Tuesday, 17 October 2017

Hannah Demam Lagi

Aku pun tak paham anak aku ni, bulan 20 Ogos ari tu demam bengkak tonsil sampai kena makan antibiotik, 26 sept pula demam satu malam.. dan since semalam dia demam lagi. Adoiii la.. kenapakah. Risau pulak dibuatnya.. Semalam masa tidur berapa kali dia terjaga sambil menangis.. kesian betul.

Sudahnya aku tak masuk kelas langsung hari ni. Pagi aku bawa dia g farmasi je beli ubat. Memang lemah sangat dia sampai nak jalan pun dia tak nak. Dia nangis kata nak tido je. Sudahnya tengahari tu kitaorang balik KL. Pelan awal aku nak masuk kelas jal petang tu tapi Hannah macam makin teruk pulak so balik je la KL. Dan kalau ikut pelan asal, malam ni kitaorang nak lepak dekat Melaka lagi. 

Sampai Kl, terus bawa dia g klinik. Doktor kata tonsil merag je tak la bengkak mana. Selsema takde, tonsil tak bengkak, batuk pun takde.. tp dia demam. Risau aku dibuatnya.. Mata pun bengkak.. bibir kering. Suh makan dia taknak pun makan.. minum nasib baik masih ok lagi.