Friday, 20 October 2017

Hannah Demam Day 4

Pagi tadi badan masih suam. So aku bagi makan ubat sedas. Alhamdulillah dah besar sikit ni walaupun menangis meraung tapi ubat tu nak juga dia telan. Tak macam dulu masa kecik, tak diludah.. dimuntahkan je. Hari ni aku kerja tapi aku dah dapat izin bos uruskan Hannah pagi so petang aku terus pegi mesyuarat je dekat Putrajaya.

Si Chemba pun cuti so dia dan Hannah hantar aku ke Putrajaya. Badan Hannah pun nampak macam dah tak panas lagi dan she look better than yesterday. 
Aku habis mesyuarat pukul 4.30, alang-alang sampai Putrajaya makanya terus la kitaorang melancong. Mesyuarat aku dekat KPT, kat Presint 5 so bila google kat situ yang paling dekat ada Taman Sri Empangan.. dalam 4km je. What a nice place to lepak





Kat sini ada tempat makan, restoran udang galah katanya tapi tak la kitaorang nak makan udang galah. Makan yang goreng-goreng je la.

Dari sini next destination ke Ayer@8. Kat sini pun tepi tasik juga, banyak kedai-kedai dan tempat makan. Pun a nice place untuk lepak juga.

Dari sini nampak plak Monumen Alaf Baru nan sebatang tu. Since rasanya kalau tengok sunset dari area tu lagi lawa, kitaorang bergerak la ke seberang pula. Malangnya sampai sana ke dah tutup la pula. Tapi tak pe.. yang penting dapat gak tangkap sket gambar lawa. Kat sini pun ada juga tempat makan. Kat area ni lah kome boleh pegi kalau nak naik belon panas. Masa aku pegi tu semua dah tutup, so dapat tengok sun set je la. Kat sini dekat je dengan Masjid Tunku Mizan..





Sesi melancong kitaorang tak habis lagi. Last destination ke Masjid Merah pula.. g solat, main di dataran dan makan nasi beryani.. ahaksss. Malangnya kat sini tak amik gambar sebab dah gelap so gambar kompom tak cantik.

Thursday, 19 October 2017

Hannah Demam Day 3

Macam ni la muka dia as of semalam.. alahai.. kesian betul dia. Moga cepat sembuh la kamu anak ku..

Hari ni aku ambik cuti je.. walaupun aku sendiri rasa nak pitam petang tadi maybe sebab kurang tidur jaga Hannah demam, aku gagahkan je drive ke klinik. Beratur panjang masa nak ambik no, tunggu lama nak jump doktor dan tunggu lama juga untuk ambik ubat sebab sistem problem. Aku benang dengan si Chemba.. aku suruh dia bawa ke klinik petang dia kata ok. Tapi dah pukul 2 lebih masih nak golek-golek macam nak tido. Aku memang pantang kalau orang slow ni.. aku siap kan semua terus bawa Hannah keluar je.  Sakit hati.

Macam nak pengsan juga la aku tadi tapi aku gagah juga demi anak. 

Semalam Hannah kata goodbye dekat aku. Takde pasal2 tetiba je.. mana lah hati ibu aku tak berkocak. Ibu ni memang suka kot fikir bukan-bukan, tapi itulah ibu. 

Lagi la aku susah hati sebab aku tengok result darah Hannah, ada few yang di bawah range normal. Bila jumpa doktor, doktor pula kata di suspected denggi! So esok kena ambil darah lagi.

Alahai.. tadi pun dah meraun nak ambik darah.. esok kena lagi..

Wednesday, 18 October 2017

Hannah Demam Day 2

Pelan asal untuk hari ni is bercuti di Melaka tapi since si kecik demam so bercuti di rumah je la. Badan dia panas, tak tinggi tapi panas tu tak hilang. Risau la juga sebab dulu masa kecik kalau demam dia masih nampal sihat dan bertenaga tapi now dah besar ni kalau demam lemah je dia. Kali ni lagi la pula.. asyik nak baring je katanya. Bagi makanan kegemaran dia pun dia tak nak. Kalau masih demam juga esok nampaknya kena la aku ambil cuti.

Tuesday, 17 October 2017

Hannah Demam Lagi

Aku pun tak paham anak aku ni, bulan 20 Ogos ari tu demam bengkak tonsil sampai kena makan antibiotik, 26 sept pula demam satu malam.. dan since semalam dia demam lagi. Adoiii la.. kenapakah. Risau pulak dibuatnya.. Semalam masa tidur berapa kali dia terjaga sambil menangis.. kesian betul.

Sudahnya aku tak masuk kelas langsung hari ni. Pagi aku bawa dia g farmasi je beli ubat. Memang lemah sangat dia sampai nak jalan pun dia tak nak. Dia nangis kata nak tido je. Sudahnya tengahari tu kitaorang balik KL. Pelan awal aku nak masuk kelas jal petang tu tapi Hannah macam makin teruk pulak so balik je la KL. Dan kalau ikut pelan asal, malam ni kitaorang nak lepak dekat Melaka lagi. 

