Saturday, 17 September 2022

Masih Di Hard Rock Hotel Penang




Aktiviti kami hari ni sarapan. Lepas sarapan pegi tangkap gambar seround. Lepas tu naik bilik mandi, tidur, order grab untuk lunch. Then petang, pegi beach dan mandi pool. Malam dinner maggi. Begitulah hari kami tamat tanpa keluar langsung dari kawasan hotel.. hahaha. 

Kalau semalam apa yang aku makan semua tak sedap.. hari ni pun begitu la juga. Sarapan hotel rasanya teruk.. kurang rasa here and there. Aku ingat aku je.. laki aku pun complain. Untuk lunch, order Grab Nasi Kandar Sulaiman.. at least better la dari Nasi Kandar Pelita yang kami oder semalam. Cuma pizza yang aku order time dekat pool dari restoran Pizzeria tadi rasa sedap la jugak.

Friday, 16 September 2022

Hard Rock Hotel Penang Staycation





Hello Penang!!

Lepas subuh kami gerak ke Penang. Kereta agak banyak tapi smooth traffic walaupun ada juga la sangkut sikit area Perak. Dalam jam 11.22 kami da sampai Jambatan kedua Pulau Pinang. Since masih awal, kami singgah jap makan dekat 1st Avenua Mall untuk lunch di Chicken Rice Shop. Lepas lunch terus la kami ke Hard Rock Hotel Batu Frengghi. Alhamdulillah dalam jam 3 check in orang tak ramai lagi. Kaunter pun laju sebab buka banyak. Malangnya bilik tak ready lagi so kami diminta tunggu kejap dan diberi kupon untuk minum dan menikmati snek di restoran Starz Diner. Dapat la sebakul keropok dan free flow coffee. Baru je nak minum cappuccino sampai muntah da dapat call bilik dah ready. Bilik kami dekat level 1, katanya mountain view skalik cuma view oudoor unit dekat bumbung bangunan depan bilik dan view kondo seberang jalan.. view mountain nya sikit je. Nasib la labu.. bayar 700+ dapat bilik basic je. Sapa suruh book lambat. Bilik memang tiptop. Toilet wall jenis yang ble slide dan buka.. takat nak buat tiger show lepas la.. hahaha

Dalam jam 5.50 kami lepak dekat pantai. Ingat nak tunggu sunset tapi sebab cuaca mendung maka sejuk la pulak. Adik tak de baju renang.. ada seluar je. Kesejukan la dia.. tapi sempat juga la mandi pool kejap. Dalam 6.35 kami naik sebab dah tak tahan sejuk. Vibe dia ala-ala macam Shangrila  Tanjung Aru KK cuma saiz pool kecik la sket kalau compare.. tapi best sebab ada beach yang luas. Puas la kalau ko nak berenang bertepian atau belari ala Baywatch sepanjang pantai tu. Malam tak keluar ke mana.. order Grab pastu topup la dengan room servis. Orang kata Penang sorga makanan tapi tak tahu di mana silapnya semua yang aku makan hari ni memang tak sedap.. hahaha. Hotel punya spaghetti pun ya rabbi.. tak sedap tahap teruk dengan spaghetti kejung. Dinner Nasi Kandar Pelita.. nama dah hebat tapi rasa tak ngam tekak.. sedap Saddam lagi.

Monday, 15 August 2022

ATM Makan Duit

Tadi aku ke Bank Islam nak keluarkan duit.. masa tunggu duit keluar lambat sangat plak mesin tu proses. Last-last kad je keluar.. duitnya yelek.  So aku pegi mesin sebelah dan keluarkan amount yang sama. Masuk kereta, aku pun cek la online.. cikaro betul.. duit masa 1st transaction tu dah kena tolak pulak. So aku pun call bank.. bla bla bla.. orang bank kata dia akan buat report dan refund akan dapat dalam 10 hari bekerja biasanya. Hampeh punya ATM! Seumur hidup ini first time benda macam ni happen. Kad kena telan pernah merasa sekali dua, ATM proses lama lepas tekan jumlah duit pun pernah tapi duit tak tolak. Ini kali la kena scam.. bukan orang atau bank je scam orang ye.. mesin pun pandai scam orang rupanya. Dah la sesak.. tetiba duit kena ambik bank.. mana hati tak sakit. 





