi aku dapat off RM10 sebab ada promosi untuk pemegang kad Aeon. Makanya tiket kitaorang hari ni cuma RM82.00. Si Hannah tadak tiket sebab still underage.

Friday, 13 November 2015

Whose Teeth More Expensive

Kalau beli tooth paste baby memang wat stress jek sebab reganya mengalahkan 2 3 tooth paste adult. Kalau yang ada rega tu tunjuk RM15.80, yang lagi satu tu RM27 kalau tak silap. Yang lebih mahal tu safe kalau budak telan.

Apa2 la labu. Yang pokai mak ayah. Sabau je la!

Thursday, 12 November 2015

Me me me

Aku memang ketahuan pelik dari zaman kici2. Apa yang orang ramai2 suka, aku pula lebih terarah memilih unpopular 'option'. Antara contohnya, pilihan rumah. Bila aku cakap umah aku umah flat, saiznya tak sampai 800sq ft, reganya 200k++. Banyak juga la soalan like apsal tak cari umah landed, umah besar sikit dan seanggkatan.

Umah bapak aku nak kata kecik memang tak tapi nak kata besar sangat pun tak la juga. Tapi kalau nak kemas sorang2 memang sakit hati la dibuatnya. Bukan senang nak bersihkan oii! Dahla dua tingkat. So, aku membesar dengan azam untuk memastikan umah aku low maintenance dan senang nak bersihkan. Umah besar aku pangkah. Umah  bertingkat2 aku pangkah. Umah dengan yard yang luas aku pangkah. Dapur besar aku pangkah. Umah serabut dengan barang aku pangkah. Makanya umah aku kecik tapi aku pastikan ruang tamu aku lapang. Aku bersih bila aku suka je. Aku tak de fikir sangat nak sapu selalu. Kalau kena sapu or vakum, tak sampai seminit siap. Aku tak de mop lantai. Aku lap dengan tisu or kain basah je. Ahahaha.. kau hado? Aku spend less than 10 minit nak bersihkan the whole house ok. Anak aku buat sepah, aku tadak hal. Clear kejap je. Kawan tetiba nak datang? While dorang jalan kaki dari paking ke umah aku, aku da selesai berkemas. Dapur aku, as kecik as it could be. Aku berdiri at one place da boleh masak kat dapur gas, aksses rice cooker, mikrowave, peti ais. Nak g sinki selangkah je. Kalau kome jenis malas tahap gaban, sila la contohi aku! Hahahaha

Wednesday, 11 November 2015

I am A Ma

Though i am a 1st time mother, aku takde la terkesan sangat kalau anak aku buat sepah or kotorkan kapet or conteng dinding ka apa ka. Most of the time aku biar je anak aku buat hal dia. Tapi aku bukanlah baik sangat sampai redha jek dengan perangai si tecit yang kadang-kadang mengancam kesabaran. Antara yang boleh buat aku naik gila
1. Baru je sampai rumah pas amek dia dari pengasuh, tudung pun tak sempat buka dia stat melalak tak de pasal. Saja2.
2. Lampin penuh yak dia tanggalkan. Eiiii! Stress kalau kena taik yang cam taik kambing. Jatuh sana sini oke!
3. Tuang susu kat tv, kapet dan semua la. Kalau air kosong aku tak kesah tapi tang susu yang buat aku panas. Melekit oii!
4. Bila tak dapat apa dia nak esp lambat buat susu, hempas kepala dekat lantai. Aku memang panas tol tang kepala ni.
5. Koyak buku. Rosakkan mainan. Ini lagi satu pantang atok nenek moyang aku kalau pedajal buku atau mainan.
Inilah 5 perkara yang selalu buat darah tua aku menggelegak. Lain dari tu, aku cool. Tapi kalau yang lima ni dia buat, berapi ok!

Monday, 9 November 2015

Lobang!!!


Stress oke tengok puting si Hannah ni. Baru dua bulan kot beli, dah gini jadiknya. Tah hmana plak datang habit baru dia mengiggit puting. Satu set puting ni 30++. Pengsan kalau tiap2 bupan kena beli baru oii! Biasa aku akan tukar puting 3 bulan ke 4 bulan sekali. Kalau tiap2 bulan la.. alahaiiii!!!