Sampai Kl, terus bawa dia g klinik. Doktor kata tonsil merag je tak la bengkak mana. Selsema takde, tonsil tak bengkak, batuk pun takde.. tp dia demam. Risau aku dibuatnya.. Mata pun bengkak.. bibir kering. Suh makan dia taknak pun makan.. minum nasib baik masih ok lagi. 

Monday, 16 October 2017

Kursus Ms Acess

Hari ni aku kursus, kol 6.45 cek out dari hotel tadi dan terus ke Alor Gajah. Before kelas, singgah bekfas dekat RNR.. kol 8.20 dah terpacak dekat trainin centre. Time lunch plak g melepak lunch dekat MPO. Training centre kitaorang betul-betul berdepan dengan A-Famosa. Nasib A-Famosa tak best mana, kalau tak jat situ la aku bertapa time orang g kursus.. hahahaha

Pas habis kelas kitaorang decide nak makan gak ikan bakar. The neaerset is dekat area Masjid Tanah, dlm 30km. Kalau nak p yang recommended, mau2 40km sebab kena patah balik Melaka. So we decided to give it a try.

Pelan asal nak cari De Muara Ikan Bakar tapi payah bebenor nak cari tempat tu. Pusing sampai ke pantai Padang Kemunting, rupanya kedai tu belah yang lagi satu. Tapi instead of ke De Muara, kitaorang ke mari. De Muara tu ble nampak dari sini.. tapi nampaknya rezeki tempat ni la kot.. next time la p sana.




Kos makan malam ni dalam 70+ je.. mati2 aku ingat dekat RM200 tadi. Mana tidaknya.. oder kerang, ikan bakar cencaru 2 ekoq, sotong gemuk 4 ekor, kailan, telur dadar bagai.. ok ke? Biasa2 je. Tak tahu aku nak cakap.. rasanya kalau aku makan kat ikan bakar simpang empat or kat Umai ke or Alai ke.. semua pun akan rasa sama je kot pada aku laki bini sebab kitaorang ni bukan la jenis kaki seafood or kaki cari makan. Janji ada makanan, kitaorang telan je. Kalau aku pula, janji servis cepat.. parking ok, tempat bersih dan cozy, rasa garam dan gula balance.. aku ok je. Hahahaha

Sunday, 15 October 2017

Melaka Kami Datang

Ini gambar hotel yang kitaorang duduk di BP, The Silver Inn. Interior dia cantik, vantage theme. Rega pun murah, RM75 je semalam oke! Tak jauh dari area BP Walk. Before ke Parit Raja tuk jumpa my mom, kitaorang ronda BP dulu cari asam pedas. Google kata Asam Pedas Mak Limah antara yang recommended, sampai2 restoran penuh ya ampun. Siap ada yang q lagi. Kalau diva macam aku, memang tidak la aku nak tunggu kan. So we went to Yana Asam Pedas, pun among yang recommended juga.












 
Lepas melantak, aku ajak si Chemba g ronda ke Wetworld, supaya tak kempunan nak tengok Glow Park.
Kecik je pun actually Glow Park tu..


Dari situ kitaorang ke Parit Raja.. g makan dekat Pesta Konvo then g hotel jumpa my mom dekat Hotel Pintar. Pastu kitaorang gerak ke Melaka tapi before tu sempat la ronda Taman Manis, tempat aku duk menyewa dulu. Omg, teringat aku kena tangkap oleh Jabatan Agama dulu. Hahahaha.. masa tu tengah malam. Kawan aku tu datang jumpa aku jap kat depan rumah.. kat luar pagar rumah dan bawah lampu jalan oke. Dan kat area2 depan unah aku tu pun bukan takde orang langsung, ada je yang lepak. Boleh2 aku kena hangkut ngan member tu g JAIJ.. time tu plak kawan je pun, belum apa2 lagi. Kena kaunseling je la sebab orang tang tangkap tu pun tahu kitaorang tak buat apa yg mencurigakan pun.. hahahah. Lepas kena tangkap tu baru aku kapel ngan kawan tu.. hahahaha. Tu citer lama, jaman kanak-kanak riang.. hahaha

So, goodbye BP. Till meet again nooo


Kol 6 sampai Melaka, terus g cek in dekat 906 Riverside Hotel. Best juga hotel dia.. tepi sungai Melaka. Harga semalam dalam RM70 je.. berbaloi! Parking pun senang.. Malam kitaorang g melepak dekat Sungai Melaka, ke area menara Tamingsari then ke Dataran Pahlawan

Saturday, 14 October 2017

BP Ku Kembali Lagi


Inilah wajah happy kami before memulakan perjalanan cuti-cuti Malaysia ke selatan. Bukan kami je happy, pie ni lagi happy rasanya. Hahahah.. Kali ni kami menuju ke Batu Pahat, taman permainan masa jaman U la katakan. Esoknya pula ke Melaka dan next ke Alot Gajah. Waze kata perjalanan ke UTHM 2 jam 30 je tapi kitaorg biasalah.. iklan banyak. Dekat 4 jam la juga baru sampai Parit Raja. Sampai2 terus g makan dekat pesta konvo... ahaksss. Jaman aku dulu pesta konvo dia sayup2 je.. haha.