Thursday, 11 August 2022

Life After The Diagnosis Part 3

Sebagai parents, aku rasa part treatment ni yang paling ibu bapa nak tahu dan concern so aku akan share untuk pembacaan diri sendiri terutamanya next time. Tapi all this treatment ada criteria untuk syorkan based on gred A, B dan C. Aku just note untuk pengetahuan umum je without zooming into target grade yang disyorkan untuk receive the treatment. Antara treatment yang disyorkan dalam Clinical Parctice Guide – Management Of Autisme Spectrum Disorder In Child And Adolescent by MaHTAS, KKM adalah tanpa ubat dan dengan ubat. Aku Cuma nak sentuh pasal treatment tanpa ubat antaranya 

1. Applied Behaviour Analysis (ABA) 

Ada beberapa kaedah ABA tapi yang paling famous kaedah Loovas. Dalam buku The Autism Sourcebook by Karen Siff Exkorn, beliau memilih kaedah ABA sebagai foundation untuk terapi anak beliau selain OT dan speech teraphy. Ikut pengalaman penulis, sesi ABA ni panjang dalam 40 hours per week dan menggunakan konsep reward.  


2. Speech, Language and Communication Interventions

a.    Naturalistic Approach

                                               i.     Responsive Education and Prelinguistic Milieu Teaching (RPMT) – improve social communication and language learning

                                              ii.     Reciprocal Imitation Training (RIT) - improves elicited and spontaneous imitation of object and gestures

b.     Augmentative and alternative Communication (AAC)

                                               i.     Unaided - nonverbal natural communication guna gestures and mimic muka

                                              ii.     Aided - guna external support macam communication board dengan grafik visual guna gambar, lukisan, printed words macam Picture Exchange Communication System (PECS)

c.      Video Modelling – guna video 


3. Occupational Teraphy (OT) 

        a) Social Skills and Self-help Skills – untuk imporvve social skills & self-help

        b) Sensory Integration Therapy (SIT) – improve sensory

        c) Joint Attention Intervention – improve attention

        d) Perceptual Motor Training – improve eye hand coordination


4. Other Interventions / Programmes

So    a) Social Stories

        b) Developmental, Individual-Difference, Relationship-Based (DIR) /Floortime

        c) Music Teraphy


5. Parent Education and Support

6. Cognitive Behaviour Therapy (CBT)

7. Treatment and Education of Autistic and Related Communication Handicapped Children (TEACCH)

8. Diet


Untuk adik kalau berdasarkan appointment yang dapat, dia ada appointment OT dan speech. Ada satu lagi kaedah, Early Intervention Program (EIP) tapi aku tak sampai lagi ke maklumat EIP ni guna approach mana.

Tuesday, 9 August 2022

Life After The Diagnosis Part 2

Hari tu aku bagitau aku ada baca Clinical Parctice Guide – Management Of Autisme Spectrum Disorder In Child And Adolescent by MaHTAS, KKM. Guideline ni aku panggil CPG, dikeluarkan pada 2014 dan akan revise pada 2018 katanya tapi so far aku takde jumpa lagi la new version. Maybe dah tak di kongsi kepada umum aku tak sure. Aku cuma baca untuk personal knowledge mengikut pemamahan aku sendiri dan khas untuk pemahaman sendiri.


MaHTAS tu siapa? Through their website mentioned “The Malaysian Health Technology Assessment Section or known as MaHTAS was established in August 1995 under the Medical Programme, Ministry of Health (MOH) in keeping with the Ministry’s policy of ensuring that safe, effective and cost-effective technology is being used in the MOH facilities”. Nak lebih info boleh la ke website MaHTAS sendiri.


Apa yang dinyatakan dalam CPG tersebut?


1. Pengenalan
Dalam CPG ni explain “Autism Spectrum Disorder (ASD) is a neurodevelopmental disorder charaterised by impairment in communication, behaviour and social function beginning of the childhood”. Secara kasarnya, autism a.k.a ASD ni adalah satu jenis gangguan sebab tu dia dipanggil disorder, bukan disease a.k.a penyakit. Autism bukan penyakit. ASD ni adalah gangguan kepada perkembangan neurological yang menyebabkan gangguan dalam komunikasi, tingkah laku dan fungsi sosial pada permulaan zaman kanak-kanak.  

Kalau dengar neuro, yang aku bayangkan adalah berkaitan otak dan saraf. Mengikut pembacaan aku WHO kata “Neurological disorders are diseases of the central and peripheral nervous system. In other words, the brain, spinal cord, cranial nerves, peripheral nerves, nerve roots, autonomic nervous system, neuromuscular junction, and muscles”. Central nervous system (CNS) tu merujuk kepada otak dan spinal chords manakal pheriperal nervous pula merujuk kepada saraf-saraf yang connect seluruh badan dengan CNS. Fungsi utama nerves dalam badan kita ni untuk transmit signal. Nerves yang transmit signals dari otak dipanggil motor nerve & transmit information dari body to the CNS pula dipanggil sensory nerves. Sebab tu kalau cakap dengan doctor, “sensory & motor” adalah dua perkataan yang kita akan kerap dengar when dealing with autism.

