Thursday 14 December 2017

Baru Ku Tahu...

Aku actually dah bertahun kot ada periuk letrik ni.. beli masa si Chemba duk Kontan dulu. Persediaan kalau-kalau gas habis kat umah. Kiranya selagi ada gas, selagi tu la tak guna. Makanya jarang la guna kan! Selama aku guna, aku tak pernah tahu temperature adjustment dia ada banyak variasi lagi apart from auto function yang ada kat button nun. Puiiii! No wonder la aku goreng ayam ari tu kecut ayam aku sebab jenuh nak adjust suhu. Suhu tinggi kuali berasap, suhu rendah ayam aku plak tak masak-masak. Hampeh!

Wednesday 13 December 2017

Me The Next X-Mener

Pernah tengok cerita X-Men? op kos la pernah kan! Aku pun pernah tapi ini adalah antara cerita yang aku tak ble digest sangat. Faham-faham gitu je.. hahahaha.Pagi tadi aku tangkap gambar kat keta dapek shoot muka macam ni.. tetiba aku teringat X-Men. Ada kaitan ke??? miahahaha


Tuesday 12 December 2017

Rancangan Pevret Si Hannah

Aku belajar sampai dapat degree, koje injiniur pun tak dapek duit banyak ini Ryan oi! Ini la budak yang Hannah duk tengok hari-hari.. nak muntah mak melayannya.

Koje budak ni main je 24jam! Pastu main sepah-sepah tak reti kemas. Pastu jadi role model si Hannah, dia pun sama nak baling mainan dia then tanak kemas. 

Monday 11 December 2017

Hannah Muslimah

Ini hadiah ayah si Hannah balik umrah.. lucu ada, comel pun ada. Hehehe.. Tengok je la muka si comel yang terbakar sebab mandi kolam weekend tu.

Berapa lama tudung ni tahan dekat kepala dia? Hmm.. dari hotel, g makan then sampai rumah masih melekat lagi dekat kepala.. kira lama la kan? hahaha. Kalau pakai reben dan ikat rambut dia memang langsung tak mahu, pakai tudung elok je.. kelazzz kau nak, muslimah sejati. Amin!

Sunday 10 December 2017

Lakiku Si Botak

Ini laki siapa ni oi? Siapa punya laki?!!! Ini laki gua la yang gua tak jumpa 2 minggu since last sunday dia pegi umrah!! Botak dan buncit.. muhuha hahaha. Jangan mara cinta ;p

You cant explain love and most of the time it is not about how beautiful and handsome your face is. Ada yang bini lawa, kena betray juga. Ada laki hensem, bini cari lain juga. Dan kadang-kadang spouse yang kena tinggal tu jauh lebih lawa/ encom dari yang baru/ skandal deme. Why?? Because love is something you wont be able to explain. If you clicked with someone, siapa pun kita or bagaimanapun rupa kita now or then wont matter anymore. Tapi laki aku tu walaupum botak dan buncit, di mata aku still encom. Muhuhahaw. Fattah amin pun aku tak pandang yaw.. ahahaha

Saturday 9 December 2017

Kawennn

Hari ni kitaorang ke Bandar Mahkota, nak menghadiri majlis khawin anak pengarah kitaoramg. Amacam? Ploles tak makeup ahkak? Ini real oke, iphong neber lie! Ahaksss.. tapi i lied to iphong by adjusting my face angle sampai buli nampak kurus dalam gambar. Kalau dulu ada si popo kompom terus ploles la muka kau tapi si ipong ni memang tak akan menipu. Pasrah je la selalunya menerima kenyataan yang muka kau tu, memang muka kau la.

Oke.. pas makam kenyang-kenyang, ada hati lagi nak p makan sate samuri kat kajang. Time kitaorang sampai dalam kol 3 lebih. Alhamdulillah dipermudahkan dapat parking kat dalam tu, betul-betul depan meja makan je. Sedap sangat ke sate samuri tu? For me biasa je taste dia tapi harga mang terbaik lagi la kalau compare sate kat mamak bising or Satay Sation. Sate ayam dan daging cost the same, RM0.98 secucuk. One thing yang aku suka is sate dia all daging, takde lemak langsung. 
Pas makan 4 cucuk sate, tak mampu dah nak hadam. Kitaorang pun balik umah dan tapau sate tuk berjamu dengan si adam and the gang.