Tujuan kami je UTHM kali ni sebab nak meraikan my sis yang konvo akhirnya. Kalau hari tu trip ke UTM jadi sesi mengenang jaman belajar 2 adik aku yang belajar di sana + 2 adik ipar + 1 laki aku, 1 je oke.. hahahaha. Ini kali pula turn aku ngan 2 lagi adik aku as budak Kuittho aka UTHM. Last aku kemari tahun 2004, time grad. Aku habis belajar end 2003, grad 7 bulan kendian. Aku ingat sangat sebab aku dah dapat koje masa majlis konvo tu.



Macam aku yang banyak berubah, UTHM pun macam tu juga. Dulu ada berapa blok je.. now dah besar. Kalau dulu ada 1 fakulti je, now dah ada beberapa. Sempat la juga pusing seluruh kampus tadi.  Pastu kitaorang gerak ke BP, mula2 ke BP Mall. Jaman aku dulu ad Summit je.. BP Mall ni xde pun lagi. Pastu kitaorang ke Old Street Commercial Centre, what a nice place tuk lepak.
 
 
 
 
Dari sini kitaorang balik ke UTHM hantar my mom yang dah tak sabar sangat nak balik. Letih kot sampai makan pun tak nak. Dari UTHM, kitaorang singgah makan nan cheese kat restoran Nikmat Tandoori di BP. Meleleh wa sakap lu!




Pastu konon nak p Glow Park, Wetworld. Sampai2 je hare gelap gelita. Rupanya dah tutup!
Dari sini kitaorang balik ke UTHM hantar my mom yang dah tak sabar sangat nak balik. Letih kot sampai makan pun tak nak. Dari UTHM, kitaorang singgah makan nan cheese kat restoran Nikmat Tandoori di BP. Meleleh wa sakap lu!
Pastu konon nak p Glow Park, Wetworld. Sampai2 je hare gelap gelita. Rupanya dah tutup!

Thursday, 12 October 2017

Neves Interview

Hari ni hari interview aku. Kalau dulu orang naik pangkat g exam je tapi sekarang exam dah tak de dan been replaced dengan interview. Kalau aku la, aku prefer g exam lgi dari g interview.. stress ok interview. Ko baca banyak tapi masa interview ko kejap je dan ko tak ble expect apa soklan interviewers.. yang tu yang aku lemah tu.

Alhamdulillah sesi interview aku berjalan lancar. Interviewer tu balik2 remind interview je tau.. belum tentu dapat lagi ye. Paling tak ble blah, last sekali dia cakap kat aku.. awak senyum2 ni belum tentu ble dapat tau. Pastu aku jawab, saya memang kena senyum supaya ada aura positif.. gelak dorang. Agaknya dia perasan kot aku asyik senyum je dari stat interview sampai sudah.. cam kompiden2 sangat ble dapat kot. Hahahaha

Interview aku ni tuk J48. Kalau kengkawan aku yg PTD, now maybe dah ada yg 52 kot tapi kalau kat jikiar ni.. 10 - 15 tahun servis belum tentu lagi ada pergerakan pangkat hatta sekali pun dari 1st grade ko, J41. Pastu interview ni plak, kalaupun ko berjaya kena pnggil interview belum tentu gak ble dapat sebab bergantung pada kekosongan. Kalau tak ramai yang pencen, ko tunggu je la sampai berjanggut nak merasa naik pangkat. 

Panel aku ada 3 orang, 2 wakil disiplin dan sorang dari Kementerian. Untuk naik J48, soklan lebih kepada apa daily task ko. Dia nak tengok juga leadership ko, macamana kawal orang bawah.. macamana nak handle isu2 integriti terutamanya lewat atau ponteng kerja dan apa masalah2 yang kau hadapai while performing your job. Dan last soklan yang aku kena, apa imrovement or perubahan yang aku akan buat if i were approved for kenaikan pangkat. Aku jawab, i would like to start with myself. I’ll start small and begin with my team first. That will be my priority. I’ll try to improve dari segi kesedaran towards our vision and mission. I’ll try to guide, work together and moral boost them so that the department will have a strong anchor, starting from us down below to top. 

Wednesday, 11 October 2017

Kopok Lekor In The House

Sebelum interbiew esok, kita melantak kopok lekorrr dulu. Kopok lekor ni member aku jual.. katanya tak de MSG, kurang gula dan garam. Kiranya healthy la.

Dah ready ke nak interview? hantam je la labu. 

Tuesday, 10 October 2017

Mengidam Ayam Dubuyo

Gila mengidam ayam Dubuyo ni.. akhirnya dapa gak makan. Kebetulan Dubuyo ada offer kol 3pm sampai kol 6pm.. Chicken Bulgogi dalam RM9 je..