Dalam tu ada la explain few things abot autism,  apa itu autism, siapa yang ada risk untuk dapat anak autism, macamana proses screening, assessment & diagnose, treatment dll la. Tapi kena ingat, garis panduan ni tak target parents biasa like me as this is more kepada professional use yang terlibat macam doctor, psychiatrists, care providers, therapists, audiologists, nurses, pharmacists, policy maker, educators.. not us,  so kena baca with our own discretion.

2.  Faktor Risiko
Dalam CPG KKM ni juga ada mention apa faktor risiko yang mungkin boleh menyumbang kepada anak ada autism contohnya umur parents, baby premature, kesan dari baby yang lahir tak cukup oksigen, genetic risk, pregnancy supplement, vaccinaction. Untuk vaksin tu dorang refer pada vaksin MMR tapi based on study katanya tiada link antara vaksin dan autism. 

3.  Screening
Part ni bincang siapa yang disarankan untuk buat screening autism contohnya anak yang emaknya umur lebih 40 tahun macam aku, or bapa umur 50 tahun or umur ibu lebih 35 tahun masa dapat anak first, bayi premature dll. Macamana proses screening ini dibuat? Doktor akan guna tools macam checklist on Modified Checklist for Autism in Toddlers (MCHAT), atau questionnaire macam Social Communication Questionnaire (formerly known as Autism Screening Questionnaire) atau SCQ, dan lain-lain screening tools macam General / broadband developmental screening tools (CBCL, ITC, PEDS) dan Screening tools specific for ASD (CHAT, CHAT23, GARS, SRS, ASSQ, ASDS). Tools yang digunakan bukan hanya untuk di negara kita tapi the develop untuk kegunaan international. Apa barang la semua short form tu? Yang tu kena la khatam baca CPG tu..

Masa sesi interview dengan doctor hari tu, doktor memang tanya macam-macam soalan such as habit adik, rutin, apa yang dia suka dan tak suka, how pembawaan diri dia, our family history ada tak yang ada autism dan maklumat all ahli keluarga such as berapa bilangan adik beradik ibu bapa. Then kena isi MCHAT.
 
4. Assessment and Diagnostic
Doktor akan asses dan diagnose based using criteria from the Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders [DSM-IV-TR, 2000 (Appendix 4) and DSM-5, 2013 (Appendix 5)] or 10th-Revision of International Classification of Diseases [ICD-10] (Appendix 6). Ini standard tools yang digunakan all over the world untuk proses asses dan diagnose. Apa benda dalam dokumen tu aku pun tak sure sebab this is more to technical. Cukup lah setakat tahu sebab DSM-iv dan DSM-5 ni mungkin kita akan jumpa masa baca buku-buku yang related to autism. 
 
Selain treatment, aku percaya parents juga curious about apa level autism anak mereka. Based kon DSM-5, severity levels for autism spectrum disorder  terbahagi kepada 3 level yang dibezakan dari segi social communication dan behaviours.
 
5. Comorbidities and Other Difficulties
CPG ni juga ada mention tentang  komorbid a.k.a istilah perubatan yang merujuk kepada individu yang menghidap dua atau lebih penyakit yang tidak berkaitan secara serentak dan kesukaran-kesukaran lain yang turut dihadapi oleh kanak-kanak autism macam intellectual disability, ADHD, masalah tidur, sawan, gastrointestinal problem, motor coordination dll. Maksudnya di sini, anak autism ni tak semestinya ada komorbid lain. 

6. Investigation
Investigation ni contohnya audiology evaluation. Kebanyakan kanak-kanak dengan ASD juga ada masalah speech dan language delay. Macam adik, antara appointment yang adik kena attend adalah audiology. Buat masa ni aku belum dapat explain sebab appointment adik bulan depan. 

7. Treatment
Sebagai parents, aku rasa part treatment ni yang paling ibu bapa nak tahu dan concern so aku akan share untuk pembacaan diri sendiri terutamanya, in my next post. Tapi all this treatment ada criteria untuk syorkan based on gred A, B dan C. Aku just note untuk pengetahuan umum je without zooming into target grade yang disyorkan untuk receive the treatment.

Sunday, 7 August 2022

Life After The Diagnosis Part 1

As parents yang just recently anaknya didiagnose autism, aku tambah aktiviti membaca buku dan google pasal autism di internet to gain some knowledge here and there. Aku belum lagi join any support group as of now.. hari tu try nak join this one grup dalam FB skali kena reject daaa… maybe tak comply group guideline kot. It is best kalau dapat berkomunikasi dan berkongsi dengan parents yang juga ada anak autism but I should bear in mind sebelum join any.. tak semua kes anak-anak autism ni adalah sama dari segi severity, handling dan treatment. Take all the info you needed but don’t stress yourself out and overwhelmed by all the information.. this is a self-reminder.