Saturday, 7 November 2015

No More Damansara For Ikea

 

I got this email yesterday. So yes! Pasni takyah dah la kitaorang susah2 drive 20km++ all the way to Damansara for Ikea and bazir duit bayar tol sebab this new Ikea Cheras dalam 5 km jek dari rumah aku.

Apa yang best sangat tang Ikea? Nak kata aku ni peminat barang Ikea, tak la juga tapi memang umah aku ada la perabut2 Ikea. Aku suka g Ikea sebab nak makan karipap. Most of the time itulah sebab utama ke Ikea. One thing about Ikea ni is reliable. They have the catalogue and you know all the stuff in the catalogue were there. Be it cantik or tak, mahal atau tak, berkualiti atau tak, worth it atau tak.. those stuff were always there. So people could go to Ikea to buy what they saw on the catalog as long the product tak discontinue.

Antara perabot yang aku pernah beli dari Ikea like carpets, table bar set, retractable dining table set, foldable table dan tilam. In term of quality, so-so tapi seswai dengan harga. Kalau g kedai perabot harga kadang2 tu ridiculous. So, there are times i believe Ikea is the right choice especially untuk rumah yang mempunyai ruang yang limited macam apartment. Ikea juga introduce space saving perabot macam retractable table yang boleh dibesarkan untuk cater 8 orang instead of saiz normal 4 - 6 orang. Or foldable table yang boleh dibukak masa nak guna & hide masa tak perlu or small size of sofa bed or.. pandai2 la kome survey sendiri. But most of the time, i choose Ikea karipap over its perabot!

Friday, 6 November 2015

Bila Jadi Hamba Liabliti

Pagi tadi aku terjaga lebih awal dari bunyi alarm henpon aku, si mega. Pas peluk2 si Hannah jap, aku kelam kabut ke toilet sebab dapat panggilan hajat. Gara2 takut si Hannah tekejut dengar bunyi alarm makanya aku bawak je la henpon ke toilet sebab tak dan nak off alarm, alarm perut da kritikal tahap Gaban. Bukan tak biasa, boleh kata selalu jugak la aku bawa henpon masuk toilet. Sambil2, sambil2 baca. Bukan sekali dua juga jatuh tapi si mega begitu kebal. Tapi kali ni duit aku lebih disayangi oleh apek kedai repair.. makanya pecah la screen si mega lantas arwah la touch screen dia. Ini menjadikan si mega device ke tiga aku yang retak screen nya lepas si ipad min dan si mega 1st.

You hear me correctly, si mega ni bukan mega pertama yang aku ada. Mega 1st aku dulu pun kes sama juga, touch screen arwah. Malas nak pk banyak, so aku beli baru. Kali ni tak mampu da aku nak beli baru. Lain la kalau aku or husband aku or mak bapak aku cop duit kan!


Mula2 tu ada juga timbang2, nak beli model lain or repair je. Tapi bila mengenangkan betapa skrin 6.3" ni memang menjadi kegilaan aku, so I decided to repair. G la kedai amoi dpn umah aku. Amoi tu kata kena tukar the whole set sebab touch screen dah arwah. There goes my RM350, gone just like that!

Wednesday, 4 November 2015

RM++ For Exclusive


Kalau kome peminar bawal yang katanya ekslusif, mesti kome tau ni kat mana. Ok. Aku happen to temankan my friend g beli tudung. Katanya nak g Bawal Ekslusif. Aku cam teruja la juga nak tengok how ekslusif since aku pun peminat bawal, used to.

Aku tengok kat kedai tu, rega paling murah RM58 tak masuk GST. So aku pun belek la sungguh2. Kain biasa2 je, design just tepek2 manik bodo which to be frank can't  be call 'a design' at all pun so  I wonder la juga dimana mahalnya? Orang kedai kata manik2 bodo to is a Swarvosky. Ooooooooo.. panjang o aku. Maybe people like it and it is good that local brand has fans but it is not for me who is only willing to spend less than 20 for tudung.