Friday 8 December 2017

Cuti Dash Box

Kol 8 semalam aku gerak pulak ke next transit, Hotel Barry Inn Salak Tinggi. Apsal nak cek-in 2 hotel satu malam? Aku tak berani nak drive dengan si tecit pepagi buta ni dari Cyberjaya ke KLIA 2 so lepak je la kejap dekat Salak Tinggi. At least si tecit ble tdo kejap before ke airport. Kol 8 gerak dari Cyberjaya, cek in Barry Inn dan dinner. Kol 1.30 cek out dan terus ke KLIA2. Tengok2 si chemba lom kuar-kuar lagi, singgah plak makan donat dekat Petronas KLIA.. itu ini kol 4 kot sampai Dash Box semula.

Aku tak dapat tdo la pulak sepanjang pagi tu.. huhu. Tunggu la sampai kol 8.00 si Hannah jaga tuk sambung aktiviti berenang. Ingatkan sejuk air pool tu tapi tak.. nasib baik. Kalau tak mau sakit perut sejuk-sejuk p berenang. Kol 12 cek out time, kitaorang kuar dalam 11.30. Next destination ke Bawal Power dekat Area Sport Centre, Cyberjaya tuk lunch bawal yang power. Power ke? aku makan ikan keli dia memang power ah.. bawal tu aku tatau!






Thursday 7 December 2017

Cuti-Cuti Dash Box Yaw

Hari ni dengan esok aku amik cuti sempena kepulangan si cinta dari umrah. Since aku malas nak drive dari umah ke KLIA pepagi buta so aku decide to stay somewhere. Dah stay hotel, alang-alang kena la berlibur sekali so aku decide nak lepak transit dekat Hotel Dash Box, Cyberjaya.

Sampai DB dalam kol 2 lebih tapi receptionist tak bagi check in untul 3 pm so kitaorang p la merewang kejap kat dalam. I must say thank you to those yang develop tempat ni. Hotel ni terletak dekat Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor. Kawasan dia nak kata besar sangat tu tak la tapi the pool is the centre of this place. For those yang amik bilik dekat rumah kubah tu, ble parking belakang pintu bilik masing-masing oke! Each rumah kubah tu ada 3 bilik, 2 dekat bawah tu Studio room while dekat atas tu Deluxe. Boleh pilih nak mengadap garden or pool. Untuk makluman, kawasan ni tak berpagar langsung yer. Yang duk bilik studio tu best la sebab ble parking depan pintu bilik tak yah nak naik tangga bagai dan ble terus lompat ke pool jek!

Rate untuk bilik twin cheapest aku dapat dalam RM120+ through Traveloka. Yang studio tu dalam RM190 dan deluxe tu RM200++. Kalau nak bekfas mahal la sikit. Bilik twin tu basic sangat, tv pun tadak dan it is a cabin. Pada aku ok je, elok la tak de tv. Nak g cuti buat apa tengok tv, ye dok! Nak air panas or sejuk dia ada watercooler. Disinin juga ada cafe, hispter sangat la tempat ni. Dia ada cabin tuk reception, meeting room, gym dan kedai souvenier. Selain tu ada juga ballroom, surau dan toilet.

Pool dia tak dalam sangat, yang dekat dengan ballroom tu sangat cetek tuk baby la kot. Ada 2 slide, satu dewasa satu tuk budak tapi kali ni slaide budak tutup for renovation. Thank god! Kalau tak jadi hal pulak nak melayan si Hannah main.

For those yang nak bercuti tapi malas nak drive jejauh, sila la kemari. Recomenned! Sikit komen aku cuma toilet tak berapa bersih dan receptionist dia apsal la rigid sangat. Bagi je la orang cek in sebab ramai orang kot masa tu. Boleh je dioa bagi cek in dan kunci collect jam 3 or benarkan masuk bilik jam 3. Apa daaa!!

Pool view
Ball room view
Studio & deluxe room
Cafe
Twin  room

Happy Mader & Dote
View From Entrance
Check-In Counter

Wednesday 6 December 2017

Hancus Diet

Hancusss diet aku weiii!! Semalam dah le dah melantak sushi dengan kenny roges, hari ni pula melantak nasik beryani dengan kek secret resepi. Adodoiiii!!!

Kalau semalam tu saja cari pasal, hari ni celebrate birthday bebudak ofis. 