I might not able to see the whole picture yet tapi as of now aku rasa apart from seeking for professional opinion.. parents support group is good. Selain tu kena juga rajin membaca be it a book atau di internet. Sekarang ni aku sedang baca satu buku and hoping to finish it soon. Lepas belajar, seingat aku lah aku tak de lagi  khatam hatta sebuah buku walaupun aku ada banyak gila buku.. hahah. All I do is beli buku dan baca first few pages or flip and skip here and there sampai last page.. oops! Hahahaha

Back to the book, it tell a story from a mother point of view dan quite informative tittle “The Autism Sourcebook”. The author Karen Siff Exkorn claimed the book is from mother whose child recovered. Dia pun ada anak autism, a boy yang didiagnose pada usia 2 tahun and he is fully functional now. Walaupun buku dia ni merujuk kepada personal experience dan how it is di negara dia.. tapi aku suka sebab penulisan dia structured covering from diagnose, treatment, coping and healing. This is a good book untuk parents macam aku yang terlalu banyak perkara yang perlu diproses dan difahami selepas anak didiagnose autism, dan at the moment cuma nak tahu secara overall picture terlebih dahulu before digging deeper about what is autism, how to deal with your kids, your own emotion dan seek for information in term of treatment option etc. This is the book for me at this level. I am yet to go into technical and all the detail. All I need is the “picture” secara general. Next dalam pembacaan aku maybe a bit technical, Clinical Parctice Guide – Management Of Autisme Spectrum Disorder In Child And Adolescent by MaHTAS, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) just to get some knowledge on pengurusan autism oleh profesional di negara kita dari segi how the diagnose is made, how they handle the case and treatment yang available.

Saturday, 6 August 2022

Life After The Diagnosis..

What was the reason we seek for professional opinion on adik? I do not remember since bila tapi my instinct rasa macam something. Tak tahu nak explain perasaan tu macamana actually. Bukan la rasa macam something is not right or not normal tp “something”. It started to alarm me bila panggil his name dia tak ada respond, not totally takde respond sebab sometimes bila panggil tu dia toleh juga. Tapi takde la rasa macam off” sangat sebab kakak dia dulu pun macam tu that she did not respond to name calling, average eye contact, did not address us as mamme and adih, did not say a word but cried instead every time she wanted susu. For adik, bila dia lambat berjalan dan meniti berjengket, belum pandai bercakap or panggil us or approach us kalau nak sesuatu.. instead dia cuma nangis dan hentak kepala, suka pusing tayar and bila pandai sikit lay on his stomach main kereta which is a must kalau main kereta, attach dengan selimut dia to the extend menangis kalau selimut takde.. masa tu aku makin rasa something is off. Kalau compare perkembangan dia dengan kakak dia, lebih kurang sama except for the part lambat berjalan, suka benda berpusing dan head banging which kakak dia xde buat. 

Apa expectation aku masa jumpa doktor? Frankly speaking.. it was a 50/50 for me. 50 for all the delay on his motor skill, communication and head banging and another 50 sebab he look fine for a one year++ boy except for that 50 i mentioned earlier. People say boys blossom later than girl, right?! 

How do i feel masa doktor pakar terus confirm he is autistic even on the first time seeing him on a session that did not last even 10 minutes and all based on our interview with her sub-ordinate? To be frank, tak de la terkejut dengan diagnose tu tapi terkejut dengan how he was been diagnosed tu, yes. The younger doktor mula2 bagitau based on her assessment adik needs more further assesment and some therapy session to confirm wether he is really autistic although through her assessment adik did show some of the autistic charater. Then she consult and explain tu her pakar, after not even 10 minutes with minimal talking to us.. the pakar asked me what was our concern bringing adik for the assesment. I said my concern and she told me what she saw is adik meet the autistic criteria and she said she can confirm it, right now, as we spoke. She then proceed to tell us that adik need OKU card and will proceed to set an appointment with Children Developement Centre CDC for OT and speech teraphy.

How do i feel about the doctor? I dont know.. maybe her approach on conveying the news to us was like that because of my cool and understanding reaction to hearing adik was diagnosed as autstic, that i did not cry my heart out and show her i was extremely in denial about the news.. maybe? 

But i think she could do better and add in more human touch. Maybe she could just told us that she was sorry that the news was shocking to us… especially when the diagnose was  made when adik was only 1year and 9th month.. not even after his two years. Maybe she could just explain and say something that sooth our aching heart instead of saying “yes,i just confirmed it now” after i asked her why was the diagnosed confirm when adik is not even 2 years old.  Maybe she did not have to mention about the OKU card first, instead of last on her news breaking. I really dont know how to process the situation and it still ache my heart to recall the moment.. or maybe it was not how the doctor handle the situation that time that hurt me, but i was because i was frustrated with the diagnose instead.. i really dont know…



Thursday, 4 August 2022

Does Adik Has Autism?

