Thursday 24 December 2009

Hari khamis yang sangat sibuk. SKT belum siap, belum masuk part equipment & method statement yang aku belum settle.. and surat yang belum berbalas..

ABoss panggil meeting. Aarghh... Burn sudaaa half day.

Lapar amat... so aku ajaklah Daus pegi makan. Pas makan aku melencong ke MPH. I am crazy about London. London trip. London trip. London trip. 2010 I hope. Nak sambung study lagi... mana plak aku nak korekj duit nih. Tengah aku belek2 buku, member aku lalu & ternampak ler buku LONDON yang aku tengah khyusuk belek2. Mamat ni tanya ler, aku nak g melancong keh. Maka aku pon dengan ramahnya bercerita tentang angan2 aku nak g London taun depan. Mamat ni plak kater dia nak g Amsterdam & bagitau adik dia ader kat London. Aku pun kater, jommm! Member tu kater, ok jer pastu ble tinggal kat umah adik dia. Bla bla bla... bila dia dah blah baru aku terfikir peliknya perbualan kitaorang tu macamlah aku rapat sangat ngan budak nih.  Tapi dia memang layak ler dipanggil budak sebab dia sangat come dan kecik. Aku rasa ibu lagi tinggi dari dia.

Petang, ayah call. Kater nak datang settlekan skt. Dalam kol 2, BBoss melawat cubicle aku tuk bagitau ada meeting S-curve. Namun aku berjaya menepis dengan jayanya. 20 minit pastu, ABoss pula datang ajak aku dan kali ni aku tak mampu la nak tolak. Ah! tensih. Dahla miting tu ada pengarah. Puan tu pandang aku semacam jek. Ngeri oke!

Petang ni jadi hari ini dalam sejarah aku balik lewat. Kol 5, tengah aku sibuk2 siapkan skt BSenior ajak aku pegi minum. Ok la.. time nak turun lift baru dia bagitau nak minum ngan kontruktur. Itu takpe lagi... bila nama mr romeo must die disebut2 dan sorang lagi bos yang aku memang ngeri nak jumpa, aku rasa tipah tertipu. Nasib aku agak baik le sebab dua orang tu ada hal plak last minit. Dalam kol 6 lebih juga baru kitaorang naik opis. Mamat kontraktur tu friendly amat sampai aku tak terlayan. BSenior pun dah warning before kitaorang turun. Dorang nak ajak aku pegi kotak merah sambut krismas. Tak kuaser aku. KotakMerah siang hari punya cerita jek.. tak termasuk dalam agenda malam oke!

Hari ni ari last le aku jumpa Ron Senior kot. Pasni dia dah kena transfer to Labuan. Kol 8 lebih kitaorang kuar dari opis. Time tu da rasa lain dah. Nak g toilet pun ngeri rasanya. Kat opis tu macam2 jugak ler cerita seram yang dorang cuba nak bagitau aku. Well... aku pekak telinga jek. Before dorang bukak citer, aku sound da awal2 suh stop. Takut tu memang takut, tapi aku taklah penakut sangat pun cuma aku tak suker la mind aku ni dipenuhi pikiran2 yang negatif. Part tu yang aku kalah sebab mind aku ni memanglah mudah benor teringat dekat benda2 negative contohnya citer2 seram.

Hari yang tak berapa nak indah berakhir... oh! Nasib baik skt aku siap dah.