Tuesday, 3 November 2015

Respectful Dustbin

Getting rid of stuff is hard, you think so? I dont think so. Whatever I dont need, the respectful place will be in the dustbin. Be it expensive or not, don't think too much. The key word is, as long as you no longer want to use it just throw it away. Maybe it take times but eventually, it will find its way to the bin. Since my house is small so it wont be the best idea to keep unnecessary stuffs and junks.
Some people are nostalgic that they keep everything like my dad. He still keep his 35++ years old refrigerator. That how nostalgic he is. He still use it, this might excuse him but there were so many other stuff, keep but never use any more. His house kinda big but the usable space is 'small' due to to accommodate all the stuffs. Since I was small, I didn't like it. And promise to do the other way around with my unused stuffs, or boyfriends (too) ;p, which is throw them all in the dustbin. Bye bye & thank you!

Monday, 2 November 2015

Hannah's 2nd Cruise

This is actually our 2nd cruise in Malaysia, after Labuan ferry hari tu. Actually si Hannah punya 1st cruise in London, di Thames River. Tapi time tu veli the kici so takde la dia merasa the joy of cruising.

Asalnya plan nak g Berjaya Times Square, alih2 sampai The Mines. Alih2 sampai sini, tiba2 terbeli tiket cruise @RM25 sorang. Makanya naik cruise la si Hannah hari ni. Kitaorang amek pakej Greenery Cruise, dalam 20 minit satu trip. Best? biasa2 je. Tapi mearasa la tengok bangau, angsa, rimau.. tapi rimau replika je.
Eksaited betul si kecik nampak angsa. Dia ingat itik kot, so panggil ducky. Hahaha.

White Swan
Black Swan

Sunday, 1 November 2015

It Is Mamak Time


Hello unkel mamak!!

Lama dah tak lepak mamak. Biasa si Chemba yang suka g mamak. Sikit2 mamak. Walaupun macam2 menu ada dijual dekat kedai mamak, i dont really enjoy the food sebab tak tahu nak makan apa. Kalau menu kedai mamak depan umah aku tu, dari barat ke utara ke timur selatan, boleh kata semua ada la. But to think thai food being prepared by not -a-thai, it is a big turn off for me.

Tapi kat area umah aku memang banyak gila kedai mamak. Kat depan ada 3, area belakang ada 5. Itu yang aku tahu, kat belakang2 tu aku rasa macam ada lagi. Kedai2 mamak  ni range from yang mahal sampai la yang tak berapa mahal dan rasanya di gred dengan gred A walaupun the food a so-so.

Apa yang orang suka sangat g mamak ni hah? Aku pun tak tahu la apa mandrem yang mamak bagi. Tapi pada aku kedai mamak ni reliable dan fast service. Cam kat umah aku tu, rasanya 1 pelayan jaga 2 or 3 table je. Sampai2 terus ada orang layan, tak yah tunggu lama makanan pun sampai. Bila blah, meja cepat je dorang clear. Order western, malay style, mamak style, thai style.. semua tara masala. Itu yang pelanggan mahu. Cuba kalau pegi kedai bukan mamak. Nak amek oder cam kura2, nak hantar oder pulak cam siput babi. Pastu makanan sikit jek. Makanan ini takde, makanan itu takde. Pelanggan sampai, nak clear table bekas previous pelanggan pun lembab.

Jadi macamana?

Belum kira restoran tutup suka suki. Cuba tengok mamak 24hr, except Friday for solat jumaat.

Macamana nak lawan kedai mamak?!!

Saturday, 31 October 2015

Hantu Mainan Beraksi


Inilah yang terjadik bila mak dia gila mainan. Hari ni saja si Hannah dapat cleaning set & train. Pasni boleh la dia tolong ahkak menyapu sampah sebab dalam set tu ada penyapu & mop bagai. Train ni? ini mak ngan bapak dia yang nak main.

Thursday, 29 October 2015

Hannah & Duck


Anak aku walaupun da nak masuk 2 tahun 5 bulan, dia masih tak boleh develop her vocabulary. Ada less then 10 words jek yang dia tahu and most of it dia belajar dari cartoon. Salah satu word yang dia mahir yekla ducky. Be it gambar, 3D, 2D or terbalik, she still recognized si ducky oke!

