Tuesday, 1 December 2020

Tips Berpantang Sendiri Di Musim Covid 19

Since sekarang ni PKPB merata-rata seluruh negara, semua aktiviti perlu dikawal tapi yang nak bersalin tu mana dapat nak tahan-tahan kannnnn.. kot-kot boleh bersalin lepas musim Covid 19 selesai, aku pun nak tahan 🤣 Kalau takde support langsung dari family macam aku, few things kena consider dan decide untuk bersalin di musim pandemik ni antaranya ;
  • Tempat nak bersalin. Ini lebih kepada samada ko sanggup bersalin sorang2 tanpa ditemani husband dan sorang-sorang juga uruskan diri sendiri dalam wad lepas bersalin atau tak. Laki aku da offer p hospital swasta tapi aku tolak mentah-mentah dengan alasan leceh. Buat apa pegi jauh-jauh dan perlu menempuh jem for the sake of keselesaan beberapa malam je padahal jalan kaki pun sampai hospital HUKM. Boi I was wrong this time unlike the first one. Kalau bersalin di HUKM at the time of cobit ni, husband tak dibenarkan langsung ye masuk ke labour room untuk teman ko. Bukan labour room sahaja oke, even nak melawat ko pun tak boleh. Kalau bersalin normal inshaAllah ok la nak uruskan diri sendiri dalam wad tapi kalau czer, ko kena kuat dan bertabah saja la. Nak harap nurse? U better dont put yout hope la!! Silap-silap kena kutuk manja la apa la. Lagi satu, kalau vaginal delivery di HUKM wajib pakai mask. Tak sure hospital lain macamana la. Kalau sanggup pakai mask masa separuh nyawa, boleh la book HUKM. Sampai mati la aku xkan lupa layanan doktor tu.. kalau diberi kesempatan dia rasa pengalaman buruk dia buat aku, aku ready ucap tahniah dan takziah pada dia. 
  • Confinement Service, CL. Ini pula lebih kepada urusan penjagaan kesihatan, makan dan bayi lepas berpantang. Aku suggest amik la CL kalau takde siapa boleh bantu. Nak harapkan laki 100% dia pun penat juga tu especially kalau dia pun kerja. Amik pakej stay in better, skali pakej jaga anak especially untuk yang ada possibility czer. Macam aku, walaupun aku duk kata aku ok je tapi sepatutnya kena kurangkan bergerak aktif sangat. Ini tak.. dari day one aku balik rumah dah sibuk mandikan anak la, kemas rumah la, masak la, cuci pinggan la, basuh baju la... Tu tak masuk lagi keluar g klinik dan jalan jauh nak ke parking. Merasa la aku sakit kat perut dan pinggang. Tapi apakan daya, terpaksa juga la buat semua tu. Kalau nak harap laki semua, silap-silap pitam pula laki aku tu. So, untuk CL ni kalau nak amik daily pun boleh saja. Terpulang masing-masing. Macam aku, priority aku untuk berurut so pakej daily dah ok dah. Kalau yang daily ni biasa 2 3 jam, ada juga yang full 9 to 5. Kena tanya la calon CL tu betul-betul sebelum amik pakej. Yang pakej 2 3 jam enough kalau takat nak fokus pada servis urut dengan masak saja.
  • Susun atur rumah. Ini untuk stress free time ko pantang nanti. Kalau takde orang bantu selain husband atau anak-anak yang da besar sikit, make sure dorang da familiar dengan susuan barang-barang yang akan/ perlu digunakan masa ko pantang nanti especially barang baby. Kalau tidak, jadi kerja pula nak kena menunjuk susun letak barang kat mana. Udahle sakit pastu kena lagi memikior barang letak mana, mau ko bertukar jadi ijau pulak nanti. Pernah dengar pepatah 'kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak'? Walaupun lari maksud asal pepatah ni, aku cuma nak highlight part gajah je oke 😜 Lelaki ni biasanya macam tu lah... benda depan mata pun dorang boleh tak jumpa.. semua nak tanya bini kannn 😂
  • Sleeping arrangement. Kalau ada katil ok la tapi kalau takde katil dan ada possibility czer, elok la ada katil sebab bangkit dari tidur adalah perkara yang paling mencabar masa pantang ni. Even nak bangun dari sofa pun ko akan terkial-kial dan sakit oke. 
  • Makanan masa pantang. Yang ni boleh minta advise CL la kalau ada CL. Kalau laki yang tolong masak, kome la kena siap-siap plan apa menu yang hendak disediakan. Masakan pantang ni tak kisah la ko nak makan apa pun janji berkhasiat dan cukup zat yang membantu pemulihan badan. Toksah la dengar sangat pantang itu tak ble makan, ini tak ble makan, kena makan berebus dan grill saja whatsoever. Kalau nak jaga sangat bukan masa pantang je kena jaga makan bagai tapi kena setiasa la jaga nikmat kesihatan yang Allah beri. Yang penting makanan masa pantang kena berkhasiat dan badan cukup air. Kalau teringin nak makan yang mengarut macam kuih, kopok2 dll, makan saja tapi makan setakat nak merasa je la. Tak de salahnya. Masa pantang badan sejuk so make sure ko amik makanan yang panas.
  • Barang baby. Better beli online je la. Tak yah g kedai sangat time-time cobit ni. Kali ni dari crib, stroller, pakaian dll semua aku order Shopee. Antara yang perlu keperluan masa baby dekat wad seperti pampers dengan baju new born. Sabun tak payah  sebab nurse tak mandikan kan pun baby tu dalam wad. Pastu macam biasa la, tempat tidur, baju, barang mandi dll. Masa anak first dulu macam-macam benda aku beli tapi banyaknya tak pakai pun macam katil baby yang jenis kayu dan gabak saiznya, stroller besar yang susah nak angkat dan berat, pam mahal nak mampus dll. So untuk anak kedua ni aku beli benda basic je. Kalau perlu baru tambah. Kena make sure husband ko tahu mana nak cari barang baby kalau dah habis. Bukan semua barang perlu dibeli sebelum baby lahir so siap-siap la tunjuk dekat husband mana nak beli keperluan tu sebelum ko bersalin especially kalau laki ko spesis bukan kaki shopping.
  • Barang pantang untuk ibu. Kalau ada CL boleh minta CL advise kalau xde pandai-pandaila 😂 Kalau czer, bertungku xble dekat tempat luka dalam dan luka jahit. Pastu bengkung kalau nak pakai boleh, tak pakai pun ok je. Takde la perut ko tu seksi kembali sebab bengkung. Bengkung tu elok pakai tuk support pinggang tapi macam aku, aku tak selesa pakai sebab sakit dekat perut walapun aku pakai bengkung yg memang dikatakan seswai tuk czer. Apa-apa pun listen to your body. Masa pantang badan sejuk so pakai la baju lengan panjang dan stokin jangan tinggal. Kalau makan pun ko jaga makan yang panas-panas plus air cukup, inshaAllah dipermudahkan penyembuhan badan. 
  • Manage your expectation. By manage aku maksudkan lower yout expectation on everything, at lease masa pantang. Jangan risau kalau rumah ko bersepah dan laki ko tak cekap uruskan umah dan anak-anak. Masa pantang tu fokus untuk penyembuhan badan je dulu.