Dekat jam 8.30 baru kami sampai dekat Hospital Pakar Kanak-kanak UKM untuk appointment adik. Dekat sini banyak parking so no worries. Sebelum daftar di Klinik Pakar, kena register dekat Bahagian Pendaftaran dan Hasil terlebih dahulu. Lepas tu baru ke klinik pakar. 

Today's appointment intended to review adik's current development as he previously was still unable to walk unassisted at 18 month. Thank god he started walking at month 19 but we still have concerns as he still did not achieve certain milestone such as talking, pointing fingers, play properly etc. So here we are. All of us went including kakak as we were informed earlier to bring the whole family for the session. 

The doctor did some interview with all of us. She told us this session will take quite some time, maybe around one hour as this is a new case. After the interview ended,  at first the doctor said that she cannot confirm adik has autism but she concluded adik did have the characteristics of an autistic person indeed. But after talking to her specialist, the diagnose is confirmed that adik has autism. How do i feel? Frankly speaking, we came prepared for the worst. Although i was hoping to hear the opposite, considering adik current development i believe the chances are 50/50. Sometimes adik look fine and normal but the other time we worried for him especially his head banging episodes evertime he wanted something or when he is angry and hungry.

So the next move is adik will be referred to audiologist to check if he has hearing problem and adik case will be handled by The CDC aka Child Development Centre after this so the centre will contact as through SMS for the appointment and at the same time we were advised to enroll adik into speach teraphy session with private centre while waiting for his appointment.

Sunday, 19 June 2022

Adik Warded Covid Day 5

Pagi tadi masa doktor pakar round, doktor confirm adik boleh keluar hari ni. Alhamdlillah. Prosidur untuk keluar cuma perlu tunggu nurse hantar release letter dan quarantine letter dari hospital. Once da dapat surat, asben boleh bawa kereta ke parking ambulan sebelah kaunter ER O&G dekat level 1. Bila asben da sampai parking, nurse akan bawa turun kitaorang ke bawah. Dalam jam 10.20 si Chemba gerak dari rumah, jam 10.50 dia sampai dekat parking ambulan. Takde apa bayaran dikenakan sepanjang kami di sini.

Tengah menunggu si Chemba datang tadi, member sekolah aku yang aku panggil Ja singgah melawat. Member tu doktor dekat HKL.. kebetulan dia ada round dekat HTA tu yang di singgah tu. Aduii.. last jumpa masa for 5, 24 tahun yang lepas oii!!

Saturday, 18 June 2022

Adik Warded Covid Day 4

Adik dah nampak makin ok. Batuk pun dah kurang cuma dia kerap tidur sebab bosan kot tak de apa nak buat. Dalam bilik ada tv tapi nak tengok tv pun takde siaran sangat. Semalam doktor dah konfirm adik akan discharge ahad. Huhu.. ingatkan semalam la boleh keluar tapi takpelah. Yang penting adik kembali sihat. Aktiviti kami sepanjang hari cuma makan dan tidur. Since kami kuarantin cobit, nurse dan doktor cuma masuk waktu nak cek tekanan darah & oksigen dan time bagi ubat. Round pun sekali je sehari so memang privacy sangat. Kalau pengaalama aku di wad biasa msa dekat HUKM, pagi kena bangun awal supaya nurse boleh kemas katil & prepare untuk round time oleh doktor-doktor tapi kat sini memang takde orang kemas katil ko. Pandai-pandai la. Sepanjang hari bilik kami memang gelap… memang mood sangat la kalau tido. Nurse akan masuk setiap 6 or 8 jam sekali untuk ambil bacaan dan setiap 8 jam untuk cucuk antibiotik. 

Kawan kuarantin aku ni anak dia baby girl, umur 6 bulan. Kuat menangis tapi kuat senyum juga.. nama Syiifa Inara., mak dia nama zana. Mula-mula masuk tu dengar dia batuk pun senggsara. Kesian… kecik lagi. Sama juga macam adik, covid categori 3 sebab pneumonia. Hopefully ini yang pertama dan terakhir la adik kena cobit.. tak sanggup rasanya. Depan bilik kami ni ada pesakit kategori 5, umur baru 7 tahun. Kategori 3 yang ada pneumonia, kategori 4 kena pakai bantuan pernafasan… yang kategori 5 tu paling teruk. 

Petang tu bosan, order la grab. Kat sini actually memang tak kekurangan makanan sebab disediakan 4 kali sehari start sarapan, lunch, minum petang dan dinner. Yang bestnya, hospital allow grab hantar makanan sampai ke kaunter wad. Masa aku order tadi dah malam so grab tu tak dibenarkan naik. Ingatkan tak sampai dah order aku tapi alhamdulillah dapat juga. 