Friday, 23 October 2015

Shawl Shawl


Apa matcam? Sun tak aku? Akakakakaka.. munta! Sila abaikan my double chin oke.

Tak ingat sejak bila aku bergiat pakai shawl ni tapi aku ingat shawl pertama aku brand Real Hijab yang aku bili dengan harga RM100 untuk 5 or 6 helai. Tu pun masa offer.. kalau tak memang tak hengen la aku nak beli sebab pada aku paling mahal limit yang aku letak untuk tudung cuma RM30.. lebih dari tu memang tak beli. Tak kira la Faridah ke Sarah ke, as long lebih RM30 memang aku pangkah.

Shawl brand RH ni memang panjang. Masa mula2 pakai hampir jugak la kecewa sebab tak reti nak gayakan dan shawl ni panjang sangat sampai cam pakai tudung labuh. Then aku mula cari shawl yang lebih pendek tapi masih gak tak de gaya yang aku rasa seswai dengan aku, infact jadi menyusahkan pula nak lilit2. Bila tengok dekat You Tube, tak ble paham camana dorang ajar.  Due to training makes perfect, last2 pandai juga aku pakai...ahaks. Now da jumpa la gaya paling senang dan cepat pakai shawl. Tak yah fikir sangat nak lilit macamana.. itu yang penting. Dan labuh kat dada, belakang n bahagian dalam. Tahula kan shawl ni nipis so kena make sure bahagian dalam agak panjang. Cara pakai? Tak sampai seminit pun. Takyah nak beli instant bagai. Macamana? Lengkali aku share.. ahakss

Thursday, 22 October 2015

Offer Tak Ikhlas Sushi King


Masa memula nampak fliers ni tertepek kat keta aku, cam eksaited juga nak baca sebab Sushi King yang buat offer. Tambah2 bila nampak sotong kegemaran hamba reganya cuma 2 hengget sepinggan kot dan kacang Edamame pula RM1 jek sepinggan. Rasa cam berkobar jugak la nak g bayar RM20 tuk dapatkan kad ahli. Tapi bila baca2 baru perasan offer tu cuma valid 1 orang 1 pinggan. Choiiii!! Kalau macam itu baik ko tak payah buat offer. Cam tak ikhlas jek!

Wednesday, 21 October 2015

Best Way To Eat Eskrem


Haaa.. inilah cara aku makan eskrem & kopok. Sedap wa sakap lu! Kalau selalu amalkan tak pasti la baju kome yang sekarang muat masih boleh disarung. Ahahaksss

Tuesday, 20 October 2015

Natural Sun Block Eco The Face Shop

Last2 terbeli juga sunblock. SPF 50 oke! kalau tebakar juga kulit dek mentari tak tahu la aku nak kata apa. I bought this one due to my putih, si Mera kematian aircond. Memang bengkek aku ngan Nissan ni. AKu pakai si putih LC da 7 tahun lebih oke! Aircond dah la sejuk, tak pernah pun ploblem. Unlike si Mera, ini dah kali ke 2 aircond dia problem. Before ni da pernah kena tukar kipas, next pulak kena tukar the whole cooling coil. Sabar je la.

Back to this product. It is a sunscreen so what do you expect pun kan. This one yang natural, tadak color. Masa ni ada offer, buy 1 free 1. I paid RM47.90 sen for two boxes so ok la kan. TFC ada offer sunblock yang ada color tapi amik natural pun ok pada aku. I just want it for my make up base. Oily tak? ada sikit kot, ala2 cam pakai moisturizer la.

Monday, 19 October 2015

Desire still alive...


Tadi me and my gang jalan-jalan dekat VIVA. Terserempak plak dengan this one kedai yang jual buku-buku lama for a price of RM10 below. So, merasa la aku dapat these 2 books dengan rega RM10 hengget satu. Kalau beli kat MPH or Borders mau RM100 kot satu set. The book came with 3 CD, memang worth la.