Tuesday 5 December 2017

Sudu Gantung




Akhirnya aku dapat juga.. sudu ble gantung yaw! Senang nak store.. tak yah pakai bekas bagai. Hari tu masa sauk casserol kat Sogo, aku sauk sudu ni sekali. Harem mahal, RM59.90 satu set x 24 pcs sudu garfu dan pisau. Mahal la kiranya sebab sudu gantung cam ni ada yang handle dia plastic so yang plastic tu baru RM29 or RM39 per set tapi yang ini since dia besi so agak mahal. Banyak tempat aku cari dah tapi yang handle besi ni ada dekat Sogo je. Mau tak mau.. aku mau kan juga la dan beli 2 set. Kalau ikut time tu ada je offer sudu yang ala-ala sudu hotel, ada glod plated dan dalam box cantik lagi.. rega asal dalam RM300 tapi offer dalam RM70 hengget. Tapi demi nak store sudu ni bergantung, aku tutup mata je la offer yang lain. Aku bukan apa, nak sangat yang boleh gantung ni sebab aku ni pemalas. Kalau letak dalam bekas, apart from cuci sudu ko juga kena rajin bersihkan bekas tu.. kalau kotor dan berkerak geli siut! 

Monday 4 December 2017

SMULE Murah Weii!!!

Hari tu aku ada bagitau betapa hanginnya aku dekat SMULE kan. Alaaa.. apss karoke kat phone tu. Kalau pakai android aku bayar murah dalam RM35 setahun tapi iphone cas sampai RM419.90. Now aku dah jumpa cara nak guna apps tu tapi bayar murah, which is cuma RM27.99 je setahun. Nah aku belanja kome lagu yang aku nyanyi petang semalam. Muhuhahaha..



Pardon dengan nyanyian aku yang ada off note tu sebab aku actually tak reti sangat nak nyanyi lagu si Christina Peri tu.

Ok, back to how. Kalau kome beli VIP membership dari android/ google market, VIP membership tu tak boleh transfer ke SMULE yang kome donlod dari ios market. Instead, kome kena apply for new membership for RM419.90 setahun ye kalau nak nyanyi 1 lagu pun. So, what I do is beli VIP account dari https://www.smule.com/en/s/billing/pricing/w246. Kat sini siap ada option nak sebulan or setahun dengan rega RM6.99 sebulan or RM27.99 setahun. Then, account ni valid pada iphong dan android phong korang.. log in je. For those yang masih ada active subcription macam aku, aku tak nak amik risk so aku subscribe baru dan stop subcription lama. Or else, tunggu je subcription lama tu tamat tempoh then stop. Pastu subcribe jadi VIP semula through website kat atas nun.

Sunday 3 December 2017

Mari Melabel


Koje aku hari ni, melabel! Dah lama nak buat tapi baru hari ni berkesempatan. Basket tu aku beli dengan rega RM2.12 dari Eco dan label huruf tu pula ada 600 sticker huruf + nombor, berapa ntah aku beli dari Mr DIY. Dan tempat sangkut tu kome tahu apa dia? Haaa.. itu base katil si Hannah. Hahahaha.. Sticker putih tu pun beli dekat Mr DIY. Akhirnya berjaya juga aku label setelah lama tertangguh. Yeayyy!!!


Saturday 2 December 2017

Hari Dobi Sedunia

Inile koje aku dengan si Hannah malam ni, sesi mendobi pakaian. Kalau dulu kena tunggu satu round kain kering baru bleh start cuci next baju, since ada dryer sumbat je dalam tu.


Friday 1 December 2017

Rusa Krismas 2017


Macam tahun-tahun sudah, aku mesti akan ke Pavillion untuk tangkap gambar krismas deco. Malangnya tahun ni macam tak berapa cantik la pulak hiasan dia.. tapi takpe lah.. yang penting si Hannah happy. Dah letih melawat rusa, kitaorang pegi cari makan. Actually kat Pavillion ni aku pun tak tahu nak makan kt mana walaupun tempat makan banyak. Nak pegi food court semak sebab orang ramai.. p mana-mana pun ramia orang so seperti biasa juga aku masih nak makan sedap tapi selesa dan tak crowded, so Tony Romas la jawabnya. 


Ini kali aku pilih Steak House Burger. Aku dah pegi beberapa outlet TR tapi dekat Pavillion ni worst kot. Kalau kat MV, front counter dia muka ketat tapi servis bagus.. yang kat Pavillion ni pula semua muka ketat, except sorang dua kot. Kalau pelayan Melayu memang macam tu la.. eksen tu memang tak tinggal. Dan tak pernah lagi sepanjang aku ke TR dorang lupa nak hantar hidangan dessert dengan entree si Hannah.