Friday, 17 June 2022

Adik Warded Covid Day 3

Inilah wad kami dekat level 9, wad perubatan 9D. Kalau view dari aras 5 pun cantik, dari atas ni view lagi cantik. So far adik ok je cuma makan dia agak kurang sebab dorang tukar diet dia dari bubur ke menu kanak-kanak. Menu kat bawah semua bubur, semangkuk tu memang habis tapi kat sini menunya macam menu aku cuma tak de pedas. Antara menu dia nasi & ikan masak lemak, ayam masak lemak, roti, bihun. Sikit je la dia makan.

Yang tak best dekat sini terasa ko macam orang terbuang. Wad ni actually bukan wad covid so paham-paham je la. Baju anak pun kena minta baru dorang bagi. Baju ibu pula tak disediakan, tak macam dekat bawah bebas ambil baju selimut anytime. Kat sini nak air panas kena minta dan tunggu, kat bawah boleh ambil sendiri dekat pantry. Tp bilik selesa la sebab ada sinki dan toilet sendiri. Ada tv juga tapi takde remote.. kena panjat.. hahaha. Sejuk memang sejuk.. kalau malam memang tak tahan. Air panas untuk mandi ada.

Thursday, 16 June 2022

Adik Warded Covid Day 2

Day 2 di ward AHDU HTA HKL. Semalam tidur si kecik agak lena. Takde bunyi macam semalam cuma ada la dia terjaga untuk susu & ada sekali tu jaga dan terus nangis walaupun dah bagi susu. Maybe teringat perisitiwa tangan dia kena cucuk masa nak pasang branula agaknya. Aku memang stress part pasang branula ni. Lagi kalau doktor yang buat.. konfem banyak kali cuba baru berjaya. Macam adik semalam, dua kali cucuk. Mula-mula tangan kanan.. lepas tu tangan kiri baru dapat. Pastu dorang terkial-kial nak pasang splint.. aku rasa lagi lama settlkan splint tu dari cari point sampai meraung-raung adik. Tu yang masa dia menangis tu dia try nak cabut branula kat tangan dia. 

So far adik dah makin better.. nampak lebih semangat dan happy walaupun masih demam. Dia takde meragam apa.. selera makan pun ok cuma meraung time nurse cek tekanan darah & masukkan antibiotik. Lain waktu dia steady je.

Dalam jam 7 nurse confirm kami kena pindah ke wad lain sebelum jam 8 malam. Actually pagi tadi doktor dah bagitau akan kena pindah cuma tak confirmkan bila akan pindah. Katanya wad ni akan ditutup untuk patient covid. Dalam pukul 8 tu kami pindah ke wad 9A dekat tingkat 9 dan kami ditempatkan dalam bilik isolation katil No.18. Setahu aku bilik isolation hanya untuk 1 patient tapi dekat sini share 2 patient which is jiran seblah katil masa dekat AHDU. Dalam bilik ada 1 katil dewasa, 1 katil baby dan 1 lagi pull out bed. Aku dengan adik ambik katil adult. 

Wednesday, 15 June 2022

Adik Warded Covid Day 1

Pagi ni si Chemba dan the kids hantar aku g ofis dulu. Banyak benda tertangguh nak kena settle dan dokumen nak kena sign. Lepas diskus dengan bos, kami terus ke Hospital Tunku Azizah, HTA HKL. Thank god dalam bangunan itself ada parking. Sampai parking call HTA first untuk confirm prosidur rawatan anak yang kena covid, boleh ke terus ke HTA atau ada prosidur lain. HTA bagitau boleh je kalau terus ke HTA dan pegi dekat ER. Dari blok parking kami turun ke tingkat 2 untuk akses ke main building. Dari situ baru kami ambil lift dan turun ke level 1 untuk ke ER. Dekat luar ER tu ada kaunter, lepas register bagai si Chemba bawa adik ke dalam ER dan aku dengan kakak pegi beli makan. Since kakak pun positif jadi kami makan dalam kereta je.

Si Chemba bagitau adik maybe kena warded sebab dia batuk croup, yang batuk macam mengonggong tu. Doktor bagitau so far paru-paru macam ok, maybe jangkitan cuma dekat trakea. Dah xray baru boleh confirm. Xray tunjuk memang da ada jangkitan kuman dekat paru-paru, pneumonia. Lepas doktor confirm adik kena warded, kami decide siapa nak kena jaga adik. Kalau aku yang jaga, since aku baru lepas positif covid, HTA akan letak dekat open ward tapi kalau si Chemba yang jaga dorang akan letak dia dekat isolation room sebab dia negatif. Mula2 tu fikir biar si Chemba la jaga.. selesa sikit sebab duduk dalam bilik sorang tapi bila fikir balik, kesian pula adik jadi kami sepakat aku yang jaga. 