Kalau tambah these two, aku rasa aku dah boleh da bukak kelas mengajar Bahasa Mandarin sebab buku aku memang banyak gila walaupun aku masih tak juga pandai-pandai berbahasa mandarin ni. Buku-buku mandarin aku datang dari London dan Hong Kong pun ada oke! Rasanya dalam 20 or 30 buah pun ada kot, tak campur lagi ebook.

Apa yang aku pandai takat ni?

Kuangkuangkuang. Aku rasa belajar bahasa ni hobi je kot. Aku belajar bila aku lapang & i take it slow. Now boleh la paham sikit2. Hopefully dalam setahun 2 ni aku da fasih... buekkk!!

Sunday, 18 October 2015

Art Date @Breakfast


Since anak akuni kalau g makan dekat luar suka sangat meragam, makanya terpaksa la aku bekalkan buku mewarna dan color pensil. So, inilah kejadiannya sementara menunggu makanan sampai.

Kalau semalam g Tony Romas dadde belanja, hari ni g Dubuyo mamme pulak belanja. Pokai!!!

Saturday, 17 October 2015

Romas On Dadde


Thank you dadde!!!]

Hari ni dadde belanja Tony Romas. Cair air liur wa cakap lu. Last week kitaorang ke Chilles, amikset rib jugak. Pay almost the same we paid dekat TR tapi jauh bebenor beza dengan TR yang memang sedap banget! Kalau ke TR, aku suka amek set 2 Fillet Medellion + 2 Bountiful Beef Rib + 2 side orders. Rega satu set RM89.90 kalau tak silap. Kalau sebulan sekali makan pun boleh pitam nak bayar. see the pinggan, yang kecik bulat tu la fillet medellion while yang ada tulang tu bountiful beef rib.

My husband pula memang ketahuan suka makan burger. Pun memang puas hati katanya. Yang lagi puas hati, kids eat for free so yes, pueh hati. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut hati banyak suka tapi hati manyak sakit sebab mahal. Damage hari ni dalam RM150, tapi dadde bayar. Ahakssss


Friday, 16 October 2015

Shocking Lip From Tony Moly


Inila lipstik yang aku duk idam2 lama dah. Baru la ni mampu beli.. huhu. So, how is it? I like it! Op kos la kena like kan since RM79.90 aku da selamat sedekah kat Tony Moly. But really, I like it. Bila da beli baru tau rupanya tis lipstik one has to wear before going to bed. Unik oke!

This product dalam bentuk liquid. Apply to the lips, wallah! It stain ur lips. Tak de rasa cam ada weight like wearing lipstick. How long it last? Kalau minum air, cepat la tanggal compare to if ur lips remain kering. This product tahan agak lama juga la. Kalau hilang pun, still leave trace of color yang sekata on the lips.
Tadaaaa

Thursday, 15 October 2015

Damyang Bamboo 99% From The Face Shop

Oke, yang ni tak tau nak kata apa. This buy menjadikan my collection yang pada awalnya cuma satu now dah jadik 4. So pasni boleh la melembab sampai muntah! It is ok, takpe, sebab i really like this product. Tak oily dan boleh pakai the wholebody dari hujung rambut sampai hujung kaki. Masa beli ni ada offer actually, buy 2 free 1. One for the price of RM25.99 sen, still ok la.

Wednesday, 14 October 2015

Mu Tunggu Aku datang!

Kalau dulu begitu lama aku memendam keinginan untuk ke London dan akhirnya dengan izin Allah berjaya menjejakkan kaki ke bumi London, now turn bumi Amareka pula. Kalau takde aral melintang dan ada izin Allah, inshaAllah within 5 year time akan ku jejak ke Amareka. Now masih tengah compile research samada nak ke Los Angeles, New York or Las Vegas.

Shangai pula, quite close to Malaysia so maybe lebih senang kot kalau nak pergi. Apa2 pun, semua atas izinNya..

Tuesday, 13 October 2015

Pure Eco Snail Moisture Gel From Tony Moly

Cuba ko bayangkan ko penyek siput babi dan amik all its slime dan lumur ke muka. So yes, ini adalah slimey2 siput babi, 90% pure oke! Ngeri kan dengar. Tapi actually idok la ada apa pun. This product baunya harum. Bila pakai tu rasa cam best jek sebab sejuk.