Apa yang aku suka pasa TR ni actually? 1st, kids ear for free ye. Ada entree, main course dan dessert untuk budak range dari pizza, fish & chips dan 2 lagi menu kot. 2nd, sedap ! 3rd, selesa dan biasanya tak crowded.

Thursday 30 November 2017

Si Chemba Pegi Umrah

Hari ni dah nak masuk hari ke enam aku tinggal berdua je dengan Hannah sebab si Chemba pegi umrah until friday. So far so good, alhamdulillah. Hannah pun tak banyak ragam dan baik je these few days. Isnin dengan selasa dia ikut ke ofis.. hehe. Seronok la dia. Risau juga tinggal berdua ni espcially risau kalau dia demam. Moga-moga urusan kami berdua dipermudahkan sepanjang dua minggu ni. Begitu juga dengan urusan umrah si Chemba, mum in law dengan kak long.. semoga dipermudahkan.

Wednesday 29 November 2017

Tuesday 28 November 2017

Perpium Baru

Tadi aku temankan kawan aku g shopping barang dia dekat Sogo. Masa sampai Sogo aku berazam kali ni sesen pun aku tanak sedekah duit aku dekat si Sogo. Alih2 terbeli perfume. Kau rasa?!!! Kau tahu apa yang membuatkan aku terbeli? Sebab perfume ni 2 botol RM99 hengget je oke. Wangi oke, EDP lagi dan siap ada note dan sign lagi dari 1 Direction. Nasib baik aku bukan peminat deme.

Monday 27 November 2017

Mengidam Casserole Murah


 Dari last week aku intai, finally beli juga. Last week masa nak beli stok tak banyak. Dah amik actually tapi masa cek ada cam kasar2 sket kat surface so aku reject. Kali ni ada banyak stok, ketawa lah aku. Yang 2.9L tu rega asal RM209.90, tapi aku bayar dalam RM33.90 je. Yang medium tu pula 1.7L. Harga asal RM149.90 tapi offer RM24.90. Yang best is ble masak direct atas api oke!

Sunday 26 November 2017

Tukar Design Blog

Pening kepada nak pilih template blog. Dah lama sangat dah blog aku pakai template biru tu. So ini kali nak tukar angin sikit tapi tak tahu nak pilih yang mana satu.. huhu

Saturday 25 November 2017

Payau Masak Kicap

Amacam? Nampak sedap tak? Ini daging bukan sebarang daging oke tapi daging payau. Bos laki aku bagi dari mana ntah dia dapat. Sepanjang hayat aku, 1st time oo aku masak daging payau. Apa rasa dia? entah la pula. Bila dah masak sedap, sedap la rasa dia. Muhuhahaha

Friday 24 November 2017

Mengidam

Apa matcam? nampak sedap kan nasi aku. Memang! memang sangat sedap. Yang ni aku beli kat kantin opis je. Rasa dia bulih buat terkenang-kenang wa sakap lu. Nasib baik la wa sekarang kurang amil nasi sejak2 wa sedar gula wa tinggi. Kalau tak.. hari2 pun wa sanggup!!

Thursday 23 November 2017

Ikan Bakar Jalan Bellamy

Akhirnya setelah nak setahun member aku yang tudung biru tu attached dengan Jabatan aku, dapat la kitaorang g kuar makan. Mokcik tu now dah bertitle doktor as lecturer kat U kitaorang dulu sementelaah aku ni pula masih ikan bilis kat opis tu haa.. muhua haha.

Aku ngan mokcik ni satu sekolah dan satu U, dalam ramai-ramai budak semap pumkin tu kitaorang je yang tercampak ke KuIttho. Mokcik ni dr da dapat, now da nak go for ir pula. Aku pula yang ada tetap ER je sebab aku malas dan nama aku erna... hahahaha

Oke, story pasal makan pula. Sorry la tak tertangkap gambar ikan keli, ikan terubuk, sotong bakar dan kerang bakar kitaorang tadi sebab berkobar-kobar sangat dah nak makan. Destinasi pilihan mokcik ni dekat ikan bakar Jalan Bellamy. Boleh tahan la juga rega makanan dia, ikan besar 2 ekor.. keli satu, sotong 3, kerang 2, nasi + sayur2 + air dalam RM114.