Masa aku swap dengan si Chemba dalam   ER,  doktor bagi adik neb.. nangis la dia. Tak selesa agaknya sebab benda alah tu gantung dekat kepala & tekup mulut. Lepas neb, kena xray. Lepas tu baru kami naik ke wad. Wad kami dekat Adult High Dependent Unit, AHDU dekat tingkat 5 yang dorang dah convert untuk tempatkan pesakit covid kanak-kanak. Wad memang selesa cuma takde la langsir apa since covid kan, tapi no worries sebab jarak antara katil memang jauh. Masa kami masuk da ada 2 patient dalam tu. So far memang sangat selesa sebab toilet pun depan katil je. Ada pantry dengan water dispenser disediakan kalau nak air panas dan air minum. Katil pula jenis canggih, nak naik turun ada button boleh adjust.
'
Alhamdulillah adik ok.. happy dia berjalan-jalan explore wad berkaki ayam sebab kasutnya belum sampai. Kami tu tak expect pun kena masuk wad sebab tu datang sehelai sepinggang. Dah petang baru si Chemba hantar barang. Dalam 4.30 tu adik kena pakaikan branula untuk ambik darah dan start antibiotik. Jiran sebelah katil kiri kanan termasuk la aku ni anak covid kategori 3, semua ada anak sepasang dan yang paling kecik masuk wad.. maka berkenalan la kami. 

View dari ward ni memang superb, dari tingkap tepi katil ni ble nampak KLCC dan Menara KL. Paling lawa nak view KLCC dari tingkap pantry. Tapi bila kau da sakit, apa pun tak de maknanya.. huhu.

Monday, 13 June 2022

My Covid Time



Day 1
Tekak perit, kepala sakit, badan lesu, sakit otot esp kaki sampai ke tulang punggung. Sapu minyak panas dekat kaki baru dapat tidur.

Day 2
Terpaling sakit. Tekak perit panas rasa macam terbakar, batuk, sakit kepala teruk, sakit otot dan lesu. Malam tak dapat tidur sebab sakit kaki. Demam.

Day 3
Sama macm day 2 cuma x demam. Pagi bangun tekak pun dah tak sakit sangat macam semalam sebab da kumur air garam sebelum tidur. Paling la mujarab.

Day 4
Better dari day 3. Sakit kaki kurang. Lain2 masih intense

Day 5
Pagi rasa ok. By tengahari mual, muntah dan cirit. Kepala sakit teruk. Batuk kuat & rasa gelap je kalau batuk kuat sangat.

Day 6
Sama day 5 except mual, muntah dan cirit dah xde

Day 7
Better. Sakit kepala masih ada tapi ok.

Tuesday, 7 June 2022

Covid 19 First Timer

Hari ni aku cuti rehat. Saja ambil cuti sempena cuti sekolah. Tapi dari malam tadi tekak rasa semacam dan dia punya sakit tu tak macam sakit tekak biasa. Pada awalnya takdela terfikir kena covid tapi lepas dua kali buat saliva test guna tester kit, dua-dua double line. Sah la dah positif. Lama bertahan, akhirnya kena juga penyakit yang dah robbed and paused our time for 2 long years. Punca jangkitan tak tau la dari mana sebab takde pula orang disekeliling aku ni yang positif. Makanya seorang diri la aku kuarantin dekat bilik kakak walaupun cadangan asalnya kuarantin dekat master bedroom sebab kat situ ada toilet. Tapi bila terfikir si adik yang memang hobinya keluar masuk bilik dan akan menangis kalau pintu bilik tertutup makanya kami decide adik dengan adih di master bedroom. Si kakak pula, sebab dia pun batuk makanya kena la dia tidur di ruang tamu. 

Saturday, 4 June 2022

Mengidam Ketupat Rendang

Hari ni takde keluar kemana-mana, kami lepak dekat rumah je. Sepanjang raya hari tu tak merasa lagi menu ketupat dan rendang. Itu memang menu wajib aku kalau time raya tapi tahun ni tak de sebab masa raya pertama tu aku da masak kuah kacang dan rendang tapi si Chemba tak beli plak ketupat.. kononnya balik kampung nanti ada lemang. Dekat kampung, sampai hari kami balik tu baru lemang siap jadi tak sempat nak makan. Balik Sabah, adik ada masak rendang tapi ketupat takde.. ada kelupis je. Makanya hari ni aku dah kepingin sangat.. order ketupat palas dekat Grab dan masak rendang daging. Macam biasalah.. kalau masak rendang daging akan guna Noxxa. Dalam sejam semua dah ready termasuklah kuah kacang. 