Same function as Damyang Bamboo yang aku beli dari The Face Shop, cuma yang itu bambo dan yang ini siput babs. While yang it murah, this one cost RM49.90 per bottle. Beza tak masa pakai? beza la juga. Yang buat rasa lagi beza tu sebab yang ni mahal!

Apa function? op kos le melembab. Sesuai la for those yang duduk dalam aircond yang udaranya kering.

Monday, 12 October 2015

Red Musk Body Shop Perfume


Before beli si Katy, aku aktuali berkenan dengan pepium Body Shop ni, Red Musk EDP. Promoter Body Shop tu kata this one tak contain bunga langsung and a blend of pepper; middle note is cinnamon; base notes are tobacco and musk. It smell soft tapi keras cam perfume lelaki and they promoted this product as unisex. In term of bau, memang la aku sangat suka sebab bau lembut tapi ada juga cam bau perfume lelaki. Cuma aku tak berkenan rega dia. RM159 untuk 60ml.

Sunday, 11 October 2015

1st Art Date



Inilah hasil lukisan duet pertama si ayah dan si anak. My husband claimed dia pandai melukis tapi tak pernah lagi le aku nampak dia melukis. Kalau tengok conteng2 ni cam boleh caya la juga.. ahahah. Aku? Aku memang fail bab melukis. I don't have  a wild imagination or a sharp memory to remember shape etc.. muka aku pun aku lupa. Kadang2 rasa lawa... ahahahahahahahah.. munta!

Saturday, 10 October 2015

Katy Perry Perfume - Royal Revolution


Masa jalan-jalan cari hal dekat Jusco tadi, terserempak pula dengan Katy Perry. Adoiii.. habis duit dibuat si Katy ni.. uwaaaaa.

Si Katy ni kena jual murah tadi, RM148 je sebotol instead of RM 270 harga asal. Memang now aku tengah cari perfume pun to replace previous perfume aku si Issey Miakey. I used to be pengguna tegar CK Jadore tapi since si Jado ni sebotol ntah berapa da rega sekarang ni.. huhu. Aku rasa RM 4 or 5 ratus dah agaknya yang 100ml so kompom la tak mampu. Since si Issey pun sama gak, dalam RM 400+ so.. memang tidak la.

This one Royal Revolution. Bau sedap tak? Bau lembut flowery. Kata si http://www.fragrantica.com, a website of information of a perfume "The composition is floral and slightly fruity. The top notes include aromas of red pomegranate and pink freesia. Jasmine and orange flower are enriched with sandalwood in the heart, while the base includes unusually mystical notes of blackthorn with addition of vanilla orchid, leather and skin musk"

For me, I like it cuma a bit dissapoint sebab bau dia tak kuat. Kalau ala2 cam tak pakai pepume, bek beli pepume murah sebotol RM12 hegget for 15ml kat Jalan TAR. Wangi, macam2 bau ada dan yang pastinya jimat duit. Nasib baik le RM148 jek.. ok la. Ok..

Friday, 9 October 2015

Best Foundation Ever!!!

Sebelum
Selepas
Si Kate
Sejak mula pandai pakai mekap since 15 tahun dahulu, macam-macam produk aku dah cuba. Murah mahal.. semua ada tapi none yang aku menjadi pengguna tegar. Kejap pakai Maybelline, kejap Loreal, kejap SK11, kejap Clarin, kejap Body Shop dan banyak lagi la tapi none yang membuat aku rasa nak keep on beli the product untill I met Kate, awal tahun ni.

This one, a product of Japan claimed to be powderless foundation. Liquid tapi akan bertukar ala2 pakai bedak in 15 sec. This product solve my problem dan hide kehuduhan  kulit gue in mere second. Pueh ati! Cuma tak puas hati tang harga jek. Sebotol kecik gini rega biasa RM78 oke! Uwaaaaaa..

I am wearing OC-D.. yang ni natural. Ada 6 kaler kalau tak silap. Sapu sikit jek, my skin transform jadik putih dan natural gitue. Tak nampak berminyak tapi tak nampak juga la muka ala2 tepek bedak tebal. This foundation juga tahan agak lama. So, memang pueh hati la.