My Story Of 99 Wonderland Park



Sempena cuti sekolah kali ni, kami memang takde plan nak kemana-mana sebab tau la cuti sekolah… kompom sana sini jem dan hotel penuh. Tadi lepas memenuhi undangan open house raya rakan sekerja dekat area Sepang, terasa nak berjalan pula so kami plan nak ke ladang Farm Fresh dekat UPM. Skali sampai sana, jem ya rabbi! So kami route lake 99 Wonderland Park dekat Selayang. Mmang jauh nau perjalanan kami kali ni.. huhu. Alhamdulillah jalan tak jem. Sampai dekat park to dekat jam 6. Since attraction dekat situ lampu-lampu, better datang dekat maghrib.

Friday, 27 May 2022

Teppanyaki Sedap ABC Sedap


Dari gambar pun dah nampak sedap.. apa lagi kalau makan, memang shedap thorbaikkk. Tak lain tak bukan la dekat kedai Teppanyaki pevret aku, Teppankyuko dekat Sunway Putra Mall.

Monday, 23 May 2022

His 1st Haircut

Hari ni kami ke Midvalley. Saja nak cuci mata dengan harapan tak ramai orang sebab weekdays tapi sangkaan kami agak meleset sebab orang tetap ramai walaupun tak sepadat weekend. Lepas sarapan kami ke Mr DIY mega yang baru dibuka. Sebelum ni memang dah ada Mr DIY dalam MV tu tapi dah pindah ke lokasi baru. Kedai 2 tingkat tapi barang sama je macam kedai Mr DIY yang sebelum ni. Nampak macam gah la tapi semak dan sempit pada aku. Kami tak beli apa-apa pun.. padat sangat. 

Lepas tu kami ke lokasi asal Mr DIY. Nak tengoklah kedai apa yang ganti tapi belum ada lagi. Singgah dekat E-Mart beli kopi. Lalu depan A Cut Above, terasa cam nak potong rambut si kecik yang dah panjang tu. Adih dia tak berani nak potong dah sebab dia meronta-ronta dan menangis. Ingatkan potong kat kedai behave la.. sama je. Nasib amoi yang potong rambut tu cool je. Kalau aku yang potong tu mau aku stress.

Monday, 16 May 2022

My Story Of Kedai Kopi Yeop KL

Jalan-jalan cari lunch, ternampak satu restoran ni baru bukak dekat belakang rumah, Kedai Kopi Yeop. Bila Google, kononya main branch dia dekat Ipoh. Maka kami pun cuba la try singgah. Not bad juga food dia.. price is on the higher side, portion besar juga dan tasty. Sempene raya.. dapat la budak-budak duit raya RM2  sorang. Kami order mee goreng, roti bakar, nasi goreng dengan kopi yeop. 

Thursday, 12 May 2022

Messy Kerbau?

Teringin sangat nak makan seafood pizza yang ada fresh prawn macam dekat Little Italy. Ada banyak je seafod pizza tapi udang frozen. Aku memang pantang betul udang frozen.. udah rasa macam makan plastik. Godek-godek Grab, jumpa la restoran Messy Buffallo. Sedap? Boleh laaaa.. yang penting bukan udang frozen.

Wednesday, 11 May 2022

Finally Nescafe!

Akhirnya…. Macam ini la yang kita mau nescafe! Teringin nak merasa, aku oder je dekat Grab. Rasa dia? Sedappp la op kos. Coklat dekat luar tu agak manis.. kalau kurang sket manis tu kompom laaagi sedappssss dan rasa Cappucino tu terasa la.. 

Tuesday, 10 May 2022

Balik KihiL




Pagi tadi bangun awal pegi sarapan. Lepas sarapan, bawak budak-budak ni mandi pool while emaknya op kos la sibuk menangkap ganbar. Trip kali ni Chemba belanja sempena birthday isterinya.. ahaksss.. ini second time la kami menginap di Shangri-La Tanjung Aru. Last time kami duduk dekat Kinabalu Wing tapi kali ni kami try Tanjung Wing pula. Dari segi design bilik tak jauh beza. Kami duduk dekat level yang sama, di Ground Floor. Senang nak berlari-lari ke pantai konon. Dari segi harga, Tanjung Wing a bit expensive.. dalam 100++ extra. Tanjung wing dekat dengan pool & restaurant. Dekat KK ni ada 2 Shangri La.. satu yang ini & yang lagi satu Shangrila Rasa Ria dekat area Pantai Dalit Tuaran. Yang tu jauh sikit dari bandar. 

Dalam jam 3.30 kami sampai airport.. kol 4 boarding & dalam kol 7 landed dekat KLIA. Since kami park dekat KLIA, terus je la naik kereta balik rumah.